Hello Guy,
Hari nie ibu rasa so excited kot nak kongsi dengan ampa semua resipi yang ibu dah cuba masak dan hasilnya memang sedap...Bila dah sedap ibu nak jugak share dengan kawan kawan ibu bagi depa pulak cuba..Bila ampa semua dah try buat mesti akan buat lagi....So selamat mencuba
Bahan Bahan Yang diperlukan Untuk membuat Mash Potato :
Potion nie untuk 2-3 orang makan tau.
UNTUK GRAVY
1 Biji Bawang Holand dipotong dadu
1 Sudu Butter
2 Sudu Besar sos black pepper
1 cawan air
1 sudu tepung gandum
Sedikit Garam
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan masukkan bawang, tumis sehingga kekuningan dan naik bau
- Masukkan Tepung Gandum dan gaulkan sebati
- Masukkan air dan gaul sehingga sebati
- Masukkan campuran kuah itu ke dalam blender dan blend hingga halus dan tuang semula ke dalam kuali tadi
- Masukkan sos Black Pepper, garam dan gaul sehingga mendidih
- Siap
UNTUK KENTANG
4-5 biji kentang ( buang kulit dan rebus sehingga empuk)
1 sudu butter
Garam
Lada Hitam
Cara Penyediaan:
- Lenyekkan ubi sehingga halus.
- Masukkan butter, garam secukup rasa dan lada hitam gaul sehingga sebati dan siap
Mudahkan....kalau ampa nak sediakan untuk dicomel tak perlu masukkan garam...butter boleh lah bagi rasa lemak lemak manis...
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment