Friday, February 22, 2019

Hargai Isteri Anda | Tips Rumah Tangga


Assalammuaalaikum semua:)

Percaya tak ?? dalam alam rumah tangga, banyak perlakuan ataupun perbuatan yang pihak suami mahupun isteri haruslah dijaga. Kerana perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat, dan bukan untuk masa yang pendek. Adab antara pasangan haruslah dijaga untuk memastikan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Perkara nie sangat sangat penting dalam memastikan sesebuah rumah tangga itu akan kekal bahagia...
Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai setiap masa, kerana pengorbanannya yang besar dalam rumah tangga. Hargailah mereka walaupun mereka cuma seorang surirumah. Isteri adalah seorang wanita yang patut disayangi, kerana perasaannya yang lembut dan sensitif. Bukan susah nak mengambil hari isteri, yang penting anda sebagai suami kenal pasangan anda dan tahu apa yang sepatunya anda sebagai seorang suami perlu lakukan...Kalau dah sayang mesti uolls sanggup lakukan untuk isteri. 
Sebab tu orang tua tua selalu pesan, "bahagiakan isteri ampa, kalau isteri tak bahagia rumah ampa akan rasa sunyi"
Ada banyak cara untuk menjaga hati isteri dari segi perasaannya mahupun kebersihan rumah:




Bantulah isteri menguruskan rumah

Jika isteri dah cuci baju tetapi belum ada masa untuk menjemur baju, bantulah isteri anda menjemur pakaian. Dengan erti kata lain, membantu meringankan beban isteri di rumah sudah cukup membuatkan isteri terharu. Baru rasa sweetkan. Kalau suami pun asyik dok pertikai pasai ego, lelaki tak boleh sidai kain, nanti orang cakap apalah..So jangan bebai kalau isteri uolls berperangai pelik.


Janganlah membandingkan isteri anda

Tiada sapa yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Begitu juga anda sebagai suami. Terimalah kekurangan dan kelebihan isteri anda, sesungguhnya mereka telah ditakdirkan untuk menjaga anda selepas ibu anda.Pujilah dengan ikhlas masakan isteri anda, justeru isteri akan menjadi lebih rajin dan bersemangat di dapur sekiranya dipuji.Jangan sesekali memuji wanita lain dihadapan isteri anda biarpun isteri anda seorang yang "open minded" sebab dalam hati dia kita tak tahu. Biarpun mulut dia tersenyum tapi hakikanya dalaman dia pasti sedih. Jangan buat wahai suami..parah nantiii.


Jadilah pendengar yang aktif

Wanita memang suka bersembang untuk menyatakan pendapat dan meluahkan rasa hati. Tambahan lagi setelah penat bekerja mencari rezeki dan menguruskan rumahtangga.Jadi, peranan seorang suami di sini haruslah menjadi pendengar setia kepada isteri, kerana suami adalah orang yang paling rapat dengannya setelah mendirikan rumah tangga.Dengarlah ceritanya, pandangla tepat ke matanya apabila bersembang dengannya kerana isteri merasa lebih dihargai dan menyayangi anda selepas ini. Kadang kala inilah cara isteri nak lepaskan rasa rindu, lepaskan rasa penat dengan suami..Isteri nie kan pelik sikit...suami layan cma nie pun depa seronok tau. 



Tegurlah isteri secara berlemah lembut
Hati perempuan nie sangat sensatif.Silap cakap, silap tegur boleh buatkan mereka bersedih tau. Jika mereka lakukan kesilapan, tegurlah dengan cara berhemah dan cara yang paling lembut jika perbuatan yang mereka lakukan itu membuatkan anda tidak suka. Isteri sebenarnya tak kisahpun kalau nak tegur dia tapi biarlah dengan cara yang berhemah. Of cause isteri pun pasti akan rasa selesa terima teguran. Setiap suami pasti tau cara nak tackle isteri dia...kannnnn


Ambil berat terhadap isteri anda

Tanyalah isteri anda, jika duit belanja masih cukup untuk bulan ini. Jangan tunggu sehingga isteri meminta haknya. Selalunya, isteri yang baik segan untuk meminta-minta dengan suaminya walaupun dia berhak untuk meminta.Tetapi, janganlah mengambil kesempatan ini untuk tidak mempedulikan langsung hal kebajikan isteri. Isteri pasti akan berkecil hati dan juga memendam perasaan jika anda berkelauan sedemikian. Bawalah isteri berjumpa doktor segera jika isteri tidak sihat. Tunjuk lah dengan isteri anda bahawa anda amat mengambil berat tentang dirinya. Layan isteri anda seperti puteri, lebih-leboh lagi semasa isteri sakit.

Bersama-sama mempertahankan keharmonian rumah tangga
Jika anda mahu diri anda dihormati, anda harus menghormati isteri anda terlebih dahulu. Jangan buat perkara yang isteri tidak suka, lebih-lebih lagi berkenaan hal kebersihan rumah.Jangan menyepahkan semula rumah, berusahalah jaga kebersihan rumah walaupun anda seorang yang pengotor. Jika anda tidak suka mengemas rumah, janganlah sehingga pinggan makanan anda sendiri mahu isteri anda bersihkan. Jika isteri anda merajuk, bawalah berbincang. Janganlah biarkan perselisihan faham berpanjangan.
Percayalah, jika anda berbuat baik kepada isteri anda, isteri anda akan lebih menjaga dan menyayangi anda. Rezeki anda akan menjadi berkat dan bertambah jika anda menjaga dan menyayangi isteri anda.





Wahai para suami diluar sana,

Ingatlah bahawa isteri anda adalah cermin diri anda,
Kalau ampa jaga elok, maka eloklah cermin tu
Kalau ampa tak jaga sampai retak, maka retaklah cermin tu
Janganlah sesekali remukkan hati dia..
Janganlah sesekali hancurkan hati dia sampai dia rasa tawar hati...
pujuklah dia bila nampak dia berubah...
jangan sampai anda menyesal bila kehilangan mereka



Sumber : https://my.theasianparent.com/hargai-isteri-anda-sebelum-terlambat



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels