Pages

Wednesday, February 24, 2016

Cerita Berpantang Saya | Anak Ke-2 | Bersalin secara Ceaser

Assalammualaikum dan hello baut semua pembaca belog saya..

wahhh lamanya rasa tak tulis ceritakan. mesti ramai yang dah ternanti nanti cerita dan perkembangan baru aku dan anak anak nie...almaklumlah dah beranak 2 nie memang kat rumah dah tak menang tangan nak hadap belog nie. ruang kat rumah pun tak tersedia lagi nak menulis belog nie semua. Masih lagi sedang membiasakan diri nak cari time untuk uruskan si abang dan si adik sekarang nie. Kekadang terasa rindu nak duduk hadp belog nie dan nak cerita pengalaman bila dah beranak 2 nie. Ya allah bestnya, memanglah rasa penat rasa stress tapi lepas pikirkan semua nie...Anugerah tuhan tu besar nilainya.

3 bulan ambil cuti berpantang. Dalam tempoh berpantang kali nie memang mostly pantang sendiri ja. cuma 1 bulan yang pertama tu banyak mak dan suami yang tolong.sebab kali nie bersalin secara ceaser. memang sakit.lepas ja ubat bius tu habis,barulah nak merasa kesakitan tu macam mana.aduhhh...memang tak tau nak cerita macam mana. Tapi alhamdulillah terima kasih buat mak saya yang menjaga saya masa pantang....mandikan zill, masakkan untuk saya dan cuci serta sidai baju saya....terasa kekok pulak kan. Tapi mak cakap takpa dia buat.sebab condition aku masih lemah.

Lepas 3 minggu baru aku sendiri dah boleh bangun dan dah boleh mandikan anak sendiri. dah boleh tidur meniarap dan dah boleh start mengurut dan bertungku. seronoknya. Memang pengalaman berpantang kali nie lain sikit. So hari nie nak cerita dengan ampa semua pengalaman berpantang. To be honest, saya kali nie tak makan langsung jamu jamu macam nona rogai, jamu mak dara semua tu bagai. apa yang saya amalkan semasa dalam pantang , apa yang saya buat dalam pantang jom baca entry kali nie. Mesti bakal ibu ibu nak tahu kan.





MENU BERPANTANG

Pertama sekali kalau bercakap pasal menu berpantang, mesti ramai ibu ibu takut tersilap makan nanti badan berangin la, sejuk lah dan sebagainya. Tapi apa yang saya makan, saya ikut selera saya. biar orang cakap apa pun asalkan kita tahu apa yang kita makan. To be honest dalam tempoh berpantang, saya memang kurang makan nasi tapi saya gantikan dengan menu yang lebih menyelerakan. Cuma untuk awal berpantang memang saya makan nasi :

  • Nasi putih + sayur sawi goreng
  • NAsi putih + ikan haruan panggang
  • Nasi putih + ikan haruan goreng halia
  • Nasi putih + daging lada
  • Nasi putih + ayam kunyit
  • Nasi putih + sup daging
selepas 2minggu tu saya kurangkan makan nasi dan saya gantikan dengan spegetti. Bukan sebab saya mengada tapi sebab saya nak lebih banyakkan susu badan dan berikan tenaga.Spegetti nie sama juga macam makan nasi...sebab dia pun karbohidrat jugak. Saya pilih menu nie sebab senang saya sendiri nak masak.sebab tak boleh nak berdiri lama. masak nie senang ja

  • spegetti + salmon grill
  • spegetti goreng olive oil with brokoli
  • spegetti soup
  • salmon grill + brokoli grill


Once start makan salmon ya allah susu badan semakin bertambah. selain tu saya banyakkan juga makan bawang putih, lada dan bawang besar, halia tu kurang sikit.entah tak tau pasai apa..alhamdulillah badan tu tak ada pulak angin lebih lebih..hehhehe. Kalau bab nak minum nie, yes memang air masak selalu orang tua tua cakap kena banyak minum baru bagus, tapi dalam pantang nie saya air masak memang kurang minum. klu nak ikutkan minum pagi dan malam ja...separuh bekas air..minum suam suam panas. Selain tu air yang saya minum

  • air sirap
  • air bandung
  • nescafe
  • nestum
  • milo
  • performance drinks ( produk shaklee berfungsi untuk kekalkan kandungan air dalam badan)
  • sanquick oren

Untuk pengambilan set berpantang memang saya ambil FULL SET POSTNATAL SHAKLEE. Bagi saya yang menjual produk shaklee nie, aku dah amalkan sejak 2 tahun yang lepas, memang banyak perubahannya sebab itu aku pilih nak makan set shaklee.senang dan sangat serasi dengan aku. Pernah masa bersalin anak sulung aku ambil jamu...Ya allah rasa pening kaw kaw..So terus aku stop makan jamu tradisional just continue makan set shaklee. Lagipun kalau makan jamu nie tak semua baby boleh terima. Alhamdulillah vitamin dari shaklee memang serasi dengan anak anak aku...bab set postnatal shaklee nie nanti aku cerita kat entry lain. Tapi jus jamukunyit memang minum 






MANDIAN 
Kalau bercakap mandi semasa berpantang tu, kat penang nie memang susahlah nak cari daun daun herba untuk mandi.Kalau kat kampung tu memanglah banyak dan senang. Tapi kali nie aku beli ja sachet mandian herba jenama TANAMERA. Senang nak sediakan dan sangat best mandi dengan sachet nie. Jimat pulak tu. 1 paket ada 12 sachet. tapi 1 sachet nie boleh pakai berkali kali.Once lepas mandi tu badan rasa suam suam. tak sejuk dan bau pun wangi memang bau orang bersalin. nak cuci kemaluan pun rasa fresh ja. sangat rekemen pada ibu ibu yang nak mencari mandian herba nie. nak sediakan pun senang ja



MINYAK MENGURUT DAN PILIS
kalau bercakap pulak bab urut urut masa pantang nie lagi seronok sebab aku tak payah nak risau cari bidan urut badan, aku panggil sepupu aku ja a.k.a KAK IKEN mai rumah urut. Tapi bagi yang bersalin secara ceaser nie, tak boleh urut awal awal, kak iken pesan kena tunggu sampai si ibu boleh baring meniarap baru boleh nak mengurut dan bertungku. So bila setiap hari lepas mandi. saya memang sapukan minyak panas pada badan untuk elakkan badan rasa sejuk dan bau wangi...seronok tau. minyak nie saya mintak mak saya belikan bersama pilis. Bagi ibu ibu yang tak dapat beli minyak tradisional, boleh try minyak kelapa dara jenama TANAMERA jugak. wangi ja...




PROSES MENGEPAM SUSU
Bila bercakap bab nak mengepam susu nie, part paling seronok sekali sebab dah ada pengalaman daripada anak sulung. So start balik ja dari hospital, terus jalankan proses mengepam dan meyimpan susu...walaupun pada hari ke 4 bersalin, saya dah alami BENGKAK SUSU yang sangat kritikal...Aduhai sakitnya.....namun sesi mengepam tetap dijalankan...Alhamdulillah sehingga kini memang banyak sangat susu saya....seronok dan bersyukur kerana Allah berikan kesempatan untuk saya susukan anak kedua nie.






tunggu kita sambung cerita entry seterusnya.............

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...