Assalammualaikum dan hello comey :)
Mesti ada yang tertanya-tanya gambar apa yang aku dok upload nie?? pelik ja?? atau ada yang dah tahu?? Sebeanrnya inilah gambar payudara ibu menyusu yang mengalami "Bengkak Susu"..Aduhai sakitkan....siapa pernah alami?? Aku??? dah kena since 4 hari bersalin Zakwan. Sakit tu hanya tuhan ja yang tahu, ini tak kena itu tak kena sampaikan Zakwan sendiri tolak susu badan pada masa kejadian. Tapi macam mana kita nak atasi masalah bengkak susu nie?? aku ada beberapa tips yang nak share dengan ampa semua.. Insyaallah mudahan tips nie boleh bantu ampa sidikir sebanyak.
Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya..
MENYUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN
Kalau boleh cuba untuk susukan bayi sekerap yang boleh, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..kalau tak seimbang nanti boleh sakit juga tau. Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..
TUAM DENGAN AIR PANAS
Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu..
Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri
Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..
Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..
DAUN KUBIS
Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..
CUKA
Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh
DAUN SIRIH
Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak..
LECITHIN SHAKLEE
Tahukah anda, pengambilan supliement produk Shaklee iaitu Lecithin juga dapat bantu untuk mengelakkan daripada terjadinya Bengkak Susu. Betul, saya sendiri alaminya, selepas mengambil 3-4 biji lecithin semasa masalah bengkak susu, alhamdulillah ia berunsur pulih...lega sangat.
Kepada ibu-ibu moden janganlah disebabkan anda alami masalah bengkak susu terus dah give up tak mau nak berikan susu badan untuk anak. Tahu tak susu badan lebih bagus dan lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan susu formula.Semoga tips yang aku sharing nie boleh bantu anda yang sedang menyusu untuk kurangkan sakitnya...Tak dapat bayangkan sakitnya macam mana....terasa lebih sakit daripada sakit gigi kan...
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment