Thursday, November 27, 2014

ReSipi : Gulai Ikan Talang


Masakan Isteri Memang sedap kan..hehhehehe....itulah tajuk ringkas entry kita hari nie..cewahhh....Hari tu Ss ada masak gulai ikan talang..tudia bulan sudah kot...konon nak post dalam blog nak kongsi resipi pehtu lupa dah..haaha..Hari nie baru nak kasi sharing sikit yer...Hari nie kita nak masak Gulai Ikan Talang..

Rasanya ramai jugak yang suka gulai nie kan, makan dengan nasi panas panas peh tu goreng telur..PErggh  sedap..So jom kita mulakan memasak...

Bahan Bahan yang diperlukan :
  1. Rempah : saya suka mix rempah baru sedap. SS pakai 1 pek kecil rempah kari ayam tarbus , rempah kari daging alagapas dan rempah kari ikan babas...Mixkan semua rempah tersebut dengan air dan kacau sehingga sebati.
  2. 2 batang Daun kari ( siap relaikan dari batang )
  3. Terung
  4. Bendi ( ikut suka nak masukkan pberapa banyak)
  5. Ubi Kentang ( jika nak )
  6. Tomato
  7. 1 Pek ikan talang ( cuci dan rendam kan dalam 30 mnit ka bagi kurangkan rasa masin ikan)
  8. 1 Pek kecil santan 
  9. 3 biji bawang besar yang dihiris sedang
  10. 5 biji bawang putih dihiris
  11. Minyak masak
  12. 4 cawan air biasa
  13. Secukup rasa




STEP 1 :

  • Masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih serta daun kari kedalam minyak yang dah panas. ( jangan habiskan sebab nanti nak tumis yang balance sebagai pewangi )
  • tumis sehingga jadi kekuningan dan bau wangi
  • baru masukkan rempah tadi okay
  • tumis sampai pecah minyak dan naik bau:)



STEP 2 :
  • Sementara dok tunggu rempah tadi siap.
  • gorengkan bawang besar, bawang putih daun kari 
  • tumis dia sampai jadi kuning dan wangi dan asingkan.. ( ini nanti kita akan masukkan setelah kari dah siap masak
  • **REFER PADA GAMBAR**

STEP 3 :
  • Setelah rempah tadi dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan santan.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan 4 cawan air dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan ikan kering dan gaulkan ia
  • Masukkan 1/2 sudu teh secukup rasa bagi melazatkan lagi gulai anda...
  • Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan..
STEP 4 :
  • bila dah okay, baru masukkan terung, bendi .
  • selepas bendi dan terung macam dah masak, baru uolls masukkan bahan di STEP 2 yang ditumis tadi..

SO siaplah gulai anda...Selamat mencuba :)



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels