* Assalammualaikum*
Firstly SS nak ucapkan jutaan terim kasih kepada pembaca-pembaca belog SS yang tak seberapa ini. Walaupun link SS nie dah bertukar dan kebanyaknya dah tak boleh nak view link belog SS, namun masih ada lagi ada pembaca yang sudi mengelodek dan mencari link belog SS. Hari nie semakin hari semakin ramai pembaca belog dan ramai memberi respon yang cukup tentang entry yang SS update. Tapi kebanyakkan yang suka baca ialah tentang Barang Baby...Hehhehehe....Sapa yang tak suka...kan kan kan ( senyum sendiri)
Kalau diikutkan secara rawak...banyak yang akan Private Massage ( PM) dekat SS tanya tentang list nak beli barang baby..Ini terutama sekali bagi bakal-bakal ibu baru macam SS. Memang banyak yang nak kena beli. Tapi alhamdulillah macam SS sendiri, memandangkan SS anak bongsu dan akak serta abang SS dah ada anak, So ada a few barang yang SS tak perlu nak beli sangat....memang kat situ dah save banyak budget pada SS dan suami. Kepada M2B semua ini SS linkkan PART 1 untuk pembelian barang bayi ( newborn)..Insyaallah ia banyak membantu anda. Senarai Barangan Bayi - Part 1
Banyak juga yang request dan bertanya kepada SS..ada tak Part 2 untuk keperluan bayi??? so hari nie SS nak share dengan u`olls semua list untuk part 2 secara details lagi...Kalau dalam part 1, SS hanya senaraikan sahaja barang tanpa bagi penerangan, kali nie SS cuba explnd untuk jelaskan lagi kepada M2B tentang barang dan lokasi nak beli dimana dan juga link-link yang berkaitan
PERALATAN MANDI & WANGIAN
1. Minyak urutan - Tropika Baby Hair & Body Oil Lavender 30ML - rekemen by Surianie Samsudin
- Tropika oil nie memang SS rekemen kepada para-para ibu untuk beli dan pakaikan pada bayi
anda.SEBAB?? ia bagus untuk kurangkan rasa gatal-gatal pada kulit. SS sendiri pakai pown
nampak hasil daripadanya. So tak rugi kalau beli. bukan sekadar ia dapat membantu untuk
kurangkan rasa gatal-gatal kulit malah produk nie sangat sesuai dijadikan massage oil kepada
bayi anda selepas mandi. Ada 2 pilihan bau dan SS rekemen u`olls try Lavender sebab bau dia
yang lembut boleh membantu bayi anda tidur dengan lena...
Nak beli dimana : FB Link : Tropika VCO Oil
Harga : RM 20.00 sebotol
PERALATAN TIDUR
1. Mosquito Net
- Ini memang perlu dan sangat perlu terutama sekali kepada mereka yang berpantang di Kampung. Sebab
banyak nyamuk. So u`olls kena tengok juga jenis yang dibeli, Macam sekarang nie ada set tilam yang
dijahit sekali dengan kelambu, so senang la tak perlu nak beli banyak sangat. Beli 2 in 1. Tapi sekarang
nie kebanyakkan M2B depa lebih prefer beli katil jenis babycoat dan playpan. Setiap jenis katil tersebut
ada disediakan kelambu so tak perlu risau. Untuk babycoat dan playpan u`olls boleh cari kat kedai baby.
Tapi yang SS rekemen ialah Tilam Baby Berkelambu..
Nak Beli dimana : FB Link : Tilam Baby
Harga : Bergantung kepada pilihan anda.
2. Bantal Karipap
- Untuk pengetahuan M2B. Bayi yang baru lahir kepala depa nie sangat lembut. So tak sesuai jika nak
pakaikan bantal yang biasa. So u`olls kena beli bantal khas. Kebanyakkan orang panggil bantal
karipap...So beli at list 1 jer...senang....
Nak Beli dimana : FB Link : Needle craft
Harga : Bergantung kepada pilihan anda.PERALATAN PENYUSUAN BAYI
1. Pemanas Susu
- Sekarang nie ada set lengkap untuk pemanas susu. Iaitu dirumah dan juga dalam kereta. So carilah
jenama yang terbaik utk anda.
2. Bottle Milik Storage / Plastic Milk Bag
- Beli lepas delived baby sebab ia diperlukan untuk anda menyimpan susu perahan anda. Sesuai untuk ibu
yang bekerja...Make sure FREE BPA :)
2. Milk Storage Beg & Ice Pack
- Untuk membeli peralatan ini, SS sarankan bila baby dah dilahirkan. Sebab time tue baru kita tahu
adakah benda nie penting atau tidak. Sebab ada sesetengah ibu tidak mempunya susu yang banyak. So
kalau beli tapi tak guna buat rugi jugak.
3. Nursing Cover
- Mungkin ada yang tidak tahu dan ada yang tahu kegunaan Nursign cover nie. Ia banyak membantu si ibu
untuk menyusukan bayi tak kira ada dimana sekali pun. Kalau dulu, bila nak menyusu kena pusing badan
dan sembunyi-sembunyi ataupun pie ke bilik yang disediakan ( shopping mall) untuk menyusu. Tapi
sekarang dengan adanya nursing cover nie, nak menyusu kat mana -mana pown boleh dan orang pown
tak perasan yang kita sedang menyusukan bayi kita....Bestkan....Tapi sekarang nie harga pasaran start
daripada RM35.00. Nanti SS share dengan u`olls semua customade nursing cover SS...
4. Nursing Pillow
- Ini membantu anda sewaktu menyusukan bayi. So dengan adanya pillow nie dia akan support bayi
anda berada dalam keadaan yang betul dan ia juga membantu anda untuk tidak berasa lenguh sewaktu
menyusukan bayi...
Nak Beli Dimana : FB Link : Nursing Pillow
Harga : RM65-RM200
5. Nursing Bra / Bra Pad ( Untuk Ibu)
- SS start pakai nursing bra bila payudara SS semakin membesar dan bila pakai bra ada besi dah tak
selesa sebab dia menekan perut yang semakin membesar. Bila pakai nursing bra nie lebih selesa dan
tidak panas.
6. Bottol Dryer Storage ( tempat keringkan botol )
- Ini adalah cara paling save untuk elakkan botol yang telah dibasuh terkena habuk yang mungkin
membahayakan bayi anda..Ini SS beli kat kedai baby. Beli biasa jer tak ada jenama harga dalam
RM13.90 jer...
PERALATAN LAIN-LAIN ( Bergantung kepada individu sendiri)
1. Diapers hanging Bag
- Ini adalah bekas untuk anda letakkan pampers bayi anda dengan lebih kemas dan teratur.So tak perlu
nak publish jenama pampers yang anak u`olls pakai sebelah katil..hehehhe...Ia nampak lebih cantik dan
sweet. Ini SS baru jer tempah. Nanti dah siap SS akan publish dan rekemen kat mana nak order..hehehhe
Nak beli pown boleh tak beli pown tak apa.
2. Baby Car Seat ( WAJIB)
- Ini memang sangat penting untuk memudahkan anda membawa anda anda didalam kereta. Terutama
sekali buat M2B yang bekerja. Nanti letak anak kat sebelah dah boleh drive tanpa tunggu suami nak
teman -hantarkan anak sendiri...Harga tue boleh search sendiri dalam Mr.google atau pergi ke mana-
mana kedai baby.
3. Baby Bouncer
- Ini pown banyak membantu pada M2B untuk menjaga bayi. so bila dah letak baby dalam Baby Bouncer
nie, senanglah nak buat kerja. Baby tak bising nak surung dukung jer...Tapi terpulang pada individu untuk
membeli....hehhehehe...Ini SS tak beli sebab akak SS dah bagi so tak tahu nak rekemen kat mana beli.
4. Baby Carrier
- Ini bergantung pada pihak individu untuk beli atau tidak. Harga juga bergantung pada jenama dan
patern yang dipilih. Kenapa perlu ada ?? Ini untuk memudahkan anda mendukung bayi anda jika lokasi
tempat yang anda pergi nie terlalu ramai orang. So tak perlu nak bawa stroller...SS advice untuk beli
benda nie bila bayi anda mencecah usia 4 bulan macam tue...
Okaylah selesai sudah part-2 senarang barangan bayi untuk tatapan M2B diluar sana yang request untuk buat senarai ini. Alhamdulillah sebenarnya senarai ini memang banyak membantu bakal- bakal ibu membeli segala kelengkapan untuk bayi anda. To be continue untuk part 3 bagi baby berusia 6 bulan :)...insyaallah......tak sabarnyer.....apapun SS nak wish good luck kepada semua M2B diluar sana. Semoga dengan adanya senarai nie banyak membantu anda..
No comments:
Post a Comment