Assalammualaikum semua....
It1s 28 Weeks sudah....cepat sungguh masa berlalu...Bila SS baca dalam setiap info dalam BabyCenter nie, sedikit sebanyak SS tahu tentang perkembangan anak SS dalam perut nie. Serious sekarang nie dia semakin membesar dengan sihatnya insyaallah..Pergerakkannya memang sangat aktif dan SS sendiri memang dah boleh rasa gerakan badannya yang sangat kuat.
Tambahan masa SS berbaring , time tuelah dia menunjukkan aksinya yang comel. Sampaikan suami SS pown terkejut bila rasa si kecik nie bergerak gerak dalam perut ibu dier...." wow kuatnya dia tendang" itulah ayat yang tak boleh SS lupa bila suami SS sendiri rasa tendangan comel si kecik nie..hehhehe
SS berdoa dan berharap sangat bila dia keluar nanti, si kecik nie sihat walafiat..Insyaallah..berkat doa ibu dan abah dia serta kawan-kawan ibu dan abah dia dimana mereka juga ada yang tak sabar nak tunggu si kecik nie dilahirkan...Amin...apapun jom kita baca perkembangan Si kecik SS nie... :
Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.
Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.
Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.

Sumber : BabyCenter
No comments:
Post a Comment