Assalammualaikum dan selamat pagi semua...
Hari nie SS sangat teruja bila semalam SS telah membawa diri masuk ke sebuah kedai yang semestinya membawa seribu idea kepada SS terutama sekali..Hehehehhe...Iaitu Baby Room Decor. Tudia..Jalan punya jalan SS ternampak beberapa aksesori untuk nak decor bilik baby SS...Wah syoknya...Memang teruja....
Tema dah dipilih cuma tunggu nak membeli barang dan nak aplikasikan sahaja..Baru dalam Wall paper dan Wall Deco Aksesori. So tunggu lagi beberapa barang sahaja..hehehhe...Walaupun SS duduk dirumah kuarters dan hanya ada 2 bilik sahaja, itu tidak menjadikan masalah kepada SS dan suami untuk mengubah suai bilik SS dan bilik Baby..
So sebelum kita nak mulakan menghias bilik sikecil nie, kita kena tengok jugak element-element keselamatan pada anak kita. Kesesuaiam warna juga turut mendatangkan kesan kelak. Sebab kalau SS belajar dulu, untuk deco dalam bilik, kita kena cari warna yang lembut dan tenang, Baru aura nak tidur tue datang. Kalau tak tudia..Sampai esok tak tidur...Jom kita ambik sedikit sebanyak idea dan tema warna yang cantik, simple dan bersesuaian dengan bajet anda.
Macam SS sendiri, SS tak beli BabyCot, tapi SS hanya pakai Playpen jer untuk anak SS tidur dengan nyenyak nanti....Kena jugak ada katil sebab kalau tak nanti dia terbiasa nak tidur dengan kita jer..Susah macam tue....Insyaallah SS akan train anak SS tidur dalam katil dier. So nanti dia dah besar baru kita move dier dibilik lain...hehehe
Tak sabar rasanya nak start deco..Insyaallah nak start dalam 2 minggu lagi selepas SS selesaikan semua wedding customer till June nie. Hope semuanya berjalan dengan lancar...Amin.....
so nanti SS akan share dengan u`olls semua tips dan juga idea untuk buat deco baby room....
No comments:
Post a Comment