Pages

Tuesday, April 2, 2013

Kenapa Wanita Sering Menangis??


Assalammualaikum semua...

Hari nie SS rasa nak sangat kongsi dengan u`olls semua tentang 1 artikel yang SS jumpa dalam Facebook salah seorang rakan SS...Tajuk dia pown macam best jer. Biasalah berkaitan dengan wanita sebab wanita adalah ciptaan Tuhan yang cukup indah. Lagipown SS sekarang nie suka membaca dan suka mencari tips-tips untuk amalan seharian dan juga dikongsi dengan pembaca SS.

Tapi ada tak segelintir wanita yang tahu tentang betapa indahnya dirinya diciptakan oleh Tuhan menjadi seorang wanita ?? atau adakah mereka tahu betapa mulianya seorang wanita??
Macam SS sendiri, memang kekadang bila SS sedih, SS rasa sangat sedih dan sayu bila terkenangkan masalah yang dihadapi oleh diri kita sendiri. Rasa seperti hamba, dicaci, dihina dan juga diherdik..Tapi lepas SS cari info untuk muhasabah diri..alhamdulillah ia banyak membantu SS untuk kuatkan diri dan semangat...

Tapi sekuat mana hati seorang wanita mengharungi masalah dan dugaan yang dihadapinya...sekuat mana dia menahan kesakitan yang ditanggungnya, namun apabila menitisnya airmata maka, berkuranglah masalah dan penderitaan yang dihadapinya...kenapa???? jom kita baca petikan ini yang SS dapat dalam Facebook :)




Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?


Jawabnya:


Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA itu ISTIMEWA”


Memang cukup indah ciptaan Tuhan pada setiap makluknya, dan SS cukup bertuah kerana diciptakan menjadi seorang wanita...semoga kaum wanita diluar sana lebih tabah dan kuat mengharungi cabaran hidup.

Jangan takut untuk menangis...
Jangan takut untuk menitiskan air mata..
Jangan takut untuk membasahkan pipi gebu anda..
Jangan takut untuk mencuci mata anda dengan air mata yang jernih itu...
Sesungguhnya...
Air mata yang diberikan oleh-NYA adalah untuk membasuh luka batin dan memberikan kekuatan bagi setiap wanita..












No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...