Pages

Monday, March 25, 2013

Perkembangan Janin 22 minggu : Welcome To 3rd Trimester


Perkembangan Janin : 22 Minggu



Alhamdulillah....Bak kata orang WELCOME TO 3RD TRIMESTER MUMMY....Wah wah wah...cepat sungguh masa berlalu dah 6 bulan SS mengendong perut yang semakin besar nie...Tak sangka cepat sungguh masa berlalu kan...hehehhehe...Rasa excited dan excited semakin membuak-buak bila dalam masa 3 bulan jer lagi SS akan menerima ahli keluarga yang baru. Serious sangat teruja sangat...Rasa macam tak mau beranak jer lagi...

Terima kasih kepada kengkawan yang selalu bagi dorongan dan juga sokongan pada SS sepanjang hamil nie...Kali nie dah besar pown si kecik dalam perut nie...Kekadang memang terasa di menendang SS tambahan masa SS makan ker...SS buat kerja ker...dia pown nak bekerja juga...hehehhe....tak sabar nak tunggu dia keluar...


Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul. 

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan. 

Adakah suami anda merasakan dia diketepikan? Tunjukkan dia bahagian kami yang didedikasikan khas untuk bapa baru. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan


Sumber : BabyCenter


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...