Tapi yang paling bestnya, Kami mandi di air terjun GUNUNG LEDANG ok..keles...bak kata orang tua-tua ambik berkat dan ambik seri..hahaha...serious memang best gila...sejuk kot...dah la lama tak mandi air terjun...nie dapat mandi...memang terbaik airr...jom tengok aksi ganas kami...
ha...selesai kami bermandi manda....terus pulak kami dibawa untuk ke pekan tangkak lebih kurang 20 minit untuk kami menikmati jamuan makan tengah hari iaitu mee bandung johor yang sememangnya sedapppp gilesss....Tapi sorry lah lupa nak save...tapi kedai jer yang nampaknya...Dan yang pastinya OTAk-OTAK menjadi menu sampingan kami masa makan tengah hari..memang sedap..hehehehehe....
nielah kedai mee bandung tue...sedap gilezzzz
So selepas tue kami pun terus beredar ke homestay yang terletak tidak jauh daripada pekan tangkak dalma 15 minit jer. Rehat nak berbaring serta membuat bising kami dalam rumah itu..hahahha
Then bila malam menjelma..Kami pulak bersiap untuk ke sesi makan malam di IKAN BAKAR WAK JOS iaitu kedai milik tok kami....selaku pangkat pakcik mak saya....Semuanya seafood tak ada daging.tapi ayam ada....
Dan aktiviti berkaraoke pun bermula...kami nie kalau tak ada karaoke memang tak sah.....walalupun sikit ja cd dia..sure semua nak nyanyi..hehehe happening gilezz...
syok..memang syok trip kali nie..Penat tue tak rasa sangat sebab semua family enjoy.. Berjalan dan bercuti....dah lama kot tak rasa macam nie. Ini pun sebab kahwin dengan orang jauh.Kalau tak.Tak rasa macam nie. Peh nie spa pulak yang nak kawin dengan orang luak...Tunggu ada sorang lagi...SULIANA..PAHANG oooo....sangat jauh...10jam perjalanan....
takpa asalkan semua happy dan enjoy...Apa-apapun aku mewakili semua ahli keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjayakan majlis perkahwinan kakak aku yang terakhir bermula dari wedding at Penang sampai la kat Johor. Penat lelah anda sangat kami hargai..Anda juga yang telah bersusah payah dan membuat keriuhan dalam majlis ini.
Insyaallah kalau diizinkan Tuhan...tunggu pulak wedding saya pada tahun depan.Pastinya Majlis Perkahwinan yang terakhir buat anak Pn Idamiah & En.Samsudin..
with luv,
~sue~
No comments:
Post a Comment