Thursday, March 28, 2019

Ibu tunggal adalah seorang yang hebat



Assalammualiakum semua ,

 Topik kali nie agak berat sikitlah. Biasalah bila sendiri dah alami baru saya berani nak share dan kongsikan apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi kepada mereka yang bergelar IBU TUNGGAL ....Gelaran ibu tunggal seringkali dianggap sebagai sesuatu yang negatif dalam masyarakat kita. Sedangkan, jika kita cuba menyelami keadaan mereka, ia adalah begitu sukar dan perit.TAK SEMUA MASYARAKAT AKAN FAHAM AKAN KEHIDUPAN SEORANG IBU TUNGGAL. Keadaannya sama sekali berbeza dengan mereka yang berpeluang membesarkan anak dengan bantuan pasangan. Bila dah jadi ibu tunggal nie , semua benda akan jadi double..So memang kena kuat mental dan fizikal. Cuba kita selami mereka dan anda akan rasainya..

Ini antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka.

7 CABARAN HEBAT MEMBESARKAN ANAK SEBAGAI IBU TUNGGAL




1. KEWANGAN YANG TERHAD

Antara cabaran yang paling merunsingkan ibu-ibu tunggal adalah had kewangan yang dahulunya ditanggung berdua. Bukan mahu menagih simpati, namun kini kesusahan benar-benar terasa apabila segalanya perlu diuruskan seorang diri. Walaupun masih ada keluarga, siapalah kita yang ingin mengharapkan bantuan dan pertolongan. Apatah lagi dengan masa yang terhad, sudah tentu seorang ibu tunggal terpaksa bersengkang mata dan menahan diri daripada segala alasan demi menanggung segala perbelanjaan harian. Kadang kala terpaksa buat 2 3 kerja dengan niat nak jana pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan harian. 



2. KURANG MASA UNTUK DIRI SENDIRI

Menjadi seorang ibu saja sudah memberi banyak halangan bagi seseorang wanita untuk mempunyai masa bagi diri sendiri. Dengan menggalas gelaran seorang ibu tunggal, terlalu banyak tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan sehingga mereka tidak berkesempatan untuk bersosial dengan rakan-rakan, apatah lagi dengan seseorang yang istimewa.  Kebanyakan masa, rasa bersalah pasti akan membuat ibu-ibu ini rasa terhimpit antara kemahuan dan keperluan. Sebab itu kadang kala ibu tunggal nie mudah tergolong dalam golongan mudah mengalami kemurungan sebab dalam kepala otak dia nak fikirkan pelbagai perkara. 



3. TANGGAPAN MASYARAKAT
Entah kenapa, tanggapan masyarakat umumnya lebih baik terhadap duda berbanding janda. Janda sering dilabel dengan gelaran negatif seperti sebagai ‘perampas’ atau ‘perosak rumah tangga’. Namun hakikatnya, semua ini adalah stigma semata-mata. Jadi, janganlah kita mudah membuat tanggapan terhadap seseorang tanpa usul periksa. Tapi ampa selami dan cuba berada didalam kasur yang depa pakai tu. Baru ampa akan tau dan rasa cam mana yang depa rasa. 


4. MENGHADAPI PERTANYAAN & PERSOALAN ANAK YANG SEMAKIN BESAR

Apabila anak semakin besar, semakin banyak soalan yang akan ditanya, semakin banyak jugalah ragam mereka. Mereka pasti akan bertanyakan tentang masa lalu atau perkara yang berkaitan perpisahan ibu ayah. Sedikit sebanyak, ia akan sentiasa mengembalikan rasa kesal dan bersalah terhadap anak. Bila berjumpa dengan orang baru, anak pasti akan berasa kekok apabila ditanya tentang bapa mereka. Kalau boleh, ingin sekali kita menjadi pelindung mereka. Tetapi, inilah dunia sebenar yang bakal mereka hadapi sendiri suatu hari nanti. Abang zarif dah besar, Yesss dia akan bertanya kenapa abah tak duduk sekali, kenapa abah duduk jauh, abang ada abah sorang ja, ada ibu sorang ja...So inilah time yang kadangkala kita as ibu memang susah nak manage dan main peranan nak explnd kat depa apa yang sebenarnya berlaku. Tapi insyaallah in time mereka sendiri akan faham. Even zarif sekarang pun tau yang ibu dan abah dia bergaduh dan tak duduk sekali. Dia mula memahami keadaan ini. 


RASA SUNYI

Sungguhpun kebanyakan masa diisi dengan kesibukan, ada ketika kesunyian akan hadir dan memenuhi ruang fikiran. Rasa rindu untuk berbual dengan orang dewasa. Rasa rindu untuk meluahkan perasaan. Rasa rindu untuk sebuah pelukan. Semua ini adalah sokongan emosi yang diperlukan oleh seseorang yang normal.  Apabila anak semakin dewasa, akan tiba masanya mereka akan punya agenda sendiri. Mereka akan kurang bersama kita dan sekali lagi ruang kosong akan terisi dengan kesepian yang sukar dikongsikan. Memang tak dinafikan, wanita memang memerlukan pasangan. Seperti mana HAWA memerlukan ADAM.. Tipulah kalau seorang ibu tunggal tu boleh go on dengan live dia seorang diri. Deep inside yes dia akan melalui 1 fasa ingin memiliki dan disayangi cuma kena tahan dan kuat..Sebab pandangan orang tak sama. Depa akan imagine yang Ibu tunggal nie perempuan murahan, Senang senang hati nak bertukar pasangan. Tapi hakikatnya kesunyian itu akan terpadam bila diisi dengan pasangan yang betul2 memahami mereka.

TERPAKSA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SUKAR

Begitu banyak keputusan yang perlu dibuat walaupun kita tak tahu betul salahnya. Kita sendiri sangsi dengan pertimbangan diri sendiri. Kita sendiri tak pasti sama ada kita kuat untuk menghadapi semua ini. Itulah pergelutan yang selalu berlaku apabila menjadi seorang ibu tunggal. KAdang kala ada yang perlu kita bertanya pada rakan, keluarga untuk dapatkan pandangan. Tapi kadang kala keputusan itu kita kena buat sendiri. So bayangkanlah jika keputusan tu salah.... macam mana??? sebab itu ibu tunggal nie sangat berat peranan dia....dan tak mudah untuk dilalui...


SELALU RASA ‘TAK CUKUP BAIK’

Akhir sekali, walau seberapa banyak usaha yang kita telah kerahkan dalam membesarkan anak, sebagai seorang ibu tunggal, ianya terasa seperti tak pernah cukup. Rasa cenderung menyalahkan diri jika sesuatu yang dirancang tidak berjalan lancar. Sekalipun sentiasa memujuk diri agar tidak membandingkan diri dengan orang lain, dah tentu tak senang duduk apabila melihat anak sendiri kekurangan kasih sayang dan belaian seorang ayah.

SESUKAR MANA PUN, ANAK ADALAH SUMBER KEKUATAN
Tidak kiralah sama ada kita terpaksa berjauhan dengan pasangan akibat penceraian atau, duduk berasingan atas sebab-sebab yang tertentu, atau mempunyai pasangan yang kerap outstation – seseorang yang dipertanggungjawabkan membesarkan anak tanpa pasangan di sisi pasti akan merasakan cabaran demi cabaran dalam hidup, terutamanya dalam hal membesarkan anak. Namun sesukar manapun, anak-anak inilah yang bakal menjadi kekuatan kepada para ibu mahupun bapa tunggal di luar sana. Respek buat mereka! dan sekarang nie saya sendiri melalui FASA pertama menjadi seorang IBU TUNGGAL. Memang tak dinafikan ada masanya kita happy dan ada kalanya kita akan rasa terlalu letih dan give up.. Tapi yang penting bila tengok muka anak anak..Kita akan dapat 1 kekuatan yang lain dari lain. Kekuatan untuk kita kuat berdiri demi anak anak.


Love,
Ibu









Wednesday, March 27, 2019

Mendobi Baju Lebih Seronok | Amway Penang Sempoi


Pencucian lebih seronok dan mudah dengan AMWAY HOME SA8 PREMIUM CONCENTRATED LAUNDRY DETERGENT. Wanita zaman moden lani, apa sahaja benda yang cepat , mudah, jimat dan selamat adalah menjadi pilihan wanita zaman lani terutama bagi mereka yang ada anak. Nak cuci baju antara perkara yang paling tak disukai oleh ibu ibu sebab pening nak pikiaq cam man anak cuci baju anak yang kotor. Pehtu kena beli macam macam pencuci sebab nak bersihkan kotoran pada baju putih terutama sekali kan. 
Seriouslly, dulu pernah pakai shaklee pun best dan kali pakai Amway punya pencuci baju pun best jugak..Apa yang bestnya serbuk pencuci baju nie sangat berkesan menanggalkan kotoran. Aku memang tak pakai dah clorox uolls sebab rasa cam makin lama clorox tu akan lunturkan warna kain dan kain jadi macam nipis. bau pun tak best. Tapi sekarang nie aku pakai ja MWAY HOME SA8 PREMIUM CONCENTRATED LAUNDRY DETERGENT untuk setiap pencucian baju putih...memang bersih dan segala kotoran tu hilang. Tak perlu masuk clorox dah. 



AMWAY HOME SA8 PREMIUM CONCENTRATED LAUNDRY DETERGENT didatangkan khas dengan 2 jenis size iaitu 1kg dan 3kg dan harganya pun mampu milik. 1 kotak mampu bertahan lama tau sebab bukan pakai banyakkan . Sikit ja 1 sudu dan ada sukatan yang telah diterangkan untuk setiap pencucian...



Antara Ciri Ciri nya :
  • Formula berpaten yang membolehkan pelarutan yang lebih cepat walaupun di dalam air sejuk..hebatkan
  • Ia juga berkesan terhadap daki dan kotoran degil seperti darah, rumput, coklat dan telur agar pakaian yang dicuci bersih dan cerah .
Manfaat
  • Tidak meninggalkan kesan berbahaya yang boleh merangsangkan kulit sensatif
  • Menjimatkan wang
  • Jangka hayat pakaian dapat dilanjutkan
  • Pakaian lebih bersih 
  • Tidak mempunyai bahan kimia
  • Tahan lama



INILAH BENTUK RUPANYA...JANGAN TERSALAH BELI TAU



Kalau ampa teringin nak belikan. Boleh terus hubungi saya teroi.. atau follow Official IG di
@amwatpenangsempoi






Jom Keraskan Sisa Minyak dengan Cooking Oil Harder



Hello guys :)

Pernah tak ampa mengalami masalah nak buang sisa minyak selepas memasak?? Dok fikiaq cam man anak buang baki minyak yang tak pakai dah?? nak buang dalam singki tu dok pikiaq satg tersumbat jenuh nak cari plumber...Pehtu yang duduk kat flat lagilah jenuh nak pikiaq cma mana nak buat. Betul kan. Actually masalah nie aku sendiri alami sejak dok membawang nie kan. kekadang hampir 1 bekas minyak aku tuang ja dalam plastik bungkus berlapis lapis dan buang..Tapi kekadang tu bila dah tersilap packing tercucuk plastik tu habis meleleh minyak. Tak ka jenuh kan. Or tuang dalam mangkuk tandas dan flush!!! weiii takkan merosakkan saluran ???

Tapi sekarang tak lagi. Mungkin ada yang tak pernah tau tentang wujudnya COOKING OIL HARDER nie!!! Ia bertujuan untuk mengeraskan saki baki minyak tu dan memudahkan proses pembuangan minyak yang tak pakai tu... so mungkin info nie berguna..jom tengok okay:


COOKING OIL HARDER nie ampa boleh dapatkan di DAISO. Tapi rasanya tak semua cawangan Daiso ada jual. Macam kat Daiso Gurney,Penang memang tak ada. Tapi kalau di Queensbay ada jual dengan harga hanya RM5.90 1 kotak. Dalam ada 5 mini pek yang ampa boleh gunakan sebanyak 5 kali. ni antara jenis Cooking Oil Harder. Ada macam macam jenis sebenarnya tapi jangan risau semuanya fungsi yang sama....






BAGAIMANA NAK GUNAKAN COOKING OIL HARDER??

  1. Bagi minyak yang dah sejuk, sila pastikan minyak itu dipanaskan dalam 180`C
  2. Bila minyak dah panas , masukkan 1 Mini Pek Cooking Oil Harder ke dalam minyak tersebut dan kacau sehingga serbuk itu larut.
  3. Setelah larut biarkan minyak tersebut sejuk dan ia akan mengeras dengan sendirinya



inilah mini serbuk Cooking Oil Harder

Di depan kotak pun ada mention cara nak gunakan. Tapi in bahasa Jepun...

Jangam rasa pelik macam aku rasa kenapa dia tak keras pun??? rupanya kena tunggu minyak tu sejuk dulu



Setelah dibiarkan semalaman, inilah hasilnya, minyak dah keras dan memudahkan kita nak cuci periuk/kuali selepas memasak. Nak membuang sisa minyak pun senang ja... 






TAPI INGAT!!!!
.
.
.
.
.

Minyak yang dah dikeraskan TAK BOLEH DIGUNAKAN TAU



Selamat Mencuba semua

Tuesday, March 26, 2019

IKEA BATU KAWAN tunggu aku datang






BELUM P LAGI.....NANTI NAK P BARU BOLEH CERITA....LANI ORANG PENANG SEMUA CIWIEEEEE LAGIIIIII

Monday, March 25, 2019

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL | MOVIE TIME






KERIS SIAMANG TUNGGAL

Kali nie cerita UPIN IPIN by Les`copaque memang best kalau nak dibandingkan dengan cerita yang sebelum sebelum nie. Macam last 2 years pasai cerita UPIN IPIN JENG JENG JENG tu...Tak berapa nak syok dan ramai cakap jalan cerita tu sangat membosankan. Tapi kali nie memang best...serious memang best. Cerita kali nie ia menggabungkan beberapa cerita dongeng rakyat lama iaitu Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Mat Jenin, Nujum Pak Belalang, dan beberapa lagi watak cerita dongeng negeri Inderaloka .
 Kisah ini menceritakan pengembaraan Upin Ipin dan rakan rakan ke sebuah kerajaan dongeng yang bernama Inderaloka selepas mereka terjumpa sebilah keris saksi kepunyaan Atuk di stok. Lepas Si UPIN IPIN terbaca tulisan jawi pada kepala keris tersebut. Dalam cerita nie, ada jugak depa selitkan pengajaran , cerita sedih sampai kita pun boleh nangis...best....Nak cerita lebih tak syoklah..Kalau nak tau apakah kesudahannya cerita nie, ampa kena bawak anak anak ampa p tengok. 


WATAK WATAK DALAM CERITA UPIN IPIN

RAJA BERSIUNG
Dia nielah watak Utama dalam cerita kali nie, pemerintah Inderaloka. Watak dia memang win dengan effect dia dengan tongkat sakti dia....pehtu ada pulak angkatan tentera reriang dia boleh bertukar jadi manusia.Memang sempoi weii.......Tapi dalam kehebatan menjadi Raja rupanya dia nie takut kat Keris Siamang Tunggal sebabnya Keris itulah yang hanya mampu untuk membunuh Raja Bersiung nie. Sebab tu bila dia tau keris tu muncul dia jadi gelabah ....Tapi Adakah Keris tu mampu membunuh Raja Bersiung?? ampa tunggu dan lihat sendiri...


NAKHODA RAGAM

Watak nie aku pun tak sure dalam cerita dongeng apa wujudnya cerita nie...Tapi sebenarnya watak nakhoda nie adalah antara watak utama dalam cerita nie. Kerja dia asyik nak menyanyi ja..Pehtu sora dia pun macam Jamal Abdillah...Hahhaha.sedap jugak.....NAntilah nak try cari cerita Nakhoda Ragam tu atau cerita tu hanya wujud dalam cerita nie ja...ermmmmmm



BELALANG


Ini cerita P.Ramlee, kenapa boleh masuk dalam cerita nie??? ermmm sebabnya aku teka ja...Bapak dia kan Ahli Nujum Negara. So Bapak dia sebenarnya yang menjaga dan menyembunyikan Keris Siamang Tunggal tu daripada dijumpai oleh Rakyat jelata. Best jugak dia masukkan watak budak nie sebab budak nie kira cam boboi lah dia pandai lawan dan bijak..huhuhu..budak budak memang suka


 BAWANG MERAH

Seperti kita tahu, cerita pasai kes adik beradik perempuan yang diberi nama Bawang Putih Bawang Merah. Tapi kali nie si Merah terperangkap dalam sebuah gua dan Putih pulak kena kurung dalam Penjara. Sebab apa itu ampa tengok sendiri..kat sini pun cam sedih jugak....aku cerita sipi sipi ja tau...Yang pastinya bila si Merah nanyi lagu atas buai tu....sora dia memang sedap dan of cause kredit dekat Ernie Zakrie...memang power dan merdu suara dia....



 MAT JENIN

Siapa tak kenal Mat Jenin yang memang kuat berangan...dia punya berangan sampai ampa tengok cerita nie pun tak tau siapa sebenarnya Mat Jenin dalam cerita nie.... Rupanya diakhir cerita Mat Jeninlah Hero dalam cerita nie..dialah pewaris sebenar Inderaloka....huhuhuhuhu kenapa dia jadi Hero ampa p tengok sendiri okay...




Okaylah aku pun dah cerita sikit sikit pasai watak watak yang ada. Tapi secara keseluruhan cerita kali nie aku bagi 10/10 star wei...Bukan nak kata ..Effect dalam cerita nie, kualiti gambar doa jalan cerita dia tak membosankan. Zarif dan Zill punya punya suka dan siap gelak sakan bila time ada part lawak. Cerita dia pun tak heavy untuk budak budak nak layan. Susunan lagu, sound effect dia memang sempoi.. Boleh katanya kombinasi semua watak watak dalam cerita nie memang bagus dan Tahniah buat team LES`COPAQUE memang best cerita nie. Buat parents kat luar sana yang rasa takut rakut nak bawak anak ampa p tengok wayang cerita UPIN IPIN nie.. bawaklah sebab depa akan behave ja dan make sure ampa bancuh susu siap siap dan bawak bantai busuk depa...sebab itulah yang aku buat kat anak anak aku so depa behave ja siap gelak sakan.....



KAMI DAH TENGOK AMPA BILA LAGI??????


Tangani Masalah Kewangan bersama AKPK



Hello guys,

Apa itu AKPK?? Pernah ampa tau dan pernah berurusan dengan Pihak AKPK nie??? Yang mana belum tahu dan tak pernah tahu tentang apa sebenarnya fungsi AKPK nie.Jom kali nie aku nak explnd kat ampa bagi ampa semua jelas dan faham or mungkin agensi AKPK nie boleh bantu mengatasi masalah ampa.




APA ITU AKPK

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.


APA TUGAS AKPK
Secara ringkasnya, AKPK nie akan bantu mereka yang ada masalah kewangan untuk refinance balik segala bentuk pinjaman peribadi, pinjaman kereta, atau kad kredit serta urusan kewangan yang lain. Kalau dah rasa gaji tu dah cukup cukup makan dan kekadnag tu rasa hutang menjadi beban kehidupan uolls semua, batterlah try rujuk dengan pihak AKPK.



LOKASI AKPK / CARA HUBUNGI AKPK

AKPK terdapat di 12 negeri termasuk disemenanjung Malaysia dan juga Sabah Dan Sarawak. Ampa boleh log in ke web AKPK dan klik pada pautan HUBUNGI KAMI so uolls boleh dapat lokasi yang berdekatan dengan ampa. Senang ja... Untuk maklumat lanjut, ampa boleh terus hubungi talian 03-2616 7766 atau layari laman web www.akpk.org.my.



CARA NAK MOHON

Bagaimana cara nak mohon APKP nie?? 1stly sebelum ampa nak berjumpa dengan AKPK ampa kena set apointment dulu. log in ke AKPK OFFICIAL PAGE  Masa nak set tulah ampa kena isi borang secara online, segala mak nenek info berkaitan kewangan ampa dia akan tanya.Kalau boleh jangan sembunyi, isi ja senang. Lepas ampa dah isi baru dia akan bagi pilihan tarikh untuk sesi temujanji dan kemudian lepas dan pilih baru pihak AKPK akan berjumpa anda. Masa nak jumpa tu dia akan bgtau semua dokument yang ampa perlu sediakan. make sure ampa kena bawak tau bagi memudahkan urusan. Kalau tak silap antara dokument yang perlu:

  • salinan kad pengenalan
  • salinan penyata gaji terkini
  • dokumen pinjaman peribadi
Dan tibalah di lokasi AKPK seperti yang telah ditetapkan. Itu ja...Lepas tu baru depa akan buat pengiraan semula. Tapi ampa kena ingat bukan terus akan lulus tau, ambil masa 2-3 minggu juga daripada tarikh temujanji ampa tu untuk tau keputusan. Pihak AKPK akan hubungi kita dan maklumkan sama ada lulus atau tidak. Lepas tu kita akan diminta untuk membuat pembayaran pertama ikut pada loan yang kita mohon tu. Lepas dah bayar tu baru semua permohonan kita akan lulus dan urusan kewangan kita pun batter..


PENGALAMAN SENDIRI DENGAN AKPK

Mulanya memang tak pernah taupun pasai AKPK nie. Tapi bila aku mengadu kat family pasai kewangan aku teruk sangat sampaikan kekadang tu kena pinjam sana sini nak tampung kos yang sedia ada. One day kakak aku sendiri adviced aku ke AKPK untuk kurangkan kos pinjaman tu. Macam tak percayakan. Tapi alhamdulillah lepas aku ke AKPK dan buat permohonan dan YESS!!!!!! permohonan aku lulus untuk 3 pinjaman aku... save jugak dalam RM500.00 sebulan. Banyak juga tau. Mana taknya sekarang nie dah jadi single mother so kewangan adalah faktor utama yang aku kena pentingkan. Nak bayar duit mengasuh, beli kelengkapan rumah, bayar bil utiliti dan sebagainya

Memanglah ada yang cakap rugi bila kita apply ke AKPK.Tapi bagi aku sendiri ia sangat sangat membantu. Contoh permohonan yang aku mohon ialah pinjaman kereta. Bayangkan sebulan aku kena spend gaji aku or side income dalam rm800 untuk bayar tapi lepas mohon dengan AKPK bayaran bulanan tu dikurangkan sehingga RM490 sebulan. Jimat hampir RM310 tu....banyak lagi yang kita boleh byr dengan nilai rm310 tu....Setiap orang tak sama..So ampa kena mohon sendiri dan tengok hasilnya. Sekurang kurangnya perbelanjaan bulanan tu dapatlah dikurangkan..


SELAMATKAH AKPK NIE??

Memang selamat sangat sebab AKPK nie akan membantu kita menguruskan kewangan kita dengan lebih efektif dan ia juga mampu membantu kita terhindar dari tindakan undang undang disebabkan pemasalahan pembayaran hutang. Lagipun AKPK nie adalah perkhidmatan yang diberikan secara PERCUMA :)



Good Luck guys




Saturday, March 23, 2019

Simbol Tali Pertunangan | Cincin Bunga Tanjung




Cincin Bunga Tanjung

Kenapalah dalam banyak banyak jenis cincin memang aku suka dengan bentuk dia.mungkin sebab nampak keunikan kot pada bentuk cincin nie. Bila disarung nampak manis ja kan. Tapi sekarang nie klu kita nak cari cincin bentuk nie memang tak jumpa melainkan klu tempah...Tapi kalau tempah berapa kot harga dia kan...Sampai sekarang tertanya tanya ...Mana hilangnya cincin nie???
Entahlah sejak saya besarkan size dia terus tercicir tanpa sedar...So gambar nie ja bagi ada kenangan...Insyaallah ada rezeki kita p cari cincin nie or kita tempah lain...

Friday, March 22, 2019

My Garlic Crispy by Makcik Bawang Hebat


Hello guys,

Topik belog kali nie nak share dan nak memperkenalkan produk homemade aku sendiri. So lets go and read it :) enjoy and have fun okay





Macam manalah aku boleh tergerak hati nak buat jual bawang putih goreng nie. Dok tak dok tetiba ada produk sendiri. Homemade produk yang mampu bantu aku jana pendapatan harian. Ya allah memang aku tak sangka dan aku bersyukur sebab Allah selalu bagi aku kekuatan dan kesabaran yang luar biasa dan idea yang tak sangka aku sendiri mampu buat. Cerita dia lagu nie, ada 1 hari tu masa dok sembang sembang ngan budak opis, dia nie dah sarat nak bersalin tetiba terkeluak cerita pasai menu berpantang. Pehtu dia lah yang cerita dia goreng bawang putih 1 balang nak makan masa dalam pantang..sedap katanya dan dia lah kata kak sue trylah buat dan jual mana tau laku...


So daripada situlah aku pun mengoogle dan mencari idea dan mencari tips dan sebagainya. Lepas 1 ke 2 minggu cam tu tak silap..aku try buat dan hiris guna tangan...seirousss tebai dan pahit..aku jual dalam balang kecik rm5 ja...ada yang kata sedap tapi ada yang kata tak berapa urmm... Kira dah macam macam cara buat utk dapatkan hasil bawang putih yang sedap tu...nak dapat kehalusan bawang tu...cara nak goreng bagi sedap..sampaiLAH akhirnya jumpa dah formula dia...maka terhasillah produk sendiri iaitu




MY GARLIC CRISPY BY MAKCIK BAWANG HEBAT


Mana datangnya idea nama My GArlic By MAKCIKBAWANG HEBAT nie???

Mulanya tercari cari juga nama produk yang cam unik dan menarik.Konon bila orang dengar pun can wow..punya cari dok cari macam macam idea yang dok mai..ada yang suruh letak nama draculascary lah..apalah..bawangputih bawang merah lah..dalam 1 minggu jugaklah nak cari nama sebelum terhasilnya nama dan sticker nie.. Last Last dok teringat pasai makcik makcik bawang yang hebat dok membawang tu yang boleh terkeluak teroi nama MYGARLIC By MAKCIKBAWANG HEBAT. Alhamdulillah makin hari makin ramai yang dah kenal dan cuba produk nie...




Apa keunikan My GArlic By MAKCIKBAWANG HEBAT nie???

Kalau nak diikutkan dan based pada testimonial customer-customer yang cuba garlic nie. Rata rata kata sedap dan unik sebabnya kebanyakkan yang pernah depa beli memang rasa kelat dan tebai..Tapi dengan My GArlic By MAKCIKBAWANG HEBAT memang rasanya sangat krup krup uollsss....sangat nipis dan boleh makan macam keropok ja...sedap....tak rasa kelat pun..Memang sedap tambahan produk yang saya buat nie didatangi dengan 6 jenis perisa iaitu:



  1. ORI WEH ---- pastikan yang original..asli tanpa sebarang campuran
  2. BBQ --- Yang suka BBQ ini pilihan yang wajib uolls try dan ini selalu hot selling
  3. CURRY MANEH --- orang penang kalau tak dak kari memang tak sah.So yang nie adalah kombinasi daun kari bersama bahan bahan special...
  4. KEJU GEBU ----- untuk peminat cheeseee ini mungkin pilihan ampa...sebab saya pun suka cheese
  5. HALIA ELOQ ---- yang nie mix bersama hirisan halia dan lada hitam, sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah angin badan..sekali makan memang pergghhh kentut kuat.
  6. CABAI PEDAIH --- bagi yang memang suka pedaih memang saya rekemen untuk try perisa nie..terbakaq lidah....pergghhh berapi tuuuu



Insyaallah akan datang pelbagai lagi perisa yang bakal saya keluarkan seperti perisa : tomyam | ayam | superrings | ladahitam  dan sebagainya...Tapi kena tengok pada marketing macam mana nak buat...staff kena ramai baru laju production uollss..sebab sekarang nie saya sorang yang buat memang limited time dan stock sikit.



Insyaallah saya akan cuba pasarkan ke pasaran luar.Doakan produk saya nie menjadi pilihan hati ramai...giteww....So jangan lupa untuk support bisnes saya nie...dan paling penting jangan lupa untuk follow OFFICIAL PAGE


FACEBOOK : mygarliccrispy
INSTAGRAM : mygarliccrispy

atau ampa boleh follow hashtaq

#mygarliccrispybymakcikbawanghebat







Wednesday, March 20, 2019

Khasiat Disebalik Buah Lemon | Kecantikan Bersama MadamSurianie



Assalammualaikum dan hye semua, 




Ramai yang belum tahu tentang kebaikan buah lemon terhadap kulit kita. Anda yang berpendapat kalau minum air Lemon setiap hari dapat membantu menguruskan berat badan. Tapi hakikatnya tak semua orang tahu kebaikan pada kulit kita. Mulanya aku pun cam tak percaya pasai benda nie semua. yalah nak kena beli pehtu tenyeh kat muka semua.  



Jom aku nak kongsikan dengan ampa semua  4 khasiat disebalik buah lemon tu...






1. Lemon Dapat Mencerahkan Wajah

Sebenarnya kalau kita nak dapatkan hasil kulit yang gebu, halus dan licin tanpa jerawat. Pengambilan vitamin c yang cukup untuk badan kita sebenarnya adalah faktor utama nak hasilkan kulit yang cerah dan cantik. lepas tu tak ambil supliment pu cukup. Sebab tu kalau nak beli produk kecantikan atau supliment, depa semua akan syorkan yang ada vitamin c. Penggunaan buah lemon nie mudah ja..hanya dengan mengambil perahan air lemon tersebut dan campurkan bersama 2 sudu madu.Lepas dah gaul sebati sapukan pada wajah anda dan keringkan sehingga 15minit...dan bilas.Lakukan ia seminggu sekali dan ampa tengok sendiri hasilnya..


2. Lemon Mengurangi Jerawat Di Wajah

Lemon yang kaya dengan vitamin C ini ternyata memiliki manfaat lemon untuk wajah yang berjerawat, iaitu menguranginya dan menghilangkan bekas jerawat mahupun bintik bintik hitam di wajah. Kandungan dalam lemon akan mengeringkan jerawat lebih cepat dan mencerahkan noda-noda hitam. Cara penggunaannya sangat mudah, pertama siapkan 1 biji lemon . Selanjutnya, belah buah lemon menjadi 2 bagian dan peras sampai keluar airnya. Campurkan air lemon yang masih pekat tersebut dengan sedikit air sampai menjadi agak cair.
Kemudian, celupkan cotton bud ke campuran air tersebut dan tempelkan ke bagian wajah yang berjerawat. Diamkan selama 15 ke 20 minit sampai air lemon di wajah kering. Bilas wajah dengan air dingin bersih dan keringkan. Untuk hasil terbaik, lakukan perawatan ini sebanyak 2 sampai 3 kali dalam seminggu. Pehtu jerawat kita akan lebih cepat kering dan tidak meninggalkan bekas.tak percaya cubalah... Tapi uolls akan rasa kulit pedih sikit.Maybe ada luka atau kesan jerawat yang ada...


3. Lemon Mampu Mengontrol Minyak Di Kulit

Muka berminyak yessss....antara penyebab seseorang tu akan rasa down seba tak confident dengan kulit muka sendiri. Dahlah muka berminyak pehtu nak make up pun jadi tak cantik sebab pondation tu dha bercapuk dan paling horror bila muka tu jadi berkilat macam boleh nak goreng teloq..hahhaha..So cara paling best nak atasi masalah nie adalah dengan mengaplikasikan lemon nie kat wajah kita.Ambil1 biji lemon segar. Kemudian, potong lemon menjadi 2 bahagian. Basuh wajah dengan air hangat terlabih dahulu dan pastikan sebelumnya bahwa wajah memang dalam keadaan bersih. Gosok-gosokkan salah 1 bagian lemon ke seluruh wajah secara merata. Diamkan air lemon yang menempel di wajah tersebut selama 15 sampai dengan 20 minit hingga kering. Lalu, bersihkan kembali wajah menggunakan air dingin. Perawatan ini bisa dilakukan setiap hari untuk benar-benar mengurangi minyak di wajah. Hasilnya memang win....


4. Mengecilkan pori-pori pada kulit wajah

Membesarnya pori-pori kulit wajah dapat menyebabkan berbagai masalah seperti jerawat dan komedo yang dapat merosakkan penampilan. Ternyata buah lemon mampu mengecilkan pori-pori di wajah secara semulajadi yang mungkin ramai tak tahu. Berikut cara penggunaan buah lemon untuk mengecilkan pori-pori:
  • Siapkan satu buah lemon segar. Peras lemon ke dalam mangkok.
  • Campurkan air lemon dengan sedikit air kemudian kacau hingga rata.
  • Ratakan campuran air lemon itu pada bagian seluruh wajah dengan menggunakan kapas.
  • Diamkan sekitar 15 menit, bilas dengan air bersih.
  • Keringkan lakukan secara rutin setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimal.


sebelum amalkan buah lemon


Kulit lebih cerah, jerawat pasiaq pun tak naik dah...kulit muka lebih berseriii....


Dahlah jimat lepas tu ampa akan dapat kulit yang sangat best. Tak percaya ampa try buat semdiri dan amalkan setiap hari. Insyaallah ampa akan LOVE dengan kulit. Duit jimat hasilnya kulit meletop. Kepada semua bakal-bakal pengantin yang nak melangsungkan majlis uolls, bolehlah amalkan tips nie dan pastinya ampa akan tersenyum bila kulit cantik nak make up pun senang ja...\











Monday, March 18, 2019

Im Officially as SINGLE MOTHER | Madam Surianie Samsudin




Assalammualaikum Hye :)

Bukan mudah untuk saya nak kongsikan dengan semua orang akan apa yang sebenarnya berlaku sebelum nie. Saya cuba mencari kekuatan untuk habaq kat orang tentang apa yang sebenarnya berlaku. Bukan senang ampa tau tak..Nak terima kenyataan. Alhamdulillah dah 4 bulan pun dan baru Saya rasa lebih confident bila nak habaq kat orang...kumpul kekuatan orang cakap..

Bismillahhirrahmannirrahim......
Hari nie 9 April 2019 genap 4 bulan tarikh saya bercerai dengan bekas suami. Kini saya bergelar janda a.k.a ibu tunggal. Ya 1 gelaran yang orang cakap sangat mencabar weii...Tapi saya lebih selesa dengan panggilan IBU TUNGGAL.... Fuuhhh memang sangat mencabar. Kita tak minta semua nie tapi jika ini dah ketentuannya....saya redha dan terima atas apa yang berlaku dan saya sedar bahawa perkahwinan kami ini hanya mampu bertahan pada tempoh 6 tahun ...Bulan 1 angka yang mudah...
Saya dah tak mampu nak tipu diri sendiri untuk paksa diri saya untuk menyintai dan menyayangi lelaki yang telah buatkan saya TAWAR HATI..Saya perlu hargai diri sendiri dan jaga hati sendiri Bukan semata-mata nak jaga hati orang lain. Lepas tu diri kita nie rasa stuck tak tau nak buat apa.

Actually kami bercerai adalah pada tanggal 9 Januari 2019 iaitu tarikh besday saya. Mungkin ada yang follow status saya di FB dan wassap nampak yang saya ada buat count down besday....Sebabnya inilah wei...tarikh naik mahkamah untuk proses bercerai. Mungkin Allah dah tentukan semuanya tarikh tu adalah tarikh untuk kami mulakan kehidupan yang baru. yess setelah sekian lama saya fikirkan perkara nie. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan daripada proses memfail kes penceraian tu. Perjalanan sehingga tibanya tarikh 9 Januari 2019 tu memang indah belaka. memanglah rasa stress tu sentiasa ada. rasa sedih tapi semua tu saya jadikan sebagai sebuah kekuatan untuk saya terima yang ini adalah keputusan terakhir untu hubungan kami.



KENAPA PILIH UNTUK BERCERAI???
PENCERAIAN ADALAH PILIHAN TERAKHIR JIKA SESEBUAH HUBUNGAN TU DAH TAK JUMPA JALAN PENYELESAIANNYA!!

tak pikiaq pasai anak anak ka??? depa masih kecik??? hang tak kesian kat depa ka?? YESS SOALAN PUAKA NIE SEMUA DOK MAI MASUK DALAM KEPALA OTAK tiap kali saya habaq kami nak berpisah... gila wei sapa tak pikiaq pasai anak. Tapi bagi aku sendiri ini adalah pilihan terbaik untuk kami....bukan senang tau nak buat keputusan nie.Keputusan yang akan mengecewakan atau menggembirakan banyak pihak....Keputusan untuk aku mohon cerai nie bukanlah baru 2-3 bulan tapi bertahun lamanya..Setelah aku fikir masak masak demi masa depan aku dan anak anak...
Of cause aku takkan buka AIB bekas suami . Biaqlah punca penceraian nie hanya kami ( family members or rakan terdekat) ja yang tahu. Benda dah lepas takkan kita nak hebohkan. Demi kebahagian, dan kegembiraan aku dan anak-anak , aku buat keputusan yang mungkin mengejutkan ramai pihak terutama kenalan dan jugak ahli keluarga. Kenapa pilih cara macam nie?? Hanya Allah tahu apa yang saya rasa for the past 6 years.


KENAPA NAMPAK CAM HAPPY JA.?? TAK NAMPAK CAM ADA MASALAH???

Betoi, aku memang tak tunjukkan realitinya apa perasaan aku kat media sosial. Tapi for those yang betoi betoi kenal dan tahu kisah aku akan tahu betapa DOWN nya aku masa kami dalam proses tersebut. Hari hari menangis, hari hari gelisah dan fikir adakah ini keputusan muktamat yang aku buat nie. Tapi dalam media sosial , aku happy ja...selfie sana sini..aktifkan diri sebab aku tak mau sedih. Bila sedih kita akan hilang mood wei. nanti urusan apapun kita tak boleh nak buat. So aku kena kuatkan diri demi anak anak. Sebab tu nampak aku macam tak ada masalah. Aku counter balik semua perasaan tu. 1 tahun aku prepare diri saya untuk buat keputusan nie. Bukan 1 jangka masa yang singkat. Lama tu...aku prepare dari segi mental dan fizikal. DAn yess akhirnya aku berjaya....
GOOD JOB SURIANIE!!! U MADE IT!!!!!



MULAKAN KEHIDUPAN BARU

Ya betul, sekarang nie aku dalam proses untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa lelaki yang bernama "SUAMI". sebab menjadi seorang "Single Mother" nie memang banyak dugaan dan cabaran yang aku kena hadapi. Mental dan fizikal kena kuat sebab sekarang nie akulah Ibu dan akulah abah buat anak anak aku. Insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan aku. Mungkin diawal fasa menjadi seorang S/M nie sangat payah tapi aku mohon doa semua kawan kawan untuk jangan berhenti doakan aku dan anak-anak. We Do Need Your Support....


Yeahhh Im freeeee nowwwwwww

Dia sekarang dah faham keadaan ibu....Sekarang nie dia always ada dengan ibu....

Dia masih belum tahu apa yang berlaku...


So hopefully entry belog kali nie dah menjawab segala pertanyaan ampa semua kenapa lately nampak post saya kat Fb cam senduuu ja....So inilah punca utamanya.. Tapi nampak cam tak ada apa yang berlaku kan..sebab aku be more profesional lah...takkan kita nak meroyan sebab bercerai kan...buat semua kawan kawan...Terima kasih sebab selalu doakan dan selalu support saya...i love you guys so much

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels