Monday, February 25, 2019

Pertandingan Maksak Pulau Pinang | KIMIA PENANG MENANG



Setelah hampir 6 tahun tak melibatkan diri dalam Aktiviti Sukan Jabatan. Tahun nie saya mengaktifkan semula diri untuk melibatkan diri dalam acara FUTSAL bagi kategori wanita. Sebenarnya 3 tahun yang sudah ada pernah join dah Maksak nie tapi sebab baru habis bersalin dan gedik nak main sampai jatuh peranakan..Aduhaiii sakit tu...habis tu dah komitment pada family yang buatkan segala urusan nak bersukan tak boleh nak join. Tapi this year saya mucul kembali berentap. Ikutkan memang tak confident nak main futsall sebab tak pandai mana pun. Tapi entahlah naluri nie kata join ja. Try dan cuba sibukkan diri.. Saya pun bagi nama kat pengurus sukan jabatan dan biasalah latihan tu buat lambat maka kalut jadinya...

Dah dah meh kita sambung cerita. Kali nie MAKSAK Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dianjurkan oleh Jabatan Tanah Dan Galian Pulau Pinang yang berlokasi di FUTSAL NATION, D`PIAZZA MALL Bayan Baru. Biasalah kan dah tak pernah main dan jarang keluak rumah, dalam dpiazza nie ada futsal pun tak tau..hahhahahha..



Since sekolah rendah dulu memang saya nie aktif bersukan, tak kisah game apa mesti nama tu ada. Sampailah dah bekerja pun nama mesti nak bagi masuk dalam apa apa pertandingan.Kalah tolak tepi yang penting kesungguhan nak main tu kena ada. Dari dulu kalau pakai jersey mesti no 5. Tapi sebab dah berebut dengan bos..hahhaha saya pilih no.9 amacam????? helok dok???


Tapi bila ada game game cam nie. Hang akan jumpalah segala kawan kawan lama yang dah lama tak jumpa. Sebab time nie kira dah jadi cam reunion kan...So jumpalah dengan athelic sekolah rendah Suraya Yahya. Kami nie kiranya kat sekolah team sukan sekali. Tak sangka jumpa lagi...huhuhu..yang lain sembang ja tak dan ambil gambar...




 OKaylah kita sembang pasai game.. Kali nie Team KIMIA PENANG dimasukkan ke pasukan A dimana dalam Pasukan A tu ada Perpustakaan Negeri dan MBPP. So 1st game kami lawan bersama Perpustakaan...1st game nie saya tak main.. Tapi nak buat lagu mana 1st game dia cam nebes sikit so keputusan seri 1-1 Pehtu Game kes2 kami lawan pulak dengan MBPP. Time nie baru sempat nak snap picture weii...tapi second game nie saya mainlah....nak try nasib...



NAMPAK CMA PRO TAK???


 So game kedua kami lawan dengan MBPP, seri jugak 0-0 sebab semua pakat nak pancit dan kami main cara defend ja..serang sikit sebab nak maintainkan permainan. This time memang saya main..Ayoo kasaq jugak depa bagi...berapa kali saya tackle kaki..hahahaha main jahat weii...klu tak jenuh.. Dan jugak defend a few bola yang nak membolos ke pintu gol..sampai at the end kaki ku injured balik..huhuhuh....memang gempak lah..So game kedua nie telah melayakkan kami ke sesi penalty dengan pihak Perpustakaan. PErrgghhhh...sebab 2 2 seri..Nak tau siapa no 1 dan no 2 team..



Gila Wei Penalty...dahlah hang tak pernah ambil.Masa traning pun pengurus hang tak fokus sangat sebab kaki saya injured memang tak boleh tendang dengan laju..sekali tendang sakit..So tendangan ke 4 tu baru saya ambil sebab dah tak ada orang..Yang sepatutnya ambil tu dia urgent kena balik sebab suami dia injured teruk...So saya gantikan dia..seriousss weiii nebesss dahlah semua pakat tengok....


Tengok gambaq cam ada gayakannnnn

muka semua cuaakkkkk

takut weiiiiiiiii


Time nie semua muka ketat....Sampai pengurus kami pun muka kecik jaaaaa


dan akhirnya kemenangan Penalty menjadi milik Team Perpustakaan. So depa kira dah jadi johan team A kami naib johan team A. Pehtu kami lawan pulak dengan JOHAN TEAM B ...nak tau sapa???


NINJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA team USM...depa nie memang dah dok main untuk negeri punya memang power wei......so kami kena teruk jugak 3-0...tapi bagi kami sendiri semua nie adalah pengalaman kot. tapi yang nie saya pun rasa banyak sangat peluang bola mai..Tapi sebab kekurangan skill dan latihan membuatkan saya terlepasss banyak peluangggg....tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk



 Akhirnya keputusan muktamad uollsss. KIMIA PENANG telah mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan kiranya 2 tahun berturut turut kami mengekalkan pingat untuk dibawa pulang..Tahniah TEAM.....









Memang pengalaman FUTSAL kali nie sangat best wei...bukan apa sebab memang..hahhah 1st time saya join dapat main ke semifinal kot....dan bawa balik medal...sabuah pencapaian yang terbaik kot...dan pada masa yang sama nama saya dan sorang lagi team kak suriati telah melayakkan kami dipilih ke saringan TEAM MAKSAK PULAU PINANG. Jika kami terpilih maka perlawanan MAKSAK akan diadakah di Johor pada 14/3/2019 nanti... Doakan kami berjaya..memang nak kata dapat tu susahlah sebab banyak lagi yang memang power..Tapi kita cuba ja ambil pengalaman dan peluang yang ada..



 Jom tengok beberapa lagi gambar yang sempat saya snap...

bersama KEEPER IMPORT kami yang paling win!!!!!


cian weiii dia injureddddd


Muka muka player KIMIA PENANG

Muka mak mak orang

 
WINN NISYAAAAA

Antara moment paling tak boleh dilupakan bila player KIMIA TEAM LELAKI..Ehsan injured dan kena buat operation sebab ada yrat terputus....kami doakan dia cepat sembuh yerr

gigit weiiiii 

loveeeeeeeeeeeeeeeeee


nak ajak stratergi pakai botol ayaq pun jadilahhhh

Friday, February 22, 2019

Hargai Isteri Anda | Tips Rumah Tangga


Assalammuaalaikum semua:)

Percaya tak ?? dalam alam rumah tangga, banyak perlakuan ataupun perbuatan yang pihak suami mahupun isteri haruslah dijaga. Kerana perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat, dan bukan untuk masa yang pendek. Adab antara pasangan haruslah dijaga untuk memastikan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Perkara nie sangat sangat penting dalam memastikan sesebuah rumah tangga itu akan kekal bahagia...
Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai setiap masa, kerana pengorbanannya yang besar dalam rumah tangga. Hargailah mereka walaupun mereka cuma seorang surirumah. Isteri adalah seorang wanita yang patut disayangi, kerana perasaannya yang lembut dan sensitif. Bukan susah nak mengambil hari isteri, yang penting anda sebagai suami kenal pasangan anda dan tahu apa yang sepatunya anda sebagai seorang suami perlu lakukan...Kalau dah sayang mesti uolls sanggup lakukan untuk isteri. 
Sebab tu orang tua tua selalu pesan, "bahagiakan isteri ampa, kalau isteri tak bahagia rumah ampa akan rasa sunyi"
Ada banyak cara untuk menjaga hati isteri dari segi perasaannya mahupun kebersihan rumah:




Bantulah isteri menguruskan rumah

Jika isteri dah cuci baju tetapi belum ada masa untuk menjemur baju, bantulah isteri anda menjemur pakaian. Dengan erti kata lain, membantu meringankan beban isteri di rumah sudah cukup membuatkan isteri terharu. Baru rasa sweetkan. Kalau suami pun asyik dok pertikai pasai ego, lelaki tak boleh sidai kain, nanti orang cakap apalah..So jangan bebai kalau isteri uolls berperangai pelik.


Janganlah membandingkan isteri anda

Tiada sapa yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Begitu juga anda sebagai suami. Terimalah kekurangan dan kelebihan isteri anda, sesungguhnya mereka telah ditakdirkan untuk menjaga anda selepas ibu anda.Pujilah dengan ikhlas masakan isteri anda, justeru isteri akan menjadi lebih rajin dan bersemangat di dapur sekiranya dipuji.Jangan sesekali memuji wanita lain dihadapan isteri anda biarpun isteri anda seorang yang "open minded" sebab dalam hati dia kita tak tahu. Biarpun mulut dia tersenyum tapi hakikanya dalaman dia pasti sedih. Jangan buat wahai suami..parah nantiii.


Jadilah pendengar yang aktif

Wanita memang suka bersembang untuk menyatakan pendapat dan meluahkan rasa hati. Tambahan lagi setelah penat bekerja mencari rezeki dan menguruskan rumahtangga.Jadi, peranan seorang suami di sini haruslah menjadi pendengar setia kepada isteri, kerana suami adalah orang yang paling rapat dengannya setelah mendirikan rumah tangga.Dengarlah ceritanya, pandangla tepat ke matanya apabila bersembang dengannya kerana isteri merasa lebih dihargai dan menyayangi anda selepas ini. Kadang kala inilah cara isteri nak lepaskan rasa rindu, lepaskan rasa penat dengan suami..Isteri nie kan pelik sikit...suami layan cma nie pun depa seronok tau. 



Tegurlah isteri secara berlemah lembut
Hati perempuan nie sangat sensatif.Silap cakap, silap tegur boleh buatkan mereka bersedih tau. Jika mereka lakukan kesilapan, tegurlah dengan cara berhemah dan cara yang paling lembut jika perbuatan yang mereka lakukan itu membuatkan anda tidak suka. Isteri sebenarnya tak kisahpun kalau nak tegur dia tapi biarlah dengan cara yang berhemah. Of cause isteri pun pasti akan rasa selesa terima teguran. Setiap suami pasti tau cara nak tackle isteri dia...kannnnn


Ambil berat terhadap isteri anda

Tanyalah isteri anda, jika duit belanja masih cukup untuk bulan ini. Jangan tunggu sehingga isteri meminta haknya. Selalunya, isteri yang baik segan untuk meminta-minta dengan suaminya walaupun dia berhak untuk meminta.Tetapi, janganlah mengambil kesempatan ini untuk tidak mempedulikan langsung hal kebajikan isteri. Isteri pasti akan berkecil hati dan juga memendam perasaan jika anda berkelauan sedemikian. Bawalah isteri berjumpa doktor segera jika isteri tidak sihat. Tunjuk lah dengan isteri anda bahawa anda amat mengambil berat tentang dirinya. Layan isteri anda seperti puteri, lebih-leboh lagi semasa isteri sakit.

Bersama-sama mempertahankan keharmonian rumah tangga
Jika anda mahu diri anda dihormati, anda harus menghormati isteri anda terlebih dahulu. Jangan buat perkara yang isteri tidak suka, lebih-lebih lagi berkenaan hal kebersihan rumah.Jangan menyepahkan semula rumah, berusahalah jaga kebersihan rumah walaupun anda seorang yang pengotor. Jika anda tidak suka mengemas rumah, janganlah sehingga pinggan makanan anda sendiri mahu isteri anda bersihkan. Jika isteri anda merajuk, bawalah berbincang. Janganlah biarkan perselisihan faham berpanjangan.
Percayalah, jika anda berbuat baik kepada isteri anda, isteri anda akan lebih menjaga dan menyayangi anda. Rezeki anda akan menjadi berkat dan bertambah jika anda menjaga dan menyayangi isteri anda.





Wahai para suami diluar sana,

Ingatlah bahawa isteri anda adalah cermin diri anda,
Kalau ampa jaga elok, maka eloklah cermin tu
Kalau ampa tak jaga sampai retak, maka retaklah cermin tu
Janganlah sesekali remukkan hati dia..
Janganlah sesekali hancurkan hati dia sampai dia rasa tawar hati...
pujuklah dia bila nampak dia berubah...
jangan sampai anda menyesal bila kehilangan mereka



Sumber : https://my.theasianparent.com/hargai-isteri-anda-sebelum-terlambat



Thursday, February 21, 2019

WONDER BLUSH BY SOBELLA BEAUTY | Produk Review



Assalammualaikum Hye,

SOBELLA kosmetik yang kini makin Viral disebabkan packing dia yang sangat comel nie membuatkan ramai gadis nak cantikkan diri dengan menggunakan produk by SObella nie untuk kelihatan manis. Of cause those yang tengok packing dia akan rasa nak beli sebab terlalu comel... So hari nie saya nak sharing produk dari SOBELLA yang saya dah cuba iaitu WONDER BLUSH quick cuhsion Blusher....best gilaaaa blush nie...

Kalau nak tau kosmetik by SOBELLA Nie ada keluarkan juga Matte Liquid Lipstik dan Sobella Eyeshadow Stick. Harga pun bukan mahal mana. dalam range Rm35-39 ja untuk setiap jenis kosmetik dia. Memang pandai depa nie buat bisnes sebab daya tarikan yang paling utama ialah packing dia tu. Itulah yang membuatkan produk dia menjadi pilihan hati wanita termasuk saya sendiri...





Ini antara 4 pilihan warna yang anda boleh pilih.


Now latest ada 2 warna baru iaitu PINK ROSE dan CARROT MILK. kalau boleh nak ada semua koleksi 



KENAPA SAYA PILIH WONDER BLUSH SOBELLA??

  • packing yang kecil dan mudah dibawa untuk travel
  • tak perlu pakai brush
  • pilihan warna yang banyak
  • tidak melekit
  • tidak terlalu shinning
  • tahan lebih lama
  • boleh digunakan sebagai eyeshadow ( kan jimat)






So gambar yang atas nie ialah Stick Eyeshadow dia...Ada 5 pilihan warna yang memang sesuai dengan kulit orang Malaysia nie. Lepas tu warna dia pun sangat basic ja wei....Kira cam mudah kalau kita nak mix and match dia. Kenapa ramai suka pilih Stick eyeshadow nie??? Bagi saya sendiri mudah sebab 1 dah tak payah nak usung bekas petak eyeshadow, jenis bentuk pen nie lebih mudah sebab tak makan space dalam beg betul tak??? klu beli 5 warna nie pun beg uolls tak kembung pun...


So yang ini pulak LipMatte dia serious masa saya try calit kat tangan pun rasa kaler dia sangat best dan tahan lama. So once kita apply memang dia akan bertahan walaupun ampa makan banyak...So nak tau kaler apa yang cun..batter ampa p cari agent dia okay...saya belum pernah beli lagi...coming soin baru nak beli. 



Wednesday, February 20, 2019

Nur Qistina Balqis | Pesakit Kanser tulang



Assalammuamualaikum hye,


Kesihatan anak anak adalah perkara yang paling penting dan paling utama yang akan dititikberatkan oleh semua ibubapa. Tapi bayangkanlah jika kita sedaq anak kita sakit, tak sihat tudia muka mak mak terutama sekali yang jadi cam orang gila sebab anak yang dia jaga tak sihat dan tak berada dalam keadaan yang biasa. Hari nie saya nak sangat share dengan ampa semua kisah sebenar yang berlaku pada anak kawan saya yang telah disahkan mengidap penyakit KANSER TULANG atau nama saintifik dia "KANSER OSTEOSARCOMA"


APA ITU KANSER OSTEOSARCOMA
Osteosarcoma merupakan kanser yang terjadi pada tisu-tisu tulang. Biasanya ia bermula pada bahagian hujung tulang di mana tisu-tisu tulang baru mula terbentuk.
Osteosarcoma boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh, tetapi ia biasanya ditemui pada lutut, kaki dan tangan. Ia agak berbahaya kerana boleh merebak pada bahagian tubuh yang lain. Kanser tulang ini biasanya berlaku kepada remaja dan warga tua. Lingkungan umur remaja yang biasanya terdedah dengan kanser ini ialah antara 10 hingga 21 tahun, manakala warga tua pula ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Osteosarcoma lebih kerap ditemui di kalangan lelaki berbanding perempuan. Biasanya pesakit tidak mengetahui mereka menghidap kanser melainkan setelah mereka mengalami kecederaan ringan.
Kanser ini bukan penyebab berlakunya kecederaan. Sel-sel kanser tersebut sememangnya telah ada pada tulang.Pesakit hanya datang berjumpa doktor apabila mereka mengalami kesakitan dan pembengkakan. Mereka biasanya mengalami kepatahan patologi seperti rasa sakit, bengkak dan kepatahan. Namun, Osteosarcoma boleh dirawat jika pesakit datang segera berjumpa doktor. Punca kanser ini tidak diketahui.

GEJALA DAN TANDA
Gejala- gejala kanser tulang adalah berlainan pada setiap pesakit dan bergantung kepada jenis kanser tulang tersebut. Secara umumnya gejala-gejala tersebut adalah :
  • Kebengkakan dan sakit pada kawasan yang terlibat
  • Sakit yang kuat terutamanya pada waktu malam
  • Hilang fungsi anggota
  • Tulang lebih rapuh dan senang untuk patah
  • Hilang berat badan dan selera makan

BAGAIMANA KANSER NIE DIKESAN??
Kanser nie memang tidak diketahui punca dan bagaimana nak kesan dari peringkat awal. Cuma mungkin dari tanda tanda seperti yang saya senaraikan tu boleh kesan pada peringkat awal. Tapi apa yang terjadi pada adik Balqis nie memang sesuatu yang tanpa kita sedar. Mulanya dia mengadu dengan mama dia (kawan saya) dia kerap rasa lenguh kaki. So biasalah kita pun ingat sakit biasa bagi minyak dan urut. Tapi lama kelamaan kesakitan tu makin menjadi jadi bila mama dia nampak adik balqis jalan pun dah hincut hincut. Bila tanya ada jatuh tak dia jawab tak ada pun...berminggu jugaklah..biasalah anak dah besar so kekadang kita tak akan mandikan dia. so kita pun tak nampak kesan apa apa yanag berlaku pada dia sampailah satu hari tu, mama dia nampak kaki sebelah kiri bengkak yang sangat pelik. terus dia bawak anak untuk scan sebab apa.

Sampai kat sebuah klinik nie, doktor bagi ubat bengkak dan tahan sakit sebab maybe bengkak biasa. So doktor pun pesan klu tak surut juga bengkak tu suruh dia refer dengan hospital jugak. So by tomorrow bengkak tu masih tak surut dan mama dia bawa terus ke Hospital Taiping ( depa asal Taiping) sampai sana doktor pun scan dan result tu buatkan semua orang terkejut sebab adik balqis terlalu muda untuk semua nie...So depa refer Hospital Pulau Pinang (GH) terus sebab kat sana ada pakar tulang dan ada MRI. 
Setelah menjalankan beberapa ujian, akhirnya keputusan benar mengatakan yang adik Balqis disahkan pengidap kanser tulang peringkat pertama.

Inilah gambar kaki yang bengkak tu. (Kaki kiri atas lutut)


DIMASUKKAN KE WARD

Selepas semua urusan ujian dibuat dan selepas tu Doktor terus advice adik balqis dimasukkan ke ward untuk terus menjalani sesi KIMO.takut kanser tu merebak lagi teruk.So biarlah sesi tu diawalkan. Sebab nak tunggu proses pembedahan tu entah bila pulak kan. So masa di ward tu memang rasa suram sikit sebab ward kanser kanak-kanak ya allah memang sedih tengok. Semua anak kecil kecil dah terlantar atas katil... syukur anak uolls maish sihat...:)
hampir berminggu jugak adik balqis masuk ward dan biasalah bila dah start kimo tu perubahan yang paling ketara berlaku ialah RAMBUT GUGUR. Sebab panas wei kimo tu...dahlah dok kat sana tak ada aircond pakai kipas sendiri ja...aduhai moga kerajaan dapat menaiktarafkan hospital pulau pinang lebih sempoi lagi. bagi selesa kan...betoi tak.

Gambar nie masa belum dicukur rambutnya


Yang nie dah cukup... :) ya allah kuatnya anak anak kecil nie


PEMBEDAHAN BERNILAI RM52K
Hanya allah yang tahu betapa risaunya hati seorang ibu bila doktor bagitau yang anaknya kena menjalani pembedahan denga kadar segera dengan kos pembendahan tersebut menelan belanja sebanyak RM52K. Pening dah mana nak p cekau duit banyak tu. Banyak jugaklah saluran yang kami gunakan untuk mendapatkan bantuan, media sosial, zakat, Jabatan Kebajikan dan guna kuasa viral jugak....Tapi bukan mudah nak kumpul dana sebanyak tu. Dan setelah mendapat kata putus daripada pihak jabatan alhamdulillah pembedahan untuk bantuan Adik Balqis  telah pun diluluskan. Lega weiii...tapi biasalah nak tunggu kelulusan pelepasan duit tu memang lambat. Ambil masa jugalah sebab doktor cakap selepas duit tu dapat dapat baru depa akan proses untuk tempahan besi. Ambil masa juga dan akhirnya pada 18 Jan 2019 pembedahan tersebut dijalankan.



Alhamdunillah pembedahan berjalan dengan lancar. Lebih kurang 6-8 jam kalau tak silap pembedahan tu berlaku...Lepas ja habis tu, saya sendiri berpeluang sambut adik Balqis depan pintu bilik bedah. Sebab time tu mama dia msg bgtau keadaan dia tak berapa stabil dan kena pantau sehingga bacaan jantung dia stabil.. Tapi bila tengok dia keluar dari bilik bedah tu, dah sedar..Ya allah syukur sangat, doa kawan kawan mengiringi sepanjang permbedahan tu dijalankan. Thank you uolls semua.. So gambar nie saya sharekan dengan uolls semua tulang yang kena kanser tu serta bagaimana keadaan kaki adik balqis yang dimasukkan besi...

Inilah tulang yang telah dikeluarkan oleh pakar pakar bedah. Sebelah kiri itulah besi yang dimasukkan ke kaki Adik Balqis



Allahuakbar sakit tu hanya dia sahaja yang tahu....nie masa sesi masukkan besi kedalam kaki adik balqis.


Sekarang nie adik balqis dah boleh nak berjalan sikit. Doktor cakap cepat dia recover. Maybe sebab semangat dia dan juga berkat doa kita semua yang selalu bagi dia semangat untuk dia pulih kan. nanti bila dah baik dia dah boleh p sekolah jumpa kawan kawan dan jalani kehidupan alam persekolahan seperti biasa kan. Seronoknya mesti dia pun excited kan. Cuma dia perlua jalani beberapa lagi sesi kimo dan juga setiap 6 bulan dia akan kena minor operation sebab nak check kedudukan dan pembesaran besi tersebut.

Apapun kepada ampa kat luar sana yang ingin menyalurkan sumbangan boleh terus berbuat demikian ke akaun :

NOOR DALIA EZWATIE BT MOHD NOOR




WHATSAPP : 011-2959 3155





Monday, February 18, 2019

Apa ITU HIBAH | Produk Review


Assalammualaikum hye,

Tajuk entry kali nie adalah antara tajuk yang paling hot sekarang nie. Kalau kita bukak ja Fb, Instagram atau mana mana saluran media sosial mesti kita akan terbaca tentang iklan HIBAH. dan apalah Hibah sebenarnya?? Ada yang pernah tahu dan ada yang tak tahu pun fungsi hibah nie sebenarnya. So topik kali nie sambil sambil saya nak share dengan uolls semua pasai Hibah nie, ampa kena tahu serba sikit so nanti bila orang tanya ampa taklah rasa kekok atau jadi cam orang bodoh tak tau nak jawab lagu mana.

Mulanya saya sendiri tak pernah terfikir benda nie. Tapi bila fikir tentang anak-anak saya terus saya nekad untuk belikan HIBAH untuk mereka sebab utama kenapa saya buat hibah:

  1. Saya tak punya harta yang banyak untuk anak anak
  2. Saya nak anak saya tak merempat bila saya dah tak ada
  3. Saya nak anak saya dapat hidup dengan duit yang saya tinggalkan
  4. Duit yang saya tinggalkan boleh bantu depa jika nak sambung belajar
  5. anak saya tak akan menyusahkan orang sebab depa ada simpanan sendiri



Apa itu Hibah?

Maksud hibah mengikut islam adalah pemberian daripada satu individu kepada individu yang lain atau pihak tertentu dan pemberian tersebut dilakukan semasa individu yang memberi masih hidup. Pembahagian hibah tersebut dibuat oleh pemunya harta mengikut kehendak sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak yang terlibat.
Pemunya harta bebas menghibahkan harta beliau kepada sesiapa sahaja walaupun penama tersebut tiada pertalian darah dengannya. Malahan, orang bukan muslim juga layak menerima hibah sekiranya pemunya harta menamakannya sebagai penama.
Kalau tengok maksud dekat atas ni mungkin anda susah nak faham. Definisi mudah bagi hibah ini adalah ‘hadiah’. Senang cerita macam anda nak hadiah kan sesuatu yang anda punya (cth: rumah) kepada seseorang waris tertentu. Tapi perkara tersebut tidak berkuatkuasa serta-merta. Anda boleh letakkan syarat  tertentu. Contohnya selepas anda tiada barulah dipindah milik.

Image result for apa itu hibah

Kenapa buat Hibah?

Hibah adalah salah satu cara penguruskan harta pusaka yang mudah, pembahagian hibah ini  secara terus kepada waris tanpa perlu melalui faraid. Mengikut hukum faraid harta si mati perlu dibahagikan kesemuanya pada waris-waris yang layak mengikut kadar yang ditetapkan. Jika hibah, anda boleh tetapkan siapa yang menerima dan banyak mana yang dia akan terima. Semuanya adalah terpulang kepada anda.Mudah ja. Sekarang nie memang dah ramai memilih hibah termasuk diri saya sendiri.
Satu lagi kelebihan hibah adalah waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan kepada seseorang. Akan tetapi semua ini perlu dibuat semasa anda masih lagi hidup. Kalau tidak, semuanya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.


Berapa nilai Hibah??
Berapa nilai hibah nie bergantung kepada pilihan nilai Hibah yang ampa pilih. ada sesetengah syarikat insuran yang akan tetapkan nilai Hibah bergantung pada usia pemohon. Boleh rujuk pada agent insuran terdekat anda. Tapi untuk pengetahuan anda Nilai hibah yang min RM250k. wow banyak tu...dan bayaran bulanan tu serendah rm100/sebulan bagi mereka yang berusia dibawah 30 tahun

Cara pembayaran??
Pembayaran Hibah boleh dilakukan secara bayaran bulanan, 3 bulan , 6 bulan atau setahun mengikut pilihan anda sendiri. ia akan dilakukan melalui potongan dari akaun bank anda ataupun Kredit Kad anda.

Bagaimana jika saya berminat untuk mohon HIBAH?

Haslam Askhi
☎012-5376811

Demikianlah perkongsian saya tentang apa itu hibah. Semoga anda dapat sedikit gambaran serta manfaat daripada apa yang saya kongsikan diatas. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai hibah, ataupun anda mahu buat hibah dengan takaful,uolls boleh rujuk dengan agent yang tertera...HIghly Recomended tau...
Tak rugi pun kita buat HIBAH nie. Tapi make sure ampa dapatkan khidmat nasihat daripada agent yang bagus, Bukan agent yang semata-mata nak dapat komisen ja. Pastikan depa buat kerja. 


Friday, February 15, 2019

Amway Kini keluarga saya | amwaybymadamsurianie



OFFICIALLY AS AMWAY AGENT 

Kalau mana ja ada lubang duit, situ juga saya akan cuba menceburkan diri untuk join the business. Tapi saya akan pastikan bisnes tu tak perlukan modal dan bisnes tu mudah untuk saya kendalikan. So yes kini Saya menjadi sebahagian daripada keluarga Amway. bukan sahaja Shaklee Tapi Amway juga. So now kalau ada yang berminat nak beli Amway boleh terus hubungi saya melalui:

AKAUN IG : @AMWAYPENANGSEMPOI
FACEBOOK : AMWAY PENANG SEMPOI




Thursday, February 14, 2019

Dugro FreeGift | Dumex Dugro


Assalammualaikum hye:)

Untuk bulan Januari kali nie, Dugro buat freegift Set Bambo Set Bowl & Cup. Seriouslly memang comel gila. So kalut beli susu sebab nak dapatkan 1 set dia. Tapi make sure ampa kena beli 2 pack Dugro baru layak dapat 1 set Bowl & Cup. dan tak semua kedai ada free gift. Kebanyakan kat pasaraya macam Mydin, Giant dan etc cuma rasanya TESCO tak ada sebab mostly kawan kawan pun ada cakap. Tips dia sebelum beli batter tanya pada kaunter untuk susu dugro ada tak promosi free gift. klu ada baru beli. Kalau tak rajinkan diri nak mencari macam saya...Hahhahaha..... So yess koleksi kali nie saya berjaya kumpul 3 jenis set iaitu : Robot | Arnab | Itik











Tq Dugro...Memang tak tukar susu dah.. Minum susu nie dan sambil tu boleh kumpul freegift. Sebenarnya dah banyak kot. Since depa start minum susu formula. Ada dapat tabung, pencil case, baju, bekas kedap udara, set bento, dan sebagainya. 

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels