Monday, December 31, 2018

Good Bye 2018 | Welcome 2019




See you in 2019 belog story...
Untuk 2018 dah tak mau tulis apa apa memories dah..Biaqlah semua tu kenangan yang tak mungkin tertulis dalam belog. Biarlah kita simpan di memori yang lain...

SELAMAT TINGGAL 2018..
meninggalkan pelbagai kenangan suka duka yang menjadikan kita seorang manusia yang lebih hebat dan lebih cekal dalam mengharungi hidup..

See you in 2019

Love,
MAdamsurianiesamsudin

Tuesday, December 11, 2018

Majlis Perkahwinan Syasya And Amirul | Berjaya Hotel Penang | 1 Dec 2018



Majlis Perkahwinan Anak Menakan Sepupu iolls yang berlangsung dengan meriahnya di Hotel Berjaya Georgetown Pulau Pinang pada 1 Dec 2018 yang lepas. Ya allah tak sangka lani dia dah kawin pun..Dulu membesar depan mata ja....Sekarang nie Alhamdulillah dah kawin pun dengan pilihan hati...Semoga rumahtangga ampa berdua kekal bahagia hingga selamanya....


Masa iolls masuk ja dewan..Pergghhh tengok dekorasi dia pergghhh cantik..Serious kemas dan sangat cantik. Iolls nie kan dulu bekas pengubah pelamin Of couse iolls akan menelek segala apa yang boleh. Tapi ternyata kekemasan dekorasi majlis resepsi Syasya dan Amirul memang sangat puas hati. Thanks to Ilham Kreatif.Rasanya klu tak silap kedai dia di Gelugor ja...ampa boleh p ushar line okay....





Ini adalah Gambar bersama keluarga pengantin perempuan...

And here is the MAKE UP RETIS OF THE DAY yang telah mencantikkan syasya bermula dari majlis nikah sampai majlis resepsi

And of cause my big big family

Thursday, December 6, 2018

Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pengarah Kimia Malaysia | ThreeSixty The Revolving Restaurant


Last week Kat opis Ibu adalah Majlis bersama Ketua Pengarah. Lepas ja majlis tu berlangsung sambung pulak dengan Makan Malam. Kali nie Ibu bagi tau kat bos suruh try makan kat Threesixty Revolving Restaurant. Dah riki semua harga so Datin pun dah setuju. Malam tu koi 8pm semua dah berkumpul..

Wahhh masa sampai tu tengok tempat dah lain dan sangat cantik..Sekarang nie pun Bar kat luar pun depa dah bukak.So boleh keluak untuk ambil gambar. Kalau malam tu kureng sikit sebab ampa kena ada pencahayaan yang cukup baru nanti gambaq ampa elok.



Ikutkan rasanya dah 7 tahun kot tak mai sini. Last mai pun masa belum kawin.Pehtu ermmm tak ada rezeki nak mai. So alhamdulillah kali nie ada extra rezeki boleh join geng opis mai makan kat sini.




Makan kat sini nak kata sedap tu..Biasa biasa ja sebab masa kami makan, menu dia tak berapa menarik. Tapi like always  ibu kalau p makan tempat tempat cam nie akan memang  ibu akan ambil sikit sikit dan rasa. Ada juga menu malam tu yang sedap...salad dia dna jugak laksa dia...memang sedap..

Dari Kanan : Puan Hajah Rosnah (Ketua Pengarah) , Datin Maimonah ( Pengarah), Pn.Azlin, Pn Norlela

Ninjia madu 3...baru betoiiii

Background cantik...ada komtar




So maybe orang orang luar nak try makan kat sini boleh try hubungi pihak pengurusan hotel untuk booking dan sebagainya :

Address25, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Hours
Open ⋅ Closes 1AM
Reservations: 360rooftop.com.my



Wednesday, December 5, 2018

Majlis Konvokesyen Tadika Kemas Parlimen Tanjung |Muhammad Zarif Zakwan


Assalammualaikum semua. dah berhabuk teruk sesawang belog nie...Malaih gila naik menaip sebenarnya...Tak ada mood nak menaip dan tak ada idea. Tapi hari nie ibu nak sharing sikit gambar abang zarif yang GRAD last month iaitu 7/11/2018 di Dewan Sri Pinang. 
Bila tengok dia naik stage ambil sijil rasa sebak sangat. Memang menitis sikit tengok dia..mana tak nya dari dari perut ibu tengok awak..ibu lahirkan awak, susukan awak dan besarkan awak dengan 2 tapak tangan nie. 

Banyak perubahan yang nampak lepas hantaq Abang Zarif masuk tadika kemas. Dia pandai tulis nama, boleh kira, boleh ja, baca doa dan macam macam lagi. Cikgu dia pun cakap dia sangat bijak dan mudah faham apa yang cikgu ajar. 

Tahun depan dah masuk Pra-Sekolah ...dah 6 tahun anak ibu....Kita sama sama harung okay....Jadual ibu pun akan jadi lebih pek dan ibu kena arrange semuanya bagi lebih lancar...Ibu pun so excited actually nak hantaq abang zarif p pra-sekolah...

Ibu doa apa yang ibu pilih nie adalah yang terbaik untuk abang zarif okay...


Jubah dia macam Harry POtter dah

My Hero

Belon ponny ibu beli, bouquet tu nenek belikan....

Ini ja potret yang ada..Tak ada yang proper pun



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels