Thursday, August 17, 2017

Dobi Mesin Pilihan Hati | Laundry Hub



Perkhidmatan cuci baju bermesin sekarang nie memang menjadi kegemaran ramai orang termasuklah diri aku sendiri. Kalau kita p mana mana mesti akan jumpa 1 atau lebih kedai dobi di sesebuah kawasan. Cuma elok atau tak elok services itu kita tak pasti. Nak dipendekkan cerita,aku adalah salah seorang pengguna tegar perkhidmatan dobi mesin nie bermula sejak 2 bulan yang sudah bila aku dapat detect mesin basuh kat rumah dah tak boleh berfungsi..Nak panggial orang repair tu tak tau bila.Yalah nak kena call pehtu tunggu depa repair... So aku cakap kat suami takpalah buat masa sekarang nie kita try guna dobi mesin. Antara kedai dobi mesin yang paling aku suka dan puas hati ialah LAUNDRY HUB. Lokasi yang aku selalu p ialah di DATO KERAMAT.Sebelah dengan kedai tomyam NURJAYA....


AMPA PERASAN TAK KEDAI OREN NIE ????


KENAPA AKU PILIH LOKASI KEDAI NIE???BUKAN KEDAI YANG LAIN

1.  Lokasi dia dekat dengan rumah
2. Kawasan dalam laundry tu luas dan selamat untuk anak anak bermain
3. Kawasan tak sunyi dan sentiasa ada orang
4. Dekat dengan kedai makan, so sambil basuh pun boleh makan
5. Tidak terlalu dekat dengan Jalan Raya..Jarak dalam 30 meter ja.
6. Nak masuk kedai dobi kena buka kasut ( lantai bersih)



BERAPA HARGA YANG DICAJKAN??

Berbanding dengan kedai lain, Laundry Hub nie antara kedai yang menawarkan harga yang lebih murah. Harga tu tak perlu uolls risau. Tengok ja kat gambar nie...


Selalunya aku pakai yang mesin 14kg RM6.00 untuk 1 cucian. klu 10kg RM4.00 dan pakai mesin dryer 1 mesin RM4.00..Kiranya kalau ampa pakai 1 set kengkap sampai baju tu kering bersamaan RM10. Tapi ada kedai lain yang caj sampai rm12 utk 1 set cucian...ermmm mahal kan...


INI MESIN CUCI BAJU 
Mesin cuci baju juga ada sediakan pilihan jenis air sama ada AIR SEJUK | AIR SUAM | AIR PANAS
Ampa kena baca arahan yang diterangkan sebelum guna okay.


INI MESIN PENGERING BAJU
Untuk mesin pengering pun ampa boleh pilih nak yang mana 1. 


Ampa tak perlu nak risau sebab setiap kali proses pencucian, Secara automatik setiap mesin itu akan dibekalkan : PEMBERSIH KIMAN | PELEMBUT FABRIK | CECAIR PENCUCI BAJU SECARA PERCUMA . Kalau ampa nak bawak sediri pun boleh. Dia juga ada sediakan ruang untuk ampa masukkan pencuci sendiri. No worries :))



Basa sekarang aku memang pilih LAUNDRY HUB sebab baju yang dicuci memang bersih dan mesin pengering dia pulak antara mesin yang memang keringkan baju dengan baik. Bila siap hanya lipat ja. Tak payah risau..Balik rumah simpan ja baju ( kalau baju uolls lipat kat dobi)



Tuesday, August 15, 2017

4 Tahun Usianya | Muhammad Zarif Zakwan Turn 4


20 Julai 2017..setiap tahun aku akan cuba sebaik mungkin untuk meraikan hari yang cukup bermakna dalam hidup aku iaitu meraikan hari ulangtahu kelahiran anak sulung aku. Tahun nie genap umur dia 4 tahun. Ya Allah!!! cepatnya masa berlalukan...Pejam celik dah 4 tahun tapi masih lagi terkenang saat saat masa nak lahirkan dia. Subhanallah indahnya ciptaan Allah...Kini dah membesar dengan sihat...Amin...

Untuk tahun nie lain sikit sebab dah ada adik..aku memang tak sempat dan tak plan untuk buat besday zarif. Rasa terkilan jugak sebab dari 1st year besday memang buat untuk dia sampailah umur dia 3 tahun. So 4 tahun rasa macam berat ja hati nak buat sebab masalah kewangan. Tapi aku tetap niat kat hati harus aku raikan hari tersebut...


Rutin harian setiap hari wajib ambil gambar dalam kereta. HAri nie lebihkan sikit ambil gmabar dia...memang susah tau nak snap sebab dia sendiri akan cakap.Malulahhhh..1st picture on 20 Julai 2017...seperti kebiasaan pagi tu zarif taklah mengamuk macam hari hari yang lain..mungkin dia tau hari nie besday dia dan dia sangat cool ja pagi tu.. And guest what??? aku ajak zarif makan pagi....dan apa yang dia wajib buat ialah membawa mainan dinasour dia...Ermm tengok tu...t-rex tu hadiah yang dia dapat masa last year punya besday..Disebabkan dah 1 tahun aku simpan. Hari nie bagi kat dia konon hadiah untuk dia...hehehhe..bijak sungguh akai aku nie...hahhahah...dia punya seronok tu memang tak tau nak cakap... 


Lepas ambil dia dari taska, dan seperti yang dijanjikan aku bawa dia p kedai mainan kat depan IPK penang road. Ada 1 kedai nie kecik ja...Tapi mainan dia harga mampu milik..ermm murahlah dari kedai kedai yang lain...berhari hari dia cakap nak beli robot ja..So masuk kedai tu memang sungguh dia cari robot transformer sebab??? dia belum jumpa lagi dinasour... until the end aku pakat dengan unty kedai tu untuk keluarkan semua mainan dinasour....Malangnya stok tak banyak hanya tinggal a few ja yang ada...Apa lagi automatik dia letak robot kat tepi dan pilih dinasour dia...


3 KOLEKSI DINASOUR BARU DIA

Punya seronok,,,Yang baiknya dia pilih 1 dinasour untuk adik dia sendiri sebab adik pun suka dengan mainan Dinasour.. alahai senang hati ibu...beli mainan yang sama ja....Tak payah nak kalut pk minat anak lain lain..Hehhehehe... So malam tu aku telah membuat sedikit preparation untuk membuat acara memotong kek. Kek pun tak sempat apapun nak order. LAst sekali aku singgah kat kedai MAXIM dan beli kek Ultraman.. LAwaknya dia letak 2 ekor dinasour sebelah kek dia..


Apabila nak suruh dia posing gambar..inilah hasilnya..punya susah ...lawak anak aku nie....


Maka lepas tu kami pun buatlah sesi potong kek....Nampak sangat muka dia punya happy Ya Allah...Terima kasih Allah kerana berikan sebuah kebahagian ini untuk keluarga aku.. Walaupun ada kekurangan aku dapat jugak raikan Birthday anak aku.... Nanti bulan 11 baru nak planing untuk buat sekali dengan adik. Sebab adik tak pernah celebrate lagi..



Anak yang cukup berharga..Ya Allah!!! Kau lindungilah anugerahku ini...Jadikan dia seorang insan yang berguna dan sentiasa dimurahkan rezeki didunia dan diakhirat...Abang Zarif, ibu sayang abang zarif, walaupun ibu suka marah dan gaduh dengan awak, bukan bermaksud ibu tak sayang.Ibu terlalu sayang tau.

Happy BEsday Abang ZArif :)

Monday, August 14, 2017

Wallpaper Sticker | DIY by Madam Surianie



Hello semua....entry kali nie SS nak kongikan seperti yang SS janji hari tu pasai idea SS buat wallpaper kat rumah SS. Macam tahun lepas SS buat DIY guna cat dan alhamdulillah memang terbanak sangat feedback dan ada yang ambil idea tu untuk buat kat rumah depa sendiri... So untuk kali nie SS nak sharing idea paling mudah dan simple untuk anda semua..

Kali nie SS tak gunakan sebarang kos untuk beli cat tapi SS gunakan printed Sticker ja...Beli kat mana??? satg SS cerita...actually masa mula mula nak buat nie..dok terpikiaq jugak apa idea nak buat..Nak cat rumah rasa letih sangat.Tak ada time masa bulan posa tu...letih ja..So 1 day masa tengah google dan mencari idea terjumpalah page kat IG nie, dia jual wallpaper sticker yang sangat unik dan menarik. Mulanya terfikit nak buat cam mana. Dahlah cat kat dinding pun tak berapa okay... SS pun tergerak hati nak belek dan cari idea.

Sampailah dapat idea datang mencurah curah untuk deco raya tahun nie dimana SS pilih hanya untuk lekat lekat ja...buat kombinasi deco tahun lepas... lepas dah buat susun atur ruang tamu jadilah idea yang SS plan nak buat

Beli wallpaper sticker nie dengan

prettylittlethings.my


uolls kena beli di akaun IG tau. FB tak pasti pulak ada ker tak..

Ada macam macam design dia jual, based on idea kita pun dia boleh tolong printkan dan send pada kita. So bila dah dapat tu kita just lekat ja..Mudahkan. Kali nie SS pilih design bentuk 3 segi sebab nak bagi sama dengan design kat rumah.Takut nanti tema lari pulak dan SS minta dia tolong mixkan dengan 3 warna pilihan untuk mudahkan SS buat kombinasi susunan nanti..

So inilah hasilnya.......taraaa...






Bila dah sampai...apa lagi SS terus lekat ja...Tak pk banyak sebab dalam pala otak tu dok pk nak buat apa dah. Yang penting anda yang nak buat nie kena pk dan set siap2 design yang nak buat. Macam SS memang tak terlalu spesifik nak susun, so SS pilih untuk lekat secara rawak. At least nampak dia lebih cantik dan funky. Kalau nak susun pun boleh tapi takut jugak kalau nanti ada yang terlari nampak cacat pulak :)

Semoga idea nie boleh bantu uolls semua nak deco rumah masing masing...good luck

kalau ada yang nak order, boleh terus whatsapp jer kat owner dia : +60135277280



Friday, August 11, 2017

Kerja Mudah Di Dapur dengan D Mass Fresh Market | Tips by MadamSurianie


Terima kasih sebab masih ada Follower yang sudi baca blog SS yang takj berapa popular nie. Sekadar nak kongsi ja dengan ampa semua. SS doakan ampa semua sentiasa dimurahkan rezeki dan di limpahkan rahmat. OKaylah cerita kali nie SS sangat teruja nak kongsikan pengalaman pertama SS menggunakan services dari D`Mass Market iaitu perkhidmatan menjual barang dapur basah dihantar terus didepan pintu.. Rasa cam benda nie dah lama dibuat tapi mungkin ada yang tak pernah mencuba kan. So this time SS rasa dengan seronoknya nak sharingkan perkhidmatan nie dengan ampa semua.

Pernah tak ampa terfikir nak ke market, pasar pagi, pasar malam beli barangan dapur??? Bila fikir nak p tetiba dalam kepala otak terfikir pulak nak bawak anak kecik bersama..aduhai susahnya nak tinggalkan dekat rumah bukan ada orang nak jaga. Suami pulak kerja. Ini yang berlaku dikalangan ibu ibu zaman sekarang. aktiviti rasa sangat terhad sampaikan nak beli barangan dapur pun tak sempat. Betoi tak?? Sebab itu wujudnya pelbagai jenis perkhidmatan secara online yang banyak membantu ibu ibu zaman sekarang nie.


Secara jujurnya SS nie antara golongan ibu-ibu yang bekerjaya dan tak berkesempatan nak ke pasar pagi untuk beli bahan basah untuk dimasak. Hujung minggu dah bangun lambat sebab letih.serioussly...So time bila nak p market beli barang???? nak p tesco nak usung anak-anak...aduhai memang nak beli barang tu sangat susah. sampailah kekadang tu boikot tak mau masak kat rumah sebab susah nak beli. Bukan tak boleh minta suami. Dia pun sibuk cari duit. So isteri kena ambil part yang lain lah. Bila time free baru boleh beeli. Tapi takkan 2-3 kali seminggu nak p tesco..mana sempat betoi tak???

So sampailah 1 hari nie masa SS tengok scroll fb terjumpa 1 link nie dia promote perkhidmatan dia jual barangan basah. So SS pun try untuk wasap dengan depa. lepas dapat feedback tu SS pun tanya tentang harga yg depa buat. Seriously depa nielah yang buat services dengan harga yang paling murah. Ampa bayangkan 1 set yang depa bekalkan hanya RM55 ja..so dalam tu ada limited pilihan yang disediakan tapi ampa puas hati..tengok pakej nie


Terdapat 6 set yang depa bekalkan : ( refer gambar )






Selain tu ada jugak pilihan sayuran dan bahan siap kisar seperti bawang besar, cili, bawang putih dan halia. Dimana 1 set tu ampa boleh dapatkan dengan harga RM5-6 sebalang...Mudahnya




So untuk pertama kali ni, SS ambil Set no 2 iaitu ada SIAKAP | SOTONG | IKAN KEMBUNG | SIPUT LALA dan SS addkan 1 pek sayur campur




Untuk pengetahuan anda semua, semua bahan-bahan basah nie dah siap dicuci dan siangkan...Memang mudah dan berbaloi tau...maksudnya bila nak masak keluarkan dari peti ais tu..dah boleh masak terus...tak payah kalut nak p siang dan potong...

IKAN KEMBUNG : 1 PEKET ADA DALAM 8 EKOR KALAU TAK SILAP

SOTONG YANG DAH DISIAP SIANG . ADA DALAM LEBIH 10 EKOR

SAYUR DAH SIAP POTONG TAU :)


Memang sangat mudah...tambahan SS Nie nak jaga 2 anak yang makin aktif kat rumah nie.memang tak sempatlah nak duduk lama2 kat dapur tu. Bila ada benda macam nie memang menjadi pilihan SS lah nak beli dan beli lagi...so klu nak masak pun dah bleh pk bahan apa yang ada kat rumah.

INILAH MENU HASIL DARIPADA BAHAN DARI FRESH MARKET


Terima kasih buat D`Mass Fresh Market yang buat services murah dan berbaloi....Pendek kata anda memudahkan urusan kami ibu ibu yang sibuk nie serta anda bantu kami agar suami makin sayang sebab masak kat rumah selalu...

So rekemended ...

Bagi anda yang nak cuba..boleh try untuk contact mereka di



Whatsapp : 019-4574374






Thursday, August 10, 2017

5 tahun usia Perkahwinan







14 September 2017 anniversary wedding SS...rasanya apa suprise yang SS nak buatkan untuk suami SS erk??? ampa ada idea tak yang boleh kongsi??? Ras dah lama tak buat suprise kat suami nie.....
Kalau nak buat video rasa dah pernah buat....klu sekadar nak bagi hadiah ayat-ayat cinta dha pernah buat..ermmm apa erk???


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels