Monday, June 30, 2014

Misscarrage ( Part 2)



Ramai dah yang ternanti-nanti sambungan cerita MISSCARRAGE SS kan!!1

okaylah...meh nak sambung balik

......................................................................................................................................

PART 2 :

Okaylah lepas SS dah jumpa dengan doktor kat GH tu, SS balik umah dulu sebab depa minta tunggu 2 minggu. So rasanya okay kot. Tapi lain pulak yang jadi esoknya. Start pada balik dari GH tu, dah banyak kali SS tukar pad sebab darah start turun beserta dengan serdak serdak darah!!1macam mana tue??? hanya orang perempuan yang tahu,,hehehehhe...

so pagi Sabtu tue memang perut sangat sakit ya ampun!!!! So ss hanya tidur ja...tak buat kerja apapun...Zakwan pun suami SS hantar ke umah ibu dia. tapi petang tue makin teruk pulak, but SS sempat lagi pie besday BabyNoh..makan dan pelaham apa yang patut sebelum SS nak berpantang...memang da tau dah kena buang kandungan tu....sob sob sob!!!

Lepas ja balik dari besday party tu, darah turun makin banyak dan terus SS minta suami Ss bawak ke GH untuk follow up!!! once dah sampai kat sana, dan sementara dok tunggu doktor pakar, SS sempat ke toilet nak salin pad sebab rasa dah sangat tak selesa. Tapi kali nie memang SS terkejut sebab nampak ketulan daging keluar...!!! i`m sorry dear..i``ve lost u...

terus Ss pun bgtau doktor dan terus depa tolak SS ke ward C20 ( ward wanita) dan depa cek memang dah keluar sikit dan masih ada baki yang tinggal, doktor plan untuk masukkan ubat  "INDUCE " untuk bagi pintu rahim bukak so senang janin nak keluar sendiri. ikutkan malam tu SS kena admid tapi disebabkan Zakwan masih lagi Breastfeed dia, So doktor benarkan SS balik umah tapi esok pagi kena datang balik..


Its normal dear!!!! induce memang terasa sangat sakit..Tapi kali nie memang sakit..tiap kali rasa contraction tu menjadi..lepas tu confirm akan ada something yang keluar...it hurt!!!hanya tuhan yang tahu rasa sakitnya seroang ibu menangung penderitaan nak melahirkan anak ataupun nak gugurkan kandungan!!! Ya allah ampunkan dosaku Ya Allah!!!


Selama hampir 6 Jam SS melawan dengan rasa sakit...dari 9pagi sampai 3 petang....sakit tu hanya ibu hanya pernah kena induce akan tahu....once lepas 6 jam punya sakit tu hilang baru SS dapat lelapkan mata SS!!!....alhamdulilillah sakit tu dah kurang..tapi doktor tetap akan buat D&C just kena tunggu bilik bedak free!!! Goverment....biasalah!!!



Then jam 7.10pm nama Ss dipanggil untuk ke bilik bedah. Dan SS ditolak ke bilik bedak jam 8pm..Masa dalam tu ada dalam 10 orang pembantu dan juga doktor bedak da doktor bius.. Macam biasa untuk bius SS tak kena cucuk..just oksigen ja pun...dalam masa 2 minit...ranappp!!!!!
Then jam 8.45pm SS dikejutkan oleh misi kata dah selesai..alhamdulillah.. but once SS dah sedar memang terasa sakit pada kemaluan SS. rasa pedih tapi bukan lama...sat ja...then alhamdulillah semuanya selamat...

Begitulah cerita ringkas yang SS nak share dengan uolls semua. Insyaallah SS sihat...berpantang sendiri dirumah jer..hehehhe...Mungkin ada hikmat disebalik semua kejadian ini, Mungkin tuhan ingin SS besarkan zakwan dengan sebaik mungkin. Lagipun kandungan ke-2 SS nie memang cukup mengejutkan kami berdua...Insyaallah lepas nie ibu akan besarkan zakwan sebaik mungkin yer..

Terima kasih buat semua kengkawan yang sentiasa mendoakan kesihatan SS sekeluarga..I love u...



Friday, June 27, 2014

Misscarrage (Part 1)


 Assalammualaikum semua....

Mungkin ramai ynag tertanya-tanya SS sihat ker lepas ada yang terbaca status di facebook SS minggu lepas tentang Kandungan SS yang lalu!!!

Buat semua teman dan juga pembaca belog SS, terima kasih sebab anda semua masih lagi follow perkembangan kehidupan keluarga SS yang comel ini...Sekarang nie SS masih lagi dalam mood berpantang. Cuti 2 minggu untuk SS berehat dirumah. Alhmdulillah semuanya okay. Tapi biasalah kekadang tu rasa sakit masih terasa.

ada yang bertanya...ceritalah sikit bagaimana keadaan itu berlaku pada diri SS!!! Ermmm mulanya tak mau nak bercerita tapi takpalah as a story SS nak share dengan uolls semoga ia dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman buat semua M2B out there!!!

Actually kandungan SS dah pun mencecah 12 minggu bersamaa 3 bulan. Kalau dulu 1st preggy, 12 minggu tu dah boleh nampak bentuk janin dalam kantungnya... Ada nampak heart beat dan sebagainya...Tapi kali ini lain.. Setelah SS buat urine test sendiri pada 9th May 2014. Yes!!! SS hamil untuk 2nd baby. Tapi SS tak pun follow up dengan check up di mana mana klinik. Konon nak tunggu bagi 3 bulan++ baru nak p check bla..bla...bla... Tapi bila terasa sesuatu yang lain berlaku,,,SS memang rasa sangat tak sedap hati..



Pada 19th Julai 2014, malam khamis tu perut SS memang rasa sangat lain dari yang lain. Rasa macam nak mai period. Sakit sengugut itu terlalu sakit, sampaikan nak jalan pun tak jadi. Ingat gastrik, SS terus bedal minum ESP + ostematrix..tapi masih tak okay... suddently lepas mandi terasa something keluar daripada kemaluan SS!!!! Bila check..oppss apakah ini??

Ingatkan keputihan ketikan hamil!!! its normal tapi kali nie cam lain.. memang raas perut tersangat sakit!!! sampailah SS tertidur...Then esok pagi bangun perut masih terasa sakit...but mungkin angin...SS pun pie kerja macam biasa. tepat jam 10am cam tu, SS ke toilet konon nak membuang air besar. Tapi lain pulak jadinya...nampak darah splash dalam mangkuk masa buang air kecil...MAsa tu memang rasa something bad happen on me..terus SS buat call ke husband...Dia datang dan terus kami p check si KLINIK TAN BUKIT JAMBUL..



after 2 hours menunggu..akhirnya kami diberitahu yang kandungan SS tak sihat...Tiada janin yang ada dalam kantung SS. so Dr .Tan advise untuk ke GH untuk buat DNC....Time tu memang terasa sangat sebak... Hanya tuhan yang tahu...memang depan doktor SS cover senyum ja. tapi masuk ja dalam kereta memang rasa sebak...secara automatik...ramai yang cakap its okay Ss masih ada Zakwan ....Insyaallah nanti ada rezeki lain. Tapi once kita tahu yang dalma perut ini ada insan lain yang hidup tetapi dah tak ada memang akan terasa tak banyak sikit jer...ishhh...mungkin orang tak faham....hanya tuhan saja yang tahu perasaan SS masa time tu...

apa itu D&C?? nanti SS story panjang sikit okay!!!


so petang tu jugak, SS ke GH bahagian kecemasan untuk check Dan depa advise untuk tunggu 2 minggu lagi !!!1 What!!! 2 minggu....mati aku....dahla tak ada janin uolls nak suruh tunggu??nonsence kot doktor GH nie...macam nak baling ja muka depa dengan mesin scan tu..Ishhh sabo jer..takpa Ss pun balik dengan hati yang sangat bengang!!! aduhai!!!


Nak tahu apa yang jadi keesokkan harinya....????

tunggu part 2.....kasi suspend sikit!!!!

Wednesday, June 11, 2014

BUSANA NIKAH FOR RENT


Assalammualaikum semua...

Hari ini secara rasminya SS nak buat 1 pengumuman penting bagi Bride To Be yang masih mencari baju untuk disewa di majlis Perkahwinan atau majlis Pernikahan. Mungkin ada yang tahu SS nie Creative Director The House Of Red Gincu. Tapi kali nie nak buat cerita lain sikit. SS nak buat Personal Services untuk Rent baju nikah SS sendiri :)

Sebelum tu jom kita cuci mata sikit tengok baju nikah SS..






Sedikit sebanyak info latar belakang mengenai busana nikah SS :)

Designer by Shanell Harun
Material by Jakel ( Shiffon )
Size Fix : S to L sahaja


Baju nie adalah rekaan khas designer yang kini tengah menempah nama iaitu Shanell Harun. Masa wedding nie pun SS letakkan semua atas idea Shanell sendiri. Cuma material SS pilih sendiri. Teringin nak pakai shiffon masa time tu. Simple dan exclusive busana nie Shanell reka khas buat SS.







Untuk info uolss...dress nie ada tail yang tersangat panjang...Memang feeling princess hokay...yang tail panjang bagai nie SS yang request macam nie...So Bride To Be yang feeling nak macam pricess bolehlah pakai dress nie...



close up kat bahagian tangan...macam ala-ala saloma gitew..


Okay kepada B2B yang nak sewa baju boleh drop by details seperti dibawah :

NAMA : 
CONTACT NUMBER :
EMAIL ADDRESS :
TARIKH MAJLIS :
LOKASI MAJLIS:

Emailkan butiran anda ke : redgincu@yahoo.com
atau
whatsapp saya 019-5434377


Anda Hamil Bayi Perempuan atau Lelaki


Assalamualaikum semua...
Dah lama rasanya SS tak upload cerita tentang kehamilan kan...Mesti ada ibu ibu to Be di luar sana sering membaca blog entry SS yang lepas lepas kan...So insyaallah kini SS akan kongsi banyak tips lagi untuk Mother-To-Be diluar sana. Seronok tau bila kita bercerita tentang cerita kehamilan nie :)

This time punya entry SS nak sangat kongsi tentang MITOS MITOS yang kerap MTB nie baca bila depa tau yang depa dah pregnant..konon nak tahu simptom simptom dapat baby apa. So masa 1st baby SS memang ada jugak SS baca dan ada yang betulnya. Tapi terpulang pada individulah nak percaya atau tidak. For me for suka suki jer :)

So entry nie SS dapat daripada babycenter. jom SS kongsi dengan uolls okay :)




Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...


  1. Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  2. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  3. Perut anda “rendah”.
  4. Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  5. Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  6. Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  7. Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  8. Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  9. Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  10. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  11. Kulit anda menjadi kering.
  12. Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  13. Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  14. Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  15. Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  16. Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  17. Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  18. Anda tidur mengiring ke kiri.
  19. Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  20. Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  21. Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  22. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  23. Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...


  1. Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  2. Perut anda bulat.
  3. Perut anda “tinggi”.
  4. Muka anda tidak berseri-seri.
  5. Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  6. Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  7. Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  8. Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  9. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  10. Kulit anda lembut.
  11. Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  12. Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  13. Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  14. Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  15. Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  16. Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  17. Anda tidur mengiring ke kanan.
  18. Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  19. Air kencing anda berwarna kuning samar.
  20. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.


Tuesday, June 10, 2014

Let It Go Karaoke


LET IT GO 



The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation,
and it looks like I’m the Queen
The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn’t keep it in;
Heaven knows I’ve tried

Don’t let them in,
don’t let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don’t feel,
don’t let them know
Well now they know

Let it go, let it go
Can’t hold it back anymore

Let it go, let it go
Turn away and slam the door
I don’t care
what they’re going to say
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway

It’s funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can’t get to me at all

It’s time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me,
I’m free!

Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You’ll never see me cry
Here I stand
And here I’ll stay
Let the storm rage on

My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I’m never going back, the past is in the past

Let it go, let it go
And I’ll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on

The cold never bothered me anyway!

Zakwan Besday Preparation : PART 1

Assalammualaikum semua... hampir 2 bulan menjelang besday Zakwan yang pertama nak celebrate. Semestinya ibu dier yang paling excited daripada abah dier hokay..Sebab naluri ibu nie tak sama dengan si abah..Kan kan kan!!! So kena plan awal-awal so baru senang nak rancang majlis sambutan harijadi zakwan nanti betul tak. So entry kali nie SS nak share beberapa persiapan yang SS sedang buat bersama beberapa orang AJK majlis besday Zakwan nanti... waaa gitu macam kenduri kawin dah...
Memang sangat teruja uollss!!!!


TEMA BESDAY ZAKWAN??
Ha...ini selalu menjadi buah fikiran SS bila nak buat sesuatu majlis, bab tema nie selalu SS akan utamakan. Sebab lepas dah pilih tema senang nak setting semua kelengkapan yang diperlukan..
Mulanya nak buat tema ELMO...tapi disebabkan Zakwan tak pernah didedahkan dengan karton ELMO, So suami telah mereject secara jujur..Hahhahaha...Then kami pun berfikir dan akhirnya kami dah mendapat idea tema yang cukup best..Nak tahu apa??
ITU RAHSIA!!! hehehhhe



SENARAI JEMPUTAN
Untuk senarai jemputan masih lagi dala perancangan. Insyaallah ramai jugak kengkawan yang akan kami jemput. Ahli keluarga terdekat dan sebagainya...
Insyaallah...


KAD JEMPUTAN

Kad jemputan dah siap booking. Tunggu nak baut bayaran dan confirmkan tempat dan tarikh jer. So nanti masa hari raya dah boleh buat edaran...Cewah macam nak kawin pulak Zakwan nie!!!



BESDAY CAKE ZAKWAN
Untuk besday cake..ALhamdulillah ibu dah siap booking dengan designer wedding cake masa ibu kawin tau...gitewww...special made for u my dear Zakwan. Siapa yang buat?? uolls mesti dah tahukan..So far semua dah booking cuma nanti ibu nak jumpa dengan they oulls untuk set decoration besday cake Zakwan...Bab cake dah satle :)



PHOTOMAN OF THE DAY
Untuk photoman Of the day ibu masih lagi mencari siapakah gerangan orang yang anak mengambil semua gambar gambar zakwan nanti. Wajib ada photoman nie. Baru nanti bila zakwan dah besar, dia boleh tengok gambar masa besday dier..heehhe...
So INPROGRESS!!!!



MENU OF THE DAY

Untuk Menu pada hari tu masih lagi dalam perbincangan bersama suami. Seba ibu tak tau nak buat makan aper. Tapi memandangkan perancangan tarikh masih lagi mood raya, so kena ada plan nak menu ala-ala hari raya nanti..ehhehe. Setakat nie senarai yang confirm nak buat :

  • Bihun Goreng
  • Nasi Goreng Cina
  • Nasi impit & Kuah Kacang
  • Sandiwish 
  • Laksa
  • Nugget & hotdog
  • kuih muih
  • Air Panas & Sejuk
  • Kambing ( aqiqah )
So menu tue kita taklah nak publish sangat. Yang penting makan cukup dan semua kenyang :)




CANDY BAR

Untuk candy bar nie, aktually adalah  impian ibu nak buat masa wedding ibu..Tapi memandangkan tak berkesempatan nak handle bab nie. So memandangkan ibu dan abah nak buat besday Zakwan. So ibu transform kan candy bar nie untuk zakwan...untuk candybar nie masih INPROGRESS..sebab ibu sedang membuat senarai apakah candy yang ibu nak buat nanti





BALLON & HALL DECORATION

Zakwan is Boy..So kita tak boleh sangat buat ala-ala gugurl untuk dier. ballon deco WAJIB buat di setiap majlis hari jadi..simbolik uolls..hehehhe...tapi kali nie nak buat lain sikit dari biasa...
sebab zakwan memang suka belon!!!
Hall Deco pun buat yang simple ja...Ibu nak buat simple??/heheheh...nanti kita tengok macam mana sebab lokasi tempat pun belum ditetapkan lagi so tak sue cam mana nak deco nanti.
So kita tunggu la nanti cam mana yer...




GOODIES BAG FOR KIDS
 Goodies untuk kids nie memang paling best ibu nak buat. Sebab budak budak yang datang akan lebih teruja bila dapat goodies bag nie. Apa isi dan ada design nak buat, ibu masih tengah plan dengan assistant ibu iaitu MAMA LIA...nanti tunggu nak buat list. Nak yang simple dan budak budak suka...candy of cause itu wajib ada!!!






Okaylah setakat sini saja yang ibu nak tulis entry tentang preparation besday zakwan. Alhamdulillah setakat nie semua okay dan abah pun bagi green light. Hehhehe...So nanti tunggu untuk entry seterusnya. Kita bercerita panjang tentang persiapan menjelang besday Zakwan okay.
Pasti ramai yang teruja kan..
Siapa nak datang boleh drop me email untuk ibu send invitation card.

Salam sayang buat semua,
Ibu Zakwan 

Monday, June 9, 2014

Kejayaan bermula dengan Shaklee


Assalammualaikum semua....

Walupun hari nie sangat memberikan seribu kesedihan pada SS disebebkan phone SS dah rosak..UWWAAAAAAA!!!!!...tapi SS tetap bersemangat nak upload cerita tentang kisah yang nak sangat SS share dengan uolls semua...
Hari nie SS nak berkongsi cerita tentang perniagaan yang memberikan sejuta kebahagiaan kepada SS dan keluarga SS sendiri...Sebuah kejayaan yang SS tak pernah mimpi untuk dapat semuanya..Tapi dalam masa yang cukup singkat..
Alhamdulillah SS berjaya!!! I`ll Make It...i`ll Get it

APAKAH KEJAYAAN TERBESAR YANG SS DAPAT??

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu...sejak join bisnes shaklee selama hampir 11 bulan..Kini SS cukup berbangga dengan hasil pencapaian sendiri, SS dapat beli sebuah kereta PROTON PREVE 1.6 hasil daripada bisnes SHAKLEE sahaja.
Alhamdulillah...Ramai juga seperti tak percaya...Tapi inilah hasilnya, SS buktikan kepada anda.Jika kita bersungguh dalam menjalankan sesuatu pernigaan, kita usaha dan banyak bersabar, inilah hadiahnya..

SS sendiri tak percaya tentang kejayaan yang SS perolehi ini, Alhamdulillah kini SS mampu untuk capat apa yang SS nak .Amin...
Memang SS tak pernah jangka yang SS boleh dapat dan kejar impian SS dengan hanya bershaklee...Tapi kini dah terbukti...

Apa yang SS buat??

1. Share kebaikan produk shaklee
2. Kongsi tips dan idea
3. Guide anak anak downline 
4. Banyak gergoogle
5. Usaha tanpa henti
6. Tak pernah mengalah
7. Sentiasa berdoa dan berdoa
8. Sabar dalam mengharungi cabaran berniaga
9. Kuat dan cekal
10. Kuatkan semangat

Semua nya SS mulakan dengan zero to hero....now uolls boleh tengok sendiri hasilnya bila kita usaha dan terus berusaha..
Memang susah nak sampai tahap macma nie!!!
Macam macam yang Ss hadapi...masalah itu memang tak boleh nak cakap apalah, memang tak tercakap!!! menangis itu biasa bagi SS....nak bergaduh denagn suami bila closing tak okay!!! itu dah biasa sebab kami sama-sama nak berjaya..

Now!!! kami berdoa cukup happy bila kesusahpayahan kami delivery barang to customer, packing barang nak pos, travel ke branch ambik stock dan sebagainya kini berhasil :)




Inilah gambar bersama CIK.P kami :)
hadiah usaha dan kegigihan kami :) Alahamdulillah kami dah berjaya untuk peringkat ini...
Insyaallah tahun depan kami akan lebih berusaha lagi.. semoga impian kami nak beli rumah akan tercapai..Aminnn!!!

doakan kami okay...insyaallah doa kalian semua akan diberkati dan dirahmati...terima kasih kepada mereka yang membeli produk shaklee bersama kami..
tak kisah dari dalam Penang atau dari mana sekalipun...terima kasih kerana memilih #shaklee sebagai produk kesihatan anda :)

So buat anak anak downline Ss, SS sentiasa doakan uolls akan berjaya jugak!!! usaha itu penting tau..jangan hangat hangat taik hayam ja!!! habuk tarak :)
Mulakan usaha hari ini..insyaallah akan berhasil nanti :)


Friday, June 6, 2014

Kita Perlu Makan Vitamin Apa?


Selamat pagi semua...Hari nie nak jadi doktor jap...Nak share info kesihatan dengan uolls semua tentang vitamin yang diperlukan oleh badan manusia seharian...Jom kita makan vitamin untuk sihat 



1. Vitamin A
Ia boleh membantu pandangan malam / warna serta membantu mengekalkan rambut dan kulit sihat.

2. Vitamin B1 (THIAMIN)
Vitamin ini membantu membebaskan tenaga dalam makanan dan menyehatkan sistem saraf. Pengambilan amaun disyorkan seharian 1.5 mg.

3. Vitamin B2 (RIBOFLAVIN)

fungsinya sama seperti vitamin B1 (THIAMIN). Pengambilan amaun harian 1.7 mg.

4. VITAMIN B3 (NIACIN)
Fungsinya juga sama seerti B1 dan B2. Amaun diperlukan sebanyak 20 mg.

5. VITAMIN B5.
Sama juga b1, b2 dan b3. Amaun Harian dicadangkan 10 mg.

6. Vitamin B6.
ia juga sama fungsinya. Amaun harian 2 mg.

7. VITAMIN B12
Vitamin ini membantu pembentukan sel darah merah, mengekalkan kesihatan sistem saraf dan mencegah Anemia.

8. Biotin
Biotin berguna untuk mengekalkan kulit yang sihat dan rambut. Amaun harian 400 mg.

9. Asid Folik
Berguna untuk pembentukan sel darah merah dan mengekalkan kulit yang sihat. Jumlah Amaun seharian 400 mg.

10. Vitamin C
VItamin C membantu penyembuhan luka, penyerapan zat besi dan kalsium serta mengekalkan kulit yang sihat. Disyorkan 60 mg.

11. Vitamin D
Vitamin ini sangat penting untuk membantu gigi dan pembentukan tulang serta pembekuan darah. Amaun syorkan 400 IU sehari.

12. Vitamin E
mengekalkan kesihatan seluruh tubuh termasuk kulit dan rambut. Amaun disyorkan 30 IU.

13. Kalsium
Kalsium membantu pembentukan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah  dan juga mengekalkan saraf dan fungsi otot. Amaun harian 1000 mg.

14. Iodin
Ia membantu kesihatan metabolime badan dan mencegah gangguan kurang Iodin Hasil. Amaun harian yang diperlukan 150 mg.

15. BESI
Besi berguna untuk membantu pembentukan Hemoglobin dalam sel darah merah, mencegah Anemia. Amoun HARIAN 18 mg

Tuesday, June 3, 2014

When he turns 1


MUHAMMAD ZARIF ZAKWAN TURNS 1



20 Julai 2013 - 20 Julai 2014

Genap Umur dia 1 tahun..Cepatnya masa berlalu kan....tak sangka sekarang dia dah besar depan mata....Alhamdulillah membesar dengan sihatnya....
So bila dah genap 1 Tahun nie,,Ibu dier pun sibuk dah nak kena set up Besday party untuk 1st anak nie..EXCITED kot!!!

  • nak pilih tema
  • nak kira jemputan
  • nak buat banner
  • nak buat kek
  • nak buat goodies
  • nak cari baju
  • nak buat game
  • nak cari lokasi
  • nak pilih menu
  • nak cari photographer
  • nak cari candy


dan macam macam lagi...Siapa yang tak teruja...So sekarang tinggal lagi 2 bulan...ermmm 1 bulan lebih jer nak sampai tarikh 20 Julai 2014... So start sekarang SS dah kena siapkan papper work untuk besday zakwan nanti..

Kepada orang-orang yang terlibat kena standby ler sebab nanti dapat email dari SS untuk request qoutation...Terasa macam nak buat kenduri kawin jer..heheheh...Kalau dulu masa majlis berendoi, SS tak boleh nak aktif sangat sebab baru ja habis pantang, So kali nie wajib pulun sakan..
Besday Zakwan...

JOM kita godek Mr, Google mencari idea :)






Macam seronok ja nie...Ish tak sabarnya nak plan besday party zakwan nie...So Pastinya ramai yang dah start teruja dengan entry lepas nie..yahoooo...bukan saja uolls teruja...Si ibu pun dah teruja lebih..

Stay tune tau...Doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan kami :)

With Love,
Ibu Zakwan

JUNE PROMO BERSAMA VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE


Assalammualaikum semua...

Bulan June ialah bulan kecantikan bagi mereka yang sentiasa ingin kelihatan cantik dan menawan.Lagipun raya pun hampir tiba, pastinya ramai yang nak kelihatan cantik pada pagi raya. So pada bulan June nie, SHAKLEE sekali lagi buat promosi iaitu VITAMIN E COMPLEX. Buy 6 Free 1 ..Harga asal ialah RM149 ( 120 biji)...bulan nie memang sale murah sangat..WAJIB uolls beli :)



APA ITU VITA-E COMPLEX?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 


Vitamin E juga dikenali sebagai " Vitamin Cinta " sebab ia meninggatkan pengeluaran air mani dan membantu ransangan semasa bersama ....Sebab itu ia termasuk dalam set Kesuburan Lelaki :


  • Zinc Complex
  • Coq Health 
  • VITAMIN E COMPLEX






Keistimewa tentang Vita-E Complex ini ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.  Kebaikan kesihatan grape seed extract : 

  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan


120 biji tablet boleh  tahan sehingga 4 bulan..

Manfaat-manfaat utama Vita-E Shaklee?

1) Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
2) Kulit semakin halus, gebu dan licin
3) Mengurangkan jeragat, parut dan jerawat
4) Mengandungi antioksidan
5) Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
6) Meningkatkan kesuburan
7) Menyelesaikan masalah kelesuan
8) Meningkatkan keinginan seksual suami isteri (Vitamin Cinta)
9) Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat
10) Merendahkan kadar kolestrol
11) Membantu mencegah kanser
12) Merendahkan risiko katarak
13) Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
14) Parut strecth mark menjadi semakin pudar
15) Untuk ibu menyusu, Vita-E Shaklee mencegah daripada bengkak susu dan 
      merawat nipple yang cedera.


VITA E juga boleh dijadikan Masker..Jom cuba :)


MASKER VITAMIN E 

Sebelum tidur
   Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit 
   perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

Pagi 
 Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit 


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels