Friday, January 31, 2014

HAPPT CHINESE NEW YEAR





Happy Chinese New Year 

Tahun nie tahun merupakan tahun KUDA. Kalau uolls semua pie mana-mana sure akan terpampang gambar atau imej kuda kan...Sebab tahun nie giliran mereka meraikan simbul kuda yang memberikan seribu makna buat mereka ;

"Tahun Baru Imlek pada Tahun 2014 adalah tahun Kuda. Dalam Tradisi Tionghoa, Kuda melambangkan kecerdasan, kemandirian dan kebebasan. Oleh Karena itu, Tahun Kuda juga merupakan salah satu tahun yang paling disukai oleh masyarakat Tionghoa. Ungkapan atau idiom (cheng yu) bahasa Mandarin yang berkaitan dengan Kuda pun sangat banyak dan ungkapan-ungkapan tersebut yang mengandung arti positif dapat kita gunakan untuk sebagai ucapan-ucapan selamat dalam Tahun Baru Imlek Kuda ini."

Sumber : http://dinaviriya.com/kumpulan-kata-ungkapan-idiom-mandarin-tentang-kuda-tahun-kuda-2014-cheng-yu/





Photo Lama Hasil Tangan Sendiri


Seketika dulu SS pernah menjadi seorang photographer sambilan hanya untuk suka-suka..So bila tak ada kerja SS belek belek dalam hardisk...Rupanya ada gambar yang terselit nie...
Jom tengok..macam cantik jer....





















Sekarang nie dah tak aktif dah pun....hanya untuk diri sendiri jer....:)





Thursday, January 30, 2014

Karaoke Time : Bahagiamu Deritaku By Hafiz





Lirik Lagu Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Wednesday, January 29, 2014

SAYA PILIH ' EVE LOVE FLEXI BREASTPUMP"

Assalammualaikum semua....

Firstly SS nak minta maaf pada semua pembaca yang ternanti -nanti entry dalam belog SS nie.ehhehehe..Minggu lepas tersangat sibuk menguruskan majlis perkahwinan customer SS. Alhamdulillah semuanya dah berjalan seperti yang dirancang. Amin....dan pengantin pun sangat berpuas hati dengan semua perkhidmatan yang telah diberikan. Nak tahu hasilnya, uolls boleh link dengan blog rasmi butik SS The House Of Red Gincu

So entry kali nie, SS khaskan buat bakal-bakal ibu yang sedang mencari Breast Pump dengan bajet yang cukup murah dan berbaloi. Biasalah bila dah ada baby nie, bajet memang kita kena utamakan kalau tak.habis.Entry nie actually SS nak bantu para-para ibu yang mencari breastpump. Seperti yang anda semua sedia maklum, terdapat pelbagai jenis dan jenama breastpump kat Malaysia nie. Jenis single pump, double pump, freestyle, manual pump, elektrik dan macam-macam lagi sampaikan kita sendiri tak tahu nak cari yang mana satu.

Type jer dalam google,berlunggok jenis yang dipaparkan. Tapi yang sering kali menjadi pilihan hati ialah MEDELA...Kan???Siapa pakai Medela???? sila anggukkan kepala T_T






Inilah diantara breastpump jenama MEDELA.Tapi tahukah anda Medela ada antara jenama breastpump yang harganya sangat mahal.bayangkan nak beli MEDELA FREESTYLE harganya sampai mencecah RM2000++. Mana kita nak cari duit semata-mata nak beli pump mahal macam tue. Batter duit tue spend pada benda yang lain lagi bagus kan.Bagi SS sendiri, SS kategorikan MEDELA sebagai 1st class breastpump sebab dia tersangat mahal dan SS memang tak mampu nak membelinyer.hahaahahaha Tapi memang tak dinafikan medela punya breastpump sangat sedap digunakan semasa dia sucking breast untuk stimulate susu.Jom SS nak kongsi pengalaman SS mencari breastpump.

Masa SS preggy dulu, SS memang teringin dan berhasrat nak beli breastpump jenama MEDELA nie sebab biasalah jenamakan, so bila beli pun rasa syok sebab kita mampu untuk membeli breastpump idaman hati sendiri. Yang sedihnya SS tak sempat beli masa preggy sebab takut masa time tue susu tak banyak lepas bersalin nanti. So bab membeli breastpump nie ditolak tepi dan kita utamakan membeli barang baby yang lain. Sampaikan pada 3 hari lepas bersalin, SS mengalami masalah BENGKAK SUSU.Ya tuhan, time tue memang tersangat sakit sebab breast SS dipenuhi dengan susu, dahlah masa tue babyzakwan tak mau menyusu sebab mungkin keras, dia menangis, nak pam secara "memet" tak pandai. So SS minta suami SS belikan pump manual. Memandangkan dia pun tak pandai sangat, suami SS belikan jenama UNIFORM MANUAL PUMP. So sampai 1  bulan cam tue SS pakai. sementara waktu sebab susu SS memang sangat banyak.

Akhirnya masa akak sulung SS balik Penang, dia pun pinjamkan SS breastpump medela dier buat sementara waktu.alhamdulillah lega sikit. so SS tak perlu nak picit lama-lama...just plug in dan terus dalam hasil perahan dalam masa yang singkat. Itulah bagusnya ada elektrik pump.Dapat juga SS rasa medela punya breastpump kan :) terharunya...
So memandangkan lepas nie akak SS pun nak bersalin anak ke-3 so SS terpaksa pulangkan balik breastpump tue. Dan mulalah misi mencari breastpump untuk SS sendiri.Cari punya cari akhirnya SS menjumpai sesuatu yang cukup memikat hati dengan harga yang sangat berpatutan.

EVE LOVE FLEXI BREASTPUMP


Inilah breastpump baru SS, senang dan mudah untuk digunakan. Yang bestnya, brestpump nie sebiji macam MEDELA FREESTYLE uolls...bezanya ia adalah buatan Malaysia. ITU PENTING !!!!!:) Sekarang nie product nie tengah top dan hot selling, dah 2 butik SS tanya semuanya dah habis, nasib kawan SS pun tolong carikan dan akhirnya SS dapat beli dengan harga 

RM499.00
FREE BAG 2 IN 1
FREE ICE BRICK LARGE
FREE 2 BOTOL STORAGE
FREE 15PCS PLASTIK STORAGE
FREE POWERBANK
FREE HANDSFREE
FREE POSTAGE




Tak semua breastpump yang sediakan powerbank, Tapi dengan membeli Breastpump EVE LOVE nie, Anda akan dapat free POWERBANK, maksudnya pump nie, 
boleh PAKAI BATERI..PAKAI ELEKTRIK...PAKAI POWERBANK...
bestkan!!!! Senang dan mudah....Contoh kalau uolls nak sapu sampah ,lipat baju driving, pun boleh pam sebab ada powerbank bersama :) Senang dan mudah.



motor pump pun pakai digital...nampak macam mahai kan!!!!saya sangat suka...siap ada lagu olls...

Bagi ibu-ibu yang bekerja memang semestinya memerlukan waktu untuk mengepam susu, So bila setiap 2 jam nak pump susu mestilah kena marah dengan boss atau bangkit isu-isu yang negatif terhadap kita. betultak??. Itulah situasi yang SS alami sebelum SS membeli breastpump nie. Sebab SS bekerja sebagai di Kaunter jabatan, so semestinya kena cari orang gantikan tempat SS. bila kita asyik dok panggil orang byk kali memanglah orang akan cakap belakang. So lepas beli breastpump nie, ternyata memang ia sangat berguna sebab sambil pump sambil buat kerja lain. jimat masa dan jimat kerja. SS pun dah tak menggangu kawan opis yang lain. Happy sangat dengan product nie.

Ini workplace SS, nampak tak ada kain nursing cover, disebaliknyer SS tengah pump suus, so siapa pun tak tahu kan. pump sambil bekerja...Superb kan!!!!



Ini pulak carry bag yang SS dapat FOC masa beli EVE LOVE FLEXI BREASTPUMP, kecil, ringan dan senang nak bawa kemana saja.



Kelebihan EVE LOVE FLEXI BREASTPUMP : 
  1. mudah dan senang dikendalikan.
  2. menjimatkan masa.
  3. memudahkan proses pam susu sebab boleh pam 2 botol sekaligus.(double pump)
  4. freestyle pumping ( pakai bateri, powerbank) boleh pam dimana saja tanpa perlu dekat dengan elektrik suply.
  5. Motor mesin yang disertakan muzik untuk menenangkan si ibu semasa mengepam susu.
  6. murah dan mudah dibawa kemana sahaja.
  7. Stimulation breast sama macam medela.
  8. Ia akan mengepam susu sehingga breast anda kosong.Itu penting.
  9. urutan stimulation seperti hisapan bayi.

Mungkin dah ada yang berkenan dihati??Cepat cepat order sebelum kehabisan stock...Hubungi butik yang berhanpiran dengan anda atau layari facebook :

https://www.facebook.com/BreastPumpsMurah
Contact : 018-950 4212


Happy Breastfeeding!!!!



Tuesday, January 28, 2014

Saya sudah 6 bulan



SAYA KINI SUDAH 6 BULAN



Cepat sungguh masa berlalu, dan kini Babyzakwan dah pun berusia 6 bulan. 
Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh dan boleh jaga ibu

"Ibu akan berikan yang terbaik untuk anak ibu.......
Ibu akan pastikan anak ibu membesar dengan penuh kaish sayang
sesungguhnya tiada yang ternilai melainkan anak ibu sorang"
Kaulah penghibur dikala ibu kesunyian...
Kaulah pengubat duka tika ibu kesedihan...
kau juga penawar bila ibu memerlukan...
Ibu sayang anak ibu...
Sayang ibu tiada tandingan....
Sesungguhnya kaulah yang terindah ciptaan dari Yang Maha Esa untuk seorang wanita yang bergelar IBU"



Monday, January 27, 2014

Candy Booth pilihan anda


Candy Booth & Berendoi Deco

Mesti ramai yang tercari cari supplier yang ada bekalkan deco untuk majlis Berendoi dan juga candy booth untuk sebarang majlis. Bagi anda yang berada di kawasan Utara khususnya di Penang Island, pastinya anda puas mencari dalam internet butik-butik 0dan juga suplier yang menyediakan khidmat hiasan pelamin berendoi dan candy booth, bila search semuanya jauh jauh belaka. Betul tak????. Bila google pastinya semua supplier berada diluar kawasan kan??
So pada mereka yang stay di Area Penang, pastinya anda akan tersenyum bila kami menawarkan perkhidmatan dikawasan anda :)


Okay this time SS nak buat sikit promosi khas buat ibu-ibu yang sedang mencari Event Planner untuk majlis anda anak itu nanti. Dengan kerjasama Sebagus Travel Agent dan The House Of Red Gincu Wedding Planner, kami ada menyediakan beberapa pakej yang bersesuai dengan anda.


Antaranya ialah Majlis aqiqah, majlis berendoi, majlis hari jadi dan sebagainya. Kami juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan lain mengikut kepada tema dan juga bajet yang anda mampu miliki. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan ialah :

  • Tempahan kek
  • Goodies Bag
  • Banner
  • Kad Jemputan
  • Helium balloon
  • Clown
  • Baby print certificate
  • etc

Kepada mereka yang mencari candy booth, anda boleh juga dapatkan dengan kami. ada 3 jenis pakej yang menjadi pilihan ramai pelanggan kami..HOT MARKET!!! 
Jom belek belek mana tahu anda berminat untuk membuat tempahan bersama kami.



Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi kami di :

The House Of Red Gincu
019-5434377 - Surianie Samsudin.
Email : redgincu@yahoo.com

Wednesday, January 15, 2014

Masakan China Yang Halal & Sedap

 Salam Maulidur Rasul Semua...

Bersemperna dengan hari Maulidur Rasul yang lepas, SS dan suami dan juga Babyzakwan telah mengenyangkan diri di salah sebuah restoran yang pernah menjadi idaman SS semasa preggy lagi tapi tak berkesempatan. So memandangkan hari tersebut adalah cuti Public holiday so SS telah mengajak suami SS dan Babyzakwan untuk makan di kedai yang diberi mana :

CHINA MUSLIM RESTORAN
Restoran CMR ini adalah restoran yang pertama sekali di Pulau Pinang dan  berlokasi di D`Piazza Mall di Bayan Baru, Landmark berdekatan dengan Pisa. Kalau u guys tak sure..boleh type jer dalam google maps,insyaallah dapat..CMR nie juga mendapat sijil HALAL daripada JAKIM tau..bestkan!!!!..So uolls nak makan tak perlu nak rasa ragu ragu nak makan kan...
Yang bestnya kedai nie, semua masakan yang dimasak memang masakan ala-ala chinese style..kalau kita nak makan tue just mai sini dan pilih jer menu yang kita nak makan dengan harga yang berpatutan lagipun tukang masaknya diimport khas daripada China okay..kerlasss depa..


Gambar nie SS dapat dalam mr.google...



Okay jom SS nak story tentang menu yang SS makan. Memandangkan kami hanya berdua so kami hanya pilih menu yang simple jer. Ada pelbagai jenis menu yang uolls semua boleh pilih mengikut citarasa....Jom kita tengok menu dulu :)



Memang nampak sebiji cara chinese cook kan??? teruja tak???




Masa SS tengah belek- belek SS ternampak SUP SHARK FIN & ISI KETAM. teruja habis...tapi pk takkan nak order bowl besar...nak makan sorang jer sebab hubby SS tak makan benda nie..So nasib ada yang bowl kecil ker...kita order jer...hehehe...

Masa kami ke restoran nie, ada promosi mee tarik..Macam sempoi jer..Tapi mee nie suami SS yang order. sedap jugak. Ada 2 jenis pilihan citarasa, sup ayam atau daging dan pilihan dier ialah ayam sebab favourite dier ayam :)..nanti uolls bolehlah mencuba...


 Jom cuci mata sikit dengan menu yang kami pilih 
 
MEE TARIK ( Menu Baru ) : RM 4.50


NASI GORENG MASAKAN LAUT : RM6 ( seorang makan)

Sup Shark Fin  & Isi Ketam : RM6 ( size kecil)

Makan ini pun dah cukup rasa banyak dan sangat puas sebab tersangat kenyang..wow rasanya kalau nak buat gathering family kat sini pun okay jugak sebab dia pon ada manu serve untuk hidangan besar. Memang berbaloi la. Those yang teringin nak rasa masakan ala-ala chinese nie, bolehlah berkunjung ke CMR nie. 





sempat lagi kami berdua posing chomel sebelum makanan tiba :)..

Kepada semua pembaca blog SS nie, kunjungilah CMR dan nikmatilah makan yang sedap ini. Untuk maklumat lanjut, uolls boleh jer rujuk di laman web rasmi CMR :

Waktu operasi mereka :
11am- 2.30pm - Lunch 
5.30pm -10pm - Dinner

Open :  Monday to Sunday
         :  Public Holidays - Open as normal
Off    :  Every 2nd & 4th MONDAY
             (1 month Off 2 days)

For reservation or question, please contact :
Untuk tempahan atau soalan, sila hubungi :

Tel : 04 644 3718
1) KL Ong 016-553 1423 :kl.ong@cmr-restoran.com
2) Hashim Ismail 012-433 2718 : hashimisma@gmail.com 


Selamat menjamu selera.


Jom Kita cantik Bersama!!!!



Assalammualaikum semua...

Hari nie SS nak kongsi tips cantik dan sihat bersama SHAKLEE...Rasanya mungkin ramai yang dah tahu tentang set kulit shaklee yang semakin menjadi HOT MARKET sekarang nie... Okaylah meh SS nak cerita sikit tentang produk nie.

Sebenarnya untuk set kulit shaklee nie ada terdiri 3 jenis set. Set ini begantung jugak kepada pelanggan nak pilih yang mana satu. Tapi selalunya banyak customer pilih SET A & B : )


SET KULIT SHAKLEE  A  iaitu :

  • VITAMIN C
  • B COMPOLEX
  • VITA E COMPLEX
SET KULIT SHAKLEE B iaitu :
  • VITAMIN C
  • B COMPLEX
  • VITA E COMPLEX
  • ESP
SET KULIT SHAKLEE C iaitu :

  • VITAMIN C
  • B COMPLEX
  • VITA E COMPLEX
  • ESP
  • GLA COMPLEX



ini dier picture gambar supliment nie.



Setiap supliement nie mempunyai fungsi tersendiri.So uolls boleh baca disini secara ringkas :

VITA C 
  • membantu proses permbaikan tisu terutamanya bekas bekas jerawat dan parut
  • mengandungi kolegen yang membantu menguatkan sel kulit
  • menggalakkan permbantukan kolegen secara semula jadi
  • merawat kulit kasar dan kering


VITAMIN E COMPLEX
  • membantu mengurangkan parut
  • meningkatkan ketahanan sel kulit
  • tinggi dengan anti-oksidan
  • membantu kulit lebih gebu
  • membaiki strukstur asas kulit
  • memberikan ton muka yang sekata
  • mengatasi masalah jerawat dan kulit kering
  • mengurangkan pigmentasi


B COMPLEX
  • melembapkan kulit
  • melancarkan peredaran darah
  • membantu dan mengurangkan stress dan kelesuan
  • membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam

Jika uolls semua perlukan consultant dan juga guide atau nak tanya sebarang info, boleh terus call or sms or whatsup SS ataupun email..Actually bab nie tak perlu nak cerita banyak sebab bile uolls google pun dah jumpa macam macam info. Tapi pso far ada customer SS pakai dan amalkan set nie, alhamdulillah semua bagi feedback yang bagus... So apa yang uolls tunggu lagi jom cuba....Lagipun supliment nie HALAL dan selamat serta tiada kesan sampingan. Tahan pulak hampir 3 bulan bergantung pada cara pengambilan anda. Kan dah bajet tue!!!!!

Email : surianie_shaklee@yahoo.com
Contact ; 019-543 4377
SID : 966421

Dapatkan sekarang sementara stock masih ada :)


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels