Sunday, September 29, 2013

Ketika dia mula pandai tersenyum

*Assalammualaikum*

Tiada perkara yang lebih terindah melainkan melihat dan merenung wajah comel babyzakwan setiap pagi...itulah aktiviti harian yang SS akan buat bersama dengan babyzakwan. Melayan karenah comel budak nie..Alahai sekarang nie dia dah pandai senyum...pandai nak bersembang...dan adegan paling best bila SS buat video dia sembang..alahai comey gilexxxxxx.....








Dialah permata hati kami....



Saturday, September 28, 2013

Shaklee Time : Set Milkbooster pilihan saya


*Assalammualaikum*

wahhh..makin hari Ss makin sibuk....hanya tinggal 1 bulan jer lagi SS masuk kerja..Terasa rindu pulak nak masuk kerja. Tapi once dah masuk kerja mulalah SS akan menjadi sangat sibuk nak manage time...Tapi insyaallah sesi belog membelog nie sentiasa akan menjadi rutin harian SS untuk upload cerita dan dikongsikan bersama anda semua...Kan ramai yang suka baca entry SS nie..

Okaylah minggu nie SS nak sentuh tentang bab kesihatan..Biasalah SS sekarang dah jadi ahli farmasi a.k.a doktor sambilan jer..heheheh...Bukan SS buka klinik or farmasi..SS menjual produk shaklee ler....Then kali nie SS sangat berbesar hati nak share dengan anda semua tentang 

SUPLIMENT SUSU IBU ...

Sejak bergelar ibu nie, memang perkara utama yang SS fikirkan ialah mengenai SUSU IBU..Susu yang SS akan berikan kepada babyzakwan sehingga 2 tahun usia dier..insyaallah...Masa SS preggy dulu pown SS rasa ragu ragu adakah susu badan SS nanti cukup atau tidak lepas babyzakwan lahir nanti...Ada juga siap cakap.." nampak tek besar..kalau tak ada susu sajaler"....tapi bila dengar orang cakap..ia menjadi 1 cabaran untuk SS buktikan kepada mereka yang memang benar SS ada banyak susu... sehinggalah seorang kawan SS rekemen SS untuk mencuba product nie...So alhamdulillah lepas jer SS bersalin..Memang betul susu SS memang banyak..pekat dan lebih berkrim...



Bukan susah nak berikan khasiat yang terbaik untuk anak sendiri..Yang penting kita kena :

YAKIN....KUAT SEMANGAT..BERFIKIR POSITIF...BERAZAM TINGGI & BANYAK BERSABAR

Namun ada jugak dikalangan ibu-ibu sekarang nie lebih prefer nak bagi baby depa minum susu formula sebab alasannya susu tak banyak...tak larat nak pam...renyah....susah nak usung barang...kerja sibuk tak ada masa....dan macam macam alasan yang memang tak boleh terima...
SEDIH tau bila SS dengar alasan macam tue...Tapi adakah kita tahu perasaan anak kecil ita nie???

Untuk pengetahuan anda semua SS adalah seorang wanita yang memang sibuk..seorang ibu yang mempunyai jadual yang cukup padat...SEBAB??
SS bekerja dari jam 8am-5pm Isnin hingga Jumaat...bila malam pulak  melayan karenah suami dan anak...Hujung minggu handle butik pengantin..Bayangkan macam mana keadaan SS...hahaha...
So dari sekarang SS dah mula praktikkan masa dan jadual untuk perah susu....
Semuanya atas diri kita sendiri..nak seribu daya tak hendak seribu dalih....


Tapi janganlah terus mengalah...Susu yang sikit boleh dibantu dengan memakan supliment yang betul...So hari nie SS nak share dengan anda semua pengalaman SS minum supliment Shaklee nie. Bukan SS nak tipu tapi inilah hakikatnya dan SS nak share dengan anda semua tentang produk niedan kenapa anda perlu ada juga...

Dengan hanya berbekalkan bajet Rm200 sahaja anda boleh dapat set MILKBOOSTER SHAKLEE...dalam set nie ada mengandungi ESP & Alfalfa yang bertindak sebagai agent penambah susu dalam badan anda...Jom baca info tentang set nie..

ESP (soy Protein Isolate Powder)
  • Sumber Protein untuk bayi & ibu
  • Awet Muda
  • Anti Penuaan
  • Menganjalkan payudara
  • rendahkan tahap kolestrol
  • Bekalkan tenaga kepada ibu ketika hamil & menyusu
  • Menjaga kulit, kuku,otot seta kurangkan kesan parut
ALFALFA
  • milkbooster
  • sebagai kacip fatimah
  • memulihkan urat selepas bersalin
  • melegakan sembelit
  • membesar dan menegangkan payudara
  • menghilangkan kelesuan & tekanan


Lepas makan supliment nie anda pasti akan dapati

  • Susu lebih banyak dari biasa
  • Lebih pekat
  • Lemak Berkrim
  • Bayi anda tidak meragam sebab dia kenyang
  • happy bila tengok anak sendiri kenyang dengan susu anda

So dah ada yang berkenan dihati nak order set nie boleh terus sms...call...whatsup kat SS di 
019 543 4377....SS jual dengan harga ahli....Tak semua orang jual harga ahli...Tapi dengan SS kasi harga ahli..ehehheh tapi uolls kena contact SS ler....

Hasilnya anak anda lebih sihat dan sangat comel macam babyzakwan....






Tuesday, September 24, 2013

Coming Soon Story


Assalammualaikum...

Coming soon Story tentang
Majlis Berendoi & Cukur Jambul Baby Zakwan


Sunday, September 8, 2013

Rezeki BabyZakwan...Alhamdulillah



Alhamdulillah rezeki BabyZakwan membuat tuah.....

Setelah hampir 1 bulan kami bertarung dalam 1 contest yang dianjurkan oleh butik SS BABY STORE pada Julai yang lepas.... Gambar SS telah menjadi antara 12 pemenang saguhati....Alhamdulillah..Walaupun tak menang .....jadi antara pemenang saguhati pown dah kira okay dah...

Firstly SS nak ucapkan terima kasih kepada semua kengkawan SS yang telah tolong LIKE gambar kami. walaupun ada yang tersalah LIKE gambar kami pown takpa...SS sangat hargainya.....happy terharu semua ada.. Bagi SS inilah hadiah yang cukup bermakna buat SS dan suami apabila bergelar seorang ibu....hehehehe..syok ooo.....


Congratulation to all the Winners, Please contact SS Baby Store to redeem your prize (^_^)^_^)

1st prize (RM 300 voucher) *Mastura Bt Abdul Rahman*
2nd prize (RM 200 voucher) *Nooriza Ahmad*
3rd prize (RM 150 voucher) *Normuliana binti Othman*

12 consolation prize (RM50 voucher)
- Suhana BT Mokhtar
- Norhafizah Binti Abdul Murad
- MARSILA BINTI MAT ISA
- Nanazuliana Mulup
- Elizabeth Ting
- Siti Zaharah Safin
- SURIANIE BINTI SAMSUDIN
- Nurul Azeyla Binti Abas
- Nor Anisah Sapian
- Norhamisah bt Mohd Hassan
- Nurul Zaiha binti Hajalah
- NURUL IZZATI RAHMAT



Dapat hadiah bernilai RM50....Itu pown dah cukup banyak dah....So SS telah diberi kesempatan untuk memilik apa apa sahaja barang yang dijual oleh butik SS BABY STORE nie sebagai hadiah SS...So nak tahu apa hadiah yang SS pilih untuk BabyZakwan??? Tunggu ler...kita kasih suprise sikit.....

Apapun..SS sangat happy...memang syok ada contest macam nie...SO lepas nie kalau ada sesiapa nampak contest macam nie,, sila tagged SS di FB yer...boleh SS join :)...Tak dilupakan juga ucapan tahniah buat pemenang.....

Monday, September 2, 2013

1 Bulan Umurnya.....

*Assalammualaikum*

Yahooo.....yippieee......alhamdulillah entry kali nie SS nak cerita tentang anak teruna SS iaitu BABYZAKWAN....Semperna entry kali nie, usianya dah cukup sebulan bersamaan 20 Ogos 2013...Amin...Bila dah masuk 1 bulan , baby yang baru lahir kena ke klinik untuk dapatkan suntikan. So termasuk juga Babyzakwan. Untuk 1 bulan nie dia kena suntikan Hepetetis B....

Actually SS yang takut jugak sebab SS tak berani tengok jarum...bila suruh En.Suami yang pegang masuk bilik suntikan dia pown tak berani, Katanya kesian kat baby...alahai... So SS beranikan diri untuk membawa Babyzakwan ke bilik nanti..

Lepas semuanya dah cek. Misi ada buat timbang tara berat si Babyzakwan...Fuuuhhhhhyyoooo..Ss pown terkejut sebab berat Babyzakwan dah 4.8kg...Lagi 200gm nak jadi 5kg...patutlah bila dukung SS rasa macam nak patah tangan.....hahaha..."sayang jangan marah ibu yer",,,,.............


Masa lahir dulu berat dia 3.6kg....Lepas seminggu timbang 3.8kg...Then masa petang raya timbang 4.2kg dan masa 1 bulan 4.8kg...semuanya berkat SS bagi fully breastfeed...Alhamdulillah.Memang betul orang cakap bila nak susukan anak, kita kena relax tak boleh tension. Klu tidak susu tak banyak...Alhamdulillah untuk zakwan cukup..sebab tue misi pown puji tengok zakwan nie...Siap ada yang tak percaya umur dia 1 bulan. Nampak macam 2 bulan...ermmm geram nie,,,badan pown dah ketul ketul....Jangan jealous okay...

caption : geram tak tengok lengan dier macam nak gigit...hehheheheh

Lepas dah timbang dan jumpa doktor...barulah SS bawa Babyzakwan ke bilik suntikan. Nasiblah masa tue Babyzakwan baru lena lepas minum susu. Mulanya SS takut juga kalau dia tak sleep nanti huru hara jadinya... So bila dia sleep dan SS pown masuk dalam bilik suntikan tue... So lepas misi dah sediakan semua...tudia misi dengan pantas menyucuk peha kiri babyzakwan..dan apa lagi dia pown..

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Nasiblah sat ja sebab mungkin dia tengah tidur kot. penat so nangis sat jer...lega sangat...then kami pown pulang...lepas pulang tue Babyzakwan tidur cukup nyenyak sampaikan SS tukarkan lampin pown dia tak merengek seperti biasa..heehhehehe...
Yang kesiannyer .....dia seperti tidak selesa sebab mungkin sakit. malam tue dia macam tidur tak nyenyak...sebab suntikan kat paha dia...
SS ada juga bertanya pada misi, suntikan nie boleh demam tak?? Misi cakap tak demam..Tapi untuk suntikan 2 bulan mungkin boleh, Bergantung pada baby itu sendiri...So nanti untuk suntikan 2 bulan tue SS harap sangat Babyzakwan tak demam. Kalau demam entah macam mana ragam dier....
Okaylah setakat ini jer crita sedikit tentang Babyzakwan yang sudah berusia 1 bulan.Alhamdulillah berkat doa dari mereka yang sentiasa inginkan Babyzakwan sihat dan cepat membesar...



Sunday, September 1, 2013

Pertama Kali Raya Bertiga

* Assalammualaikum*

Mungkin masih sempat lagi SS nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali diri SS dan suami. SS nak mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki jika SS ada buat silap dan salah pada anda semua. Biasalah manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. {Feelingggg mood raya seketika}................

Okaylah seperti tahun-tahun yang lepas SS beraya bersama keluarga SS di Kampung Baru Ayer Itam,Penang jer..heheheh over kan macam duduk kat cerok mana tah..hahaha...Sebelum nie rasa single jer...Then lepas tue beraya bersama tunang...Tapi tahun nie lain sikit....Sebab tahun 2013 merupakan tahun beraya bersama orang baru...Oh yeahhh!!!!!!!!


Alhamdulillah berkat doa kawan-kawan agar SS dan En.Suami dikurniakan cahaya mata secepat yang mungkin..Amin...betul-betul tuhan sempurnakan doa mereka..Dan SS pown dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki. Tahun 2013 maka kami berayalah bertiga..

Kalau dulu orang cakap BERDUA LEBIH BAIK...Tapi bagi SS sendiri BERTIGA LEBIH BAIK...ehhhehehe....Its a happy family..

Caption : inilah keluarga baru SS

Memang rasa lain sikit tahun nie..Ada sedih ada gembira...Yang sedihnya SS tak dapat nak bershopping raya..ohh tidakkkk!!!!!!!...Kalau sebelum nie confirm bershopping raya tapi tahun nie bershopping dalam rumah..Ehhh taklah....SS dalam pantang so rasa kenikmatan raya tak berapa meriah sangat. Cuma yang meriah ialah bila melihat anak sendiri memakai baju raya...
Memanglah orang cakap dia kecik lagi nak pakai baju melayu tak muat...

Tapi korang jangan pandang sebelah mata.....ehhhee...BabyZakwan boleh pakai baju melayu okay...Cuma pagi tue sempat pakai dalam beberapa jam jer, tak sempat nak ambik gambar 1 family..Babyzakwan dah muak...habis 1 baju basah..so terpaksa tukar baju lain.....

Caption : En.Suami & Baby Zakwan

Caption : SS & BabyZakwan...nasib ada baju nie....

-
-
-
-
-

So korang tak sempat nak tengok dier berbaju melayu???
Haaaa...ini dia ibu dia pakaikan baju melayu pada Raya Ke-2....kira halfday pakai...okay;ah tue.....tengok dier sendiri senyum...

Caption : Baju Raya SS & Baby Zakwan

Alhamdulillah raya tahun nie berserderhana sahaja. Nak pie mana pown memang tak lepas. So duduk kat rumah melayan tetamu yang datang beraya dan juga mengutip duit raya untuk BabyZakwan...
Nasib Babyzakwan memang murah rezeki. dia tak dapat hamper baby pown. Kebanyakkan yang datang bagi duit raya...woooo..banyak ooo...Kalau dikira..boleh beli stroller yang mahai kat dier...Tapi ibu dier tekad untuk simpan jer duit tue sebagai simpanan masa depan..
Cewah....

Okaylah inilah cerita ringkas SS dengan orang baru dalam keluarga kecil SS. Apapun SS nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang datang melawat SS dan Babyzakwan ...

Insyaallah Raya tahun depan Babyzakwan dah 1 tahun..So bolehlah nak beraya sakan..



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels