Wednesday, May 29, 2013

Produk Tanamera Khas buat Ibu Mengandung & Berpantang


Assalammualaikum....

Last weekend dalam sibuk SS handle wedding salah seorang pengantin yang membuat tempahan bersama Redgincu,  Then pada masa yang sama juga, minggu tue ada Baby Fair yang berlansung pada 24- 26 Mei 2013 di D`Piazza Mall Bayan Baru. So SS tak akan lepaskan peluang nak merasai kemeriahan babyfair nie...best jugak..

Actually dalam babyfair nie memang tak banyak benda yang SS tak beli sebab SS dah beli awal lagi, beli sikit sikit. So mai kat babyfair nie memang fokus pada barangan tertentu sahaja...Kebanyakan barang yang dijual ialah Breast Pump, Pampers, Susu, Baju dan juga peralatan bayi yang lain...

So antara barang yang SS mencari ialah :


  1. Nursing Bra
  2. Cream baby
  3. Pampers baby
  4. Maternity Pad


Alhamdulillah dapat juga barangan yang SS beli dengan harga yang cukup berpatutan. Tapi tanpa diduga masa SS berjalan dalam babyfair tue SS terjumpa dengan 1 kedai yang menjual barangan set berpantang berjenama TANAMERA yang pernah kengkawan ceritakan pada SS sebelum nie. Nak beli set dia memang mahal RM360 full set. Memang tak mampulah dik non. Tapi SS telah mendapat penerangan oleh akak kaunter tue tentang produk nie. So SS hanya pilih 2 barangan daripada Tanamera iaitu :


  1. Brown Formulation Soap – 125g
  2. Cold Pressed Virgin Coconut Oil – 100ml 



Mulanya SS memang tak confident dengan produk nie, 1 harga dia memang agak mahal jugak, Then kulit SS pulak memang tak boleh terima barang berjenama dan mahal-mahal so nanti dia tak menjadi...hhhahaha So akak tue pown rekemenkan SS untuk ambil 2 barang nie, Penting katanya. Lagipun memang SS ada diberitahu tentang VCO nie. sebab dia banyak membantu masa nak bersalin nie, Nak beli online macam tak confident jer sebab takut nanti barangan dia tak bagus. So alang-alang kat depan mata, SS pown beli dan cuba.


Brown Formulation Soap – 125g

Harga : RM 15.00 seunit.

Sabun yang dirumus dari campuran herba dan bijirin untuk membuang sel-sel kulit yang lama dan merangsang peredaran darah pada kulit dan badan. Ia sangat sesuai kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan mengalami masalah kehitaman pada celah ketiak, leher, paha, celahan pelvis dan bahagian-bahagian lain. 
Bila mandi , ratakan sabun pada selurun badan terutama sekali pada bahagian tersebut, insyaallah memang berkesan, kehitaman tue nampak berkurang sikit dari asal. SS nampak kesan setelah dalam masa 3 hari SS pakai. Actually bukan hilang sepenuhnya tapi at least dia dah kurangkan kehitaman pada bahagian-bahagian tertentu. Cantikkan. Pada yang bertudung tue tak kisah sangat sebab tertutup. Tapi yang Free Hair tue macam mana??? Insyaallah produk nie sangat berkesan...





Cold Pressed Virgin Coconut Oil – 100ml 
Harga : RM34.00

Minya Kelapa Dara (VCO) merupakan minyak terbaik didunia. Ia adalah makanan yang berkhasiat, membantu proses penyembuhan, memberi perlindungan dan lazat. Minyak kelapa kaya dengan asid laurik, satu struktur yang unik molekul rantaian asid lemak sederhana, ia anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga boleh didapatio dalam susu ibu manusia Disebabkan itu, bayi yang menerima susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih baik berbanding dengan bayi yang tidak menerima susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan mengambil 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara sehari.Apabila ia diambil secara konsisten, minyak kelapa ini membantu membakar lemak kepada tenaga dan ia membantu penurunan berat badan. 

Faedah kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa adalah terlalu banyak!. Ini termasuk dari segi penjagaan wajah, kulit, mengawal tahap kolestrol, meningkatkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetis, kanser, gigi dan kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.

Paling penting bagi bakan ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak dahulu lagi oleh para ibu yang mengandung sebagai penawar semulajadi untuk persediaan dan membantu proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa ini disarankan bagi sapuan dan urutan pada kawasan perineum supaya ia lembap dan lembut. Apabila diminum ia bertindak sebagai pelincir untuk membantu proses kelahiran. Minyak kelapa dara ini sangat menakjubkan.

Produk  Minyak Kelapa Dara TANAMERA ini adalah kualiti terbaik. Produk ini amat kami sarankan kepada bakal ibu untuk menggunakannya pada awal kehamilan

Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu suduteh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).

Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum 

Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi


So kepada mereka yang nak mencuba dan nak membeli produk Tanamera nie. Memang SS syorkan sebab SS sendiri dah nampak kesannya dalam masa singkat. Kalau kat Penang memang tak popular sangat. So kena beli secara online mudha dan cepat. Buat masa sekarang sabun dan juga VCO merupakan produk harian SS setiap kali SS mandi dan selepas mandi. 


Cara Pembelian : Kepada mereka yang duduk diluar kawasan KL, memang sedih sebab tak banyak lokasi kedai yang menjual produk ini. So just bank in duit anda, delivery sampai...Lagi senang, Save time. Mahal sikit jer sebab nak caj postage. Kepada yang nak membeli produk nie, boleh terus ke LamanWeb :   PosnatalcareTanamera  , FacebookTanamera


Sumber : Sumber daripada : Tanamera Produk


Semoga entry kali nie membantu banyak mommies to be diluar sana yang nak mencuba produk ini. Tapi untuk yang belum bergelar ibu pown boleh sebab ia juga sebagai awek muda gitu...So apa tunggu lagi...Jom cantik macam SS..


Monday, May 27, 2013

Senarai Persiapan Sebelum Ke Hospital


Persiapan Sebelum Ke Hospital

Assalammualaikum semua...Hari nie SS sangat teruja nak menggoogle dalam internet mencari kelengkapan persiapan sebelum bersalin. Maksudnya senarai barang keperluan yang perlu dibawa sebelum nak ke hospital. Memang bagus sangat ada list nie, at least Mummy to be yang baru 1st time nak delived baby nie dah tau senarai dan keperluan barang yang perlu disediakan. So hubby kena be alert juga sebab bila si ibu dah sakit dah tak ingat apa dah...hahahahha...Jom , SS nak kongsi senarai nie dengan pembaca belog SS. Supaya tak lupa nanti. Ini pown ada a few info yang SS share dan dapat daripada kengkawan yang ada.

Tapi terpulang juga pada individu nak ikut atau ada list sendiri. Tapi for me, memang SS ikut dan SS tambah apa yang sepatutnya....Sekarang nie SS dah pown 31 Minggu, so dah bersiap sedia untuk memasukkan beg ini kedalam kereta...


*********************************************************************************

UNTUK IBU


BAJU - Yang paling penting sekali ialah pakaian yang sesuai dengan si ibu. Memanglah masa dan selepas bersalin si ibu kena pakai baju hospital, tapi at least kita kena sediakan juga beberapa baju yang sesuai masa nak balik ( keluar dari hospital). Baju cantik sikit lah..heheheh..heheheh..Kalau boleh tue beli yang baju berbutang untuk memudahkan proses anda menyusu bayi anda nanti.

STOKIN - Jangan lupa juga untuk membawa Stokin tebal untuk si ibu. Dalam 3-4 pasang untuk dipakai sepanjang masa di hopital nanti. 

KAIN SARUNG - Ini terpulang pada individu.

MATERNITY PAD - Untuk Maternity Pad nie, si ibu boleh dapatkan di pusat beli-belah atau pown di kedai baby. Ada jual. Tak payah nak beli banyak sangat. Beli Pack kecil dah memadai. Nanti dah nak habis beli lagi.Tapi kalau di hospital, ada yang mereka sediakan ada juga yang perlu dibawa...Tapi batter sedia jer senang.

SELUAR DALAM PAKAI BUANG - Ini memudahkan anda tak perlu balik nak cuci, pakai dan buang jer.

MINYAK URUT @ LOTION - Untuk SS sendiri, SS dah ada 2 jenis minyak yang SS sediakan sepanjang kehamilan SS. Iaitu BIO OIL, MINYAK URUT GAMAT, LOTION COCOA BUTTER. Anda terpulanglah nak bawa apa.Tapi kalau nak ada rasa panas panas sikit beli dan bawa LOTION MUSTAJAB :)

PENJAGAAN PERIBADI - Berus gigi, sabun, shampoo,tuala, deodarant, bedak,sikat, dan segala macam kelengkapan diri yang dipakai. Tapi terpulang pada individu ler....

COLI MENYUSU & PELAPIK PAYUDARA- Ini memang penting, sebab lepas bersalin, memang si ibu akan menyusukan si anak. So memakai coli menyusu sangat digalakkan dan memudahkan ibu untuk meyusukan anaknya. 


UNTUK SI KECIL 

PAKAIAN BAYI - Untuk Bayi, anda sediakan dalam 3-4 helai sahaja sebab sepanjang anda berada di hospital, bayi anda akan memakai pakaian hospital. So tak perlu risau. Cuma masa nak balik ke rumah tue pakaikan pakaian baru untuk dier...Comelkan :)

SARUNG KAKI & TANGAN - Ini seharusnya

KAIN BEDUNG @ SELIMUT - Ini adalah untuk membedung bayi anda 

DIAPERS - Beli yang newborn..Orang cakap beli dalam masa 1-2 minggu sebelum bersalin. 

WET TISSUE - Stand by jer

** Ini bergantung kepada anda sendiri nak letakkan beberapa helai atau set pakaian untuk bayi anda, sebab sepanjang di hospital bayi anda akan memakai pakaian hospital 

UNTUK SI AYAH

PAKAIAN - Sediakan juga beberapa helai baju untuk si ayah, mungkin seharian dia menanti anda di hospital. 

SURAH YASIN  - Untuk memudahkan si ayah membaca surah yasin & juga ibu. 

MEMBAWA DOKUMEN PENTING
Ini adalah antara barang yang paling penting , So yang nie jangan lupa bawa...Pastikan anda membawa :
1. Surat Nikah ( Original & Photocopy)
2. Buku Merah ( Buku kerajaan untuk ibu hamil)
3. Ic Ibu & Bapa ( Original & Photocopy )
4. Beberapa dokumen penting bergantung pada individu

CAMERA - Untuk ambil gambar semasa anda berada dalam bilik bersalin ataupun mengambil beberapa gambar yang sesuai untuk dijadikan kenangan. Tapi kalau nak bawa masuk bilik bersalin tue kena tanya pada doktor dulu sama ada boleh atau tidak.


Beg nie SS beli dengan harga RM60 sahaja...Masa beli langsung tak teringat yang SS boleh pakia sekali. Asyik dok teringat kat baby sahaja....So bila dah siap packing baru perasan 1 beg untuk SS dan 1 lagi untuk baby...senangkan...



PERALATAN TAMBAHAN

BREAST PUMP - Ini SS tak berapa pasti perlu atau tidak. Kalau nak confirm batter tanya pada mereka yang pakar so tak perlu nak bawa banyak barang.

BOTOL SUSU  - Ini bertujuan untuk bayi masa dalam perhatian nurse. Sebab masa nak bersalin, si ibu akan disuruh sign borang fully BF atau mix dengan botol. So kalau botol kena sediakan botol la...Tak perlu banyak pown...


Hopefully senarai nie dapat membantu si ibu & si ayah membuat persiapan sebelum nak membawa si ibu ke hospital untuk menanti kelahiran anak....happy mood...Excited nak tunggu masa nie....SS hope sangat semunyanya berjalan dengan lancar 

Insyaallah......

Perkembangan Janin : 31 Minggu


Assalammualaikum....

Salam Hari Isnin dan setiap hari Isnin merupakan hari terbaru perkembangan baby SS dalam perut nie..Sekarang nie Alhamdulillah SS dah pown masuk ke minggu ke-31. Pelbagai pengalaman dan juga ragam SS alami termasuklah sekarang nie merasai kesakitan pada bahagian pelvis SS. Ini semuanya akibat baby sedang membesar dan dia menolak bahagian pelvis SS. Pergerakan baby SS nie pown dah berkurang sebab ruang dier dah sempit..So rasa sikit sikit jer...Cuma sekarang nie tinggal lagi 5 minggu jer SS nak masuk ke alam 9 Bulan...Semoga semuanya dipermudahkan..Amin....Jom kita baca perkembangan anak SS nie...



Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

Info : baby Center

Tuesday, May 21, 2013

Mencari Idea menghias Bilik Baby


Assalammualaikum dan selamat pagi semua...

Hari nie SS sangat teruja bila semalam SS telah membawa diri masuk ke sebuah kedai yang semestinya membawa seribu idea kepada SS terutama sekali..Hehehehhe...Iaitu Baby Room Decor. Tudia..Jalan punya jalan SS ternampak beberapa aksesori untuk nak decor bilik baby SS...Wah syoknya...Memang teruja....

Tema dah dipilih cuma tunggu nak membeli barang dan nak aplikasikan sahaja..Baru dalam Wall paper dan Wall Deco Aksesori. So tunggu lagi beberapa barang sahaja..hehehhe...Walaupun SS duduk dirumah kuarters dan hanya ada 2 bilik sahaja, itu tidak menjadikan masalah kepada SS dan suami  untuk mengubah suai bilik SS dan bilik Baby..

So sebelum kita nak mulakan menghias bilik sikecil nie, kita kena tengok jugak element-element keselamatan pada anak kita. Kesesuaiam warna juga turut mendatangkan kesan kelak. Sebab kalau SS belajar dulu, untuk deco dalam bilik, kita kena cari warna yang lembut dan tenang, Baru aura nak tidur tue datang. Kalau tak tudia..Sampai esok tak tidur...Jom kita ambik sedikit sebanyak idea dan tema warna yang cantik, simple dan bersesuaian dengan bajet anda.

Macam SS sendiri, SS tak beli BabyCot, tapi SS hanya pakai Playpen jer untuk anak SS tidur dengan nyenyak nanti....Kena jugak ada katil sebab kalau tak nanti dia terbiasa nak tidur dengan kita jer..Susah macam tue....Insyaallah SS akan train anak SS tidur dalam katil dier. So nanti dia dah besar baru kita move dier dibilik lain...hehehe












Tak sabar rasanya nak start deco..Insyaallah nak start dalam 2 minggu lagi selepas SS selesaikan semua wedding customer till June nie. Hope semuanya berjalan dengan lancar...Amin.....
so nanti SS akan share dengan u`olls semua tips dan juga idea untuk buat deco baby room....




Monday, May 20, 2013

RedGincu Shopping On Sale


COMING SOON !!!!

SALE ON BAWAL TRIBAL....

Layari Lama Web kami di Redgincu shopping Online 

Setiap pembelian bersama kami, anda layak menerima FREE GIFT limited daripada kami. Cepat...Jangan lepaskan peluang bersama kami untuk bershopping dan mencantikkan diri anda...


Perkembangan Janin : 30 Minggu


Assalammualaikum...

Alhamdulillah Kini SS dah masuk minggu ke-30. Memang minggu kehamilan disaat-saat akhir iaitu 8 bulan kehamilan. Dalam tempoh bulan nie, sakit pinggang memang kerap berlaku, Nak jalan pown tak larat dah. Apatah lagi nak membuat kerja. Semua pakat main tunjuk jer...Tambahan suami SS, cian dier..sikit sikit SS panggil dier untuk minta tolong....Apapun doakan supaya SS sihat sehingga melahirkan anak kecil nie..hehhehehe



Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. 

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu. 

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asidzat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi. 

Friday, May 17, 2013

Redgincu Shopping Online Kini Dilancarkan


Assalammualaikum ...

Pada pagi Jumaat iaitu hari segala penghulu hari....SS dengan bangganya nak mempromosikan Laman Sosial Page terbaru dari SS sendiri iaitu RedGincu Shopping Online...Alhamdulillah tuhan membuka ruang untuk SS   memperkembangankan lagi bisness. Walaupun SS mulakan dengan modal kecil-kecilan tapi niat ikhlas SS nak berniaga nie cukup besar...

Lagipown sekarang nie kan semuanya dihujung jari, tekan tekan dah dapat barang, tak perlu nak beratur, buang masa ataupown buang minyak nak ke lokasi tertentu untuk membeli barang. betul tak...

So kepada mereka yang belum lagi melayari laman webpage SS di Facebook. Jom like sekarang di RedGincu Shopping ...

Mudah nak senang untuk anda membuat pilihan . Shooping online SS nie, buat masa sekarang SS utamakan barang jualan kepada kaum hawa yang gila berfesyen dan juga kepada para-para peniaga yang mengambil tempahan menjual manik.  Buat masa sekarang SS ada menjual Powerbank 20000mAH , tudung, Manik, dan hanger. Insyaallah pada masa akan datang SS akan memperbanyakkan lagi produk dalam bisnes SS. Doakan kejayaan SS yer...So apa tunggu lagi jom shopping bersama kami...


Happy Shopping

Thursday, May 16, 2013

Belog saya bukan Bahan Mengata...BE careful okay!!!!


Assalammualaikum semua...

Hari nie SS nak sangat dan teringin sangat nak meluahkan isi hati SS yang makin hari makin dah padat mendengar dan mentengok sendiri kejadian yang berlaku pada kehidupan SS. Tapi kali nie makin hari makin menjadi...SS tak sure kenapa masih lagi ada segelintir manusia yang berperangai macam nie..?? kenapa masih lagi ada orang mentaliti mereka sangat rendah..bak kata orang "LOW CLASS"....

KENAPA PERLU ADA PERASAAN HASAD DENGKI???

Macam nielah, kepada mereka yang membaca entry kali nie mungkin akan terasa. Tapi bukan niat SS nak bagi ampa terasa or nak bagi ampa kecil hati tapi SS perlu bercakap dan mungkin cara macam nie and dapat berfikir secara rasional. Kenapa perlu kita nak jealous dengan apa yang orang lain dapat??Lepas tue kita nak mengata dan perli orang lain ???Apa yang kita dapat dengan melakukan perangai macam tue.??? Dapat PINGAT KEPUJIAN ka???? Pelik sungguh pelik...Cuma anda bayangkan sendiri jika anda sendiri diperlakukan sedemikian???Apa yang anda rasa???? Sure akan rasa geram dan hangat hati kan???

SS tahu ada dan bukan SS nak bangga diri, memang ada segerlintir orang yang jealous dengan diri SS. Memang ada dan bukan SS suka hati nak mereka cerita. Cuma perangai orang jenis macam depa nie ja, depan buat baik, tapi bila belakang kita muka elok teruoi jadi muka beruk...Oh tidak!!!!!...Siap mengata lagi adalah......Apa motif pown tak tau....??? Apa yang depa dapat pown tak tau...Lain la kalau depa pown usaha untuk mendapat apa yang depa nak...itu takpalah..Nie asyik nak kepo orang tue buat apa, beli apa, berapa RM dan sebagainya??buat apa semua tue???Apa feadahnya kak ooii???

Buat apa nak bersaing dengan orang lain???Tak kisahlah hang tue mampu ka tak mampu, laki hang tue kerja bagus ka tapi kalau hati kita tak ikhlas apa pown tak ada. Sekarang nie tuhan bayar cash tau bukan pospond 10 tahun atau nanti masa mati...balasan Tuhan tah Esok tak  lusa tak pown dalam masa 5 minit tuhan boleh balas CASH & CARRY tanpa anda sedaq...

Buat apa nak bangga diri beli barangan branded dari oversea sedangkan kat MALAYSIA nie banyak dah barang yang sama. Tah tah kat label barang tue tulis " MADE IN CHINA"..hahhahah...malu kot....So kononnya bila dah beli barang oversea tue, kira bangga la tue..Then boleh pulak nak kondem orang beli barang murah!!!!eh come on lah...apa kes akak ooii???perlukah nak kondem orang sampai macam tue??Beli mahai tapi pakai sekejap ja for what????Pelik orang macam nie....

sudah sudahlah u`olls...Tak baik kalau kita nak dengki dengan orang. Buat jer mana yang u`olls tue mampu..Tak perlu nak berkata-kata buruk tentang apa yang orang lain dapat sedangkan anda tidak...cakap besaq then habuk pown tak ada...

INGATLAH!!!!Sejauh mana anda mengata orang , sejengkal itu tuhan mengetahui setiap perbuatan anda...Apa guna sembahyang 5 waktu jika perangai anda macam nie??? Pernah anda fikir ka?? Yang sedap tue dok mengata orang sahaja..SEDIH dengan perangai orang melayu macam nie...Nasiblah orang nak kata SS nie apa. Tapi inilah hakikat perangai orang melayu...

Dari awal lagi SS memang block terus orang jenis macam nie dalam facebook SS tapi tak sangka pulak depa nie celik IT rupanya boleh masuk belog SS dan mentelaah semua entry yang SS buat...heheheh rupanya depa dok skodeng belog SS...Tak malukan??? Peh tue dok mengata pulak kat wall Facebook depa...Ingat kita nie tak tau....Depa tak tau yang SS nie lagi Celik terbeliak biji mata dengan IT nie...haaa....depa ingat kita tak tau depa dok kata apa...KONONlah kan....

Facebook tue hak peribadi, Pasailah kat kita nak upload apa pown...itu memang Ss akui...Tapi tak perlulah nak mengata orang sebiji sebiji...Memanglah dia tak mention pown nama Ss tapi apa yang SS baca tue memang 100% berkaitan dengan entry dalam belog SS...Sebenarnya depa nie tak reti nak buat semua tue..Yang depa tau main facebook, dok chatting BBM dengan orang yang sama, then bertweeter..itu ja depa tau...hahahaha.bukan depa pandai nak hide ka apa..so orang lain boleh baca...serrrr!!!!!...

SS tau apa depa buat..tapi ada Ss dok p canang kat semua orang, apa depa buat???SS tahu apa depa bercakap tapi ada Ss pie masuk dan kepo depa bercakap??hahahha...SORRY ITS NOT ME okay!!!!

Kalau tanya orang jenis depa nie apa fungsi blogspot.com ???Sure depa akan cakap..." Belog nie tempat orang nak cerita dan nak menunjuk-nunjuk apa yang depa ada.." hahhaha jawapan memang sangat KAMPUNG ....Depa  tak tahu betapa bagusnya belog nie, dari situ kita dapat duit, dapat kenalan, kongsi maklumat dan macam-macam lagi. Tapi orang jenis macam depa nie hanya pikiak benda tak elok ja....Cam mana nak maju...???

SS harap sangat kalau depa buka dan baca entry nie, depa dapat pikiak apa yang depa buat. Bukan muda lagi. Dah tua...dah jadi bini dan mak orang..Malu la sikit dengan perangai tue...Cian kat laki ampa kan....Tak payahlah nak baca belog SS then u`olls dok mengata!!!Bukan SS suruh u`olls promote pown my blog. Sesungguhnya memang dah ada follower pown. SO tak payah susah payah nak buat macam tue yer...SS tak bagi gaji pown...SS tak pernah nak kacau ampa..Nak perli barang apa yang anda pakai, barang apa yang anda beli, jenama apa....itu semua tak penting...

Yang penting SS hope u`olls tue sedaq diri ja. Jangan sampai nanti makan diri, Jangan pulak depan buat muka macam baik dan cantik...tapi bila selak kulit, Ya Tuhan...muka buruk berulat...ishhh mintak simpang jer...Jangan pulak bila mengandung buat macam nie, nanti anak tue dah besaq perangai lagi buruk adalah...

SS tak minta u`olls tue mai sujud tahajud minta maaf depan SS..Tapi SS harap depa nie just RESPECT orang jer...itu saja pown. tak susah...kan kan kan....itu pown susah ker....Hope this entry sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan juga nasihat kepada mereka yang terlibat.....

Sekian...wassalam,,,


Monday, May 13, 2013

Perkembangan Janin : 19 Minggu

Assalammualaikum semua...

Jom share tentang perkembangan anak SS sekarang nie...Dah 29 minggu....lagi 2 minggu nak masuk 8 bulan dah...wah....klip klap klip klap dah nak bersalin....perasaan takut sentiasa ada. Tapi bila terbayang nanti mendukung anak sendiri dan pegang tangan kecil dia terus hilang rasa takut tue.....Amin....


Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. 

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu. 

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asidzat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlahpanduan makanan sempurna
 kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.
 


Friday, May 10, 2013

Apa itu Braxton Hick ??



Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?


Hello mommies out there..hehhehe...speaking pulak kan...hari nie SS nak share 1 info yang SS google dalam otak Mr.Google berkaitan cerita kehamilan jugakler. Iaitu sintom Kontraksi Braxton Hick. Actully SS dah lama nak kongsikan info nie tapi tak jumpa.So hari nie SS nak kongsi dengan M2B kat luar sana yang mungkin mencari info tentang BH nie. Sama macam SS jugak..Sejak masuk 7 bulan nie SS kerap mengalami BH nie. Tapi yang paling best sejak 3 hari lepas SS kerap didatangi BH . Sampaikan SS tidur jam 4pagi setiap hari.

Mengerang kesakitan, menahan kesakitan yang memang kita tak mampu nak bercerita, nak bagitahu orang tentang betapa sakitnya BH nie. Hanya tuhan sahaja yang memahami kesakitan ini. Mulanya SS memang tak tahu punca dan sebabnya kenapa BH nie boleh berlaku..sampaikan SS menangis menahan sakit...Apa yang boleh SS buat...Sapu minyak pada pinggan dan minta suami SS usap-usap badan SS bagi lega...tapi after 4pagi baru surut dan SS boleh lena...Memang 1 pengalaman yang memang SS tak akan lupakan...

Jom kita baca info tentang BH nie. Mungkin ada yang kena dan ada yang jarang kena. Tapi rasa tue mungkin juga lai-lain..




Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan


Sumber Info : AlamHamil

Sesi Pertama Mendobi Baju Anak


Assalammualaikum...

Menjadi seorang bakal ibu baru buat cahaya mata yang pertama merupakan 1 pengalaman yang cukup indah.....walaupun dalam tempoh sarat mengandung nie terasa sangat letih sebab nak membawa perut yang semakin membesar lepas tue nak kena buat kerja-kerja rumah pulak memang sangat letih..Buat 1 kerja then kena rest...kesian sangat....tapi kena buat tak boleh bagi manja sangat nanti jadi malas. Lagi payah...

Okaylah back to my entry...Firstly SS nak ucapkan jutaan terima kasih kepada akak dan abang SS yang telah sudi memberikan baju-baju kecil anak depa kepada Ss. Seperti entry yang SS pernah upload sebelum nie. Memang banyak sungguh baju semuanya masih elok dan cantik...baju baru SS pown ada beli jugak. So at least my baby boleh rasa pakai barang baru....

So bila dah kumpul semua tue sure kena basuh, sebab nak hilangkan bau dalam kotak yang lama dan nak hilangkan rasa ketidak keselesaan baby masa pakai baju nanti. Biasalah kulit baby nie sensative..tue yang payah tue..so bila semua barang dah dapat sesi mendobi baju pown bermula...Kalau orang cakap 7 bulan baru shopping barang baby. Tapi Ss mula shopping 6 bulan. So bila masuk 7 bulan SS basuh dan susun baju...senang..tak kalut dah....


Inilah antara sesi 1 membasuh baju anak SS...Memang sangat jealous sebab baju dia semua comel-comel...geram sangat...Pehtu banyak pulak baju dia..kalah baju ibu dengan abah dia...Alhamdulillah rezeki baby u`olls.. Sesi kedua ialah sesi membasuh sarung tangan, tuala dan selimut, sesi ketiga cuci baju juga.Memang sangat banyak...teruja pulak...Then lepas tue nak kena packing untuk dihantar ke rumah mak saya...memang banyak kerja..hehhehe

Apapun terima kasih kepada En. suami yang kini makin hari makin rajin membantu dan menghulurkan bantuan walaupun SS kerap suka membebel pada suami..Tapi dia tak kisah..hehehhe....Dia memahami...okaylah selamat membaca yer..Insyaallah nanti SS akan story lagi...




Thursday, May 9, 2013

My little Bump Bump Maternity Shoot

Assalammualaikum semua...

Pada Sabtu yang lepas bersamaan 4th May 2013, SS dan suami bersama baby dalam perut telah menuju ke destinasi kami iaitu Sesi Photoshoot Maternity bersama juga 2 orang Photographer iaitu Shikin dan suaminya...Lokasi yang dipililh adalah di dalam kawasan USM,Penang dimana kawasan tue redup, tak panas dan tak ramai orang so senanglah nak berposing....Lagipown ibu mengandung pown taklah penat dan panas nak shoot gambar nanti...

Firtsly sebelum Ss nak cerita lebih panjang pasal MP nie, SS nak ucapkan jutaan terima kasih buat Photographer Official SS nie yang telah sudi SPONSER sesi photoshoot SS nie...Serious sangat teruja...Bukan saja depa nie senang nak deal, malah depa nie cukup sporting dan banyak idea. Kalau ikutkan nak ambik pakej MP nie sekurang-kurangkan kena simpan dalam 1k untuk dapat 1 sesi...Tapi orang cakap inilah rezeki ibu mengandung dapat FREE jer....Mungkin ada yang jealous..Tapi nak buat macam mana..Rezeki anak yang dikandunglah katakan.. Memang tak tau nak cakap macam mana kat photographer nie yang sudi snap out best memory in Maternity...Bukan senang actually nak berposing nie...


Peralatan pulak, mostly SS yang sediakan, SS hanya bawa,  a few baju baby, kasut, gambar baby scan dan peralatan lain...So inilah kotak azimat yang SS bawa masa sesi tersebut.....


Okaylah SS tak mau cakap banyak...So u`olls tengok sendiri koleksi gambar yang SS upload nie...Nanti bila dah dapat 1 copy from my photographer SS akan cuba upload lagi....Ini kasi panas sikit...hhehehhehe











Comelkan???

so kepada yang berminat nak buat aksi comel seperti ini...bolehlah u`olls hubungi 

Facebook : MashImage
Contact Number : 013- 9322 925 ( Pn.shikin)

Tak rugi u`olls. sebab pakej yang mereka tawarkan memang cukup berbaloi...So selamat mentengok...hehhehehe




Permintaan Yang Telah Disempurnakan


Menyempurkan permintaan yang rasa agak over oleh seorang ibu mengandung nie....Haaa Tudia ayat intro yang cukup mengiurkan...Well as u`olls know..Sekarang nie SS memang dah boleh dikategorikan sebagai ibu hamil yang sedang sarat mengandung...7 BULAN bersamaan 27 Minggu nie....wah cepatkan dan baby dalma pewut nie pown membesar dengan sempurna..Amin...

Bila dah membesar perut nie, memang tenaga nak mengangkat berat dah kurang daripada sedia ada. Sebelum nie SS masih lagi boleh nak gendong HandBag SS yang seberat 1.5kg itu. Bawa setiap hari kemana SS berada. Tapi bila dah mai sarat nie SS terpaksa meminjam tangan dan bahu suami SS untuk memegang handbag SS. Kalau ikutkan SS tak suka lelaki yang kena pegang handbag tue, yelah handbag tue kan untuk perempuan bukan untuk lelaki. Tapi dalam keadaan macam nie, memang suami kena jadi mangsa..Tima kasih yer En.Suami kerana memahami...

So bila dah jadi macam nie SS terus mendapat idea untuk menukar gaya handbag iaitu cari Handbag yang jenis galas belakang. Lebih selesa dan lebih senang nak dibawa.Beban pown tak banyak sangat sebab kita galas beg bukan kita pegang beg tue.....Siapa sokong???heheh So merata SS mencari beg jenis macam nie. Ada tue adalah tapi tak berkenan dihati..Murah dan rasanya sure tak tahan lama. Dahlah SS nie jenis lasak..Memang kalau SS beli handbeg tue pakai dalam 3-4 bulan confirm kena tukak  sebab tambung banyak barang dalam beg tue...


Apapun alhamdulillah ada juga rezeki lebih, SS dapat juga membeli beg galas nie, Jenama kot..hahahah 1st time SS membeli barangan berjenama. Bukan apa, SS tak suka membeli barang dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat banyak barang dengan 1 nilai tersebut....
So masa SS jenjalan kat prangin mall Jumaat lepas, SS telah merapatkan diri kat bahagian PARKSON tempat jualan Handbag dan kasut. so belek punya belek, akhirnya dapat juga 1 Beg yang telah menawan hati SS....Taraaaaa


Inilah beg dia....cantik, besar, dan selesa,,leather mix berjenama POLO...kira okaylah tue. ada less lagi.Kalau harga asalnyer RM 359.90 so after less 70% dapatlah RM107.95. Tengok untuk dan dah save banyak kat situ. Lagipun bukan selalu SS shopping. Sejak preggy nie, asyik beli untuk baby jer..Untuk ibu dier tak beli..heheheh..So ini kira hadiah ler...


Puas hati dan sangat puas hati bila dapat beli beg nie, so lepas nie dah tak ada rasa sakit dan lenguh badan nak bawa barang letak dalam Handbag SS. Lagipun lepas nie bila dah ada baby, senang nak letak barang baby juga. botol susu dan sebagainya...hehehehhe....tak payah nak susah dan penatkan diri nak bawak banyak beg...



inilah dikatakan hasil berbaloi orang kerja kuat...Beli tak mahai pown...biasa biasa jer....Alhamdulillah rezeki....Bukan nak menunjuk tapi nak bagi semangat pada kaum Hawa kat luar sana...Kita tak perlulah nak pujuk En.Suami ka , Bf ka, Tunang ka untuk belikan kita beg mahai-mahai...Batter beli sendiri lagi lebih berbaloi....



Monday, May 6, 2013

Perkembangan Janin : 28 Minggu


Assalammualaikum semua....

It1s 28 Weeks sudah....cepat sungguh masa berlalu...Bila SS baca dalam setiap info dalam BabyCenter nie, sedikit sebanyak SS tahu tentang perkembangan anak SS dalam perut nie. Serious sekarang nie dia semakin membesar dengan sihatnya insyaallah..Pergerakkannya memang sangat aktif dan SS sendiri memang dah boleh rasa gerakan badannya yang sangat kuat.

Tambahan masa SS berbaring , time tuelah dia menunjukkan aksinya yang comel. Sampaikan suami SS pown terkejut bila rasa si kecik nie bergerak gerak dalam perut ibu dier...." wow kuatnya dia tendang" itulah ayat yang tak boleh SS lupa bila suami SS sendiri rasa tendangan comel si kecik nie..hehhehe

SS berdoa dan berharap sangat bila dia keluar nanti, si kecik nie sihat walafiat..Insyaallah..berkat doa ibu dan abah dia serta kawan-kawan ibu dan abah dia dimana mereka juga ada yang tak sabar nak tunggu si kecik nie dilahirkan...Amin...apapun jom kita baca perkembangan Si kecik SS nie... :




Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini. 

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul. 

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini. 

Sumber :  BabyCenter


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels