Thursday, March 28, 2013

Coming Soon......Maternity Photoshoot





Tinggal hanya lagi 4 minggu jer nak bertukar ke 7 bulan hamil...cepat sungguh masa berlalu...dah nak masuk 7 bulan. Orang cakap time 7 bulan hamil nie, memang sesuai kalau kita nak buat kenduri tahlil untuk mendoakan agar si ibu dan anak dalam keadaan yang selamat. Tambahan pulak dalam tempoh 2 bulan lagi si ibu akan melahirkan anak yang dikandung.

Time 7 bulan nie juga ada yang dah mula sibuk bmembeli dan membuat persiapan menyambut kedatangan orang baru...Start 7 bulan nie, orang tua-tua pesan, inilah waktu yang sesuai untuk membeli baju, dan segala kelengkapannya. Tapi Macam SS sendiri, bila masuk 6 bulan ++ SS dah mula membeli peralatan bayi, cuma baju jer SS beli masa 7 bulan nanti..

Tapi dalam kesibukan melayan dan membelek blog-blog online yang menjual baju-baju baby nie..SS masih lagi berkesempatan mencari idea untuk membuat 1st Photoshoot Maternity SS nanti. Dijangka akan dibuat pada bulan depan masa SS dah 7 bulan. The Photoman cakap kalau 7 bulan cantik...sebab perut dah nampak dan gender baby pown dah tahu. So idea tue banyak sikit..

Tapi kali nie SS memang sangat teruja nak buat Maternity Shoot nie...dan siapakah akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan Maternity Shoot SS nanti. Tunggu...Sebab SS menanti lagi beberapa pihak yang akan sponser sesi tersebut dan selepas itu Butik SS akan buat pakej kepada bakal-bakal ibu dengan harga yang cukup berpatutan dan cukup berbaloi.

Nantikan Maternity Photoshoot pertama kalinya yang akan diadakan pada usia 7 bulan kehamilan SS...excited kot nie...

Nantikan...

Wednesday, March 27, 2013

Kaki Bengkak Vs Tetap Comel



**Assalammualaikum**

Hari nie merupakan hari yang paling best SS nak kongsi dengan pembaca belog SS nie..Entry yang bertajuk
KAKIKU BENGKAK VS TETAP COMEL

Tajuk tak boleh blah langsung...hahahhaha.....tapi itulah hakikat tajuk yang SS nak cerita dan nak berkongsi bersama dengan Mommies To Be diluar sana. Sekarang nie SS tengok makin ramai yang membaca belog SS. Walaupuan tak banyak yang follow. Terima kasih SS nak ucapkan pada u`olls semua. So berbalik kita pada cerita tentang kaki bengkak nie SS pown baru dapat info setelah mentelaah dalam internet nie.. SO dalam juga sedikit info dan juga cara nak mengurangkan bengkak dikaki. 

Bengkak di kaki SS nie terasa sejak SS 21 minggu. Time tue memang nampak bengkak tapi tak sakit pown. Then bila masuk 22 minggu nie memnag nampak sah dan terang terang kaki dah mula bengkak. jeng jeng jeng...Tapi tak sakit macam orang dok cakap. Cuma time bila SS banyak berjalan or buat kerja memang terasa sakitnya. Akak SS ada cakap yang SS ikut macam mak dan kakak sulung SS. bengkak kaki dan juga ada macam warna hitam kat leher...ehehhehe..Tapi lepas bersalin nanti dah okay....insyaallah... 

Namun ada juga yang risau bila tengok kaki bengkak. Jangan isau Mommies sebab ini adalah perkara biasa kehamilan. SS ada mencari dalam internet dan akhirnya ketemui di dalam Baby center...Info tentang masalah ini,, So SS sudi nak berkongsi dengan anda semua...

Info dari petika BabyCenter :
Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil. 

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.



Ini gambar sebelum bengkak..hehehhe gambar masa hari sanding SS ler.....comelkan kaki ini :)

So bila dah hamil 6 bulan ninjia dah bertukar rupa nampaknya.....lihatlah sendiri betapa comelnya kaki SS sekarang nie...





dan hanya kasut ini yang sesuai dan selesa untuk SS pakai pie mana sekali pown....beli kat tesco jer RM12.50 tapi SS beli extra lapik tapak Scholl baru sedap pakai... :)



Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan: 

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalanberenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda 
melahirkan


Hopefully SS dapat bertahan dengan kaki yang bengkak ini. Tinggal lagi 3 bulan jer then insyaallah semuanya akan bertukar seperti biasa. insyaallah...SS kena lebih kuat untuk menjalani kehidupan seharian :)
Sumber : Baby Center



Tuesday, March 26, 2013

Check In @ Mama Home Delight Cafe


Hello all the mommies to be  dan juga pembaca belog SS yang SS sayang...cewahhh....Hari nie SS sangat happy nak share 1 entry dengan u`olls semua berkaitan dengan Hari Makan Malam SS bersama keluarga dan rakan...hehehehe...This time SS bawa my officemate dan juga suami SS memakan di sebuah kedai baru yang baru jer dibuka di Sunway Tunas, Bayan Baru,Penang. Kedai yang diberi nama

Mama Home Delight Cafe

Kedai yang baru beroperasi pada 16 Mac 2013 dari jam 11am-11pm setiap hari menjadi pilihan kami malam tue, Ini pown atas sebab my officemate..kak dalia yang pernah tunjukkan dalam Facebook tentang kedai nie. So Ss tengok macam menarik..Apa lagi SS pown teringin jugak nak pie makan. Kalau hari tue SS lalu jer. tapi kali nie SS masuk dan merasai menu terusss... Jom SS nak kongsi dengan u`olls menu dan juga pengalaman SS makan di kedai Mama Home Delight Cafe


CHECK IN DI Mama Home Delight Cafe :) @table E

Kalau u`olls semua tengok menu dia, memang best sebab banyak pilihan. Walaupun masa SS pie kebanyakan dah habis sebab kami sampai pown dalam 9 lebih. So apa yang kami order untuk dimakan ialah 

Suami SS order : Chicken Chop Black Papper
SS order : Fish & Chip Black Papper & Pizza Chicken
Kak Dalia : Pizza Hawaii Chicken

 Masa kami tunggu memang tak lama sebab kakitangan yang serve dan bekerja kat sana memang ramai. So dalam 20 minit macam tue jer makan kami dah siap...So inilah gambar yang SS boleh kongsi dengan u`olls semua...

Black Paper Chicken Chop

 Fish & Chip Black Paper


Suamiku yang kelaparan......:)

Tapi sebelum SS menikmati juadah makan malam , SS sempat nak snap snap  bebrapa dekorasi dalam kedai tue, Memang Akak Azureen ( tauke kedai) memang pandai deco kedai dia menarik perhatian pelanggannya. Tapi deco yang paling SS suka ialah deco atas peti KEK di kaunter. nampak sangat menarik :)



So selepas mengambil masa dalam 30 minit memakan semua menu yang diorder tue,,,inilah hasilnya....LICIN  DAN CLEAR....semuanya mak buyung nie yang habiskan sebab suami SS tak makan habis..hehehhe...Serious sedap...biasalah orang pregnant nie semua jadi sedap..hehhehehaahaha...tapi memang SS puas hati makan kat sana, Bersih...cepat, mesra..memang best lah kedai makan nie. Sure SS akan rekemen pada kengkawan yang lain...Baby sedap sampaikan tengah malam dia tak bangun meragam kita dia cakap pown sedap lah tue..hhehehhe :)


SS nak ucapkan tahniah buat tauke Mama Home Delight Cafe...Insyaallah berkat doa kengkawan dan pelanggan yang datang insyaallah kedai nie boleh berjaya....All the best dan kepada mereka yang belum singgah lagi...apa lagi spend ur dinner time at Mama Home Delight Cafe......
Selamat menjamu selera...


6 Month Pregnant


Wajah kegembirann seorang ibu yang sedang mengandungkan anaknya 6 bulan....hhehehehhe...Comeykan...Tak sangka SS secomel ini..hehhehehe..Jangan jealous...terasa sedih dan sayup pulak nak habis masa preggy nie...Nanti confirm akan merindukan saat-saat nie....






Monday, March 25, 2013

Perkembangan Janin 22 minggu : Welcome To 3rd Trimester


Perkembangan Janin : 22 Minggu



Alhamdulillah....Bak kata orang WELCOME TO 3RD TRIMESTER MUMMY....Wah wah wah...cepat sungguh masa berlalu dah 6 bulan SS mengendong perut yang semakin besar nie...Tak sangka cepat sungguh masa berlalu kan...hehehhehe...Rasa excited dan excited semakin membuak-buak bila dalam masa 3 bulan jer lagi SS akan menerima ahli keluarga yang baru. Serious sangat teruja sangat...Rasa macam tak mau beranak jer lagi...

Terima kasih kepada kengkawan yang selalu bagi dorongan dan juga sokongan pada SS sepanjang hamil nie...Kali nie dah besar pown si kecik dalam perut nie...Kekadang memang terasa di menendang SS tambahan masa SS makan ker...SS buat kerja ker...dia pown nak bekerja juga...hehehhe....tak sabar nak tunggu dia keluar...


Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul. 

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan. 

Adakah suami anda merasakan dia diketepikan? Tunjukkan dia bahagian kami yang didedikasikan khas untuk bapa baru. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan


Sumber : BabyCenter


Friday, March 22, 2013

Pesanan Buat Suami


KHAS BUAT SUAMI-SUAMI PUJAAN HATI ISTERI.....

PESANAN BUAT SUAMI, JIKA SAYANGKAN ISTERI...itulah tajuk entry yang SS nak kupas dalam belog SS pada hari Jumaat yang indah ini. Kita sebagai seorang isteri, sentiasa berdoa agar sentiasa disayangi isteri dan sentiasa menyayangi suami. Insyaallah dengan adanya Pesanan ini, mungkin sedikit sebanyak sang suami dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih sempurna.
     "Pesanan ni  dapat dari penulisan Dr. Fadhilah Kamsah.. renung-renungkan dan selamat mengamalkannya."


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Monday, March 18, 2013

Perkembangan Janin : 21 Minggu



Perkembangan Janin : 21 Minggu

Alhamdulillah sekarang nie SS dah masuk 21 Minggu iaitu minggu terakhir trimester ke-2. Then by next week dah masuk 6 bulan dan memulakan trimester terakhir....Alhamdulillah....happy sangat sebab buat masa sekarang baby nie semakin sihat dan dia seorang yang sangat pemalu walaupun dengan abah dia sendiri..Tapi kalau dengan ibu dia..Suka ja...nak main dengan ibu dia.Jomlah kita tengok perkembangan si kecik nie dalam usia 21 Minggu.....





Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.

Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan. 

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mualkencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan. 


Sumber : BabyCenter.Com

Thursday, March 14, 2013

Mencari Idea Tajuk Entry Belog

 Mencari IDeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........



Mencari idea baru....
Apakah tajuk Entry yang best untuk SS nak kongsi dengan u`olls semua dalam belog SS nie...Rasa macam best pulak nak tulis cerita cerita nie..hehhehe

Jom kongsi dengan SS..komenkan idea idea anda berkaitan dengan topik yang ingin SS ceritakan dalam belog nie....

Sangat SS alu-alukan...


Wednesday, March 13, 2013

Maternity Belt My New Best Friend


Assalammualaikum semua...

Sorrylah SS dah beberapa hari tak online dan tak upload apa-apa cerita dalam belog SS nie. Buat masa sekarang nie SS tak berapa sihat sebab secara tiba-tiba sejak hari jumaat lepas SS sakit dibahagian celah paha. Kekadang tue nak bangun pown susah..Nak pakai baju pown susah. Sampai bila dah sakit menyucuk tue. Sampai menangis-nangis sebab terlalu sakit sangat....Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya kesakitan yang SS alami sejak SS hamil 20 minggu nie.

Ada yang cakap sebab baby nak besar, ada pulak cakap baby sedang tarikh semua kalsium yang ada dalam badan si ibu dan si doktor pulak cakap, ini perkara biasa sebab pembesar bayi dan perubahan badan si ibu.Apapun SS hanya berserah pada tuhan dan juga berdoa agar kesakitan ini tidak berlanjutan.

alhamdulillah bila SS mengalami sakit yang tidak tahu bila akan hilang, SS telah dibantu oleh 1 produk kehamilan iaitu MATERNITY BELT..Fuuhh memang rasa sangat lega bila pakai belt nie sebab dia support perut SS yang makin besar. Tak rasa sakit sangat bila SS pakai belt nie. Malah buat kerja pown laju jugak...SS rasa lega sangat...

Memang ada yang cakap SS mengada sebab kena beli belt nie semua...Tapi hakikatnya memang SS akui, SS terpaksa membeli belt nie sebab ia membatu SS membuat kerja. Lagipun SS memang seorang yang aktif, tambahan pulak SS menguruskan butik pengantin SS, nak urusankan rumahtangga, dan SS bekerja pulak memang penat. So sebab itu SS beli belt nie. Ada yang cakap, tak perlu nak beli sebab kita rasakan bagaiman iu mengendong perut selama 9 bulan.. Tapi itu orang lain dan SS tak sama macam orang lain. Inilah kawan rapat SS sekarang nie..



SS membeli nie kat kedai peralatan bayi dengan harga RM59.90 ( 10%) ermmm lupa harga berapa dah.Kedai tue nama MUM & BABY...Lokasinya berdekatan dengan hospital Island...erm tak tahu pulak nama jalan tue.Kira dekat jer dengan 0opis SS...hehhe memang worth it la pakai belt nie, ada juga SS tengok secara online tapi mahal sebab dia cover the whole womb si ipbu. Bagi SS tak perlu nak membazir banyak sangat. So SS dalam yang kecik nie pown dah cukup selesa pada SS..Kalau tak percaya u`olls semua boleh try ( kepada yang pregnant jer lah)

Kelebihan yang SS terima :


  1. Senang nak bergerak.
  2. Tak sakit kaki ( tumit menampung berat badan si ibu yang semakin bertambah)
  3. Selesa
  4. Nak solat pown senang
  5. Rasa ringan badan bila pakai belt nie.

So far inilah yang SS rasa selama baru hampir 3 hari SS pakai belt nie. Tapi alhamdulillah memang hasilnya SS snagat berpuas hati...So kepada mummy to be yang inginkan keselesaan pada diri anda, yang mungkin orang lain tidak akan mengerti kesakitan, keletihan, kemurungan yang kita rasa...Jadikanlah Maternity belt nie sebagai kawan bagi anda selama 9 bulan ini... Insyaallah anda akan berpuas hati...



Monday, March 11, 2013

Perkembangan Janin 20 Minggu



Perkembangan Si Kecik : 20 Minggu


Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa. 

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada.
 


Sumber : BabyCenter

Thursday, March 7, 2013

Tips Memandu Untuk Ibu Hamil




     Salam all Mummy To be out there...Hari nie SS nak share tips untuk ibu-ibu mengandung terutamanya macam SS nie. Khususnya bagi ibu-ibu yang bekerjaya macam SS.Tiap hari kena drive pie kerja. Tapi kekadang bila tak larat...minta En,suami hantarkan SS. Sebab tak larat nak drive...So Masa SS tengah mengelodek info dalam Facebook nie, terjumpa 1 PAGE yang SS follow iaitu Persatuan Ibu-Ibu Mengandung. SS pown terjumpa tips nie dan rasa happy nak share dengan semua orang....Selamat Memandu :)


♥TIPS MEMANDU KETIKA BERBADAN DUA♥

Bagi ibu hamil yang bekerjaya,anda pasti tidak boleh elak dari memandu ketempat kerja meskiupun hamil. Jadi,ramai yang tertanya-tanya, boleh ke saya memandu ketika hamil? Bahaya tak? Ada kesan kat kepada baby?

Kehamilan bukanlah suatu penyakit. Wanita mengandung pun boleh memandu dan melakukan apa sahaja dengan wajar dan baik jika tahu cara yang betul. 

Anda boleh meneruskan rutin harian anda itu asalkan stereng tidak menekan perut. Tidak menjadi masalah bagi bakal ibu memandu asalkan keadaan mereka baik. Berikut adalah tip agar ibu dan calon buah hati dalam kandungan sentiasa selesa dan selamat ketika memandu.


1. Kenderaan biarlah selesa tanpa kesan goncangan kerana kesan goncangan kenderaan boleh meletihkan ibu. Pastikan penyaman udara berfungsi dengan baik agar pemanduan sentiasa dalam keadaan nyaman dan selesa.

2. Posisi tempat duduk harus selesa, sekitar 30 darjah ke belakang supaya perut tidak terganggu dan tangan tidak sukar memegang stereng. Perhatikan posisi kaki tidak tergantung.

3. Pilih tali pinggang keledar yang mudah laras, iaitu yang membolehkan ia mengikuti gerak tubuh (elastik) namun bila kejutan, ia mampu menyentak ke belakang.

4. Pasang tali pinggang keledar melewati peha sampai tulang pinggul, tepat di bawah kandungan. Bahagian tersebut mesti ketat, namun pastikan agar janin tidak tertekan. Pastikan bahagian tali yang satu lagi melewati tengah dada.

5. Jika takut perut terkena stereng, letakkan bantal kecil antara perut dan stereng.

6. Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat sepanjang perjalanan yang bakal ditempuhi. Maklumat tersebut sangat membantu bila rahim mengalami kontraksi dan bersalin di luar jangkaan.

7. Sebaik-baiknya tidak memandu seorang diri.

8. Bila usia kandungan mencapai 8 bulan, anda tidak sepatutnya memandu lagi. Dapatkan nasihat doktor jika mengalami sebarang ketidakselesaan yang menggusarkan.

Last sekali ,enjoy your prengancy moms.9 bulan adalah masa yang singkat,anda pasti rindu saat bersama bayi ketika dalam perut. Paling penting, jaga kesihatan diri dan congratz bakal terima orang baru penyeri hidup.Alhamdulillah ^_^ ♥





Cara Menjaga Bra Anda


Yahoo...

Akhirnya dapat juga SS bershopping membeli barang yang selam nie SS mencari dimerata tempat. Lastly dapat juga...alhamdulillah murah pown murah. Jom SS nak share dengan u`olls semua kenapa SS beli benda nie.

  1. BUBBLE BRA
  2. BRA ORGANIZER
Inilah 2 barang yang SS beli secara online. Sebab SS dah tak larat nak meronda mencari maca-macam barang dah. Pilih+bayar+hantar....senang kan..tak payah nak buang minyak jer...


BUBBLE BRA
Apakah kegunaannya??
Mungkin ada yang tahu cuma tak pernah guna dan mungkin juga ada yang tidak pernah tahu tentang wujudnya benda pelik nie. Bubble bra nie sebenarnya 1 benda yang memang cukup berguna terutama sekali kepada kaum hawa yang ingin membasuh pakaian dalam (bra) mereka dengan lebih sempurna dan lebih elok. 
Ada juga yang cuci bra mereka dengan menggunakan tangan kononnya lebih opuas mencuci...Tapi macam mana pulak kalau ibu ibu mengandung??mana nak boleh tundung dah...takkan nak cuci kan singki kot..hahahhaha..Kalau yang si anak dara tue bolehlah nak tonggek cuci bra depa.. So bila ada bubble bra nie memang banyak membantu si ibu mengandung nie mencuci bra mereka. Bersih , cepat dan juga mengekalkan bentuk bra tersebut terutama sekali kalau ada besi. Memang akan support elok jer..

SEBELUM GUNA BUBBLE BRA
 Sebelum pakai bubble bra nie, tempoh SS boleh gunakan bra SS adalah semalam 2 bulan jer. Peh tu dah kena beli yang baru. Nasiblah tempoh expired pakaian dalam kita adalah selama 6 bulan jer ( info buat semua kaum hawa dan adam)...Then memang u`olls kena beli yang baru....Selain tue, bila dah pakai berkali-kali bra dan cuci secara biasa memang bentuk dia akan hilang, heron dan bila pakai for sure tak sedap dah...Then terpaksa beli yang baru..

SELEPAS MENGGUNAKAN BUBBLE BRA
Selepas memakainya, alhamdulillah memang ada perubahan, dah 2 bulan lebih, bentuk bra masih lagi okay dan pakai pown masih lagi selesa seperti biasa. Tak bengkok tak apa pown.

Harga : RM 10.00 seunit



BRA ORGANIZER
Apa kegunaannya???Okaylah bercakap pasal BRA ORGANIZER nie pulak memang benda nie cukup familiar pada masa sekarang nie. Cuma harga dia agak mahal sikit. Tapi apakah fungsinya yang membuatkan SS ingin membeli beg nie. Actually dengan adanya BRA ORGANIZER nie, ia dapat membantu kita menyimpan BRA didalam beg travel dengan keadaan yang elok dan teratur serta menjaga bentuk bra kita. Taklah bila buka beg tue, terpampang Bra & Panties berterabur..Ahhh malunya....So bila pakai Organizer nie, nampak cantik juga. 

SIZE
Bra Organizer nie memang sangat besar sebab ia boleh menampung sebanyak 3-6 bra mengikut kesesuaian bra anda. Selain tue ia boleh memuatkan juga panties anda dibahagian belakang beg tersebut. (lihat gambar yang SS ada upload sekali)

HARGA
RM 25.00 harga yang SS beli. Sebab kalau ikutkan harga asalnya dalam lingkungan RM50++...mahai kot. So bila SS dah jumpa harga yang murah sikit memang puas hatilah...Beli jer...save bajet :)




Kepada yang berminat dan nak beli bolehlah u`olls link to Facebook akak nie : Bling Bling Make up Beauty untuk buat tempahan, macam macam warna ada...So pilihlah sementara masih ada lagi stock..Selamat bershopping.




Tuesday, March 5, 2013

Kali Pertama Dengar Degupan Jantungnya


Assalammualaikum semua ....

SS nak ucapkan ribuan terima kasih kerna sekarang nie makin hari makin ramai yang membaca belog SS setiap hari. Sampaikan SS pernah terdengar yang pembaca SS rasa terkilan bila SS tak update apa-apa entry dalam blog SS. Apapun SS nak ucapkan terima kasih kerana ada peminat yang membaca belog SS. Kekadang tue rasa macam retis bila berjalan orang mai tengur SS. Seriously bukan SS tak tegur balik, sebab SS tak kenal, just senyum jer lah....hehhehe

Okaylah hari nie SS sangat excited nak cerita tentang pengalaman pertama SS mendengar degupan jantung anak SS nie...Serious sangat teruja dan sangat terharu, rasa macam nak mengalir air mata SS masa misi letakkan alat untuk mendengar degupan jantung anak SS. Masa dia letak tue, adalah terdengar bunyi dalam perut SS, so bila dicari kedudukan si kecik nie, akhirnya dapat dengar juga.....Waaaaa....comeynya...rasa terharu...Tak sangka yang ada orang sedang membesar dalam perut SS nie...Agak lama juga dengar degupan jantung si kecik nie....aktif sangat tapi tetiba perlahan sebab dia ubah kedudukan so misi kena pula pusing cari dia...So dapat dah....Ikutkan bacaan pada alat tu ialah 150 degupan dalam 1 minit...Kiraan tue kira okaylah...kalau ikut pada mitos kehamilan ( Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit adalah BABY GURL)...hehehheheh itu tak semestinya...so kita tunggu jer....

Tak kisah pown asalkan si kecik nie sihat waafiat....sekarang nie pown memang dah boleh tau dia aktif macam mana. :) kepada Mummy to be yang mungkin belum sampai tahap lagi untuk mendengar degupan jantung bayi anda..jom tengok video nie...dia akan dengar lebih kurang macam nie lah....SS refer youtube..kat sana lagi banyak....



tapi yang tak bestnya kalau kita pie check up di klinik kerajaan, suami tak boleh masuk, hanya ibu jer. So kalau nak dengar nie hanya si ibu jer yang dapat dengar...Yang swasta tue tak surelah ada ker tak buat benda nie,..Kalau tak ada tue susahlah kesian si suami tak dapat dengar secara live...Macam SS sendiri, anak pertama nie memang sangat teruja bila nak jumpa doktor.Suami SS sama jugak lah...excited sebab anak sulungkan...

Tapi lepas SS balik dari klinik, SS try google dalam internet alat ini iaitu FETAL DOPPLER. Fungsinya sama jer cuma yang best nie, si ibu boleh dengar sentiasa degupan jantung anak dia...

FETAL DOPPLER
(Fetal Doppler adalah pengesan denyutan jantung janin dalam kandungan ibu. Fetal Doppler menggunakan teknologi ultrasound dalam menngesan denyutut jantung bayi. Fungsinya mirip stetoskop namun kelebihan dari Fetal doppler ia lebih sensitif dan dapat dikuatkan bunyinya sehingga dapat dipantau oleh ibu walau di rumah.)

Lihat gambar nie....




Kalau tak silap , ada pelbagai model dan jenama, anggaran dia bawah RM300 seunit lengkap dengan aksesori dan jel. So ada 1 website nie dia jual benda nie dengan harga yang cukup murah dan berpatutan RM139 seunit sahaja..SS berminat juga nak beli..Boleh dengar dengan suami kat rumah..hehhehe....Tapi kena fikir jugaklah sebab sekarang nie nak pakai duit banyak untuk persediaan si kecik nie.

Kepada yang berminat boleh refer web nie : Informasi Pendidikan Kesihatan ataupun hubungi  Nurasha di No Hp: 012-5755237 atau email ke Nurasha266@hotmail.com untuk tempahan

Selamat bershopping ;)


Monday, March 4, 2013

Perkembangan Janin : 19 Minggu


Perkembangan Si Kecik 19 Minggu....




Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram. 

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. 

Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta. 

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami. 

Sumber : BabyCenter

Saat Indah Ketika Hamil


Assalammualaikum semua....

Hari isnin merupakan hari yang paling membosankan bagi setiap individu yang bekerja mahupown bersekolah...hheheheheh...Tapi hari nie SS sangat excited nak mai kerja sebab nak bawa bekal keow teow goreng mai sekolah...boleh pulak gitukan....

Okaylah hari nie SS nak share dengan u`olls semua tentang perkembangan anak SS yang sangat aktif dalam perut SS nie. Sekarang nie dah 5 bulan...Nak cakap penat tue memang SS dan terasa sangat kepenatan nak membawa perut yang makin hari makin membesar nie. Tambahan pulak sekarang nie kaki dah rasa macam membengkak. Ya ampun,,,,bila time dia sakit tue,,hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya kaki ini nak menampung keberatan badan SS yang memang dah naik.

Tambahan pulak sekarang nie SS memang dah boleh merasakan baby dalam pewut nie gerak gerak. Tak kuat pown lagi sebab dia masih kecik..So nanti bila dah besar tu tak taulah macam mana nak tanggung perut ini...ermmm Hopefully SS boleh carry my tummy very well..

Kadang kala dok terfikir apa yang si kecik nie tengah buat...sebab kekadang tue tak gerak langsung....mungkin SS yang tak rasa. Tapi dia gerak...Kalau nak kata dia pusing tue memang la suka ikot dia pusing sampai sakit dibuatnya...Di tendangnya...disikunya semua rasa..hehehhehe. Memang SS sangat teruja bila dapat rasa. Macam mimpi pulak...:) Tapi ada yang cakap perut SS nie kecil lagi..Namun ada jugak yang cakap besarnya perut SS...Yang mana satu nak dengar nie..hehhehe kekadang cam nak gelak jer...

Tapi bila dah 5 bulan nie SS memang kerap google dalam internet nie nak tengok kedudukan si kecik dalam pewut SS nie. So akhirnya dapat jugaklah gambar tentang perkembangan si kecik dalam perut SS mengikut bulan. Dan baru SS dan suami tahu besar dan kedudukan dia...hehhehe..lihat gambar nie.....


Doakan SS kuat dan tabah untuk menjaga kesihatan dan membawa perut SS nie selama 9 bulan insyaallah...Terasa jugak betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang membawa perut selama 9 bulan.....:)



Friday, March 1, 2013

Bayi apa dalam PERUT ?? Jom kita Kaji...


Assalammualaikum semua....

Alhamdulillah hari Jumaat yang cukup indah.Tarikh pown cantik 1.3.13. Memang confirm ramai yang pilih tarikh nie nak kawin..Konon nanti dalam sijil Nikah @ kad nikah tue tarikh dia cantik jer....Takpa tak kisah pown..apapun SS nak wish Selamat pengantin Baru dan selamat menjalani kehidupan berumah tangga..

Okaylah ramai juga sekarang nie yang mengikuti cerita di belog SS nie...Happy mood :)...Tunjuk kat suami pown dia seronok sebab ramai yang baca..Kini dah cecah sampai 2 ribu lebih..ALhamdulillah..Kalau buat bisnes best nie...hehehhehe

This time punya entry SS nak cerita dan kongsi bersama dengan semua pembaca tentang jantina baby dalam pewut Ss yang comel nie...Ramai yang dok mengagak tentang jantina dia, melalui perwatakan SS, cara SS, dan ciri-ciri fizikal SS. Tapi apakah benar ramalan mereka???Katanya dalam 4 bulan dah nampak tapi kita tak boleh nak sure adakah semuanya benar atau tidak sehinggalah si kecil nie dilahirkan...Tapi benarkan tanda-tanda yang kita search dalam internet tue benar atau tidak???

Mungkin Ya atau TIDAK..Tapi kita hanya boleh meramalkan sahaja, Sebab kadang-kala tak betoi pown.Jom kita try belek apakah tanda-tanda yang SS terima dan alami...:)




ADAKAH BAYI LELAKI??


  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung ( ada pown sikit jer masa awal tue....tapi bila masuk 3 bulan hamil memang setiap pagi lewat pie kerja)
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit ( belum buat ujian lagi )
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh ( rasanya macam semua ja berat..hahhaha)
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna ( ada yang cakap bulat kedepan, ada yang cakap melebar...tak sure)
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap ( gelap jugaklah)
  • Bentuk perut condong ke arah bawah ( macam ada jugak..tapi tak pasti sebab baby kerap ada blah bawah)
  • Sukakan makanan yang masam dan masin ( depends pada waktu dan jenis makanan)
  • Suka makan daging dan keju ( ikut mood )
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk ( sejak masuk kandungan 4 bulan ++ kaki memang sejuk sampai mai opis pown pakai stokin)
  • Tangan selalu kekeringan ( dari sebelum kawin lagi memang kering...)
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur ( yes )
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan ( tak pernah tanya...)
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil ( kebanyakan yes..sebab SS suka bersolek dan nampak cantik-cantik )
  • Hidung tampak lebih mekar ( mantain macam biasa jer )
  • Selalu sakit kepala ( sekarang nie suka sakit blah kanan...macam maigrain...)




ADAKAH BAYI PEREMPUAN??


  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan ( tak jugak)
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur ( cam mana nie??? tk faham )
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul ( ini sentiasa ada...sampai sekarang )
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan ( tak pandai nak bandingkan :) )
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya (ada sikit...lebat dan juga tak gugur...suka rambut SS time preggy nie )
  • Bentuk perut condong ke arah atas ( tak sure )
  • Perut tampak agak lonjong ( tah tahu nak tengok )
  • Mengidam makanan manis ( setiap menu SS memang manis )
  • Sukakan buah-buahan ( terutama sekali buah anggur...Mesti ada stock dalam peti ais )
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam ( ohh sangat suka yogart yang masam tue..kalau pie shopping barang rumah sure beli stock )
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil ( sangat...terutama sekali bila hubby bagi semak rumah or tak tolong...hehhehe hubby pown tension juga )
  • Mudah moody berbanding sebelumnya ( moody dan juga sensative )
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil ( sekarang dok naik jerawat )
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya ( roti memang jarang makan..kulit apatah lagi )
  • Payudara kelihatan mengembang ( ini sangat ovious sampai semua orang tegur sebab besar )


Tapi sepanjang kehamilan SS nie, apa yang SS alami ialah :

AWAL KEHAMILAN
  • Pada awal kehamilan , SS suka makan @ ratah AYAMAS..sampai 1 minggi 3 kali wajib kena makan. 1 ekor tue SS boleh bedal sorang...
  • SS tak boleh minum air masak. Bila minum rasa nak muntah.
  • Mula kehamilan SS malas nak bersolek...serabai jugaklah.. 
  • Asyik nak muntah dan pening...
  • Sakit pinggang sampai tiap malam kena lekat salonpas or hubby tolong sapukan minyak..
  • Sangat pemalas sampaikan terpaksa cancel all appointment dengan customer.
  • Suka masak
  • Suka Makan Ayam & Daging
  • Suka minum air TEH
  • Bersemangat


TRIMESTER KEDUA
  • NO MORE AYAMAS tapi digantikan dengan TOMYAM seafood extra cendawan..Superbbb
  • Suka makan sotong & udang...itu memang sentiasa...
  • Agak rajin sikit...
  • Kurang bertenaga dan sering tak larat
  • TAK ADA ALAHAN LANSUNG....alhamdulillah
  • Kaki cepat letih dan sangat sakit
  • Tapak kaki sejuk tambahan blah malam dan pagi...
  • Suka makan buah anggur
  • Sangat cerewet dan sensative
  • Kerap bertengkar dengan hubby...konon ada jer benda yang dia buat tak betoi...kekadang kesian kat dia...hehehehe
  • Pewut SS ada yang cakap melebar daripada memuncung ke depan.
  • SS lebih berseri dari sebelum nie..
  • Jarang masuk dapur sikit..sebab bila berdiri lama sakit kaki...

Setakat nie, ini jer yang SS nak kongsi dengan u``olls semua tentang perkembangan SS dan kandungan SS nie. memang semuanya 50-50  dan tak sure sama ada boboi ker gugurl...Hari tue scan dia tunjuk bontot..tapi tak nampak pulak..So nanti kita tunggu jer next scan..hehehehe..Kalau ikutkan SS nak dan teringin nak dapat gugurl tapi hubby nak boboi...But apa yang keluar pown tak kisah asalkan dia sihat...




Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels