Sunday, November 27, 2011

6 bulan sudah...rindu...

Pejam celik...pejam celik dah nak masuk 6 bulan aku berada di jabatan baru iaitu JABATAN KIMIA PULAU PINANG sebagai pegawai khidmat pelanggan juga..

Sangat pulak merindui jabatan yang lama iaitu ILP Perai....Tapi nak buat macam mana...semua ada perbezaan yang tersendiri... Enjoy itu tetap ada...

Tapi yang paling aku rindui ialah tempat aku sendiri...memang best....semua ada...complete okay....tapi sekarang nie agak tertekan jugaklah..
waaaaa....cam nak pie balik ILP...hehehhehe

OKaylah jom sambil-sambil tue kita berpusing-pusing jelajah gambar kaunter lama di ILP Perai.



Inilah kaunter saya....kecil molek jer tempat nie...cun cun utk saya


Ini pulak mini whiteboard yang aku kena jaga jika sesiapa nak pakai bilik mesyuarat...ermm penting juga aku nie kan...


Ha....yang ini pulak telefon set yang baru okay..klu dulu pakai yang lama....tapi sejak pindah bangunan baru..memang semua baru okay..kelessss...memang besaq...ada lebih 50 extension kena jaga....tapi sangat senang....


Sangat rindukan staff kat sana juga....tapi rezeki saya berada di jabatan baru..kat sini pun apa kurangnya..ada yang best dan ada juga yang tidak...
ia lebih praktikal disini dan lebih berdisiplin okay.....

Saturday, November 26, 2011

Cucu saya....comel kan

Inilah anak kesayangan saya.....

anak kepada kucing saya suzy...comelkan....siap pandai posing lagi.....pada Kak Jah yang memberikan kucing utk saya jaga hingga dia dah beranak...Terima kasih diucapkan...

Jangan jelaous....cucu saya nie dah besar....sangat comel.....tapi depa nie masih takut-takut nak bermain dengan orang...
Kalau ada orang nak mai dekat sure depa lari belakang kerusi...

Nama depa?? erm tah tak bagi la pun

Friday, November 25, 2011

Seminggu sangat teruk bagi saya..


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sepanjang minggu di status FACEBOOK saya..ada ja status yang sedih.....gelisah...kecewa dan semua status yang sungguh membuatkan hati orang lain turut bersedih dengan keadaan yang melanda diri saya..

Mungkin ada yang bertanya...

" Sue...awat hang? ada problem ka?"
" Kalau ada masalah, ceritalah mungkin kami boleh tolong "
" Sue...napa sedih ja memanjang nie.....?"

itulah soalan yang tak henti-henti aku terima dalam BBM..dalam YM...dalam private massage..dalam SMS dan juga di status FACEBOOK..

apapun saya nak say thanks u sebab korang ambil berat pasai aku...tentang persekitaran aku...dan tentang apa yang berlaku pada aku....
JUTAAN TERIMA KASIH TAK TERHINGGA saya ucapkan.

Tapi sebaliknya....memang ada sesuatu yang telah menggangu jiwa aku buatkan aku rasa sangat tertekan...
Susah nak diceritkan pada pihak luar....tambahankan aku nie kan artis silap silap media mai serbu depan rumah aku....naya kessss....

Memang susah kalu kita nak bercerita sekarang nie..Bukan nak menjatuhkan maruah orang tapi untuk menyedarkan orang yang telah membuat kesilapan yang sangat besar hingga hati orang lain terluka...

By the way...kengkawan ...u`olls jangan risau okay..saya okay...just need time utk recover back...sebab hati sangat terguris...sangat terluka dengan apa yang berlaku pada diri saya.....
Memang susah untuk diselesaikan bila hati saya nie orang buat macam sampah....
Dan untuk memaafkan orang itu memang tidak sama sekali..
Sekali anda menyakitkan hati saya sedemikian rupa...
SAMPAI BILA PUN SAYA TAK AKAN MEMAAFKAN ANDA!!!


Buat masam sekarang nie...saya masih dalam keadaan yang sangat tertekan. So tak dapat nak terima sebarang masalah yang datang....boleh kasi fening nie...
Just doakan agar saya kembali ceria seperti biasa okay.....
Thanks pada kengkawan yang banyak bagi semangat pada saya

Luv u Guys


WITH LUV
SURIANIE SAMSUDIN

Thursday, November 24, 2011

ZIKO......my kucing

Tak pernah dibuat mana-mana kucing yang suka buat pose manja manja.....
Haaa...inilah kucing kesayangan tunang saya iaitu ZIKO...

Ya ammpunnn punyalah manja macam gila....pantang tengok orang duduk sure nak  mai menghimpit suruh urut pala dia...
Memang mengada sungguh....
Pasai apa jadi macam nie tak tau la....Yang pastinya kucing saya nie memang manja tahap gaban gila...

tengok la sendiri pose yang dibuat....




Kalau nak tidok pulak....ngada..cari katil atau tilam yang empuk baru nak tidok....




Manja gila ziko nie..tapi kalau u`olls semua nak tahu...ziko nie sangat mengada...kalau nak makan....dia tak suka makana masuk angin...Kalau makanan dia dah rasa lemau...dia akan tunggu suruh kita tukak baru dia makan....kalau tak dia akan mengiau macam apa ja...

Then yang bagusnya ziko nie..dia bukan kucing yang jenis suka makan makanan smapah macam adik dia suzy...dia hanya makan makanan kucing sahaja...Perrgghhh kalau dia makan....memang lincin hehehhee....

Tuesday, November 22, 2011

Postcard Terbaikk

MencARI  sambil membelek didalam Mr.Google..tetiba nampak POSTCARD Wedding nie...

NINjiaaaaa......letup gilaaaa




Ada berani nak buat macam nie......memang terbaik gila ar....tapi lupa lah dia punya belog nama apa....

Saturday, November 19, 2011

Saya ada kawan SERRRRR

1 minggu yang sangat tension dalam hidup aku...
Kenapa???

Mungkin sebab itu qada dan qadar yang dah ditentukan oleh-Nya...redha jer. 

Apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membuat aku merasa benci dan meluat pada mereka...
Tahniah sekali lagi!!!!!
Insyaallah nanti kita buat lagi okay....


HAaaaaaaaaaaaaaaaa....ninjiaaa....ayat sentap okayyyyyy...tak sangka pulak kawan sendiri yang nak buat kita macam tuekan..
sebab mungkin depa dah belajak tinggi depa boleh nak perbodohkan kawan sendiri kan!!!!sedih tengok orang yang jenis macam nie..sapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya...
PADAn MUKA...!!!!!!

mentanglah aku nie jenis yang susah nak marah...
jenis yang senang orang nak perbodohkan...
jenis yang hati lembut..

sebbab tue ampa senang nak pekena aku kan???
sorrylah kawan...saya nie bukan jenis yang suka pilih bulu macam anda...

apapun selamat melayari alam persahabatan dengan kawan terbaik anda...dan saya akhiri dengan ucapan "
janganlah memilih kawan okay""

Tuesday, November 15, 2011

12 Bulan...Apa Yang perlu diselesaikan??

ello semua penantin.....dan bakal penantin....Wah..dah seminggu kot rasanya tak membelek belog saya yang dah semakin ramai followernya..Sangat suka..Tima kasih kepada yang menjadi follower saya..
OKaylah kali nie masih lagi nak buat entry berkaitan dengan wedding..Biasalahkan feeling mood nak kawin....hehehhe...sedangkan lambat lagi..Tapi klu ambik sekadar imbas tue yang bahaya nanti last minit yang tue semua tak ada..

Okay this time nak ceritakan tentang 

APA YANG ANDA PATUT BUAT DALAM MASA 12 BULAN??

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda

Okaylah nak ceritkan lebih details mengenai perkara yang PATUT anda selesaikan dalam masa 12 bulan atau 1 tahun sebelum majlis anda. 
Sebab ini adalah part yang paling penting untuk anda selesaikan...Mencari lokasi...katering dan sebagainya..sebab klu anda tak cari katering macam mana orang nak makan..klu tak cari dewan macam mana nak buat kenduri...


MY WEDDING

LOKASI :
Alhamdulillah dah membuat tempahan cuma tunggu pengesahan daripada pihak management tempat itu sendiri. Yang pastinya tempat itu memang menjadi kegilaan orang ramai
PUSPANITA HOME,PENANG

Sebab pilih : Lokasinya berada dekat dengan rumah sendiri dan ahli keluarga yang lain, keluasan rumah itu yang sangat luas, tempat meletak kenderaan dan kawasan yang sesuai untuk anak-anak bermain tanpa rasa risau dan takut sebab kawasan tue dikelilingi oleh pagar. 


Kalau u`olls nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan rumah ini. LINK TO THIS STORY by JUMIE SAMSUDIN : PUSPANITA HOME


TARIKH :
Saya dan tunang saya telah memilih tarikh untuk kami diijab kabul dan melansungkan hari persandingan kami iaitu pada
15th SEPTEMBER 2012 ( Sabtu)

Sebab : Buln September merupakan bulan kami bertunang iaitu pada 12th September 2010...lagipun bulan tue tak ada cuti sekolah cuma ada cuti 1 Malaysia. So memang semua orang tak sibuk la sangat...insyaallah..dan alhamdulillah kedua pihak keluarga saya dan tunang saya pun dah bersetuju dengan tarikh yang diberikan


CATERING
Untuk bahagian makan, belum lagi nak bincang sebab itu diserahkan kepada abang saya MR.BUDI yang telah menguruskan katering masa wedding kakak saya yang lepas. Banyak jugak yang cakap kata nasi tue sedap...Memang pun..walaupun dapat makan last-last tapi memang sedap. Memang terbaik...Insyaallah akan dipakai pada majlis perkahwinan saya jugak.
Lauk apa pun belum decide lagi..


PERUNDING PERKAHWINAN 
Seperti yang anda semua sedia maklum...saya sendiri memiliki sebuah butik pengantin 
 THE HOUSE OF RED GINCU ...walaupun ada yang tak tahu..saya maklumkan pada anda...heheh promote okay....
Semestinya majlis saya akan diambil alih sepenuhnya oleh butik saya sendiri. Daripada majlis nikah sehingga ke majlis persandingan..Namun disebalik mempromosikan majlis perkahwinan saya ini..Saya akan link juga dengan beberapa lagi orang kuat iaitu butik pengantin yang akan bekerjasama dalam menjayakan majlis perkahwinan saya nanti. Kalau nak tahu siapa??Tunggu pada entry yang akan tiba.....
PERUNDING RASMI


Hope u`olls enjoy dengan berita yang nak disharing bersama dengan anda semua...

Saturday, November 12, 2011

Warna 2012 ???

WARNA MUSIM 2012


OKay u`olls hari nie nak cerita pulak pasai warna untuk tahun 2012...Mungkin ada dikalangan anda yang tidak pernah tahu apakah warna yang akan menjadi trend pada setiap musim atau setiap tahun.
YES for me..sebab memang ada pakar fesyen di Amerika depa ada buat review untuk warna yang menjadi pilihan pada sesetengah musim dan tahun.. 


MAcam tahun nie 2011..tahun 2011 adalah tahun yang memang colourfull...dan favourite colour yang kerap orang pilih ialah PINK & PURPLE...itu memang dah menjadi kebiasaan. sebab colour 2011 memang sangat menarik.




Tapi lain pulak pada tahun 2012 dah bertukar kepada warna pastel kaler...APA ITU PASTEL COLOUR ??
"pastel colour ini adalah warna-warna berona lembut dan sejuk mata memandang. Ia lebih ke arah macam english style" 

Kenapa ia dipilih sebagai warna 2012???saya pun kurang pasti....So bagi yang nak kawin pada tahun 2012...bersiap sedia dengan warna kegemaran anda nanti...

Dan majlis perkahwinan saya apakah temanya???tunggu....sebab belum tiba masanya untuk saya memberitahu nanti tak suprise pulak..



Jom kita tengok deco yang berkaitan dengan warna pastel




Thursday, November 10, 2011

Senarai Perancangan Majlis Perkahwinan - Part 2

SENARAI KEPERLUAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN ANDA 

Ello semua....kali nie cerita saya berbunyi  
"SENARAI KEPERLUAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN ANDA "



Sebenarnya benda nie sangat penting pada setiap individu yang nak kahwin sebab dalam buku nie akan tercatat semua perkara yang anda patut buat dan selesaikan semasa majlis perkahwinan anda kelak. SO mungkin dari situ tak akan ada benda yang akan tertinggal..

Kalau ada yang creative dan nak buat sendiri pun boleh tak ada masalah. Bergantung pada individu masing-masing. Klu nak save bajet just buat 

Mulanya kena ada senarai. So from the senarai baru anda tahu mana yang nak didahulukan dalam tempoh 1 tahun sebelum majlis anda. Sebab dalam tempoh 1 tahun merupakan tarikh yang sangat sesuai untuk membuat perancangan majlis anda. Jom saya kongsikan senarai persiapan anda :

  1. Bajet perkahwinan 
  2. Pemilihan Tarikh
  3. Urusan Bersama Pejabat Agama Islam
  4. Kursus Perkahwinan
  5. Pemilihan Lokasi dan tempat majlis 
  6. waktu majlis akan diadakan
  7. Tempahan Makanan
  8. Pemilihan perancang perkahwinan.
  9. Pemilihan Tema
  10. Make up Artist
  11. Busana Persandingan  & Pernikahan
  12. Kasut Pengantin
  13. Bunga Tangan Nikah & Sanding
  14. Wedding Henna
  15. Pemilihan Cenderahati Tetamu
  16. Barang Hantaran
  17. Pengapit Lelaki & Pengapit Perempuan
  18. Dj
  19. Kompang
  20. Photographer
  21. Videographer
  22. SPA kecantikan
  23. Cincin
  24. Tudung
  25. Rosset / Korsage 
  26. Hiasan Kereta Pengantin
  27. Kek Kahwin
  28. QuestBook
  29. Pelamin Nikah & Sanding
  30. Kad Kahwin
  31. Flower Gurl
  32. Entertaiment Show
  33. Lokasi Bulan Madu

Inilah diantara 33 senarai yang penting untuk anda ambil kisah sebelum majlis perkahwinan anda. Sebab setiap senarai tue ada fungsinya. Kalau nak tahu tunggu nanti episod entry seterusnya saya akan cerita apa yang sepatutnya didahulukan. Sebab tak semua pengantin buat benda nie semua. tau main buat ja tanpa buat perancangan. Susah kalau tak ada benda nie. Nak beli barang pun takut nanti lari bajet.

So saya akan bantu anda untuk buat persiapan majlis perkahwinan anda san saya berjalan dengan lancarnya...



with Luv,
Sue

Tuesday, November 8, 2011

My Wedding Day - Intro


Alhamdullillah sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha untuk tahun ini. Cukup bermakna buat saya...lega rasanya...
Kali nie memang agak lain sikit sebab sambut ala kadar jer. Biasa jer. Rumah pun tak berbau lembu sebab tahun nie bapak saya tak dapat kepala lembu. Kalau tak..nahass...busuk 1 rumah dengan darah lembu..

On the night  pulak, kami buat BBQ...lama gila tak buat...makanan macam biasalah  ada daging korban...ayam....hotdog...udang...sotong....yum yum yum... sangat best okay...

Sangat enjoy dan lega juga sebab tak hujan....

Tapi yang paling best ialah sesi pengumuman hari wedding saya pada semua ahli keluarga...Alhamdulillah semuanya setuju dengan tarikh yang dipilih.
Kalau di hitungkan hari ada lagi 10 bulan dari sekarang...Apa yang sepatutnya nak kena buat..????START PLANING NOW...buy a book n record everything...

then after this , blog aku nie pulak akan menceritakan pulak perjalanan hidup aku buat pertama kalinya nak planning untuk MY OWN Wedding...pergghhh  nebes jugak nie. Apa pun i`ll try my best....

tunggulah cerita-cerita yang selanjutnya...

Monday, November 7, 2011

Karaoke bersama SABHI SADDI

Karaoke Time

Kali nie aku dah jatuh cinta dengan salah satu lagu baru yang mungkin tengah top kat radio...Memang ayat dia pun menyentuh jiwa dan sanubari. Bagi mereka yang dok hangat bercinta macam saya...dengar lagu nie memang anda sure teringat pada orang yang anda sayang

Tanpamu ( Sabhi Saddi & Helena) 




Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Karenamu aku ada disini

Tetap bersamaku selalu di sampingku
Untuk selamanya, untuk selamanya

Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Cintaku padamu, cintaku padamu

Sunday, November 6, 2011

Kasut Pilihan anda

Ellooo semua....

Kali nie saya nak bercerita tentang cerita lain dari yang lain..Topik lari sikit dari tajuk .....HAri nie nak merepek pulak pasai KASUT!!!

ahahahha...one day masa saya bosan gilerrrr depan lappy nie.Saja buat syok belek kasut kawin..hehhhe kononlah kan nak kawin tapi lambat lagi,,,,hehehhehehhe..then ternampak pulak beberapa patern kasut yang sempoi dan mungkin menjadi pilihan hati ....

jom kita tengok jap...

Kasut Kayu 
Kasut nie sesuai utk mereka yang kaki cepat peluh. So bila pakai kasut nie sebab kasut nie dia OPEN AIr...so angin sepoi sepoi kena kaki...tak la berbau....
fresh ja....


Kasut Banjir
kasut nie sesuai dipakai lepas banjir sebab selut time tue sangat tebal. So bila pakai kasut nie dia takla mengotorkan kaki anda sebab tapak dia tebai ooooo



Kasut lastik
hhahhh kasut nie sangat berguna kepada kaum perempuan kursusnya...hahahha nak  tahu sebab apa??sebab  bila ada orang nak ragut dia atau nak buat jahat kat dia. senang ja dia ambik kasut n cari batu terus lastik..sure kena punya....hahahahaha


Kasut Cartoon
Kasut nie sangat cute....siap penuh keliling ada cartoon yang comel.Tapi kasut nie bahaya sebab bila kita p beraya rumah orang dan pakia kasut nie. Sure anak tuan rumah nanti ambik simpan. Dia sure ingat tue mainan dia..Hahhahahaha


Kasut Gigi
Kasut nie amat sesuai dipakai oleh kaum perempuan khususnya sebab bila ada orang cuba nak raba dia...senang ja...dia angkat ja kaki kat blakang sure kena gigi....teruk n sakit...padan muka depa..hahhahahah





So anda pilihlah sendirii mana kasut yang bersesuaian dengan persekitaran anda??? kasut kawin??? ada sendiri yang menentukan :)

Friday, November 4, 2011

JOM Kawin


Helloooooooooooooooooooooooooooooo.....

Apa habak semua, okaylah memandangkan sekarang nie dah nak bermula musim mengawan. So pada mereka yang dah mula mencari Kedai pengantin Online Kat Penang nie, apa kata anda semua jom link to blog rasmi butik pengantin THE HOUSE OF RED GINCU yang sekarang nie ada buat promosi utk yang nak kawin tahun ini atau tahun depan.

Ada pelbagai pakej yang ditawarkan utk anda. Jom singgah selamat melayari bahtera perkahwinan :)


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels