Thursday, June 27, 2019

Mazola by Jumiess Cookies


Anda Peminat setia Biskut Mazola By Jumiess Cookies??

Actually bisnes kuih mazola nie dah habis 6 tahun bertapak di area jual jual kuih nie..Mulanya Jumie yang mulakan, lepas diambil alih oleh kakak kami yang ke dua iaitu sanita. Dan sekarang dah masuk tahun yang ke 2 ibu telah mengambil alih business nie ..Alhamdulillah...So kepada anda yang nak buat tempahan atau nak menjadi agent kami..Boleh terus hubungi no Wasap 019-5434377 untuk sebarang bertanyaan dan tempahan









Jangan Lupa follow Official Page Instagram kami di
@jumiesscookies

Monday, June 24, 2019

My Garlic Crispy by Makcik Bawang Hebat | Homemade Business



Hello dan asslammualaikum guys,

Dari dulu lagi ibu nie jenis tak reti dok diam.Macam Macam benda yang ibu buat sebab nak niaga dan nak dapat extra duit. Kalau dulu masa sekolah buat part time kat butik pengantin, Pehtu bila dah berani sikit baru dia berani berjinak jinak dalam dunia perniagaan.kalau nak cerita apa yang ibu pernah jual Memang jenuh nak cerita. Tapi hari nie ibu rasa bangga dengan diri sendiri sebab ibu dah ada OWN HOMEMADE PRODUK tau..


My Garlic Crispy By Makcik Bawang Hebat


Tak pernah terfikir boleh jual produk nie...Alhamdulillah.Macam mana tercetusnya nak buat bisnes nie??? Kisahnya cam nie. 1 hari masa kat opis dok sembang dengan sorang staff nie. Dia sarat mengandung dan nak tunggu masa nak bersalin, sembang pasai menu berpantang. Tudia share punya share dia sendiri bagitau dia beli bawang putih..hiris hiris dan simpan dalam bekas.Bila nak makan tabur ja..Dia kata sedap..bagus makan dalam pantang. Dia siap adviced suruh ibu buat dan juallah..
Pehtu ibu pun dengan confidentnya try buat...kira banyak kali jugak buat...test dan test sampailah dari packging bodoh bodoh sampai dah ada sticker sendiri...

Ibu masa mula mula buat garlic......
Packging 1st


Packging Kedua dah pakai botol tapi still nampak hambar kan...

DAN SEKARANG BARU IBU DAPAT BUAT NEW PACKAGING SENDIRI YANG CUN




Apa yang best dengan My Garlic Crispy yang ibu jual nie??? Dia ada perisa tau... 


ORIGINAL FLAVOUR -----HOT SELLING!!!!!



SPICY FLAVOUR ---- HOT SELLING!!!!


PERIA CHIPS


GINGER FLOSS MIX



 Actually ibu ada keluarkan 6 jenis pilihan iaitu :

  1. ORIGINAL
  2. SPICY
  3. CHEESE
  4. GINGER FLOSS MIX
  5. PERIA CHIPS

So ampa boleh pilih nak pilihan apa...Senang dan semua nie boleh diamalkan oleh ibu ibu yang sedang berpantang.Sangat bagus tau...kalau jenis malas nak masak teruk teruk, Beli ja My Garlic Crispy nie sebagai menu sampingan masa berpantang.

Berapa harga yang dijual??

ORIGINAL RM10.00
SPICY RM10.00
CHEESE RM15.00
GINGER FLOSS MIX RM12.00
PERIA CHIPS RM10.00

Anggaran Berat Bersih 100gm- 120gm ikut pada kepadatan bekas yang ibu sediakan .Tapi isnyallah penuh dan padat..ampa puas hati...


  



RAMAI DAH YANG BELI DAN SEMUA CAKAP GILA MAKAN GARLIC NIE!!!!! KETAGIH TERUK!!!!!!BAHAYA MAKAN NIE!!!!!







So nak beli??? ampa boleh follow Official Instagram Akaun 
@mygarliccrispy

Friday, June 21, 2019

Q BISTRO GURNEY PENANG | Makan Sambil Lepak



Hello guys

Ampa tau tak kat Penang nie ada 1 lagi tempat lepak yang best, selesa dan relax tau dak!!!! Terutama buat ampa yang berkeluarga nak usung anak kecik.Tempat nie ibu sangat sangat rekemen kat ampa untuk lepak. Sebab apa?? dia ada playground space untuk anak anak kita..Yeahhhhhh

Q BISTRO

Yang kini berlokasi di persiaran Gurney Pulau Pinang.Kalau dulu dan ampa perasan ada 1 kedai nasi kandaq famous ialah Khalil kan.Now lokasi tu dah tukar dengan Q BISTRO tau. ..Macam mana ibu tau tempat nie, sebulan sebelum nak puasa memang dok nampak depa renovation dan ada baner dok gantung konon macam ada promosi. Dalam hati tu rasa nak lepak 1 day... nak try sedap ka tak!!!


Mula dok ingat kedai makan nie biasa biasa ja.Biasalah kedai makan, Tapi bila sampai terkejut ada playground untuk kids. Memang sangat selesa, ruang dia luas dan parking pun mudah. Kalau parents nak lepak ngan kawan kawan bawak anak memang tak risau....lepaih ja anak ampa main dan ampa lepak...Kan ada family time sekali..huhuhuhu






Makanan dia setakat nie memang sedap, bukan sedap tahap teruk, tapi kita worth it dengan price dia.Bersih dan presentation dia pun cantik. So far dah a few menu yang ibu try dan ibu highly rekemen kat semua kawan kawan ibu untuk lepak sini...


Mushroom dia memang best, pekat dan rasa cendawan tu . 1 set nie diserved sekali dengan 2 keping Garlic Bread.



Dimsum pun ada 1 set nie kalau tak silap rm4.30 kot..so ampa pilih ja nak makan yang mana. Disediakan bersama sos dan of cause meman panas panas

Nan Cheese / ayam Tandoori pun ada jugak....

  
Kalau rasa malas nak masak inDo mee, ampa boleh order kat sini jugak


kat mana lokasi nie??? betul betul sebelah Sunrise @ Gurney


  • Selesa
  • Harga Berpatutan
  • Services Bagus
  • Pelbagai Menu disediakan
  • Tempat yang bersih
  • Surau jugak disediakan.
  • Tempat Letak Kereta Disediakan 
  • Tandas Yang bersih



Dah banyak kali ibu lepak sana, sampaikan pelayan kat sana pun dah cam muka ibu dengan anak anak ibu yang aktif nie...huhuh...So tunggu apa lagi bila ada time p lah try lepak sana.....Mungin 1 day akan jadi tempat ampa nak lepak....Make sure lepak lepak jangan sampai lupa anak okay :)

Thursday, June 20, 2019

Persahabatan 19 tahun | Cerita Kawan Sekolah


Hello guys

Siapa cakap klu kita jumpa kawan kawan sekolah lama a.k.a ala ala reunion nie blh jumpa balik cinta lama dan boleh couple??? selalukan kita dengar kisah kisah cam tu kat lama sosial kan. Tapi adakah benda tu real atau depa saja reka.Hanya depa yang tahu. Tapi ibu sendiri secara jujurnya nak share dengan ampa semua. Baru baru nie ibu ada meet a few friends dari zaman sekolah rendah lepak lepak masa raya baru baru nie. Lagi gempak depa nie semua ialah EX-BOPREN ibu tau masa sekolah rendah dan menengah..Gila weiii tapi inilah realiti...Persahabatan kami lain dari lain...

Memang dari sekolah dulu ibu jenis ramah dengan semua orang lelaki mahupun perempuan.Berkawan tapi ada batasnya. Kami kawan rapat dan tak pernah kata putus hubungan.Kalau terputus pun pehtu contact  balik. Haaaa nie nak cerita..Yang paling hujung blah kanan gambar tu bersama seorang pompuan itu ialah ex-bopren ibu masa sekolah rendah. Kami kawan dalam 1 tahun ja kalau tak silap..pehtu kami clash. Tapi lepas clash tu bukan kami bermusuh tapi kami berkawan sampai sekarang.Even dia dah berkahwin dan ada 2 orang anak yang comel kami tetap contact dan wife dia pun ibu jadikan kawan...


Boleh katakan setiap kali balik Penang sama ada nak bercuti atau singgah sat..Mesti depa nie akan Contact ibu nak ajak lepak. Walaupun dulu masa ibu bersuami pun ibu angkut ja bagi kenal.Dan sekarang kami masih berhubung walaupun depa tau ibu sekarang dah single. Depa siap bagi kata kata semangat untuk ibu terus kuat harungi dugaan dan cabaran nie. Sebab itu orang cakap , nak berkawan tak salah tapi niat dalam hati tu kena betul.  Ibu hargai depa nie 1 family yang always hubungi ibu bertanya khabar.....dia wife dia sendiri cakap tak tau kenapa dalam byk byk ex gf laki dia..dengan ibu ja paling boleh nak terima???? 
sebab ibu nie baik tau.....huhuhuhu




cuba teka makan 1 yang masih single???

Kawan Membesar dari Kecik Kecik


dah ada bini pun tak salah nak berkawan kan...



Kes dah lama tak jumpa sembang sampai 5pagi...Bukan senang nak jumpa.Masing Masing kerja luar Penang dan ada yang Dok Penang pun sibuk dengan urusan keluarga masing masing. so ada time cam nie memang kami lepak teruk samapi kedai nka tutup dah...


Ini pun ex-bopren ibu tapi now dia pun dah kawin ada 2 anak...But kami still kawan'...best kawan denga depa nie

Deni jenis susah nak faham.Sat elok sat tak elok...sat ada sat hilang..sekali jumpa kena semboqqqqq

maaflah depa nie dah taken...Ampa jangan nak gatai ngorat..




Pantang nampak anak pompuan mesti ibu selfie


Akhir ucapan..Kalau ampa p reunion bagai jangan dok gatai nak gedik dengan Bopren lama ampa okay. Nak ambik no boleh, nak wasap bila urgent ja tapi jangan dok gedik msg tanya dah makan? dah minum? buat apa??? semua tu punca!!!!
Respect kawan ampa..Respect pasangan kawan ampa..Bayangkan jika benda nie jadi kat ampa sendiri..
Ibu nak pesan JANGAN GATAL DENGAN LAKI ORANG / BINI ORANG
NAHASS!!!!!!!!!




Wednesday, June 19, 2019

Sambutan Hari Raya Di Opis | Raya 2019

Raya kan sebulan :)

Hello Guys....Mood raya still on tau. so apa lagi dikesempatan nie ibu nak sangat share dengan ampa majlis sambutan hari raya dekat opis ibu. Tapi tak berapa banyak gambar yang ibu ambil sebab pagi pagi tu ibu tak berapa nak sihat sangat. rasa badan tak selesa dan makan pun tak banyak..Cam tak best gilaa tahun nie. Tapi lepas ibu belasah makan ubat dia punya berpeluh tu lain macam ibu pun zassss bertukar aksi sampai dapat banyak hadiah duit raya...
Dekorasi Raya
Setiap tahun nama ibu selalu kena pilih untuk jadi Kepala Team Dekorasi. Banyak kali ibu tolak sebab tak mau gila kuasa..Ahahhaha tapi join as AJK ja...Tahun nie depa tak letak spesifik tema raya maka depa tanya ibu nak buat cam mana. So ibu pun apa lagi keluarkan idea simple, jimat dan nampak cantik...Maka lahirlah idea buat stage ala ala superstar gitew...kos yang kami guna pun tak sampai rm150..pakai apa yang ada ja...amacam cantik tak????


Sesi Bergambar

Disebabkan ibu tak berapa nak okay maka gambar pun agak hambar..Tak ramai ibu snap picture. tak ada moment moment yang best...paling banyk pun dengan team admin ja...Nah ampa cucilah mata sikit






Bagi yang tertanya kat mana ibu order benda alah nie kan....sebab ramai dok pm..Ninjia ampa boleh contact kak weeta cantik 013-3300344 dengan harga rm120 bagi size 4X3kaki...tapi klu ampa nak size kecik lagi ampa boleh pm kak weeta....

Bersama Pengerusi Majlis Untuk Tahun nie selaku pemenang Queen OF Hari Raya 2019

Erkkk jelly buah by @khairulaming pun ada

Bersama kak liza...Tapi now dia dah pindah ke Jabatan Alam Sekitar....

hok nie,,,My Lady bos...umoq kami sama.. Tapi sebagai staff ibu respect dia sebagai bos walaupun kami gila gila..bab kerja kita kena serious okay....Nampak cam adik kakak kan
And of cause team #gengkepalasenget



Dan paling best bila dok sakit sakit pun ibu dapat duit raya total semua Rm15 bila sibuk main game raya.....tak sangka pulak nak memang...sekali rezeki..amin...saja suka suka.apapun team tahun nie memang best. makan pun sedap dan berbaloi...Cuma sedih sebab badan tak berapa nak sihat tak boleh nak makan kambing banyak banyak..

Okaylah bye semua...Selamat hari Raya...









Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels