Thursday, May 16, 2019

Homemade Kentang Putar Tersedap



Hello Guy,

Hari nie ibu rasa so excited kot nak kongsi dengan ampa semua resipi yang ibu dah cuba masak dan hasilnya memang sedap...Bila dah sedap ibu nak jugak share dengan kawan kawan ibu bagi depa pulak cuba..Bila ampa semua dah try buat mesti akan buat lagi....So selamat mencuba



Bahan Bahan Yang diperlukan Untuk membuat Mash Potato :

Potion nie untuk 2-3 orang makan tau.

UNTUK GRAVY
1 Biji Bawang Holand dipotong dadu
1 Sudu Butter
2 Sudu Besar sos black pepper
1 cawan air
1 sudu tepung gandum
Sedikit Garam

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang, tumis sehingga kekuningan dan naik bau
  2. Masukkan Tepung Gandum dan gaulkan sebati
  3. Masukkan air dan gaul sehingga sebati
  4. Masukkan campuran kuah itu ke dalam blender dan blend hingga halus dan tuang semula ke dalam kuali tadi
  5. Masukkan sos Black Pepper, garam dan gaul sehingga mendidih
  6. Siap


UNTUK KENTANG
4-5 biji kentang ( buang kulit dan rebus sehingga empuk)
1 sudu butter
Garam
Lada Hitam


Cara Penyediaan:

  1. Lenyekkan ubi sehingga halus.
  2. Masukkan butter, garam secukup rasa dan lada hitam gaul sehingga sebati dan siap

Mudahkan....kalau ampa nak sediakan untuk dicomel tak perlu masukkan garam...butter boleh lah bagi rasa lemak lemak manis...
Selamat Mencuba



Philips Iron Steamer Paling Hot


Assalammualaikum  guys,

Jeng Jeng jeng siapa tak kenal lagi dengan Iron Philip sebesar alam nie...Tudia lani semua pakat ramai ramai dok beli. Fenomena Iron Philips nie bukan lah suatu yang pelik tapi ia adalah suatu perkara yang wajib dimilik oleh setiap rumah. Best wei Iron nie...Memudahkan urusan nak iron baju terutama kalau ada suami yang kena pakai baju kemeja, seluar slaq pehtu baju sekolah anak anak bukna sepasang berpuluh pasang nak iron kan. 


Kalau kita ke kedai elektrik mesti gadget nie antara yang paling menjadi perhatian kita tapi tengok pada harga dia mak aiiii mahai kot. Kalau jenis yang berduit mungkin depa mampu belikan. Tapi yaang tak berapa nak ada duit tu lagu mana???

Jangan risau..Ampa pun mampu miliki iron philips nie dengan bayaran ansuran Kutu. Tara....senangkan tak mahal dan tak membebankan sangat betul tak.Untuk anda yang berminat nak join Kutu amway nie, Boleh pilih 2 pilih group Kutu iaitu
RM100 / sebulan --- selama 15bulan
Rm150/ sebulan ----selama 10 bulan
atau 4x bayar

Dan yang bestnya setiap pembelian 1 Iron Philips nie anda mampu untuk memiliki Iron board yang bernilai Rm499 nie secara PERCUMAAAAAAAA...besaq bapak nie weiii......stabil dan sangat best...ruang yang besar memudahkan ampa nak iron baju semua....


NAMPAK TAK TINGGI PAPAN TU CAM MANA???????





So inilah kelebihan Iron Philips



Jika ampa berminat nak beli Iron nie secara bayaran Kutu..Boleh terus wasap kepada no wasap saya : 0195434377 
wajib beli tau.....

Wednesday, May 15, 2019

Tema Raya 2019


Assalammualiakum guys, 

Salam Ramadhan 10 1440H. Masih lagi mood nak bercerita pasai bulan Ramadhan. Kali nie nak cerita pasai misi memilih tema baju raya. eleh bukan aku ja yang ciwi tapi semua orang terutama orang pompuan akan ciwi nak siapkan persiapan baju raya anak anak dan suami ampa kan. Tapi tahun nie aku jimat sikit duit beli baju raya untuk laki sebab tak ada laki..hahha so aku spend duit untuk anak anak dan diri sendiri ja. Tapi tahun nie aku berhajat besar nak  tengok anak anak aku pakai baju melayu bersampin dan bersongkok uollsss... dah 6 tahun ada anak tak pernah tengok depa pakai macam tu. So this year aku nak sangat ambil gambar dengan depa lengkap bersampin bagai..Lagipun tahun nie raya anak anak ada dengan aku...2nd day baru ada dengan abah depa...So of cause potret raya mesti ada yang cun melecun okay.. Yang penting sampin aku dah siap order dah....cantik kot punya dok cari akhirnya alhamdulillah dah jumpa pun..aminnn allah permudahkan urusan....

Tiap tiap tahun mesti aku adalah orang yang paling ciwi nak pilih baju apa untuk dipakai pagi raya. Pehtu untuk anak anak pulak kan. Erm dah macam macam warna buat ada yang beli siap ada yang tempah tapi tak pernah kata nak sedondon elok. Cuma tahun 2017 ja kami anak beranak pakai Emerlard Green. Last year kami tema purple hitam. So this year 2019 warna apakah yang akan muncul meh kita survey sat 

Antara senarai warna baju raya yang dah masuk list ialah:


  • Mint Green
  • Hijau lumut
  • Gray
  • shocking pink
  • Royal Blue
  • kuning
  • Mustard
  • Dusty Pink
  • Nute Mocha


Mudahan misi mencari baju raya aku dan anak anak berjaya dengan lancarnya...

Friday, May 10, 2019

Erti Sebuah Ramadhan 2019




Assalammualaikum semua, Salam Ramadhan untuk semua yang menyambut bulan yang cukup indah. Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 kita berpuasa dan pastinya tahun nie pasti ada yang rasa sedih atas kehilangan insan insan yang tersayang.Pergi buat selamanya. Mungkin ada yang kehilangan ibu, ayah, kakak, adik, abang dan atau mungkin insan insan yang teristimewa dalam hisup ampa kan. Tapi tahun nie buat pertama kalinya aku berpuasa seorang diri dengan anak anak ja . Memang rasa jugak sayup dia tu lain macam tapi bila fikir fikir  balik tiap tahun rasa benda yang sama, sahur seorang sorang, berbuka pun sorang sorang so kiranya bagi aku cam sama ja setiap tahun bezanya ialah Status ja...IBU TUNGGAL....

dan tahun nie jugak aku akan beraya dengan anak anak tanpa suami...Macam pelikkan perasaan nie kan. Tapi hanya Dia yang tahu...Tapi serious Syukur sangat. Bukan nak berlagak tapi setelah hampir 6 tahun berkahwin nie. Mostly banyak memihak sebelah sana. Rasa berat sebelah pun ada. Memang orang cakap ikut ja cakap suami kena taat. Tapi kalau langsung tak ada pertimbangan itu tak adil namanya. Tiap tahun banyak sangat beraya side family sana...Tapi side sini tak diendahkan..Kalau ada pun sat sat ja rasa raya t tak feel langsung. Tapi tahun nie rasa seronok sangat sebab ibu dapat kembali pada keluarga yang selama nie mendoakan agar ibu selalu happy dan mendoakan yng terbaik buat aku. Insan yang paling bahagia ialah Mak aku...Mak suanie sekarang dah bebas dan insyaallah suanie akan sentiasa ada untuk mak dengan bapak...

Tipulah kalau ada yang cakap hang tak sedih ka ramadhan tahun nie Tapi percayalah sebenarnya tak ada yang tanya soalan cam tu..Semua seperti mengetahui perasaan yang aku pendam selama hampir 6 tahun. Ive lost almost everthing. Yes!!!! Dia lebih pentingkan agama..Betul itu adalah tanggungjawab yang seorang suami kena buat tapi Islam itu sendiri pernah cakap jangan berkeras dalam mendidik. Nie sampai nak berbuka dengan kawan kawan pun susah. Nak jumpa family pun susah macam mana. Marah kita sebab terlalu fikirkan dunia sedangkan dia sendiri pun solat tunggang terbalik.. cam mana nak didik isteri jadi Isteri Solehah..

Tahun nie jugak aku berharap aku dapat p solat terawih walaupun hanya sekali. Kalau ampa semua nak tau. Semenjak aku kawin nie aku tak dapat nak p solat terawih..Dia tak bagi dengan alasan jaga anak-anak dan perempuan nie tak pie pun tak pa sebab tak wajib. Tapi why not atas sebab perikemanusiaan bulan baik hang izinkan isteri hang p sekali ja dalam bulan tu even dia buat 8 rakaat. Hang tau tak betapa bahagianya dia bila dia dapat buat tarawikh. Tapi hakikatnya 6 tahun sepanjang bulan ramadhan aku tak dapat nak p tarawikh...rasa cam tipu tapi itulah kebenaran yang aku simpan selama ni. Memang tarawikh nie tak wajib tapi kalau kita buat kan dapat pahala. Pahala tu bukan kita nampak tapi amalan kita tu kita bawak masuk kubur sorang sorang...Biarlah benda dah satle senang

Semoga tahun nie memberikan seribu makna dalam kelandar aku...
Salam Ramadhan buat semua...jangan berhenti doakan aku dan insyaallah aku juga akan sentiasa doakan ampa okay...


Love,
Madamsurianie

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels