Friday, April 26, 2019

NUR 2 | Kisah Realiti Yang Pernah Wujud


Apa ampa rasa lepas tengok cerita NUR 2?? Ada tak rasa terkesan ka?? Rasa eleh biasa ja cerita nie?? atau tak ada apa apa perasaan??? Semua tu pendapat orang yang mana kita sendiri tak boleh nak mengjangka.Ada yang suka dan ada yang langsung tak layan Drama Melayu..

Masa cerita Nur 1 aku dah termissed a few episode yang mula mula semua tu.So ada benda yang aku tak follow sangat. Tapi bila dah terbaca komen orang kata cerita tu cma best maka aku pun tengok jugak cerita tu dan terjebak dengan sambungan NUR2... Apa yang aku nak cakap kat sini...Dengan rasa syukurnya aku personally nak say thanks to Pengarah Drama nie iaitu  Shahrulezad Mohameddin yang telah menjadikan kisah drama nie sangat sangat terkesan.Bukan mungkin pada diri aku sendiri tapi masyarakat kat luar sana. Jalan cerita dia memang WINNNNNNNNNNNNNNNN...aku suka..sebab hakikatnya apa yang berlaku dalam cerita nie memang benar berlaku..Memang ada terjadi cuma mungkin kita nie dok ada dalam kelompok yang agak selesa membuatkan kita semua tak pernah tau wujudnya golongan-golongan macam dalam watak nie....terkesan jugak..dan cerita nie pun ada sedikit sebanyak sebijik berlaku pada diri aku sendiri....


Ini pengarah dia  Shahrulezad Mohameddin...muka cam Noh Hujan pun ada...


Baiklah uolls, entry kali nie bukan aku nak cerita pada sinopsis drama Nur nie tapi nak sharing apa yang aku rasa nak kata tentang watak dalam drama nie....

Antara 7 watak utama dalam cerita nie ialah Ayah Aji, Mak, Adam,Ustaz Hamidi,Nur, Ecah dan adik Adam yang mana aku pun lupa nama dia..hahhaha. Setiap watak depa nie memang memainkan peranan yang sangat susah.. Kita dok tengok senang kan nak berlakon tapi hakikatnya kalau kita sediri duduk depan camera dan rakam muka kita memang tak tentu boleh nak hafal skrip dengan mudah dan lancar sekali dengan memek muka kan. Tapi depa nie semua memang menjiwai watak tu cukup baik sampai aku sendiri boleh menangis...



Ustaz Adam (Syafiq Kyle

Deni toksah dok cakaplah, memang dia berlakon pun bagus jugak. Tapi kisah jadi Ustaz nie memang kena dengan muka dia yang ala ala baik nie. dahlah muka pun elok..Cam mana pompuan lorong tak suka...tastee nyahhhhh....dah siap kena goda bagai...Tapi aku tak sure babak part dalam kereta tu betoi ka dia kena tokak **** hahahaha... Tapi hakikatnya betoi, sebaik baik manusia tak kisahlah jika iman kita tinggi, bila syaitan tu dah ada dekat macam macam boleh jadi. Kita tak boleh nak kata kat luaq sana semuanya baik baik tapi ada jugak yang tak baik....(oopsssss takut salah ckaap)...Tapi Adam memang seorang ustaz yang sangat baik dan kalau ampa kat luar sana yang dapat macam laki nie. Jagalah bebaik noh....hahhahahahhahahha..jangan dok catas cantas okay....



Nur (Amyra Rosli
Sebaik-baik nama Nur adalah sebaik-baiknya watak seorang wanita yang memang menjadi antara ciri ciri wanita idaman setiap lelaki. dengan cakap lembut, taat pada suami, memang kena dengan dia.Banyak pengajaran yang kita boleh nak belajar dari watak dia...hormat suami, tak susahkan suami , tak membelakangi suami dan ada banyak lagi yang rasanya kita boleh nak follow. Cuma paling win bila dia nampak laki dia terlanjang atas katil dengan pompuan lain Walupun kita tau Juita tu perangkap... Pergghhh adakah kalau benda tu jadi real dan adakah kita boleh terima?? Rasanya tak kot wei...Sure kita ngamok kot...hahhahahah....Tapi dalam Drama nie nak tunjuk yang betapa hebatnya seorang wanita yang sentiasa sabar dan menempuh segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan dia. Ingat senang ka daripada seorang perempuan lorong nak mulakan hidup baru dalam keluarga yang elok...Susah beb tapi  Nur harunginya dengan kuat dan tabah...Inilah antara contoh yang boleh jugak kita nak ikut. Sebab tu wanita nie sangat unik dan istimewa...Lakonan dia memang aku LOVEEEEE




Azar Azmi sebagai Juita
kalau ikutkan pelakon nie tak berapa popular pun. Tapi bila ada 1 drama TV3 kot 7 dia berlakon tu aku suka kat dia tapi pehtu dia menyepi...Chup Chup dia muncul dalam  NUr2. Ya rabbi menjadi sungguh lakonan dia. Kalau ampa yang ada kawan jenis macam nie hati hatilah..Jangan sampai sebab kawan hang nak fight ngan laki hang.. Bukan tak ada.memang ada tapi mungkin kawan ampa nie jenis jahat kot lain... Apapun paling win bila dia pulak dituduh Rogol Ustaz Adam..hahahhahahah...COnfirm lepas nie job banyak pompuan cantik ooiiii......




Azhan Rani sebagai Syed Hamadi dan 
Noorkhiriah sebagai Aisyah

Lakonan depa 2 nie memang sangat hebat. Tiap kali aku tengok kisah Ecah dalam Nur 2 nie terus aku teringat kisah lampau aku. Ada jugak sipi sipi wei apa yang jadi kat Ecah tu ...menangeh jugak aku...terkesan dengan lakonan depa dan aku imagine kan diri aku dalam hidup Ecah. Tapi Ecah tu lagi taat..Sampai kena teruk tu pun dia boleh terima lagi...Aku dah half way ja kau dah give up dan aku dah tak mampu nak harung....bukan nak cerita pasai aku..tapi nak cerita pada depa 2 nie....But Hamidi memang terang terangan dia gunakan KUASA VEKTOR lelaki/suami terhadap isteri dia..menyerap wei dia penaya bini dia...bukan tak ada kat dunia nie..adalah...fuhhhh memang depa 2 nie berjaya buatkan semua orang BENCI kat depa..hahhahah....sempoi dan memang patut pun Azhan Rani tu menang Award pada DFKL2019 yang lepas.....



Atiq Azman sebagai Amirul

Yang nie kira pakej lengkap...elok dan elok...sekian...



Hope dah tak ada kisah sambungan NUR3...
satg banyak banyak tak best dan cerita dia jadi serrr...macam sinetron...hahahhh...Tapi secara jujurnya aku suka jalan cerita dia, semua lengkap dan sangat terkesan dengan lakonan setiap barisan para pelakon dan Tahniah obuat Pengarah Shahrulezad Mohameddin..CONFIRM TAHUN DEPAN MENANG LAGI...........




Selamat Tinggal Ibunda | bertemakan Tradisional Melayu Klasik


Melati Kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara


Majlis Perpisahan Untuk YBHG Datin Maimonah Binti Sulaiman yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Dasar diadakan dengan cukup meriah....Seperti yang dijanjikan haritu aku dah update cerita pasai Pre-Lunch with Datin Maimonah. So kali nie kami 1 office meraikan beliau dalam sebuah majlis rasmi yang cukup unik dan meriah sekali. Kali nie tema yang kami pilih ialah :
"TRADISIONAL MELAYU KLASIK"

Ikutkan dah macam macam tema kami buat..Memandangkan sekarang nie trend batik..so kami mengaplikasikan tema kali nie khas buat Ibunda tercinta..Yeah semua bersetuju dan Yes pada hari kejadian memang cantik semua tambahan pulak hari khamis kan...Semua wajib pakai Baju batik...lagi meletop... So mehlah kita tengok a few gambar yang aku ambil dan share dengan hampa okay...Deco pun kami tak buat teruk teruk just gantung kain batik nampaklah skit tema dia...


Barisan Pegawai Tertinggi bersama Ibunda tercinta serta Ayahanda Baru Kami.


Emcee of the saya tak lain tak bukan akak jugak....huhuhuh..depa kata suara akak seda..huhuhuh

Selain tu kami buat sikit kelainan iaitu Food Presentation, gitew tak pernah dibuat buat kot..Tapi kali nie buat lain sikit...5 hulubalang membawa santapan masuk ke balai utama...kami saya pilih pegawai pegawai atas bukan sebab nak pekena tapi nak memperkenalkan kepada Pengarah yang baru


Ini pulak hadiah daripada ahli Kelab Kimia, kenangan bersama Presiden dan Penaung Kelab Kimia

Hadiah dari Seksyen Khidmat Pengurusan

Tradisi kali nie kita adakan upacara Potong Pulut Kuning..lain sikit kan..selalu potong kek, so simbolik tema kita pun order ja. Sapa yang berkenan boleh order dengan sepupu saya noh  Fatin Subhan 017-4000402 sedap dan harga pun mampu milik...

And Of cause persembahan tu wajib ada okay...Nie persembahan dari kumpulan PancaSitara dengan mempersembahan Medley lagi lagu 60an,70an dan 90an...memang win lah biaqpun berlatih kurang dari 3 hari...cam mana tu....

Yang nie tekong kuat!!!!!

DAN AKHIR SEKALI SESI MENGEDIK DEPAN CAMERA....LETS DO THIS


Bersama gadis gadis cantik.....


oopppssss semua dah berpunya okay....




Dah feeling macam nak kawin pulak....bersama BridesMaid 


Kalau jumpa pompuan nie ampa tampaq dia tau!!!!!hahahhahahaha


Team Seksyen Khidmat Pengurusan

Ada yang ingin menyunting patik???






Memang terbaik........Next tema apa pulak???????


Thursday, April 25, 2019

6 Langkah Nak Elak Badan Berbau | Tips nak cantik





Hello Guys,

Hari nie kan aku tersangat tak sabaq nak guna jari jemari aku nie nak kongsi dengan ampa tentang tips nak jaga badan bagi sentiasa wangi dan tak berbau. Bukan apa wei, kita lani dah ada kat zaman nak masuk 2020. Tapi masih lagi ada insan insan yang tak reti nak jaga grooming.. Aku tak paham kenapa susah sangat depa nak spend duit gaji sikit beli barangan wajib. Macam baru baru nie aku ada duduk berdekatan dengan seseorang nie.. Tudia bau dia Ya Allah punya berdesing tu memang rasa nak muntah wei... Kita nak berurusan pun jadi tak selesa nak rasa bagi cepat ja.. Tapi adakah depa sendiri bau badan tu kita tak sure. So hari nie hope entry kali nie ada yang sudi nak share. 

6 Langkah Nak Elak Badan Berbau



DEODARANT

Deodarant nie antara perkara paling WAJIB diamalkan oleh semua tak kira lelaki mahupun perempuan. Kalau tak pakai mungkin ialah punca badan berbau. Tapi sebelum nak pakai ampa kena kenal dulu badan ampa sama ada sesuai nak pakai jenis. Sebabnya Deodarant nie ada 5 jenis iaitu :
  1. DEODARAN AERODSOL - Boleh katakan ini jenis Spray yang ada keluarkan macam semburan warna putih.
  2. DEODARAN ROLL ON - Sering kita jumpa dipasaran, ampa yang ada bau badna yang kuat boleh try guna yang nie sebab cecair tu ia ada juga bertujuan nak tutupkan bau badan. Tapi ada jugak yang tak berapa sesuai.
  3. DEODARAN INVISIBLE - Jenis yang tak tinggalkan kotoran pada baju, sambil mengelakkan bau badan.
  4. DEODARAN SOLID - yang nie jenis macam stick dan kadang kala kita pakai ia akan ada bau sikit dan boleh buatkan baju anda bertukar warna kekuningan dibahagian ketiak..auueewwww malu weii
  5. TISU BASAH DEODARAN - Yang nie mungkin jarang kita dengar dan pakai, deodaran jenis nie selalunya digunakan masa travel ja, sekali pakai dan buang... So uolls tak payah nak usung botol botol deodaran kan...senang




 SHOWEL GEL
YESSSSSSS ini antara benda paling wajib sebab nak membersihkan badan kita yang busuk seharian berpeluh. nak pilih jenis apa terpulang pada ampa tapi selalunya shower gel nie ada macam macam jenis  dan paling bagus ampa boleh pilih untuk lembutkan kulit..So lepas mandi tu kulit ampa lembut dan tak kering...Aku memang suka pakai brand Johnson Baby yang milk n rice..sebab bau baby sangat dan kulit pun halus....Macam Lifebouy aku tak boleh pakai sebab nanti badan berbau balik..so kekadang betul orang cakap.Kita kena test n error baru tau mana yang sesuai..


SPAN @ BERUS BADAN
Rasanya tak ramai yang memilih untuk menggunakan Span / Berus badan untuk mencuci daki kat badan. Ikutkan ada juga yang cakap tak elok pakai sebab nanti badan rosak, bercalar lah bagai. But for me sendiri, kena pakai sebab span nie lah yang akan bantu nak cuci kotoran yang ada pada badan kita. Kalau kita pakai tangan ja cam mana kotoran tu nak hilang dengan betoi..Tapak tangan dah licin, badan dah licin mana nak hilang..Sebab tu adanya berus badan nie...Kalau sebelum nie ampa tak guna, start sekarang gunakan ia sebaik mungkin okay...Baru ampa akan rasa kelainan lepas guna




BODY SCRUB

 Yang nie paling penting yang ampa kena rajin buat. SCRUB badan ampa. Tak kisah sama ada hampa nak bazir duit buat kat spa atau buat sendri kat rumah. Selalunya klu buat kat SPA rasa lebih seronoklah kan...kita bleh relax dan depa akan scrub 1 badan semua. But kalau dirumah kita boleh scrub a few parts ja..Yang pasti buatlah scrub at least seminggu 2 kali ja.. Sebab apa ?? Scrub nie dia bantu untuk buang segala sel sel kulit mati pada badan, bila sel sel tu dah buang baru rasa kulit kita lebih lembut dan gebu. Tak percaya ampa buat sendiri dan rasai... sekarang nie dah ada macam macam jenis Body Scrub yang ada.. Ampa pilih ja ikut jenis dan bajet ampa....




BODY SPRAY
Ini kira optional, nak guna atau tak. Klu nak pakai pun bagus sebab dia bantu mengekalkan bau badan anda.So klu busuk atau berpeluh dia bantu untuk kontra kan balik bau tu. Nak pilih brand apa..terpulang dan selalunya body spray nie digunakan selepas mandi...:) 

\


DETOX
Dan paling last ialah DETOX badan ampa....Detox nie sangat sangat wajib okay...sebab ia bantu untuk singkirkan Toksin dalam badan. KAdang kala berpeluh pun memang detox tapi tak semua akan disingkirkan. So dengan cara pengambilan makanan untuk fungsi detox atau  hampa ada amalkan pengambilan supliment ia juga membantu untuk singkirkan toksin.Bila badan dan kurang toksin badan pun tak bau...Untuk shaklee uoolls boleh pilih SET DETOX BAJET ATAU JENIS CINCH TEA....mudahkan




dan yang terakhir jangan lupa BERCUKUR




Entry nie taklah menarik pun tapi sekarang nak berkongsi info yang mungkin tak semua orang tahu...bukan sahaja untuk wanita yer tapi untuk lelaki pun kena jugak jaga tau. Penampilan itu penting baru orang rasa selesa nak bersama kita. Walaupun muka tak handsome / cantik tapi bau badan tak ada...Tapi kalau muka elok tapi bau badan tu keng..ermmm ko hadap lah sendiri macam mana nanti kena bahan..Malu beb...
So jangan lupa amalkan...Selamat mencuba

Wednesday, April 24, 2019

Pre Lunch Date With Datin Maimonah | Hawaii Theme

Holaaa,,,

Alhamdulillah satle dah pun salah 1 majlis PRE-LUNCH with DAtin Maimonah .Siapa Datin nie?? dialah Pengarah dan satu-satunya Pengarah Perempuan di Jabatan Kimia Negeri Pulau Pinang Dan satu-satunya Ibunda tersayang kami. So masa kami dapat tahu dia dah nak kena bertukar, bos aku like always lah dah bagi hint suruh cari idea nak buat tema apa. Maka kepala otak nie kena pikiaq nak buat tema apa sebab dah banyak sangat idea keluak nie. Lepas tu pada masa yang sama ada pulak event Jom Ronda Penang so aku pun bagi idea untuk lunch kat tepi laut boleh buat deco deco apa yang sesuaikan.. Mulanya memang tak ada plan pun nak buat tema apa. Tapi biasalah aku nie jenis last minit idea dok mai..chup chup bila dah mai riki tempat nie baru dapat idea..

"HAWAII THEME"

Dan setelah diberi masa hanya 2 hari sahaja. Maka apakah idea yang terhasil...jeng jeng jeng...ampa boleh tengok sendiri..Simple ja kami buat.Tapi alhamdulilah semua puas hati...semua style DIY ja...save bajet...

With My Beloved Mum and Zill...sorry abang zarif tak ikut

 Lets the story begin......


belum siap lagi..nampak semak ja..




TEMPAT POTONG KEK
Actually aku memang tak tau ada acara potong kek bagai..sampailah last minit baru depa habaq ada kek nak potong..hahaha so terpaksa tukar plan jadi cam tu...ada meja dan sikit backdrop... Wording tu kami beli kat Ballon Wonderland Paragon. Kalau tak silap harga dia dalam Rm15.90. Set tu kita boleh customade sendiri nak tulis apa..sebab dia sediakan card, sticker dan tali. So lepas dah buat semua siap dan boleh terus gantung. Disebabkan tak sempat nak cari kaki backdrop maka kami pun gunakan pepohon yang ada untuk gantungkan kain organza bagi nampak konon konon sweet lah ....

 

Kalau ampa ada perasan, aku siap gantung gantung gegelung daun tu..nak bagi nampak bunga bunga...yang tu pun kami recycle balik ambil kat opis. Bahan boleh guna buat apa nak buang...ahhaha....


KEK WAJIB KENA ADA
Tradisi potong kek nie, sejak dulu dan aku nielah dah 4 tahun berturut turut menjadi satu-satunya gadis memotong kek..hahhaha Tapi kali nie aku suka kek dia sebab comey wey...berat kot kek dia..Tapi order dengan siapa tak sure pulak..Walaupun aku nie bukanlah peminat chocolate tapi tengok pun ayooo melting wei....



Maka lepas dah set up semua jadilah view cam nie...





MAIN TABLE FOR DATIN
Haaaa bila cakap meja vvip selalu kita dok pikiaq buat apa...Last last aku hampaq ja kain lapik tu..beli daun 10 batang RM18 tau...jadikan pelapik makanan..Nampak cantik sikit kan..Unique rasa..susun susun batu dan bunga orkid sinonim dengan tema..dan cantik dah kan...pehtu last minit idea jugak dia suruh driver beli ayaq Nyok ( air kepala) lagi seri nampak...Menu yang kami pilih pun nasi arab sebab kenyang dan mudah.Packing pun cantik dan senang nak makan. 





 TETAMU PUN DAH TIBA....
Kalau ampa nak tau masa semua tetamu tiba kami sambut depa dengan kalungan bunga hulalei tau..Jenuh mencari kot. Last last jumpa kat Ballon Wonderland. harga dia rm6.50/seutas tapi sebab kami beli banyak dia bagi Rm5.00 /seutas. cantik wei...dan semua sangat sporting memakai hulalei tu...termasuk Datin dan Dato kot...Dah dah tak mau cakap banyak ampa tengok sendiri.. 




Datin bagi ucapan..meletop pakai mic gold okay....rasa rasa sapa punya noh mic tu....


Bersama beberapa staff/pegawai


Bersama geng geng kepala senget aku....#teamgengbudakopis


nie Orang Kuat Opis...MEraaa boss Heyyyyy




Okaylah dah habis pun.....cerita part 1. Nanti kita sambung pulak cerita dan entry untuk majlis rasmi uollss... bertemakan Tradisional Melayu Klasik. Macam menarik kan... Apapun aku nak say thank you buat geng geng opis yang mempercayai kerajinan iolls nak mendeco...So lepas nie tak taulah apa tema lagi nak keluak..



Friday, April 12, 2019

Talak HAKAM paling digeruni KAUM ADAM


Assalammualaikum semua,


Topik hari nie memang lain dari yang sebelum sebelum nie...Topik entry kali nie saya nak sharing sangat sebab topik nie antara perkara yang hampir saya nak lakukan dan saya cuba memahami konsep HAKAM nie sejak saya dan bekas suami telah nekad untuk berpisah. Tak ramai wanita tahu tentang adakah TALAK HAKAM.  Sebabnya ramai mengetahui bahawa kuasa talak di tangan suami. Hanya suami yang boleh lafazkan talak kepada isteri. So bila isteri rasa dianayai mereka akan berkata semua nie tak adil untuk para isteri.Apakah hak seorang isteri???

Sebagai sorang wanita/ isteri, kita perlu tahu jugak jenis-jenis talak yang ada. Tapi selalunya talak yang ada ialah 3 jenis yang selama ini diketahui umum iaitu Talak soreh, Talak Kinayah, dan Talak Taklik. Namun begitu, isteri juga boleh menuntut perceraian daripada suami iaitu sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan taklik. Tape sebenarnya ada satu lagi kaedah oleh isteri yang jarang diketahui iaitu Talak Hakam. Cam pelikkan?? sebab talak jenis nie memang tak semua wanita tahu tentang hal ini. Jom kita ketahui tentang TALAK HAKAM.

Bagaimanakah Hakam berlaku?

Apabila suami tidak mahu menceraikan isteri, mahkamah akan melantik suatu jawatankuasa pendamai. Jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada seorang pegawai agama, seorang wakil suami, dan seorang wakil isteri.Keutamaan diberikan kepada saudara atau ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.Penubuhan jawatankuasa pendamai ini adalah untuk mencapai perdamaian di antara suami dan isteri. Mereka diberi tempoh selama enam bulan dari tarikh jawatankuasa dibentuk.Oleh itu, dalam tempoh tersebut, suami dan isteri diberi peluang untuk memberikan pendapat termasuk memanggil wakil untuk siasatan dan pandangan.Dalam tempoh 6 bulan tersebut juga boleh menjadi lebih lama jika mahkamah memutuskan adanya keperluan untuk melanjutkan tempoh perdamaian.Bergantung pada kes tersebutlah...Jika selepas tempoh perdamaian itu, suami dan isteri bersetuju untuk berdamai, maka permohonan perceraian boleh ditarik balik. Tapi, jika suami dan isteri enggan berdamai atau suami tidak mahu melafazkan cerai, maka kes akan dirujuk kepada hakam.

Siapakah Hakam?

Sebelum itu, kita perlu tahu apa maksud ‘hakam’. Hakam ertinya seorang penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (syiqaq)antara suami dan isteri. Hakam diperuntukkan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 di bawah akta yang sama.Hakam terdiri daripada saudara karib suami dan isteri yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pihak suami dan pihak isteri.Hakam mestilah lelaki beragama Islam, berakal, mukalaf, adil dan amanah, serta mempunyai pengetahuan asas dalam hal kekeluargaan dan Hukum Syarak. Hakam dilantik apabila mahkamah berpuas hati, perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku dalam tempoh perkahwinan walaupun selepas usaha perdamaian dilakukan pada peringkat jawatankuasa pendamai. Pemilihan Hakam adalah penting. Sebagai contoh, Hakam mestilah tidak bersifat berat sebelah dan tidak mempunyai kepentingan peribadi. Oleh itu, Hakam mestilah seorang yang jujur, adil, bersabar, dan berusaha untuk menyelesaikan pertelingkahan suami dan isteri. Jika suami dan isteri gagal mengemukakan Hakam masing-masing, Mahkamah akan melantik seorang Hakam dari kalangan anggota Panel Hakam atau mana-mana Pegawai Syariah atau Pegawai Hal Ehwal Islam atau Pegawai Majlis yang mahir dalam bidang kekeluargaan dan Hukum Syarak.

Apakah Fungsi Hakam?

Fungsi Hakam adalah untuk menamatkan perkelahian antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khuluk. Hakam mesti mempunyai kuasa penuh daripada prinsipal di mana Hakam juga boleh melafazkan talak atau khuluk di hadapan Mahkamah bagi pihak suami.Hakam bagi isteri pula mempunyai kuasa untuk menerima lafaz khuluk di hadapan Mahkamh.Namun, jika hakam berpendapat pasangan itu patut bercerai tapi tidak dapat memerintahkan perceraian atas sebab lain seperti Hakam tidak mendapat kuasa penuh daripada prinsipal atau menarik diri, maka Mahkamah boleh melantik Hakam yang lain untuk proses yang sama.Jika Hakam suami enggan melafazakan cerai dan meminta perceraian secara tebus talak dan Hakam isteri bersetuju, mahkamah boleh mengarahkan perceraian secara tebus talak.Prosiding tidak diteruskan jika pihak suami gagal menghadirkan diri ke mahkamah dan tidak melantik Hakam. Pada masa itu, perceraian akan diteruskan melalui proses fasakh atau taklik.

Berapa Lamakah Prosiding Hakam?

Prosiding hakam mengambil masa lebih kurang enam bulan hingga setahun dengan syarat kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik.Tapiia juga bergantung terhadap kes tersebut, kalau kedua-dua pihak bagi kerjasama maka kes nie akan boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. 


Sebab itu apabila si isteri telah memutuskan untuk bercerai secara HAKAM, maka ia akan menjadi sebuah mimpi yang cukup menakutkan apabila secara automatiknya hilanglah kuasa Talak pada suami. Tapi bukan semudah itu tau. Banyak prosuder yang perlu diikut. Tapi pesanan saya buat kaum wanita/ isteri yang dah rasa betul betul tak boleh nak teruskan, nak selamatkan rumah tangga anda, pilihlh cara yang terbaik. Dapatkan khidmat nasihat pihak yang lebih berpengalaman. Jangan hanya dengar daripada pihak luar. Kerana kadang kala keputusan yang kita buat itu akan memakan diri kita sendiri..

Tanya hati, tanya diri sendiri adakah keputusan anda ini benar dan tepat. Hanya anda sahaja yang mengetahuinya....Semoga entry kali nie buatkan anda semua tahu dan fungsi HAKAM ini dengan lebih terperinci.






Thursday, April 4, 2019

9 Sebab Kenapa Perlu pilih YOODO



Hello guys,

Perasan atau tak kita kerap kali dok cuba nak tukar service provider yang sesuai dengan kita tapi sebenarnya kita tak tau ada lagi service provider yang boleh berikan services yang murah dan coverage dia pun NOT BAD....Pernah tak ampa dengar pasai YOODO ???

YOODO merupakan dan mempunyai Liputan 4G terluas kerana ia menggunakan rangkaian Celcom dan ia merupakan rangkaian terbesar Malaysia. Serious setakat nie saya sendiri gunakan untuk sim anak memang liputan dia terbaik kot. Tengok Youtube tak ada buffering...Jom saya nak share lagi info pasai YOODO ni.


Kenapa Yoodo lain dari yang lain?


  1. Bina Pelan Anda Sendiri....Serious rasa macam tak percaya tapi betul, YOODO nie mempunyai kelebihan yang sangat unik dimana kita boleh membina pelan sendiri mengikut kegunaan dan bajet bulanan...Hanya perlu bayar untuk Data, Panggilan dan SMS yang anda perlukan sahaja.Mudah tau.

  2. Lakukan Semua Pada Aplikasi..hanya klik klik dan siap...Bermula dari pengaktifan, pemilihan nombor, pengurusan sebanyak 5 talian, sehinggalah menikmati penghantaran SIM percuma – tanpa perlu lagi beratur panjang.Mudah lagi.....

  3. Nirtunai...??? Ya betul kita tak payah dah nak kalut untuk  tambah nilai, mahupun bil untuk dibayar! Daftarkan kad debit atau kredit anda untuk membuat pembayaran secara auto pada setiap bulan. jimat dan mudah kan...



9 Sebab-sebab lain kenapa perlu memilih YooDo!


  1. Liputan talian 4G terluas -Yoodo menggunakan rangkaian talian Celcom. Ia adalah rangkaian talian liputan 4G terluas di Malaysia
  2. Booster Plan -  Kuota bulanan tak mencukupi? Beli sahaja booster data/panggilan/sms kami untuk terus gunakan Yoodo dan kekal berhubung!

  3. Bebas Bertukar PelanAnda takkan terikat dengan pelan kami. Anda boleh pindah ke pembekal lain bila-bila sahaja, tanpa sebarang caj pemotongan.

  4. SIM PercumaPesan sahaja SIM dari kami dahulu secara percuma! Reka pelan anda dan bayar kemudian.

  5. Kiriman percuma Anda tak perlu lagi berkunjung ke gerai/kedai pembekal; kami akan mengirim SIM anda sampai kepada anda secara percuma!

  6. Urus Sehingga 5 TalianAktifkan lebih banyak SIM Yoodo untuk ibu, ayah, nenek serta awek/pakwe anda, dan anda boleh uruskan semua SIM tersebut di bawah 1 akaun.

  7. Boleh digunakan pada iOS & AndroidYoodo disokong sepenuhnya oleh iOS dan Android versi terkini.

  8. Pemindahan mudahKekalkan nombor anda dan bertukar ke Yoodo dengan hanya beberapa langkah mudah.

  9. Perantauan AntarabangsaPergi melancong dan terokai pengalaman baru menerusi pelan domestik Yoodo dengan tambahan Roam Like Home.



BAGAIMANA CARA INGIN MENDAPATKAN SIMCARD  YOODO ??

  1. Caranya mudah ja kalau ampa nak dapatkan Simcard nie, Login ke https://www.yoodo.com.my/ 
  2. Klik pada butang " DAPATKAN SIM PERCUMA"
  3. Klik "GET STARTED"
  4. So bila dah masuk bahagian nie, anda boleh pilih nak bina pelan simcard anda atau pilih simcard sahaja tanpa plan.
  5. Isikan butiran dan pihak YOODO akan poskan Simcard Anda dalam 3-5 hari waktu bekerja
  6. Lepas dah terima, anda boleh tengok pada Simcard cara cara untuk pengaktifan












Lebih jimat dan liputan lebih meluas. Saya sendiri dah cuba dengan membina pilihan pelan sendiri iaitu: 20GB Instagram | 20GB facebook | 20GB Whatsapp |50minit Panggilan | 2GB internet biasa hanya RM32/month
kalau nak dibezakan dengan Pelan DIgi yang saya gunakan RM80/sebulan dengan hanya 20GB internet dan panggilan tanpa had..
Untuk apa nak membazir duit sedangkan kita bleh jimatkan wang hampir rm50+++
Saya dah YOODO!!!
ANDA BILA LAGI!!!!!



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels