Thursday, August 23, 2018

PART 1 | Penginapan di Dawn Challet Langkawi | Langkawi Trip 2018


Assalammualaikum hye :)

Percutian ke Langkawi bersama family dan anak anak adalah 1 pengalaman percutian yang paling best.Walaupun penat melayan kerenah depa tapi best sebab dapat spend time bersama...So entry kali nie SS nak sharing lah tempat penginapan yang kami stay selama 3 hari 2 malam. Masa upload kat F ritue ramai yang dok tanya kat mana??berapa semalam?? best ka??selesa ka dan macam macam soalan lagi. Ninjia entry blog SS kali nie nak tolong ampa jawab soalan soalan nie semua.


Kami Stay dimana??

inilah tempat penginapan kami DAWN CHALLET LANGKAWI yang berlokasi di kawasan BATU BELAH BATU BERTANGKUP. SS sharing sikit gambar yang SS snap dan google sebab tak sempat nak shoot biasalah ada anak kecik. Hope info nie membantu ampa smeua ok

model tak berbayar...



ada 10 bilik challet untuk disewa dan 1 rumah.Masa kami disana ada 2 lagi bilik yang tengah dibuat.

pool nie memang best.So privacy,Masa kami check in memang the whole challet kami book so 1 kolam nie memang penuh dengan kami ja.


1 bilik ada 2 queen bed yang sangat selesa dan best.Aircond pun sejuk, siap ada TV...memang selesa nak bermalam

Kalau tengok kawasan challet nie pun memang bersih tau...




Bagi ampa yang nak cari tempat nak stay bersama family yang besar, Highly recommend untuk ampa yang nak ke langkawi. Ada contact number dan harga bagi setiap bilik yang disediakan.


stay tune untuk part 2 okay :)



Patutnya Menyusu Badan Boleh Kurus, Tapi Kita Pula Makin Naik. Mungkin ini Puncanya



7 PUNCA IBU TAK KURUS-KURUS WALAUPUN DAH MENYUSU BADAN


1. IBU ‘SKIP’ SARAPAN

Awal pagi lagi rutin seorang ibu telah bermula dengan pelbagai tugas yang menunggu. Berbeza dengan dulu, kita dapat uruskan pelbagai perkara jika bangun awal. Tapi bila ada bayi yang menyusu badan, kadang-kadang kita baru turun katil saja anak dah menangis. Terkejar-kejarlah kita nak solat Subuh, nak mandi, nak siapkan sarapan suami atau uruskan anak-anak lain yang bersekolah.
Ibu akan selalu mendahulukan ahli keluarga yang lain sampai diri sendiri tak cukup masa untuk bersarapan. Sarapan pun mungkin dah dekat tengah hari.
Sebenarnya, sarapan pagi sangat penting untuk memulakan hari kita. Kalau kita ‘skip’ sarapan, kita cenderung untuk makan berlebihan pada waktu makan yang seterusnya. Tabiat ini juga tidak sihat dan ia boleh menggangu kelancaran proses pencernaan.

2. IBU TAK MAKAN IKUT MASA

Orang lain dah di meja makan, ibu kena pegang bayi dan ‘tunggu giliran’. Bila nak makan, bayi menangis dan terpaksa letak dulu makanan yang baru dijamah sesudu dua. Begitulah rutin ibu menyusu di rumah setiap hari. Kalau yang bekerja, mungkin adalah sedikit masa untuk makan ketika waktu rehat. Tapi sebahagiannya perlu juga dikorbankan untuk mengepam.
Waktu makan yang tetap sebenarnya penting untuk mengekalkan metabolisme tubuh kita. Bila kita makan tak tetap waktu, ‘jam biologi’ tubuh anda akan menjadi keliru dan fungsinya tidak dapat berjalan dengan lancar seperti selalu.
Menurut kajian, mereka yang makan pada waktu sama setiap hari lebih berpotensi memiliki BMI yang unggul serta bacaan tekanan darah yang baik. Jadi, mungkin ini salah satu punca kita susah nak kekalkan berat badan macam dulu.


3. IBU TAK SEMPAT MEMASAK

Betul tak, sejak ada anak kecil, ibu lebih kerap masak makanan untuk anak berbanding untuk diri sendiri kan?
Ibu lebih pentingkan makanan si anak sampai ibu sendiri berlapar. Ibu dah jarang makan makanan yang segar dan berkhasiat. Ibu bergantung pada stok makanan segera dan snek rapu untuk menahan lapar pada kebanyakan waktu.
Walaupun memudahkan, semua makanan seperti ini perlu dipilih dengan baik sebab kita selalu anggap ianya sebagai snek dan pemberi tenaga. Jadi walaupun ia berkalori tinggi, kita tetap ambil dengan kerap dan inilah yang menyebabkan kita susah nak kurus!


4. IBU TAK CUKUP TIDUR

Eh, tak cukup tidur pun ada kaitan dengan berat badan ke? Ya, tentulah!
Sejak menyusukan bayi, boleh lupakanlah tidur malam yang lena dan nyenyak macam dulu. Kalau bukan sebab menyusu pun, kita kena juga bangun malam untuk mengepam,kan?
Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan.
Nak tahan mata punya pasal, kita pun kunyahlah macam-macam snek. Lepas satu, satu. Kacanglah, kerepeklah, coklatlah, atau apa-apa saja yang dapat ditelan. Bukan apa, takut kalau tak dapat makan, tak pasal-pasal engkau yang kena ‘baham’ nanti.

Foto Kredit: indiatimes.com


5. IBU TERLALU LETIH UNTUK BERSENAM

Dah letih-letih bangun pagi, masak, mengemas, basuh baju, melayan anak, tak tahulah mana nak cari ‘semangat’ nak pergi bersenam pula.
Kalau ada masa lebih memang fikir nak tidur aja…

Foto Kredit: imujer.com


6. IBU HABISKAN MAKANAN ANAK

Lagi satu ‘penyakit’ mak-mak ni ialah rasa ‘sayang’ dekat makanan. Anak kecil biasalah, kadang-kadang suka gigit sekali, lepas tu buang. Tapi lepas tu nak pula yang baru. Aduh, tauke balak pun boleh bankrap macam ni.
Lagi satu tu, ingat nak buat menu yang lainlah sikit untuk anak cuba. Bosanlah kalau hari-hari asyik masak sup, kentang goreng, nugget. Tapi akhirnya dia tetap nak makan benda yang sama juga.
Kononnya nak elakkan membazir tu, kitalah yang makan habiskan semua. Sampaikan makanan baby pun kita ‘tala’. Bukan murah tu kalau beli!


7. IBU STRES

Tipulah kalau ibu tak pernah berasa stres sejak memikul tugas sebagai ibu menyusu. Dengan jadual yang padat dan demanding, ibu-ibu mesti cepat terasa penat dan tertekan.
Kalau dapat suami yang memahami, syukurlah sebab dapat juga bahagikan tugas bersama. Tapi kalau suami jenis buat ‘tak faham’ aja, harulah kita dibuatnya.
Menurut Today’s Dietitian, rasa stres dalam aktiviti harian akan meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos. Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia boleh menyebabkan berat badan kita makin bertambah.
bayi berjaga malam
Foto Kredit: huffingtonpost.com


BERTAHANLAH IBU!

Bukan mudah kita nak bagi nasihat pada ibu-ibu menyusu supaya jaga makan, bersenam, atau amalkan cara hidup sihat sebab hanya yang melaluinya saja yang faham perasaan lapar, letih dan stres yang dilalui.
Tak kiralah ibu bekerja mahupun surirumah, kedua-duanya punya cabaran yang tersendiri. Namun, semua usaha dan pengorbanan ibu tentunya berbaloi bila nampak anak membesar dengan sihat dengan susu badan sendiri. Jadi, bertahanlah ibu. Pejam celik saja nanti anak dah 2 tahun. Kita pula yang emosi bila nak cerai susu!


p/s : semua info ni SS copy dan paste dari GOOGLE.dan mungkin artikel nie akan banyak membantu ibu ibu yang mencari jawapan pada persoalan mereka...


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels