Thursday, July 26, 2018

Pasta Comel Untuk Anak anda


Hye Assalammualaikum

Dah lama actually nak meulis pasai pasta organic dan pasta yang berbentuk comel comel nie. Kalau dipasaran memang tak ada dijual pun.So ampa memang kena beli secara online baru ampa akan jumpa segala mak nenek nie semua.Alkisahnya bermula bila abang zarif dan zill qayyim mula memilih makan.Dah cuba macam macam tapi still tak menjadi.Last last baru tau yang depa 2 nie more to western food. Lepas tu weekly mesti wajib beli pasta prego lah itulah inilah...tapi semua bentuk yang sama.Budak budak lani bijak.Nampak benda yang sama depa akan cepat jemu. So akhirnya lepas mengodek dalam Instagram tu baru terjumpa 1 kedai online yang menjual makanan bayi dan ada dijual sekali pasta pasta nie..Paling buat saya teruja ialah pasta bentuk DINASOUR!!!!
serious bentuk Dinasour tau.

So saya belikan pasta bentuk haiwan, dinasour dan kenderaan..comel sangat. 


4 pek nie saya beli RM56 ja....memang mahai sikit tapi bagus tau..sebab dia dibuat daripada sayuran.So klu anak anak yang jenis tak makan sayuran lagi mudah kan sebab pasta nie dibuat daripada sayuran.




Yang nie pasta Vegetable bentuk Dinasour



comel gila bentuk bentuk dia.....
So inilah antara menu yang saya sediakan untuk anak anak saya....






Ada yang tanya saya cma mana nak masak??? cara dia sama ja....rebus macma kita rebus pasta lain cuma time nak masak tu jangan kacau kuat sangat sebab nanti pecah bentuk tu tak best. So klu nak goreng ala aglio atau nak buat carbonara pun boleh. Ikut kreativiti anda semua. 

Kalau nak beli atau nak cuci mata bolehlah try godek godek IG :  @mylittlekishop

Wednesday, July 25, 2018

Homemade MushSoup | ampa wajib cuba





RESIPI PATI MUSHROOM HOMEMADE



Resipi nak buat pati mushroom soup atau nak buat carbonara spegetti. Anda boleh cuba cara nie paling mudah dan cepat..

BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 3 Batang saderi
  • 1 biji bawang merah /holand
  • 3 jenis cendawan (ikut pilihan)

Kali nie saya pakai cendawan
- cendawan Butang perang
- cendawan shitake ( dia berbau kuat sikit..so klu tak pakai pun tak pa) guna kuantiti yang sikit ja
-cendawan butang saya guna dan cincangkan dia

CARA SEDIAKAN

-Rebus semua bahan tadi sehingga lembut
-Toskan bahan tadi dan masukkan kedalam blender dan 2 cawan air rebusan tadi
-Blend sehingga hancur
-lepas tu boleh letak dalam bekas yanh kecil kecil dan freeze kan...



So tiap kali nak masak tu, ambil paste dan tumiskan..lepastu masukkan freshmilk atau cooking cream ( lebih lemak dan sedap) masukkan garam secukup rasa...Siap untuk dihidangkan :)


Selamat Mencuba

Thursday, July 19, 2018

Cara Mudah Menyediakan Homemade Chicken |Real Kids Real Food


Assalammualaikum hye:)


Sekarang nie memang dah banyak sangat ibu ibu yang dah mula untuk belajar buat homemade food utnuk anak anak.Sebab takut akan effect makan makanan fastfood kan. So daripada beli fastfood batter kita masak sendiri, dan kita pakai bahan original yang dibuat dengan penuh kasih sayang.Tak gitew. 

Actually SS pun bukan pandai sangat masak.Tapi sejak mendapat kesedaran baru mula rajin masuk dapur..huhuhu. Tambahan lani bjuat bento untuk anak lebih menarik tau. Lebih membuatkan ibu ibu akan rasa lebih teruja.

So hari nie SS nak share 1 resipi homemade yang mudah ja untuk disediakan


CHICKEN HOMEMADE CRISPY

ikut pada gambar yang dibawah saya buat dalam kuantiti 10biji nugget sahaja dengan size sederhana ( sesuai untuk anak kecil)

Bahan- bahan untuk dikisar :
  • Isi ayam ( bagi yang ada food processer kena blend sehingga hancur) klu tak ada food processer boleh beli isi ayam yang dah siap hancur)
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit lada sula
  • 1 sudu teh tepung gandum
  • sedikit garam
  • sayuran mengikut pilihan 
Bahan tambahan
  • Cheese 
  • serbuk roti ( beli di kedai roti )
Masukkan semua bahan tersebut dan blend sehingga hancur dan sebati. lepas dah blend adunan tadi akan lebih pejal sikit. Bentukkan adunan tadi menjadi ketukan mengikut size sukatan size yang anda inginkan. klu nak cheese letakkan dibahagian tengah ketulan itu.

Kemudian gelekkan ketulan itu dengan serbuk roti dan siap digoreng..

goreng sehingga kekuningan tau.

Kalau nak lebih menarik, ibu ibu boleh cucuk kan nugget tersebut dengan lidi.



Nugget tanda cheese

Nugget Cheese

Selamat mencuba...

Tuesday, July 17, 2018

Mini Rainbow Pancake | Zarif Zakwan Bento | Masak Masak Surianie

Assalammualaikum hye :)

Buat ibu ibu yang ingin mencuba sediakan sarapan atau menu minum petang anak anak, ampa boleh try buat pancake.Mudah ja. Kali nie SS buat mini pancake. Sebelum nie SS buat dinasour pancake. So this time SS ikuti permintaan abang zarif untuk buat versi Rainbow Pancake.
Anda boleh try...senang dan mudah ja

Bahan Diperlukan : ( 6-10 orang makan - size sedang)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 cawan @ 2 cawa susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 4 sudu butter yang dicairkan


Bahan bahan diatas dapat hasilkan lebih 20 keping untuk size besar..gunakan separuh sukatan bagi 2-3 orang makan) 

Cara sediakan :
Masukkan butter, tepung, gula, garam dan telur serta susu dan gaulkan sehingga sebati.
Selepas tu baru masukkan baking powder dan asen vanilla, kacau sehingga sebati

Selepas siap digaul...

Jika anda inginkan pancake bewarna. asingkan adunan dari kepada beberapa bekas mengikut warna yang anda inginkan. 






Gunakan Sticky pan untuk mengelakkan pancake anda melekat.Kalau ada acuan boleh sahaja gunakan acuan tersebut bagi menghasilkan bentuk yang lebih cantik, kemas dan menarik. pastikan adunan anda tidak terlalu lembik kerana ia akan menyukarkan anda mendapatkan bentuk yang anda inginkan. 


Inilah hasilnya selepas siap dimasak..dah boleh dihidangkan.


Semasa anda ingin hidangkan, bolehlah letakkan sedikit madu dan taburkan buah berry atau strewberry yang dipotong dadu..lebih menarik...


Untuk Bento abang Zarif. SS cucukkan pancake bersama scramble egg. lebih menarikkan..Selamat Mencuba buat semua


Saturday, July 14, 2018

Nasi Lemak Ayam Rangup | Lumut Perak | Jom Makan



Kalau ampa bercuti di sekitar Lumut atau Pulau Pangkor, jangan lupa untuk singgah di kedai makan Nasi berlauk Ayam Rangup Berempah yang berlokasi di Bukit Permata,Lumut Perak.
Actually kedai nie adalah kedai Makcik SS sendiri adik mak SS. Dah hampir lebih 5 tahun beliau dan suami memulakan perniagaan ini. Dari tepi jalan, tepi kedai , dan sekarang nie lebih mudah untuk para pelanggan menikmati juadah yang disediakan. 

Lokasi yang strategi kat kawasan perumahan dan kalau ampa lalu kat area Bukit Permata on the way jalan nak ke Teluk Batin semua tu memang akan jumpa kedai nie..di belakang Kedai Speedmart. ..

Waktu Operasi : 5.30pm - 12.00am ( kadang kala lanjut sampai 2 pagi)
Isnin - Ahad ( Sabtu tutup)


So nampak ja kedai dia kecil kecil cam nie tapi menu dia memang sedap..serious bukan sebab nak promo kedai makcik..Tapi uolls patut try dan cuba okay.. Memang sedap..Puas hati makan.Siap kami tapaw lagi...



Inilah antara menu yang dijual :

KELI GORENG SAMBAL

PARU/KELEMPONG GORENG KERING BERCILI


SAMBAL KERANG


PELBAGAI LAGI PILIHAN MENU BERKUAH SEPERTI GULAI DAGING DAN AYAM MASAK MERAH


KALAU MAKAN TU AMPA TAK PAYAH RISAU...DISEDIAKAN JUGA TV BOLEH LEPAK DAN LAYAN....
  



Sebelum balik of cause kita wefie dulu dengan tauke kedai....

Memory Of Ladang Teh Boh | Cameron Highland

Setelah hampir 6 tahun SS tak ke Cameron Highland. Tahun nie suami merealisasikan permintaan SS untuk singgah naik ke Cameron.Walaupun kami tak stay kat sana tapi SS cukup happy sebab dapat naik sekali lagi CH bersama anak anak...So SS tak mau nak cerita apaun kat sini sebab for sure ampa semua tau apa yang ada kat sana kan....So just nak sharing ja dengan ampa gambar yang sempat SS ambil...




Percutian pertama Zarif Dan Zill untuk tahun 2018

Muka tak berminyak hokay

impian tercapai bila dapat naik kat sini...Tapi tak lemak minum sebab pack gilaaaa


Rehat separuh bukit....sakit kaki

Ibu dan Abah




Bila sorang buat perangai tak mau ambil gambar sekali..maka dapat sipi sipi ja



Ini FIL saya....

anak abah :")




Masa kat atas bukit ladang teh nie memang sejuk sebab angin kuat.Tapi tak ada lah sampai mulut keluar asap tapi memang rasa seram sejuk kot...Anak anak memang seronoj...dok jerit ja..ibu sejuklah....



Thursday, July 12, 2018

Percutian di Swiss Court Holiday Apartment Damar Laut |SGI VACATION GROUP



Seriously dah bertahun rasanya tak p bercuti.sejak ada anak anak nie memang nak p bercuti tu tak pernah ada dalam kepada otak nie. Sebab pertama ialah bajet tu sentiasa belum mencukupi untuk bawa anak anak bercuti. Kami pun tak pasti bagaimana pihak SGI Vacation Group nie boleh dapat  contact no kami dan tawarkan kami untuk entittle voucher . So macam p taklimat tu memang dia actually nak promote company depa punya programe percutian.Tapi kami tak memilih untuk menjadi ahli sebab kami bukan kaki berjalan. So lepas tu kami dapatkan voucher. sambil tu jugak dia ada minta beberapa nama untuk direkemenkan.So SS ada senaraikan....bukan sebab nak ampa jadi ahli or sebaliknya tapi nak bg uolls juga dapat free percutian..

So kali nie sekali lagi kami dapat voucher percutian kedua daripada SGI VACATION GROUP. Untuk kali nie SS dapat percutian 3 Hari 2 Malam.

Kami diberi pilihan antara:


  • SWISS GARDEN MELAKA
  • SWISS GARDEN RESIDENCE KUALA LUMPUR
  • SWISS COURT APARTMENT DAMAR LAUT LUMUT,PERAK

Setelah berbincang dan membuat kiraan bajet paling murah kami pilih untuk ke SWISS COURT APARTMENT DAMAR LAUT LUMUT,PERAK sebab dia dekat jugak dengan Ipoh dan boleh bodek suami naik ke Cameron Highland.

So maka kami Check in di Swiss Apartment, Alhamdulillah kami diberikan bilik Studio dimana dalam bilik nie disediakan 1 katil Queen , Set Sofa, Dapur,Toilet. So senanglah jugak.Lagipun studio nie luas dan memang selesa untuk family yang berkeluarga. OF cause bila ada anak nie, SS akan bawa toto extra untuk bagi anak anak tidur.Nak request extra beg memang ada caj tambahan.Batter bawa toto sendiri kan lebih jimat.


Ini gambar Apartment dia...(cari dalam google)
Inilah Studio Apartment yang kami dapat.Selesa dan luas tau.


Untuk ruang dapur, disediakan dapur elektrik, set periuk,set pinggan dan mangkuk untuk memudahkan anda memasak.

Coffie table of cause wajib ada

Kami dapat bilik paling bawah sekali....so bukak pintu /tingkap nampak padang golf


Mandi time

Swimming Pool dia pun memang besar dan best.Ada untuk dewasa dan kanak kanak.

 Kalau ampa perasan kat gambar nie, nampak pelampung yang besar tu, actually yang tu boleh disewa tau. Yang besar RM20/pcs kecil RM5 . Kalau rasa terlupa nak beli boleh ja sewa kat sana.


Sambil tu kalau rasa nak bersenam kaki, boleh mai jalan atas batu reflexology nie

Ini lobby 



So kalau ampa rasa nak p stay kat sini boleh trylah.CUma nak pesan sikit. kawasan Swiss Court nie memang sangat tercorok tau.lebih kurang 30km dari pekan lumut. So klu ampa nak stay boleh bawaklah barangan nak masak, macam maggi, teloq dan sebagainya. kawasan dia memang sangat sunyi tau. 

Masa Check out, saya tanya harga 1 malam. Kataya klu members : RM120 / semalam dan Bukan Members RM135.


Sekali lagi SS nak ucapkan terima kasih kat SGI VACATION untuk percutian yang best nie :)

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels