Wednesday, June 21, 2017

20 BENDA WAJIB ADA DALAM HANDBAG SEMASA BERAYA








Nampak macam cantikkan tapi apakah kepentingannya sesebuah HANDBAG bagi wanita???
Mungkin ampa asyik sibuk ja dia pakai handbag brand apa. Tapi adakah handbag itu memainkan peranan yang penting terutamanya DIPAGI RAYA???

Jom saya nak share TIP BERAYA DENGAN HANDBAG .Semoga tips yang saya sharing berguna untuk anda yang nak pergi beraya. Paling penting anda perlu tahu apa keperluan yang anda perlu simpan dalam handbag. Sebab tu suami saya selalu cakap Handbag saya nie macam poket doremon...


"20 BENDA WAJIB ADA DALAM HANDBAG SEMASA BERAYA"


1. BEGDUIT / PURSE
Yang nie memang tak mau nak cerita panjang. Tak ada purse memang susah sebab dalam tu segala IC,LESEN dan KAD ATM semua ada.. So benda nie antara paling penting yang anda perlu bawak bersama. 



2. PENGEPIT KUKU
Ini sebagai pengganti gunting.Katalah anda benda yang benang tertetas kat baju ka amp boleh ambil sepit kuku untuk potong benang tu. pehtu kot kot lupa nak potong kuku ka, boleh ja guna sepit kuku nie potong kuku walaupun dalam kereta. 


3. SAVETY PIN
Ini paling wajib ada, Beli ja kat kedai mamak 2 size yang besar dan kecik.benda nie kita tak mintak..kot kot lepas ampa makan cakuk kain ka cakuk seluar ka tercabut..pin nie lah penyelamat anda...betoi tak...pernah tak tetiba ada kain ampa nak terlondeh ampa cari pin tak jumpa..jenuh dok pegang pinggang sementara nak cari kedai mamak.


4. BEKAS JAHIT MINI
Like always, beli ja kat DIY dalam rm3.90 tak silap. ada jenis mini poket so ampa senang nak bubuh dalam handbag...pakai baju baru jangan ampa feeling jahitan kemas tak boleh tertetas tau.....semua nie pernah berlaku..sebab tu benda nie wajib ada....


5. HANDPHONE + POWERBANK
ada handphone boleh selfie...bateri kong powerbank ada...= meriahkan hari raya tanpa alasan " kak pinjam charger boleh tak, bateri kong" - bil elektrik ampa nak bayar ka????


6. PLASTER
Terutama pompuan yang baru beli kasut. Confirm lepas 1-2 jam mesti kaki ampa dah melecoqkan...pehtu mood raya pun dah out dok menyumpah serana sebab sakit kaki...hahahhaah so ambil plaster satle cerita..boleh ja ampa sambung p beraya sampai tengah malam.



7. KERONSANG EXTRA
lepas nak solat, tetiba jeng jeng jeng pin patah ...jenuh nak lilit macma mana pulak. Dahlah uolls jenis tak reti nak tukar style shawl..maka keronsang extra yang ada dalam handbag andalah yang akan menjadi penyelamat.....



8. VITAMIN ( JIKA ANAK PENGAMAL VITAMIN)
Terutama mereka yang mengamalkan vitamin ( SHAKLEE) macam saya, memang wajib kena ada macam VItamin C, Vitalea , LEcithin, ALfalfa, peppermint ginger untuk memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan selesa sepanjang nak beraya.


9. KUNCI KERETA SPARE
Bukan sahaja suami uolls kena bawak kunci kereta, Uolls sebagai isteri (bagi yang dah berkahwin) kena juga simpan kunci spare. Kita tak minta benda buruk nak berlaku...Katalah contoh anak terkunci dalam kereta semasa uolls nak balik beraya dan isteri belum masuk kereta. maka kunci itulah sebagai bantuan untuk anda bukak pintu kereta...Tak perlu nak tunggu ABANG BOMBA I LOVE YOU sampai....


10. TISSUE BASAH
Nak lap muka yang dah berlomoi..nak lap tangan yang kotoq, nak cuci baju yang terkena kuah kacang dan rendang...dan sebagainya....


11. BARANG MAKE UP BASIC
Benda nie orang pompuan wajib kena ada. Tapi ampa tak payahlah nak bawah besar besar sekadar basic ja macam Compac Powder | Lipstik 1 kaler ja batter | Mascara | Blusher . Segala Fondation tak perlu kot. buat berat beg ja...4 benda nie pun dah cukup...


12. HAND SANITIZER
pencuci tangan nie actually sangat bagus tau. sebab bila kita bersalaman dengan ramai orang macam macam jenis bakteria yang akan transfer kepada kita. So bila kita pakai sanitizer setiap kali kita nak bersalaman atau lepas cuci tangan insyallah akan terhindar dari sebarang bahaya. 1 lagi time raya nie mungkin ada dikalangan anda yang nak p melawat baby baru kan. So sebelum pegang baby tu sapu dulu sanitizer okay....baby kan kulit depa sensatif



13. POKET PERFUME
Nak wangi selalu memang kena sentiasa ada perfume tau...tak perlulah ampa nak bawak 1 botoi yang besar tu...Tak payah nak menunjuk..Sekadar beli yang mini poket ja pun boleh dan memadai....Buat apa nak usung bagai????


14.PEN+BUKU KECIL
Tak perlu tanya untuk apa..Benda nie memang akan diperlukan saat kita tak sangka kita perlukan...


15.DUIT RAYA + SAMPUL 
Selalu untuk raya ja bawak benda nie....kalau boleh yang sampul kosong kena lebih sikit sebab bila kita p beraya mesti sedara kita nanti tanya, " wei hang ada sampul extra, aku punya dah habis"..maka dengan bangganya ampa pun uluq lah sampul kat dia....nampak tak???


16. TUALA WANITA / PANTIESLINER
untuk wanita disaat saat yang tidak diduga....:)


17. UBATAN
Bagi mereka yang memang kena makan ubat ON TIME..Sila bawak ubat anda okay....label dengan elok dan tulis cara makan dengan jelas dan terang untuk memudahkan orang lain membantu anda sekiranya mengalami masalah.


18. Name Card ( bagi anda yang buat bisnes)
nak promote bisnes bukan sekadar cakap mulut, uluq ja bisnes card baru orang tau ampa buat bisnes apa...

19.  Minyak angin | Minyak Cap Kapak | Balm
Yang nie disaat saat genting....rasa pening ka. loya ka, sakit kepala benda nie boleh sapu dan bantu anda kurangkan rasa sakit. kot kot tersangkut dalam trafik jem.....badan tu rasa lega sikit....


20. Getah ( rubberband)
Simpan ja dalam 3-5 keping, boleh digunakan kot kot anak beli keropok nak makan lepas tu dah kenyang boleh ja ikat balik keropok tu dan simpan..JIMAT DUIT...



Semoga tips BERAYA nie sedikit sebanyak akan memudahkan anda dan memeriahkan lagi HARI RAYA UOLLS.....Sharing lah mana tau ada yang nak tahu juga.....kalau ada yang terkurang dan nak tambah boleh ja ikut citarasa masing masing






LOve,
Madam Surianie 



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels