Tuesday, April 18, 2017

Cheese Cake NO BAKE


Gila aiih sapa yang tak suka makan Cheese cake..Habak mai??? Sejak berbulan yang sudah memang SS dok teringin nak buat cheese cake. Tapi tak menjadi nak buat sampailah 1 hari lepas dah beli semua barang dengan lengkap baru SS boleh nak try buat sendiri Cheese Cake tanpa bakar..Just Freeze ja..

Jom seperti yang ampa dok tengok kat Fb..Meh SS sharingkan sikit cara nak buat Cheese Cake

 No automatic alt text available.

BAHAN YANG AMPA PERLU IALAH :
  • Cream Cheese 250gm
  • 1 kotak wipping cream
  • 1 cup gula halus
  • Biskut Oreo
  • Asen Vanila


Image may contain: one or more people and people sitting

CARA NAK BUAT:

  • hancukan oreo sampai lumat yang nie untuk jadikan tapak bawak kek. klu nak beli yang hancur pun ada jugak.
  • masukkan 3 sudu mentega dan gaulkan sehingga rasa serbuk oreo melekat
  • masukkan dalam bekas dan tekan sehingga rata ekmudian sejukkan selama 15minit ditemoat sejuk beku.
  • pukul wipping cream sehingga kembang dan sejukkan selama 15 minit
  • pukul cream cheese sehingga kembang , masukkan sedikit vanilla asen dan 1 cawan gula, gaul sehingga sebati. 
  • campurkan bersama wipping cream dan cheese sehingga sebati
  • masukkan campuran tersebut kedalam mangkuk yang telah siap diletakkan oreo tu.
  • PAtahkan sikit oreo dan ampa taburkan atas kek
  • sejukkan selama 2 jam atau lebih...


Image may contain: food


Lepas tu jadi macam nie.....memang so melthing, sedap...berlemak dan creammy....

Image may contain: food and outdoor


Selamat mencuba....Sorrylah kalau ada benda yang tak lengkap..SS pun pakai youtube ja tau....



Love,
Madam Surianie

Monday, April 17, 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016



Assalammualaikum....rasanya masih sempat lagi kot nak sharing sikit cerita kegembiraan yang berkobar kobar dihati bila dapat tahu yang SS nie dapat 
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016....
To be honest SS memang sangat sangat menharapkan dan mengimpikan anugerah ini sejak menjadi penjawat awam. Masa awal kemasukan memang tak tahu ttg adanya anugerah macam nie. Tapi lepas lama kelamaan baru SS sedar tentang kelebihan bila kita dapat anugerah sedemikian. Alhamdulillah untuk tahun 2016 SS telah diberikan kepercayaan diantara 7 kakitangan yang layak untuk menerima anugerah tersebut.

Masa Pengarah panggil nak jumpa kat bilik dia memang rasa hati nie berdebar gila.Mana taknya tak pernah kot pengarah panggil. Takut jugak klu SS ada buat salah atau melanggari tatatertib...memang kecut gila aiih....So SS pun berjumpa dengan hati yang tenang...\

Masuk ja kat bilik pengarah tu, dia tak cakap apapun just tunjuk terus surat yang bewarna kuning..taraaaa....mulanya memang tak tahu pun surat apa pulak nak dapat nie...rupanya surat pemberitahuan tentang PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2016...Masa dapat ja surat tue, memang rasa cam nak menangis uolls...serious....memang tak sangka tahun nie SS diberikan kepercayaan untuk pegang anugerah nie....selamba ja SS cakap depan pengarah "Alhamdulillah akhirnya dapat jugak saya pegang anugerah nie.Terima kasih Tn,Haji atas anugerah nie....".
.
.
.
.

 Bukan sebab duit RM1000 uang dia bagi tapi sijil yang sangat bermakna tu...Nanti dah terekod dalam buku perkhidmatan. Rekod cantik dah tertulis....Memang orang cakap bukan senang nak dapat tapi alhamdulillah tahun 2016 memang SS all out tau..SS memang aktif walaupun tahun tu SS baru ja lahirkan anak ke-2. Start masuk kerja dah aktif dan SS pun dah pecah rekod 2 tahun berturut-turut tak ada Cuti Sakit. Bukan senang nak senang tau. Yang penting kena ada kekuatan minda dan fizikal untuk kita kuat. SS tak mau nak cerita panjang SS nak cerita sikit semasa majlis APC baru baru nie







Majlis Anugerah APC telah diadakan di Hotel Everly Putrajaya pada 29 April 2017. Tak semua penerima APC kat jabatan SS yang pergi hanya kami 5 orang saja yang hadirkan diri di Majlis tersebur.Meriah jugaklah majlis nie. Kebanyakkan yang datang adakah pangkat-pakat pegawai atasan. kalau tengok pada buku Aturcara tu SS sorang ja gred Pegawai Khidmat Pelanggan..bangganya....
ehehehhhe...

Buku Aturcara Majlis 

Nampak tak muka skema kat situ


Untuk majlis ini memang SS tak prepare langsung kata nak pakai baju apapun. NAsiblah sempat jugak tempah baju kebaya dekat budak opis..Nasib sempat siap.Mana taknya 1 bulab lebih SS tak masuk kerja dok sembang dengan akak tu dalam wassap ja...1 hari sebelum APC tu baju siap..nasib elok boleh pakai....SS pilih nak pakai warna merah sebab nak bagi nampak terserlah..Memang tak ada bling bling apapun...just baju biasa ja...tudung pun beli last minit....cantik kan....MAke up pun tak..just pakai blusher, lipstik dan lukis kening dan pakai maskara.....simple ja tak mau over...






Sebelum kami balik, sempat jugak ambil gambar dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi YBhg Datok Seri Panglima Wilfred Madius Tangau . Siap dapat duduk sebelah okay..bukan senang tau....semua pakat malu malu SS teroi duduk sebelah dia...



Barisan Penerima Anugerah APC dan Pesara Jabatan Kimia Cawangan Pulau Pinang



Bersama Ketua Pengarah Kimia YBhg Datuk Haji Ismail Bin Talib 



Kakitangan Jabatan Kimia Malaysia 


Akhirnyaaaa..........Sijil Merah tu dah ada kat tangan..NAsib tak meloncat ja time nie..nasib pakai heel kot...kalau tak memang dah lompat dah....Memang seronok sangat walaupun time tu memang tak ada geng yang gila ambil gambar , gambar tak ada yang gila gila sikit..hehehhe....Apapun memang rasa seronok sangat dapat hadirkan diri dalam majlis yang gilang gemilang nie walaupun dalam hati dok teringat anak anak kat rumah...Terima kasih kat suami sebab izinkan SS datang ke Putrajaya untuk mengambil Sijil APC 2016....ALhamdulillah semoga kenangan sepanjang majlis nie akan sentiasa terpahat di hati SS...Insyaallah..Kita tak akan tahu masih adakah peluang untuk kita meraih sekali lagi anugerah ini....Hanya Allah yang tahu...




SURIANIE BINTI SAMSUDIN
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
GRED N19
JABATAN KIMIA CAWANGAN PULAU PINANG


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels