Wednesday, December 14, 2016

Creative Large Computer Desk Pad Mat | RM35 sahaja


Serious Comel kan benda nie!!! Cuba mengaku cepat cepat siapa suka benda comey comey nie??? angkat tangan!!!Benda nie namanya 

Creative Large Computer Desk Pad Mat

sekarang alas nie memang tengah trending..sebab apa dia trending?? sebab dia so comel dengan warna yang sangat soft...serious anda wajib ada 1 dan letak kat opis atau kat rumah. Bagi uolls yang ada SOHO kat rumah..boleh letak lepas tu selit gambar dan memo ..mesti lebih menarik kan.
Kalau student yang memang ada meja study pun boleh hias bagi nampak comel.So bila ada tempat/ ruang yang best baru ada semangat nak study kan...



Kenapa kena beli Creative Large Computer Desk Pad Mat:

  1. 1 poket barang
  2. 3 poket gambar ( transparent )
  3. Ruang Tranparent yang luas memudahkan anda memaparkan nota.
  4. Ruang untuk mousepad
  5. 6 warna pilihan yang comel
  6. Kalis Air
  7. Pengukur transparent




Sekarang anda boleh dapatkan :

Creative Large Computer Desk Pad Mat

dengan saya di IG saya...( akan upload segera ) @redgincu_official dan @shakleepenangmurah 
atau boleh terus whatsapp saya di 0195434377 untuk pembelian






Ini ukuran Creative Large Computer Desk Pad Mat 





Terdapat 6 jenis warna yang boleh anda pilih :

  • hitam
  • aqua
  • cream
  • peach
  • dusty purple
  • biru


selalunya kalau orang jual sangat mahal ...ada yang jual hampir rm70...tapi SS jual hanya :


RM35 free postage tau untuk semenanjung Malaysia
RM40 free postage untuk Sabah / Sarawak

Whatsapp untuk beli : 0195434377







Friday, December 9, 2016

Kerjaya sebagai seorang AGENT SHAKLEE


Agent Shaklee...Itulah tittle yang SS pegang dah nak masuk 4 tahun. Join Shaklee sejak 2013 masa pregnant anak sulung. Tak sangka dengan bermulanya menjadi agent shaklee kini bisnes ini menjadi pernigaan utama SS dan dalam tempoh 1 tahun SS buat Shaklee nie, dah 2 tangga pangkat yang SS Pegang. Alahmdulillah. Tak pernah terfikir untuk pergi jauh dalam bisnes nie.

MAcam ornag cakap bukan senang nak senang...bukan mudah nak berjaya..Tapi dengan kesungguhan dan kekuatan serta kerajinan anda mampu untuk kecapi setiap impian yang anda inginkan. MAcam buat shaklee nie, bagi anda yang nampak susah..memang akan susah tapi kalau anda nampak mudah ia akan jadi mudah. Yang penting MIND SET!!!!! kalau asyik fikir negatif sampai bila pun akan fikir secara negatif.



USUNG ANAK ANAK KE BRANCH

Antara perkara yang paling susah untuk dibuat ialah macam mana nak handle anak anak kecil sambil berbisnes?? susahkan...mungkin ada yang tak berani nak buat sebab tak ada suami sebagai pembantu. Tapi secara jujurnya SS selalu juga usung anak anak SS untuk ke branch Shaklee untuk ambil Stock tanpa suami sebab kekadang suami SS sibuk bekerja. Bagi SS bila kita bawa anak anak, kita rasa akan lebih bersemangat nak berniaga sebab merekalah sumber kekuatan untuk kita cari duit. Cari duit untuk besarkan mereka. Bisnes Shaklee nie mudah, orang cakap bisnes berkeluarga sebab kemana saja anda boleh bawa anak bersama, even kalau p branch pun staff kat sana dah kenal......so anak pun dah tau tujuan nak ke shaklee, kekadnag tu dia pun tol0ng nak angkat barang barang shaklee...

















MODEL MODEL SHAKLEE  SAYA

Bila bab bab nak promosi barang tu, kekadang SS akan ambil family SS sendiri untuk jadikan model,sebabnya shaklee tak ada DUTA PRODUK. Maka kami Agent Shaklee adalah duta shaklee, maka kami sendiri yang jadi model. Sebab itu seronok buat shaklee, feeling jadi retis pada bisnes kita. Tak perlu pun nak p shoot kat studio ka atau nak kena dressing bagai..Just sekarang sharing slumber ja..lebih menarik...ada yang suka cara macam nie..save cost ja....Tapi kalau ada rezeki lebih boleh ja buat studio shoot. Tapi SS pilih cara santai untuk promo bisnes Shaklee SS. suami, anak anak dan SS sendiri akan posing dan sharing tentang khasiat Shaklee...











DELIVERY PROSES

Sekarang nie Shaklee lebih mudah dari dulu, sebab Shaklee ada web yang memudahkan kita buat tempahan secara online dan shaklee akan bantu terus pos barang kepada pelanggan. Tak macam dulu kena p branch order barang dan pos. Kena berpanas berpeluh dan beratur panjang. Kini lebih mudah sebaB adanya www.shaklee2u.com.my . Tapi bagi SS sendiri, SS lebih suka simpan stock sebab memudahkan pelanggan yang duduk dekat dengan SS boleh beli dan ambil secara terus. Jangan risau anda tak perlu pun buat macam nie. Tak perlu nak susahkan diri sendiri.  Tapi bila ada stock sendiri SS akan selalu pos tentang aktiviti harian SS, post barang ja, susun barang shaklee ka atau apa apa aktiviti yang ada...Lebih meriah dan lebih membuka mata ramai orang untuk join dan buat bisnes Shaklee. 




 


  











APPLIKASI 

Sekarang nie dah banyak sangat aplikasi yang boleh guna kalu nak buat bisnes. Nak setting post kat media sosial. malah ia lebih mudah untuk anda menguruskan kerja kerja rumah dan uruskan anak. Antara aplikasi yang saya pakai :

  • HOOTSOOI - untuk setting autopost saya
  • RHONNA - edit gambar
  • FOLLOWERS IG - untuk setting followers saya
  • PHOTOGRID - edit gambar
dan ada banyak lagi applikasi yang saya guna untuk memudahkan urusan bisnes shaklee saya.Bagi anda yang nak berjaya kena cari alternatif tau. bukan guna cara lama..pakai cara baru...




MASA BERSAMA FAMILY

Seronok buat Shaklee sebab SS ada 100% masa bersama family terutama sekali bila ada anak kecil nie..kenapa SS cakap macam tu??? yelah mana taknya buat shaklee nie anda tak perlu pun nak bukak kedai besar..modal besar nak kena duduk kat kedai tunggu pelanggan dan macam macam lagi...Semua nie ada dalam handphone anda..kedai anda semua didalam media sosial..Main phone depan anak anak..Nak p berjalan pun masih berbisnes..Kalau dulu masa ada butik pengantin SS memang taka da time dengan anak anak dan suami sebab nak kena ada kat butik handle wedding customer. Tapi bila ada shaklee seriousss sangat mudah memang seronok....Dan bila kita ada dengan family sendiri kita akan lebih semangat nak buat SHAKLEE...percayalah....

Gamber tak berapa clear


Apa itu Krisis Pemulihan | madamsurianieshaklee



Assalammualaikum semua..Hari nie SS nak berkongsi info tentang APA ITU KRISIS PEMULIHAN..Selalunya perkara ini terjadi semasa anda mengambil sesuatu produk makanan sampingan. Jangan tersalah anggapan bila anda mengambil sesuatu suplimen, anda akan alami beberapa simptom. Ada yang panggil kesan negatif..Bila berlaku perkara nie, pengguna selalu akan salahkan produk tersebut sebab tak bagus dan sebagainya. So inilah info yang paling penting untuk anda tahu...

Apa Itu Krisi Pemulihan??

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplimen dietary.  Simptom- simptom  ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplimen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun  tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama, sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supliment Dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman ( perut kembung, lapar ), cirit-birit , kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan sebagainya.

Simptom simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat yang secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini..




Thursday, December 8, 2016

Kepentingan ESP untuk Ibu Hamil





Anda Hamil???? Tapi tak tahun nak beli supliment apa?? atau sekadar makan vitamin yang klinik bagi??? Cuba tanya pada diri anda?? adakah cukup nutrisi untuk dibekalkan kepada bayi anda selama 9 bulan kehamilan . Jom ketahui apa kebaikan jika anda amalkan pengambilan ESP dari Shaklee


KEBAIKAN ESP UTK IBU HAMIL ~

  1. - ESP shaklee adalah supplement terbaik untuk penyediaan badan ke arah proses penyusuan
  2. - memberi extra energy untuk ibu-ibu yang sering keletihan dan tidak larat.
  3. - bagus minum ESP jika ibu-ibu sering mengalami gastrik
  4. - membantu meningkatkan sistem imun badan ibu supaya ibu merasa lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit (demam, batuk, selesema)
  5. - ibu hamil yang pernah mengambil ESP mengatakan berat badan mereka lebih mudah turun selepas bersalin
  6. - membantu melembapkan dan menghaluskan kulit ibu
  7. - boleh diminum walaupun setelah bersalin bagi memulihkan luka dalaman
  8. - membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah ketika hamil



Kepentingan ESP untuk bayi



Apabila anda hamil dan mencari supliment untuk menyalurkan sumber nutrisi yang lengkap untuk bayi didalam kandungan anda. Apakah yang anda pilih???
Selalunya kalau ada yang bertanya pada SS, SS ambil apa sepanjang kehamilan??? Secara jujurnya SS akan bgtau SS wajib ambil ESP. Sebab ESP adalah sumber protein yang bagus untuk pertumbuhan / perkembangan bayi tambahan pada trimester ke 3...Protein memang sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan...




Sebab itu selepas bayi dilahirkan anda boleh dapat perbezaan kulit bayi yang mendapat khasiat dari ESP dan bayi yang tidak mendapat khasiat ESP..nampak kulit mereka lebih licin dan gebu...Masa hamil memang SS ambil ESP sebab nak kulit anak SS tak ada masalah contoh macam enzema, alergik dan sebagainya..Alhamdulillah lepas bersalin 2 2 anak SS tak ada masalah kulit....


5 KEBAIKAN ESP UNTUK BAYI

  1. - protein soya dari shaklee sangat baik untuk perkembangan janin (sel terbentuk melalui protein)
  2. - baik untuk kulit bayi, maksudnya bila bayi dah dilahirkan..kulit bayi akan gebu dan cerah.
  3. - protein membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
  4. - keperluan protein yang cukup ketika hamil bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan penghasilan susu
  5. - keperluan protein semakin penting ketika memasuki trisemester ke-3



Anak 1st

Anak ke-2

Wednesday, December 7, 2016

3 Fakta Tentang Ibu bersalin Czer


Entah kenapa secara tiba tiba SS teringin sangat nak google cerita tentang bersalin secara pembedahan atau orang panggil czer....So bila terbaca beberapa entry..SS nak kongsi 1 entry yang memang sangat terasa ketika SS sendiri merasai 2 kali perasaan bersalin secara operation. So hari nie SS nak kongsi jugalah entry nie..Mungkin ada yang tertanya tanya....

3 FAKTA PENTING UNTUK IBU YANG BERSALIN SECARA CZER


Fakta 1:
 Ibu yang bersalin secara czer merupakan seorang yang berani

Tahu kenapa saya katakan demikian, ini adalah kerana saat si ibu ditolak ke bilik pembedahan, ibu akan berseorangan jarang sekali kita lihat suami boleh temankan isteri mereka di ruang pembedahan.
Masa epidural diberikan kepada si ibu, mereka berseorangan dan hanya bertemankan doktor serta jururawat(mungkin masa ni yang kita dengar suara doktor atau jururawat je).
Si ibu hanya berbaring di meja pembedahan, dan di saat ini dengan rasa sayang yang sangat kuat kepada bayinya si ibu membiarkan sahaja apa yang terbaik untuk mereka. Walaupun hakikatnya yang terbaik ini akan meninggalkan luka pembedahan serta parut sepanjang hayatnya.
Jika anda belum melalui pengalaman melahirkan anak secara pembedahan. Cuba bayangkan anda di tempat mereka, baring diatas meja pembedahan tersebut, tunggu dan mungkin dalam ketakutan. Mesti anda akan setuju dengan kata-kata saya ini yang ibu melahirkan baby secara czer ini seorang yang sangat berani.

Fakta 2:
 Ibu yang bersalin secara czer merupakan seorang yang kuat 
Kalau tanya kepada ibu-ibu yang hamil tak banyak yang akan pilih untuk melahirkan anak secara pembedahan ni. Cesarean merupakan pilihan yang terbaik sekiranya terjadi komplikasi sama ada kepada si ibu atau kepada anak dalam kandungan mereka.
Ada juga ibu-ibu czer ini hanya mempunyai beberapa minggu untuk siapkan diri bila rancangan mereka untuk bersalin secara normal tiba-tiba berubah. Pilihan yang ada bersalin secara czer dan mereka tidak tahu berapa lama mereka harus tunggu selepas kelahiran sebelum mereka dapat mendukung anak mereka.
Biasalah, kita manusia kadang-kadang tak boleh terima perubahan secara tiba-tiba ni kan. Tapi cuba bayangkan bagaimana ibu-ibu yang melalui perubahan ini secara tiba-tiba.Dengan keberanian yang sukar digambarkan, ibu-ibu ini kuat ini memasuki ruang pembedahan dan lahirkan bayi mereka.
Dan kemudian pembedahan sebenar pun berlaku di bilik bedah. Perut dibedah kemudian dijahit semula untuk menutupnya. Pemulihan mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan.
Secara emosi dan fizikal , wanita-wanita ini sememangnya orang yang kuat. kekuatan ini bukan sahaja pada hari pembedahan ; kekuatan ini akan terus bertahan hingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu, badan dan jiwa mereka akan pulih sepenuhnya, mungkin mereka akan mula membina impian untuk menimang cahayamata lagi.

Fakta 3: 
Ibu yang bersalin secara czer merupakan seorang yang cantik
Menjadi seorang ibu pasti akan meninggalkan parut pada kita . Sesetengah mereka mungkin secara emosi dan ada juga secara fizikal . Namun ibu yang bersalin secara czer ini biasanya akan dapat kedua-duanya. Namun parut mereka adalah tanda dari kekuatan dan keberanian yang mereka miliki apabila mereka melahirkan anak . Parut ini adalah pintu yang membawa anak mereka ke dunia ini.
Saya agak kagum dengan perbezaan parut ini dari segi tekstur, panjang dan tempat bedah. Setiap parut memilik cerita yang tersendiri. Saya terpesona dengan bagaimana parut ini berubah dari masa ke semasa , bagaimana parut ini akan pudar. Parut ini adalah tanda pengorbanan seorang ibu, ianya sesuatu yang indah dan cantik. Daripada mereka menyembunyikan parut ini dengan rasa malu, kita perlu galakkan mereka untuk rasa yakin dengan parut mereka kerana itu adalah tanda kekuatan dan keberanian yang tak terhingga untuk lahirkan bayi mereka.

Tak kiralah bersalin normal atau secara pembedahan pasti ada kisah yang tersendiri. Hargailah ibu anda ye, jumpa lagi di lain artikel.
Terima kasih buat : Sumber artikel sebab buat artikel yang best nie..simple tapi menarik..
Yang penting SS antara jutaan ibu ibu yang bersalin secara czer...

Inilah 2 permata yang SS lahirkan kedunia ini secara CZER,,,,pengalaman yang tidak dapat dilupakan.....

Friday, December 2, 2016

Alhamdulillah Syukur



Selalu orang akan cakap...Bagus kalau anak sulung tu anak lelaki sebab nanti dia boleh jaga adik adik dia...Dia jaga mak dengan ayah dia... Bila pregnant anak ke-2 orang cakap lagi...nanti dapat anak perempuan pulak baru sepasang...Baru best....Itulah yang akan kita dengar setiap hari bila topik berbual anda ialah " ADA ANAK "

Masa pregnant anak sulung tu memang dah tau pun anak lelaki...So biasa biasa ja..tapi yang kedua nie dok teruja nampak macam perempuan..Ramai cakap anak perempuan sebab tengok pada perkembangan fizikal yang ternampak pada susuk tubuh wanita mengandung nie...hehehehe..tapi akhirnya hero jugak....memang sedih jugak tapi SS bersyukur sangat sebab kedua dua anak SS nie sihat alhamdulillah

Tapi bila tengok 2 2 membesar depan mata...bergaduh bersama..main bersama....tenang ja....Bila ingat ingat balik sebenarnya SS sangat bersyukur bila dapat 2 anugerah dan 2 amanat yang Allah dah beri pada SS untuk jaga mereka. Selalu terbayang...bila nanti depa dah besar...depa mesti akan ada gopren....ada marka..pehtu putus cinta...pehtu couple balik...lepas tu depa kawin...lepas kawin depa akan taat pada ibu...
Ya allah besarnya pengorbanan seorang ibu....untungnya ada anak lelaki....syukurnya...Kalau dapat anak perempuan..lepas dia kawin mesti dia akan tinggalkan ibu dia.....iut suami seperti mana yang SS buat sekarang...sedih jugak nak berpisah dengan mak sendiri kan....

Anak-anak ibu...Ibu nak pesan..
Nanti dah besar,....
ampa 2 dah kawin..
dah ada anak..
dah ada isteri,...
Jaga depa bebaik...jaga hati mereka jangan bagi depa sedih....
bahagiakan depa...
Yang paling penting..
ibu nak zarif dan zill jangan sesekali lupakan ibu
Tak kisah kalau tak duduk sekali dengan ibu..demi kebahagian rumah tangga awak
Tapi kerap keraplah jenguk ibu yer...
jengok abah...itu ja ibu pesan...




Tapi SS paling seronok bila tengok 3 lelaki handsome yang menjadi penyeri dalam hidup SS sekarang nie..3 orang bodyguard yang akan sentiasa jaga ibu dari belakang....dari kiri dan dari kanan..
kalau ada adik no 3 lelaki juga...dia jaga depan....ibu ada tengah tengah.....ibu rasa selamat sangat....

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels