Wednesday, November 30, 2016

Malang Tak Berbau | Cik P Tak Sihat


13 November 2016 Tarikh yang tak akan aku lupakan..Serious sepanjang SSbawa Cik.P nie memang susah nak berlaku apa apa...Tapi malam kejadian tu memang rasa sangat menyesal keluar rumah semata-mata nak p makan Tandoori Kapitan. Lepas Solat maghrib tu, SS bersiap dan bawak si Abang Zarif untuk ikut bersama beli makan . Masa on the way nak p, semuanya alhamdulillah berjalan lancar. Kami pun siap sempat lagi makan aiskrim kat Biq Apple Queensbay...Lepas makan asikrim tu, ambil tandoori dan terus balik. 
Mungkin Allah dah bagi petanda, si Zarif tu secara tetiba cakap nak pakai Seatbelt, sebelum nie memang tak jarang nak pakai..klu pakai pun sat ja...Car Seat Baby pun dah tak pasang sebab kereta nie suami memang buat pakai Grab Car. Lepas ja Tesco kat Jelutong tu, tetiba zarif yang sedang berdiri dia pun duduk...Memang dia pun rasa tak sedap hati kot...Yang SS nie dok menyanyi dan si zarif pun dok bising suruh SS diam. Sampai kat simpang nak masuk rumah tu kiranya kereta SS nie ada paling belakang sekali...secara tetiba...
.
.
.
.
.
bangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg....
kuat gila.......nasib SS sempat pegang Zarif dan dia jerit ibuuu dan erus menangis...
.
.
.
SS tengok kat belakang tak tampak pun lori or kereta....rupanya tengok kat sebelah kiri kereta ada sorang budak lelaki bangun...SS pun terus matikan enjin dan ambil zakwan terus keluar dari kereta...
Rupanya motosikal yang langgar SS daripada belakang...
teruk jugak.....Nasib Zarif tak ada apa apa....
.
.






Nasiblah tak ada yang teruk....Tapi yang teruknya motor yang langgar kereta SS tu total lost....bayangkan betapa lajunya budak yang bawa motor tu handle dia terpusing 360 darjah....








Nasiblah budak tu tak terperosok bawah kereta..klu tak lagi jenuh nak menjawab....So now Cik.P memang tak boleh nak gerak banyak sebab masa motor tu masuk bawah kereta, mungkin tayar motor tu dah bantai tayar belakang menyebabkan tayar CIk.P lari... So terpaksa towing...aduhai....1st time selama 2 tahun beli Cik.P nie..Inilah kasi pertama terpaksa berenggang dengan Cik.P selama berminggu..entah berminggu...berbulan...tak taulah....dugaan sungguh..
Tiap hari terpaksa naik motor..Bukan apa cian kat anak-anak...
tak selamat kalau naik motor...bahaya tu tersangat luas untuk berlaku...Semoga Cik.P nie cepatlah siap....Boleh suami buat GRAB CAR
.
.



Alhamdulillah SS memang tak alami sebarang kecederaan cuba bahu kiri rasa sakit sebab mungkin terasa hentakan yang kuat masa accident tu... Yang penting sekali Zarif pun selamat....Syukur Alhamdulillah......






My Cute Little Planner 2017 | PlannerHut


2017 Dairi....Yes oh yess akhirnya dapat juga SS memiliki dairi yang dah lama gila mengidam nak beli...MAsa nak log in blog nie ternampak ada 1 entry dari blooger lain..buka link tu baru teringat..oh dairi 2017 dah boleh beli...Terlupa yang lagi 1 bulan ja nak masuk tahun 2017.. So lepas SS membuka Whatsapp tu terus ja bank in duit dan beli dairi 2017 nie...
Nak tahu dairi apa yang SS beli???


jeng jeng jeng...

inilah dia
Dairi special daripada PLANNERHUT...Diari berunsurkan Islamic.....






Apa yang special tentang Planner nie???

  1. Hard Cover 
  2. My 2017 Goals & Wishes
  3. Ibadah Checklist
  4. Read Al-Quran by Surah
  5. fitness checklist
  6. Bills To Pay
  7. 52 Weeks Saving Challenge
  8. 2017 Calender
  9. Ramadhan Ibadah Checklist
  10. Ramadhan Menu Planner
  11. Monthly Expences Trackers January - Disember
  12. Colourful Sticker
  13. Little Bookmark

13 Benda yang anda boleh dapat bila beli Planner ini..Yang paling membuatkan SS terjatuh hati nak beli ialah, Setiap pembelian Planner nie, akan didatangkan khas dengan kotak bungkusan yang istimewa. So bila sampai tu planner uolls taklah rasa kemek kemek kiri kanan. Uolls akan terima dengan senyuman yang indah....












So planner nie SS belum lagi nak rasmi..sebab belum ready lagi nak plan untuk tahun depan...Bagi kepala otak rasa relax sikit baru boleh isi...heheeh...Antara perkara yang paling SS suka dalam panner nie ialah :



52 Weeks Saving Challenge

Challenge nie memang sangat bagus bagi mereka yang tak pandai nak buat saving sendiri...Dengan adanya 52 Weeks Saving Challenge nie ia akan sangat membantu uolls untuk buat saving selama 1 tahun....Nampak tk dia dah siap siap buat kiraan 52 minggu bersamaan RM1378



Bagaimana cara ampa nak beli Planner 2017 nie. Katanya ada limited 2000 naskah ja....Tapi pre order tak sure..batter uolls try dulu tanya pada penjual Planner nie...



Bagi anda yang ingin membeli atau nak buat pertanyaan, boleh terus hubungi number yang tertera kat bawah nie :

Chinta Creative : +60 11-2077 7497

Selamat Tahun baru semua....semoga planner nie sangat membantu anda menguruskan urusan kerja / bisnes / peribadi anda dengan mudah dan cepat



Monday, November 28, 2016

Kenapa Asid Folic Penting




Sebagai seorang agent Shaklee, iaitu menjual produk kesihatan terbaik dunia, SSselalu akan pesan kepada semua wanita-wanita kat luar sana , kalau nak dapat baby cepat kena rajin makan Asid Folic. Kenapa asid folic tu penting bagi wanita yang nak dapat baby cepat??? Jom SS kongsikan bersama. Semoga info nie sangat membantu anda yang ingin hamil.



Asid folik
Asid folik sangat sinonim dengan ibu yang sudah hamil kerana mereka hanya mengetahui kewujudan asid folik ini selepas disahkan hamil. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa asid folik ini perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna. Suplemen asid folik ini sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.



Apa itu Asid Folik

Asid folik merupakan salah satu ahli keluarga dalam vitamin B iaitu vitamin B9. Ia membantu badan untuk membuat sel-sel baru yang sihat. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya asid folik kurang di dalam badan, tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas.



Kenapa perlu ambil asid folik sebelum hamil?

Pengambilan asid folik 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru.
Asid folik dapat membantu masalah kualiti sperma dikalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Golongan lelaki disarankan untuk mengambil asid folik diantara 700 - 1000 mcg sehari. Apabila sperma mengalami kecacatan kromosom dan disenyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Jadi, disebabkan masalah ini, ia menjadi salah satu punca kepada keguguran.

Asid folik juga penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dinding rahim.


**************************************************************************************

JIka anda membuat rawatan susulan di  klinik kesihatan , inilah bentuk Asid Folic yang boleh anda dapati secara percuma



**************************************************************************************

Tapi saya selalu rekemen pada kengkawan dan juga Pelanggan untuk dapatkan produk dari shaklee iaitu B complex..



Kenapa SS adviced untuk beli B complex shaklee???
 Ini kerana Asid Folic yang diberikan oleh Klinik kerajaan tidak mempunyai Vitamin b yang lengkap dan mencukupi seperti B complex Shaklee iaitu :

  • B1 - Thiamin
  • B2 - Ribofalvin
  • B3- Niacin
  • B5- Panthothenic Asid
  • B6- Pyridoxine
  • B7- Biotin
  • B9- Folic Acid
  • B12- Cyanocobalamin


Tetapi B complex yang dibekalkan secara percuma di Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3 


BOLEHKAH SAYA CAMPURKAN PENGAMBILAN UBAT DARI KLINIK DAN SHAKLEE BERSAMA??

Ikutkan tak ada masalah..Cuma SS akan adviced untuk diambil selang 2-3 jam selepas.


BERAPA HARGA SEBOTOL B COMPLEX :
Harga Retails : RM56.00 ( 1220 biji = bertahan sehingga 4 bulan ) --- nak harga lebih murah????


BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK INI:
1. Anda boleh terus menghantarkan SMS / Whatspp ke 0195434377 untuk membuat pembelian
2. Selepas pembayaran dibuat..NO tracking akan diberikan selepas barang dipos.






Friday, November 25, 2016

Upin Ipin JEng JEng Jeng | Filem Animasi


Semalam 24 November 2016 adalah hari pertama filem terbaru arahan KRU PRODUCTION iaitu cerita animasi paling top kat Malaysia nie ditayangkan iaitu "UPIN & IPIN JENG JENG JENG". Start tengok teaser cerita nie kat tv SS memang dah cakap kat suami nak bawak anak anak tengok wayang...So seperti yang dijanjikan kami tengok wayang bersama-sama... Memang agak excited sebab 1st time bawak di Zill Qayyim masuk panggung...

OKaylah cerita nie mengisahkan kisah seorang budak perempuan yang dilakonkan oleh Pelakon Kanak Kanak iaitu Puteri Balqis yang memegang watak sebagai Aqish yang tinggal di sebuah Rumah anak yatim. Dia nie minat gila dengan Upin Ipin.Kira barang dia semua ada gambar upin ipin termasuklah pinggan yang dia makan pun guna pinggan upin ipin. Tiap hari dia bercakap dengan gambar upin ipin. Kawan kawan dia suka cakap dia nie berangan ja...Sehinggalah Upin Ipin nie mucul depan Aqish. Tetapi sayangnya orang lain tak nampak wujudnya Upin dan Ipin nie. 
1 hari datang seorang pemuda yang bernama Zaman yang ingin merampas tanah tersebut dan menghalau semua anak anak yatim untuk keluar daripada rumah tersebut. Kak Noreen iaitu anak kepada pemilik Rumah tersebut sangat buntu dan tak tahu apa yang ingin dilakukan sehinggalah munculnya Abang Awie dan Bo yang dilakonkan oleh Remy Ishak.....Dari situ bermulalah kisah cerita ini......





Kehebatan KRU Studio buat cerita animasi nie memang cukup hebat..serious...memang nampak sangan real, nampak macam betul betul Upin dan Ipin ada dengan dunia yang nyata...siap ada bayang bayang tau....Bukan senang nak buat..Memang solute pada KRU sebab hasilkan filem macam nie...




Kemunculan Awie dalam cerita nie dan Remy Ishak antara babak yang agak lucu..rasanya kalau tak ada depa 2 nie mungkin tak best kot...okaylah....nak up sikit TEASER cerita nie untuk ampa tengok...




Nampak macam menarik kan...Tetapi secara jujurnya filem nie tak berapa best sebab boleh dikatakan hanya 40% ja kemunculan Upin dan Ipin...yang selainnya terlalu banyak sangat drama pasal manusia. Masa dalam panggung tu bila time Upin & Ipin keluar tu semua budak duduk diam ja...tapi bila part upin ipin tak ada semua budak budak dah mula buat perangai..nak panjat sana sini...lari lari dalam panggung...cuma paling best cerita nie time Awie nak buat concert..time tu memang ada kemunculan Upin Ipin yang sebenar dan semua kanak kanak dalam konsert tu memang nampak upin ipin..time tu smeua budak dalam wayang pun diam .....So terpulang la pada anda semua nak bawa anak anak anda atau tidak... Cerita dia memang best..ada moral of story jugak...sedih memang sedih..agak agak dalam 3 kali kot SS menanges....sedih bila part Aqish menangis..Yelah budak tu kan memang kalau bab berlakon dia terrer..no wonder orang yang tengok boleh menangis...
So enjoy ur experience tengok filem nie...Best jugak....Just ucapkan tahniah kepada KRU buat filem macam nie. Hope next movie boleh masukkan sekali semua kawan kawan Upin Ipin ..mesti lagi best...insyaallah KRU pasti boleh buat lagi best.....Kami peminat UPin & Ipin :)





Friday, November 18, 2016

Nyawa Dan Harta


Setiap hari inilah permandangan paling indah ..Kalau dulu masa bercinta mesti nak guna ayat ayat bunga kat suami..saya nak awak jadi orang pertama yang saya lihat selepas saya bangun tidur..kan kan kan..

tapi sekarang nie inilah orang pertama yang saya nak tengok...anak anak saya...bantal tu jangan cakaplah berapa punya banyaklah....penuh katil....

inilah NYAWA dan HARTA saya



Thursday, November 17, 2016

Ride A Dinasour | The Top Komtar



THE TOP KOMTAR PENANG
salah 1 lokasi yang kini sering dikujungi oleh penduduk pulau pinang dan juga orang luar. Sekarang nie kalau cakap ja bab The Top memang semua orang tahu sebab sekarang nie CM Penang sedang menaik tarafkan bangunan komtar menjadi sebuah pusat beli belah yang menarik. So SS tak mau certia panjang pasal The Top tapi SS nak cerita tentang pengalaman anak SS naik Dinasour kat The Top.



1 hari masa SS tengah belek belek facebook tetiba ada sorang kawan SS tagged nama SS kat 1 video nie. bila tengok video nie diambil kat The Top Komtar, video budak budak naik dinasour..Mulanya tertanya-tanya juga kat mana benda nie kalau bawa zakwan mesti dia suka sebab dia memang sangat Obses dengan dinasour. So selepas cari dan cari rupanya kat komtar ja, dimana lokasi bangunan yang baru siap kat Komtar, kalau dulu dulu tempat tu ialah tingkat 5 dekat dengan dome komtar tapi now depa dah renovate jadi tempat perlancongan dan rekreasi. So SS pun pakat dengan suami untuk bawa Zakwan naik Dinasour...




.
.
.
.
Maka 1 hari tu kami pun 1 family ke The Top Komtar





Tapi ada sedikit kelemahan masa nak naik The Top komtar nie, Bagi ibu ibu yang ada anak kecil, saya tak advice anda untuk bawa stroller, saya advices anda untuk bawa carrier ja sebab nak naik tangga tu tak ada tangga karen tau. kena panjat tangga. so agak susah kalau anda nak bawa stroller.


Actually kat atas tu masih tak beroperasi sepenuhnya..masih ada beberapa kedai yang belum beroperasi..Kataya nanti Dinasour Theme Park akan buka..Masa kami pie pun belum siap lagi..so sunyi jugaklah....
.
.
So bila dah sampai kat sana, SS terus menuju ke Dinasour Ride. mulanya zakwan takut juga sebab dia ingat itu dinasour betul, memang dia tak mau naik..just nak pegang ja,,,Tapi bila dia sendiri dah pegang dinasour tu baru dia berani kan diri untuk naik. Untuk Dinasour Ride nie anda perlu bayar RM3.00 untuk menaiki Dinaosour dalam anggaran 3 minit sahaja. Dinasour tu akan pusing depan depan tu ja pun....at least budak naik memang seronok....bolehlah bawak anak anak anda naik dinasour. Tengok zakwan naik dinasour memang nampak dia macam seronok gila...tiap hari ajak SS naik dinasour.....













Bagi anda yang nak bawak anak naik dinasour, ini adalah waktu operasinya

ISNIN - JUMAAT : 10 PAGI - 8 MALAM
SABTU - AHAD : 10 PAGI - 10 MALAM




Wednesday, November 16, 2016

Akhirnya Terbongkar Rahsia Kecantikan Dia


Assalammualaikum....hari nie terasa agak moody sikit sebab baru beberapa hari kereta SS terlibat dengan kemalangan. So redha dengan apa yang berlaku..nanti SS cerita sikit kronologi dan pengalaman SS buat claim yang mungkin boleh bantu anda pada masa akan datang. Tapi hari nie SS nak kongsi sikit cerita tentang pengalaman SS dan juga rahsia kecantikan kulit SS...hehehehehe feeling ja SS...Sebelum tu uolls tengok sendiri gambar gambar sebelum SS mengamalkan produk Shaklee.






haaa....tengoklah rasa nak muntah kan sebab kulit dulu nampak beza kot...semua gambar nie masa lepas kawin kira 4 tahun yang sudah. Yang paling nampak kritikal ialah gambar baju purple tu. Yang tu muka bermake up..nampak sangat kulit tak sekata...so bertempek..time nie memang pakai cream safi ja...jaga kulit secara luaran bukan dalaman...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi pada 2013 SS dikenalkan dengan produk Shaklee dari seorang rakan..Actually bila diingat balik produk nie mak dengan bapak SS memang dah pernah makan. So kali nie SS pulak yang makan...siap jadi Ahli pulak....Setelah mencuba berbulan bulan start SS hamil anak sulung sampailah dah beranak dua inilah hasilnya....
.
.
.
.
.
.
SELEPAS MENGUNAKAN SHAKLEE



muka bersih uolls tanpa secalit make up

Yang nie make up sikit ja letak blusher , maskara, lipstik

make up tanpa foudation

no make up

make up sikit ja..


Tapi uolls tengok sendiri hasilnya..Bukan olok olok tapi inilah hasilnya...hasil kulit yang mungkin menjadi idaman wanita zaman sekarang yang nak putih, gebu dan cerah... Kalau mana mana orang tanya pasal shaklee SS akan suggest makan shaklee sebab produk nie memang dijamin selamat. sebab Shaklee tak ada produk tiruan..100 % daripada kilang . Setiap tahun shaklee akan renew sijil HALAL dia. So uolls tak perlu nak risau... Kalau bab lulus sijil KKM tu,,YEs shaklee lulus..boleh ja uolls cari dalam laman web KKM untuk semak status...
.
.
.
Sepanjang SS menjadi ahli shaklee nie, antara produk yang  wajib makan ialah :

ESP | ALFALFA COMPLEX | LECITHIN | VITAMIN C | HERBLAX

sebab 5 produk nie sangat bagus untuk mencantikkan kulit sambil kita detox badan. Bila badan dah detox baru kita makan pil apa pun berkesan dan mujarab..Kalau sekadar makan pil cantik tapi tak detox badan memang susah nak berkesan puncanya toksin dalam badan  terlalu banyak.
kalau saya dah cuba..anda bila lagi??

019-5434377 ---- no ajaib untuk anda hubungi kalau nak cantik masam saya :)


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels