Wednesday, June 29, 2016

Deco Rumah Saya | Step mengecat dinding rumah macam wallpaper

Assalammualaikum semua,

Tersangat excited nak sharing entry pasal deco deco rumah impian kali nie. Taktau pasai apa kali nie rasa teruja nak make over rumah sendiri.biarpun rumah sewa ja belum rumah sendiri..nanti kalau rumah sendiri tak taulah cam mana. So kali nie SS memang dah plan lama nak buat walldeco kat ruang tamu..tapi tak tau nak buat macam mana.Kali nie dah dapat idea iaitu dengan mengecat dinding dengan membuat seni kreativiti pakai tape. tengok dalam page pinterest memang sangat menarik dan membuatkan SS rasa teruja...


So lepas SS upload dalam Facebook last week ramai yang tanya macam mana SS buat cantik macam tu..So hari nie SS sharing dengan anda semua step by step cara nak buat . Hasilnya memang nampak macam wall paper tau....Tapi ini first time SS buat, alhamdulillah menjadi. Tahun nie boleh buat sesi photoshoot kat situ jer....

Barangan yang SS perlukan ialah :
  1. Cat 
  2. Berus
  3. Tape 
  4. Plaster Simen


STEP 1 : Membuat corak 

Untuk Step 1, pertama sekali SS bersihkan wall dengan penyapu ja buang habuk habuk yang ada bagi mengelakkan masalah. ikutkan kena kikis dulu cat yang sedia ada. tapi disebabkan SS hanya nak buat corak , SS tak kikis cat yang lama. Lepas tu SS buat corak seperti yang SS inginkan. kalau anda nak buat bentuk batu bata ker, garisan petak ka, apa saja itu terpulang mengikut idea dan kreativiti sendiri.



STEP 2 : TAMPAL SIMEN PLASTER

 Selepas dah siap buat corak gunakan tape mengikut suka hati, kini giliran suami SS pulak untuk membuat plaster simen. betulkan lubang lubang yang ada. ingatkan susah.senang ja...lepas dah betulkan lubang lubnag yang menonjol tu...tunggu sampai simen plaster tu kering dalam 15 ke 20minit. Lepas tu dah boleh start cat.




Step 3 : PEMILIHAN CAT

Untuk penggunaan cat, SS memang bukan pro sangat tapi apa yang SS buat, SS pie kat kedai cat dan bagitau nak caj dinding. Yang penting kena tau ketinggikan ruang dinding yang uolls nak caj. Macam SS nie pakai 1 litter caj sahaja. SS pilih caj yang mudah cuci kalau anak anak yang suka buat art kat dinding rumah. So uncle tu recomend nippon dengan harga rm44.50. Warna code yang SS pilih ialah GRAPE FREEZE...SS nak warna gelap sikit. tak mau yang cerah cerah sangat....nak bagi nampak macam exclusive sikit la kononnya...hehehheh..Yang bagusnya cat nippon jenis Satin Glo nie, kita tak perlu mix dengan tiner atau apa apa. just cat terus, cuma klu rasa pekat masukkan air dan mix up. lepas tu kalau kena pada tangan pun senang ja nak tanggalkan tak perlu cuci pakai bahan kimia...senang kan...



Step 4 : JOM CAT!!

Selepas semua dah selesai, barulah adan boleh mula mengecat. Kali nie SS tak gunakan cat yang roller tu, tapi SS gunakan alat mengecat yang baru iaitu POINT & PAINT...Nanti SS tunjukkan gambar dier dan review sikit. okay back to cat balik, untuk dapatkan kesan atau warna yang lebih cantik kena buat 2 layer baru cantik. Yang 1st layer SS dap dap kan saja...Lepas tu untuk 2nd layer baru SS ratakan semua cat...



Lepas dah siap jadi macam nie. Bagusnya cat nippon nie, ia cepat kering.So kita tak perlu risau kalau ada anak kecil nak bermain dekat dengan dinding tersebut. Sebab dalam kurang dari 1 jam selepas caj dah kering.




Step 5 : CABUT TAPE

Suami tanya bila kita nak cabut tape??? SS jawab lepas solat isyak nanti kita cabut. So bila nak cabut, kena pelan pelan tau bukan main tojah jer nak sabut. Lepas tu touch up sikit mana yang rasa perlu di alter.....



Lepas dah cabut, inilah hasilnya...taraaaaa...cantik kan...nampak sebijik macam kita lekat wallpaper kat rumah. Bayangkan kalau letak wall paper nie berapa kos dia. Tapi kalau kita buat sendiri harga dia tak sampai rm60 jer..murahkan. Then yang paling best bila kita dapat gain experience mengecat rumah sendiri...




Semoga entry simple nie boleh membantu uolls semua untuk mengecar sendiri rumah ikut idea masing masing, SS pun rasa teruja dan sekarang nie dalam proses nak deco rumah secara peringkat peringkat. tak guna bajet yang besar pun, tapi pakai modal yang kecil jer...So good luck uolls..
Kalau ada yang nak sharing entry nie, SS sangat alu alukan. 




Insyaallah nanti dah fully siap deco rumah SS, nanti SS sharing dengan anda semua okay. masih lgi dalam proses nak deco..nampak tak 4 kotak mainan anak, yang tu pun tengah plan nak buat macam mana. bagi memudahkan anak nak main dan bila simpan nampak kemas...So stay tune yer...nanti SS sharing lagi...
Yang bestnya lepas siap ja walldeco nie..setiap gambar yang SS nak snap guna ja backgroud yang nie...cantik......


Good Luck To uolls semua dan selamat mendeco....

Thursday, June 23, 2016

Pesanan Serious : Jaga anak semasa shopping Raya


Assalammualaikum semua....

Hari nie dah masuk pun ramadhan ke 18....Alhamdulillah ada lagi 12 hari kita nak menyambut hari raya..Sekarang nie makin sibuk kita nak buat persiapan hari raya, nak shopping, nak deco rumah dan nak buat apa yang perlu...Tapi ingat!!!! Dalam kita sibuk nak buat persiapan, keselamatan anak anak itu penting tau....So saya nak share sikit tips untuk anda yang nak shopping sambil bawak anak tu wajib guna tips nie sebab ia berlaku pasa saya sendiri...

Kalau nak tau, anak sulung SS nie memang sangat hyper aktif. Dia cepat ramah dengan orang persekitarannya terutama kanak kanak. So bila p shopping mall dan ada terjumpa budak budak, tak kisah bangsa apa dia boleh selamba ja nak main dengan budak budak tu. So last week masa tengah shooping baju suami kat AEON Queensbay Mall, dalam dok tengok sat ja...si zakwan tu boleh lari laju ja ikut budak budak nak main...masa time tu SS tengah baru nak pasang baby carrier nak dukung zill. Tak sempat nak hambat dia dah lari...laju....Terus SS panggil suami suruh dia p cari Zakwan.. cari punya cari jumpa dia kat tempat baju lebih kurang 100meter dari tempat kami ada.Memang cuak gila....

So lepas tu terus masukkan zakwan dalam stroller dan lock dia..Biaq pie dia nak jerit 1 mall tu asalkan anak aku selamat,...Yes memang dia akan jerit bagai...So apa yang SS buat...SS umpan dia dnegan phone dan bukak YOUTUBE...So dia akan layan video yang dia suka tengok, lepas tu bila dia dah bosan SS belikan pulak aiskerim MCDONALDS konon nak bagi dia diam..YES!!! memang dia diam...lepas tu dia buat hal balik, SS ikut ja apa permintaan dia...Bermain kat playground dalam AEON...lepas tu SS umpan jugak dengan makanan ringan Zakwan iaitu COCO CRUNCH...

Ingat tau budak budak lani sangat bahaya kalau kita tak ambil berat dan tak pandang serious. BIarpun benda kecik ja tapi kesannya kita sendiri yang akan menyesal tak sudah. SS memang sangat alert bab nie sebab tu setiap kali nak keluar SS akan siap semua barang barang bagi lengkap :


  1. pampers
  2. Baju salin
  3. Wet tissue
  4. kipas kecil
  5. grooming bag
  6. makanan ringan
  7. mainan 
  8. bekas air
  9. sapu tangan

Biarpun nak p mana sekali pun....Tapi ingat jugak, Bagi anda yang punya anak kecil yang sangat hyper dan nak juga bagi dia berlari dalam shopping mall nie, SS sarankan uolls pakaikan anak uolls. Harga kat pasaran kalau tak silap tak lebih rm100. Kalau handbag original boleh nak beli, tapi beg kecik nie tak boleh nak beli...macam LARA ALANA pakai dan banyak ibu bapak yang kritik kata buat anak macam binatang bagai. Tapi pernah tak anda lihat anak anda lari macam lipas kudung kat shopping mall...bayangkan kalau dia lari depan anda..tak sempat anda kejar tetiba ada orang lain yang kejar dan bawak lari....masa tu apa anda nak buat???? So inilah pilihan terbaik.... :


Atau ampa boleh bawak stroller. Ini wajib sebab bila kita letak anak dalam tu, kita boleh pakaikan belt dan anak memang tak bole nak keluar..Biar kita renyah nak usung sana sini tapi ingatlah keselamatan anak anak kita. Nanti dah jadi baru nak menyesal...Biarlah anak kita nak jerit bagai nak rak asalkan dia selamat....




Dan paling penting.JANGAN BIARKAN ANAK ANDA SEORANG DIRI..BIARPUN DIA BERJALAN DIBELAKANG ANDA..PERHATIKAN SETIAP TINGKAH LAKUNYA....KERANA ANAK ITU ANUGERAH DARI ALLAH BUAT ANDA YANG BERGELAR
IBU DAN BAPA



Love,
Madamsurianie

Tuesday, June 21, 2016

Warna Tema Raya 2016



Assalammualaikum semua..wahhhh dah masuk pun puasa ke 16..cepat kan..lagi 2 minggu jer kita nak raya kan...So tahun nie alhamdulillah dah planing baju raya budak budak awal.cuma buat baju melayu ja lewat skit..So sekarang nie tengah fokus untuk mendeco rumah sendiri....Memang dah niat dihati nak cat rumah sendiri guna creativiti dan idea yang menarik...Actually rumah SS nie jenis flat ja so memang ruang pun agak terhad , memang tak boleh letak barang yang banyak...Tapi tahun nie SS penting dan fokuskan nak cat dinding dengan warna yang memang unik uolls...so tema rumah kali nie...taraaaaaa






So nanti dah siap SS sharingkan dengan uolls semua deco sebelum dna selepas deco..hehehhe..tunggu tau...

Jangan membazir tau nak buat persiapan raya nie...berbelanja dengan sebaik mungkin yer...

Thursday, June 16, 2016

Bagaimana Lecithin Bantu Pecahkan Lemak


Nak cari produk perlansingan badan yang benar benar memecahkan lemak tu memang susah.Sebab sekarang nie dah terlalu banyak sangat produk yang Disahkan dah Tak Disahkan...Tapi Ingat tak semua jenis produk yang boleh memecahkan lemak dan larut dalam air...TAPI LECITHIN BOLEH!!!

Lecithin juga dikenali sebagai :

Bila anda makan lecithin selepas makan , ia akan bantu untuk memecahkan lemak dan bantu anda mencernakan balik. So anda dah nampak macam mana Lecithin bekerja dalam badan anda...


Maksudnya disini, bila kita makan lecithin dan lecithin akan kumpulkan semua lemak dan ia akan memudahkan proses penyingkiran lemak dalam badan.Sebab itu bila kita membuang, dan bila tengok pada najis tu akan nampak seperti lendir lendir,,itulah LEMAK BADAN...

Selamat mencuba







Monday, June 13, 2016

Ibu Menyusu Wajib Makan


Assalammualaikum semua..Just sharing 20 makanan yang boleh membantu anda untuk boost susu anda. Mungkin ada ibu ibu yang tak mampu nak beli supliment so boleh amalkan pengambilan ini..Semoga sedikit sebanyak dapat senangkan hati si ibu yang nak susukan bayi anda...
























Wednesday, June 8, 2016

Seronoknya Kalau Ada SOHO macam nie


Assalammualaikum semua.....Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarrak semua...HAri nie dah masuk ramadhan ke-3...moga anda sihat dan bertenaga untuk menunaikan ibadat puasa tahun nie...HAri nie saja nak sharing beberapa picture yang sangat best dan idea menarik kot kot ampa ada yang teringin nak cari idea buat office home macam nie atau lebih dikenali sebagai SOHO " SMALL OFFICE HOME OFFICE"....SS memang tersangat nak buat macam nie. Tapi apakan daya ruang tak mencukupi sebab rumah yang SS duduk sekarang nie ada 2 bilik ja..itupun ruang terhad. Mau tak mau kena pendamkan impian nak buat SOHO macam nie.

Ikutkan idea tu memang dah ada tapi cuma ruang tak memberi kesempatan untuk SS milik SOHO sendiri...Uolls ingat buat Shaklee nie tak perlu office ka??? isshhh nak kena nie..bagi SS sendiri memang kena ada sebab bila cukup hujung bulan setiap agent shaklee akan tutup akaun. So time tu nanti kena mengadap laptop atau phone dan kertas kerja berlunggok....ehehhehe...so dari situ SS terfikir WHY??? SS tak buat sendiri SOHO!!!!

Jom kita belek sikit ada a few picture yang SS sempat ambil untuk sharing dengan anda semua.












semoga gambar gambar yang cantik nie dapat memberikan sumber inspirasi buat anda semua...

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels