Tuesday, January 27, 2015

Macam Mana nak Buat ESP Ice Blended

Assalammualikum Si Cantik :)

Hari nie nak buat sikit selingan untuk sharing resipi Milo ESP Ice Blended yang sangat awesome!!! SO hari nie saya nak sharing cara cara nak buat dier. Orang selalu kata bosan asyik minum esp dengan menu yang sama ..so hari nie kita buat lain sikit :)

Bahan yang perlu ada :

- Mini Shaker
- esp ( wajib )
- milo
- susu pekat
- ais batu
- air masak



Cara cara nak buat, anda boleh tengok ikut turutan gambar nie.. 


Langkah 1 : 
Masukkan 2 cawan ais batu dalam shaker. Ais batu nie depends pada anda nak masuk banyak mana, tapi saya bubuh banyak sikit. sebab kurangkan air masak. Then masukkan 1 cawan air masak  ( separuh cawan ja )




Langkah 2 : Masukkan 2 sudu serbuk milo. Kalau guna perisa koko atau lain. rasa tue tak surelah sedap ker tak....


 Langkah 3 : Masukkan 1/2 sudu susu pekat... langkah nie kalau anda tka bubuh pun tak pa sebab esp pun dah rasa manis jugak :)



 Langkah 4 : Last sekali masukkan 2 sudu makan ESp ke dalam shaker anda...ingat tau 1 hari jangan lebih 3 scoop...



 Langkah 5 : So dah siap...apa lagi blend kan dier jer..lepas semua dah sebati anda boleh minum. Disarankan lepas jer siap blend. janga biarkan lama lama nanti tak sedap. minum bagi habis baru best :)



Selamat mencuba Resipi Kegemaran saya MILO ESP ICE BLENDED :)


Bagi anda yang ingin membeli 1 canister ESP dengan harga promo boleh terus 
whatsapp saya di 019-5434377...



Wednesday, January 21, 2015

Percutian Mewah Di Pangkor Laut Resort - Day 1


Hello Ladies & Gojes,

Selepas bercuti dan feeling feeling rasa macam orang kaya, hari nie cheq nak cerita dan kongsi pengalaman tentang percutian Mewah kami sekeluarga yang telah disponser khas oleh pihak YTL Hotel. Bagaimana cheq dapat free vacation nie..hehhehe....rahsia...macam orang selalu cakap rezeki masing masing...Alhamdulillah ini rezeki bahagian cheq. Mungkin ada juga yang merasainya dan mungkin ada yang tidak. tapi vacation kali nie memang sangat best Sebab itu cheq habak yang vacation nie " Percutian Mewah"...YTl Hotel ini ialah salah sebuah syarikat perhotelan yang mempunyai ataupun orang cakap dia handle kebanyakkan hotel-hotel dalam Malaysia mahupun Luar Negara. So kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang YTL nie. uollls boleh link terus dengan Webpage depa yang best nie!!!


Kiranya hotel nie memang mempunyai kebanyakan hotel-hotel, resort dan tempat tempat peranginan yang mewah. So uolls boleh link dan baca lebih lanjut sebab iolls takut nanti tersalah bagi info kang kena saman pulak..hehehehe...enjoy reading on YTL HOTEL

......................................................................................................................................

Okay...trip vacation nie, mulanya nak pilih ke Tangjung Jara di Terengganu, tapi disebabkan resort tu tengah renovation dan atas nasihat adik kesayangan saya arafat, saya pilih untuk ambil Pangkor Laut Resort di Lumut :) wow...memang sangat best....korang tengok sendiri picture pun akan terasa teruja nak join...jom saya nak kongsi......mungkin entry kali nie bagi anda idea untuk pilih lokasi bercuti...hehhhe....Percutian kali nie adalah semalam 3 Hari 2 Malam, so kami pilih untuk bercuti semperna besday iolls iaitu 9th Januari 2015..Kiranya celebrate besday paling havoc sekali..hhehehehhe... So perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam jugaklah..biasalah bila ada anak kecil nie, time selalu lewat. So alhamdulillah kami tiba di Jetty Marina tepat jam 1pm..Tapi untuk pengetahuan korang semua, Jetty nak ke Pangkor Laut bukan kat Jetty macam uolls nak ke Pangkor tau..Dia ada jetty private sendiri..... So lokasi nya ialah MARINA ISLAND ..kalau pakai GPS nak kesana akan ada direction terus. Mudahkan... kmi pun terlajak sampai Jetty Pangkor tapi rupanya salah..hehehhe


So bila sampai di loby jetty korang akan disambut dengan begitu mesra sekali....bersama dengan segelas air sejuk dan tuala sejuk...MEstilah kan sebab cuaca panas kot....So dapat benda yang sejuk rasa syok ja...hehehehhe....So lepas dah turunkan barang, aku terus p kat kaunter untuk register. Nak register pun bukan susah macam hotel hotel lain. Just bgitau nama dan terus depa bagi slip welcome note untuk kita.....So beg beg semua tak perlu risau, tak perlu nak angkut bagai...semuanya depa akan uruskan sampai ke dalam bilik. wow memang best.....So semua guest yang datang, just tunggu boat datang, naik,,dan terus macuk bilik, kunci, beg semua dah siap diuruskan...

Perjalanan ke pulau tu taklah jauh mana pun, dalam masa 20 minit jer...Pakai speed boat so takla rasa sangat kan....Then bila dah sampai...kami disambut oleh staff yang memang dah standby kat jetty. 



Gambar yang sangat comel bila tengok si zakwan nie pakai life jacket..hehehhe



Sejurus kami tiba di Jetty , Kami disambut oleh staff disana. Setiap pelanggan akan disambut oleh seorang penyambut tetamu..wah curlass kau jah!!!!! So kami pun dapat sorang...kalau uolls tengak kat gambar nie...yang lelaki sebelah kanan sekali tu...dierlah yang bawa kami kenal dengan Pangkor Laut Resort :).....Welcome To Pangkor Laut Resort 




Our first picture taken atas jetty....View sangat cantik :)


Masa sampai di Lobby Resort, kami disambut dengan senyuman dari semua staff yang berada di situ, kami juga disediakan air sejuk dan tuala sejuk...Zakwan suka sebab bila lap jer muka dia...dia syookk....hehehhe...then selepas itu kami diberikan penerangan tentang kawasan dan tempat tempat yang ada di resort ini...Best tau....tengok kat tangan penyambut tetamu tu...ada peta pulau...setiap guest yang datang akan diberikan 1 peta pulau dan penerangan tentang setiap tempat yang ada dipulau tersebut....unikkan....





Sebelum bilik kami siap, kami makan tengahhari dulu di BEACH BAY RESTAURANT, Restaurant nie adalah restaurant main yang berada dikawasan pool, so sambil makan, uolls boleh menikmati permandangan pool yang sangat cantik dan laut...





Lepas kami dah kenyang perut....barulah kami memulakan perjalanan menuju ke bilik kami yang beranan nun diatas bukit...Actually kalau nak naik shutter pun boleh..tapi kami saja nak jalan kaki dalam masa 5 minit jer pun untuk sampai ke bilik...ambil experience :)



Haaa..kornag nampak tak bilik yang atas bukit tu..itulah bilik kami...Jom kita tengok dari dalam....cantik tak???


Taraaaaa.......Inilah permandangan dari dalam bilik hill kami, bilik nie dipanggil HILL VILLA..kedudukan dier atas bukit..memang sangat privacy tau...:)kalau di bawah tu namanya Garden Villa dan ada juga beberapa bilik yang lain dan lebih exclusive..nanti aku cerita lebih lanjut :)



Paling best ada private pool dalam setiap bilik. So orang yang sangat excited ialah si budak kecil nie :)










MAKAN MALAM

Makan malam pertama kami di Pangkor Laut Resort ialah di FEAST VILLAGE RESTAURANT...berdekatan dengan lobby resort....makan malam semperna besday ioolls :)..tapi maaflah lighting tak berapa cantik sikit. So gambar agak kabur...

inilah restaurant yang kami makan untuk breakfast dan dinner :)







Our Apppertizer :)

Bagi anda yang datang dengan pakej, menu yang korang akan dapat ialah 1 set of Appertizer + 1 Set of Main Course..so bolehlah pilih yang mana 1 pun...suka hati jer...hehehhe...Tapi ada additional caj atau tidak korang kena tanya tau. sebab harg makan kat sini boleh keluar darah kot hidung kot..mahal beb....So untuk pakej yang kami dapat..alhamdulillah kami pilih menu yang telah diberikan dan kos makan malam kami ialah RM265.00 untuk 3 orang:) 


Untuk kids pun ada menu dier tau....Pandai anak ibu makan....dia pun nak makan sendiri bila tengok ibu dier sibuk nak makan 





Alhamdulillah 1st dah satle.....so nak tahu apa yang kami buat untuk hari ke-2..tunggu cerita part 2 okay ::)Banyak lagi yang saya nak kongsi dengan anda yang minat tempat tempat nak bercuti nie....so stay tune okay :)






Friday, January 9, 2015

28 Perkara kena buat sebelum menjadi 29




  1. Nak ada baby gurl
  2. Nak jadi ibu yang lebih penyayang
  3. Isteri mithali
  4. Nak travel ke : Legoland , Universal Studio, Italy with Shaklee Trip
  5. Nak beli handbag COACH @ MK
  6. Nak satle hutang
  7. Nak buat Majlis aqiqah Zakwan 
  8. Nak bangunkan semula THE HOUSE OF RED GINCU
  9. Berazam nak dapat "Sijil Kehadiran 365 hari" Di Jabatan Kimia
  10. Nak beli rumah baru @ second hand 
  11. Tak mau busuk hati pada orang
  12. Tak mau cakap buruk pasal orang
  13. Nak majukan bisnes SHAKLEE & dapat gelaran "MASTER SURIANIE SAMSUDIN"
  14. Nak jadi seorang yang lebih positif
  15. Nak beli handphone baru........planing nak IPHONE6++
  16. Nak berfashion lebih update sikit
  17. Nak bebas HUTANG
  18. Nak blog saya dikenal ramai
  19. Nak lebih rajin dari sebelum nie
  20. Nak simpan duit lebih
  21. Nak ada ilmu agama yang cukup
  22. Sentiasa nak hargai orang yang ada disekeliling kita
  23. Nak buat tabiat suka simpan barang lama
  24. Saya nak beli rantai emas sebagai tanda mata & aset
  25. Nak kena belajar untuk menguruskan masa , jadual dan kewangan
  26. Menjadi seorang yang hebat dan sebelum nie....POSITIF THINK!!!!
  27. Saya nak jadi seorang yang TIDAK BOROS
  28. Saya akan sentiasa menjadi seperti MADAM SURIANIE SAMSUDIN




Its My 28th Birthday Celebration




Happy besday dear Madam Surianie :)




Wednesday, January 7, 2015

Kini DI Pasaran...Cinch Tea Mix


Berita baik buat semua pengguna dan peminat Cinch Tea nie!!! Now dah ada in stock yeahh!!!! meh order lekaih...lagi cepat lagi bagus!!!

Jom kita selidik dan tahu serba sedikit tentang minuman favourite uolls yer :)


Cinch  Energy Tea Mix

Tingkatkan Tenaga Anda!!!

Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.









.................................................................................................................................................................

APA FUNGSI CINCH TEA?

Antara fungsi ekstrak utama Cinch Energy Tea Mix ini ialah:

1.MATCHA GREEN TEA
antioksida yang sangat tinggi
- energy booster
- metabolisme booster
- bakar kalori up to 4 x ganda.

2. TAURINA 
- menggalakkan metabolisme
- lebih bertenaga
- larutkan lemak
- membantu menghasilkan otot tanpa lemak.

3. WHITE TEA
membakar lemak 
- lemak berlebihan
- menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
- meningkatkan metabolisme.

4. ROOIBOS RED TEA
 - melarutkan lemak
- meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
agen detox yang kuat.

*Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
•  Anti-mikrob
•  Imunostimulan
• Anticarcinogenic
•  Anti-inflammatory
•  Perlindungan terhadap penyakit jantung
•  Anti oksidan – perlindungan dari kanser
•  Mengubati leukaemia (laporan dari Mayo clinic)
•  Mengawal kerosakan DNA
•  Menurunkan paras kalori dan kolesterol
•  Detoxifiers
•  Stimulator tenaga & kehilangan lemak

.................................................................................................................................................................

APAKAH KANDUNGAN CINCH TEA ??

Shaklee Cinch Energy Tea Mix adalahcampuran teh-teh terpilih yang eksotik iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih yang menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi tenaga tambahan semulajadi dan rasa yang nyaman. Boleh dinikmati secara panas atau sejuk



Bahan-bahannya secara details:

•  Taurina - merupakan asid amino yang dikaji secara meluas yang meningkatkan kecerdasan, tenaga,   dan daya tahan
•  Maltodextrin - bahan daripada jagung
•  Rooibos Red Tea Extract - tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau     “Long Life Tea”
•  Green Tea Extract
•  White Tea Extract - teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
•  Matcha Green Tea Powder - teh hijau gred tertinggi dari Jepun
•  Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina.

.................................................................................................................................................................

BERAPAKAH HARGA 1 KOTAK CINCH TEA ?

28 sticks
1 kali sehari
Retail Price: RM131



Agent  Shaklee Anda
Madam Surianie Samsudin
♥ SMS/WhatsApp : 019-5434377
 Emel : surianie_shaklee@yahoo.com
 Instagram : surianiesamsudin
 FB : Redgincu Beauty & Health



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels