Thursday, November 27, 2014

ReSipi : Gulai Ikan Talang


Masakan Isteri Memang sedap kan..hehhehehe....itulah tajuk ringkas entry kita hari nie..cewahhh....Hari tu Ss ada masak gulai ikan talang..tudia bulan sudah kot...konon nak post dalam blog nak kongsi resipi pehtu lupa dah..haaha..Hari nie baru nak kasi sharing sikit yer...Hari nie kita nak masak Gulai Ikan Talang..

Rasanya ramai jugak yang suka gulai nie kan, makan dengan nasi panas panas peh tu goreng telur..PErggh  sedap..So jom kita mulakan memasak...

Bahan Bahan yang diperlukan :
  1. Rempah : saya suka mix rempah baru sedap. SS pakai 1 pek kecil rempah kari ayam tarbus , rempah kari daging alagapas dan rempah kari ikan babas...Mixkan semua rempah tersebut dengan air dan kacau sehingga sebati.
  2. 2 batang Daun kari ( siap relaikan dari batang )
  3. Terung
  4. Bendi ( ikut suka nak masukkan pberapa banyak)
  5. Ubi Kentang ( jika nak )
  6. Tomato
  7. 1 Pek ikan talang ( cuci dan rendam kan dalam 30 mnit ka bagi kurangkan rasa masin ikan)
  8. 1 Pek kecil santan 
  9. 3 biji bawang besar yang dihiris sedang
  10. 5 biji bawang putih dihiris
  11. Minyak masak
  12. 4 cawan air biasa
  13. Secukup rasa




STEP 1 :

  • Masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih serta daun kari kedalam minyak yang dah panas. ( jangan habiskan sebab nanti nak tumis yang balance sebagai pewangi )
  • tumis sehingga jadi kekuningan dan bau wangi
  • baru masukkan rempah tadi okay
  • tumis sampai pecah minyak dan naik bau:)



STEP 2 :
  • Sementara dok tunggu rempah tadi siap.
  • gorengkan bawang besar, bawang putih daun kari 
  • tumis dia sampai jadi kuning dan wangi dan asingkan.. ( ini nanti kita akan masukkan setelah kari dah siap masak
  • **REFER PADA GAMBAR**

STEP 3 :
  • Setelah rempah tadi dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan santan.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan 4 cawan air dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan ikan kering dan gaulkan ia
  • Masukkan 1/2 sudu teh secukup rasa bagi melazatkan lagi gulai anda...
  • Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan..
STEP 4 :
  • bila dah okay, baru masukkan terung, bendi .
  • selepas bendi dan terung macam dah masak, baru uolls masukkan bahan di STEP 2 yang ditumis tadi..

SO siaplah gulai anda...Selamat mencuba :)



Friday, November 21, 2014

Makanan Anak Saya

Tengok jer pada topik nie mesti ibu ibu kat luar sana macam teruja kan nak tengok cerita kali nie. Okaylah sejak dah jadi ibu nie macam benda yang SS pelajari dari segi pemakanan, tip nak mandikan anak, tips nak jaga persekitaran dan cara nak jaga anak bila sakit...Memamg seronok sangat dapay belajar benda benda baru nie..

So sejak Zakwan berusia 6 bulan lagi SS dah berikan dia solid food...apa itu solid Food??? uolls google sendiri okay...hehehehe....Tapi best tau bila anak dah boleh mkn, kita nak sediakan makanan untuk dia... Orang selalu cakap kalau anak lelaki memang depa jenis kuat minum susu. So 1st step dalam susu SS dah mix dengan nestum dan juga biskut baby. baru kenyang!!! kalau asyik bagi susu banyak pun tak bagus jugak tau. Nanti anak uolls sering kena kembong perut!!! ishhh.... so ibu ibu kena mainkan peranan kena tahu bab bab nie.. Suami bukan tahu sangat bab bab nie!!! 

Sedap tau biskut nie...Macam mana SS berikan pada Zakwan, pagi masuk 2 biskut, petang 2 bikut....Kira bagi dia kenyang ler...Peh tu bila dah besar sikit baru SS masukkan nestum cerelec perisa madu...ermm licin kot 1 botol...Tapi bila lunch time, SS berikan dia makan nestum,,,itu pun habis..pandai dia makan..ikut macam ibu dier makan...!!

Tapi bila anak uolls dah 6 bulan..make sure uolls baca dan tanya atau google tentang cara pemakanan bayi anda tau...meh baca jadual nie....



Alhamdulillah since Zakwan dah meningkat usia dia, SS pelbagaikan makanan dia. Tapi ada juga yang dia tak suka makan.


Makanan YANG DISUKAI
  • labu
  • carrot
  • madu
  • biskut oren
  • epal merah
  • Biskut Tiger
  • Nasi + telur goreng ( after 1 tahun ) 
  • Satay ( after 1 tahun )
Makanan TAK SUKA
  • Jangung ( sampai sekarang )
  • Strewberry
  • Kentang
  • Coklat
  • Air masak

Memang seronok tengok Zakwan mana, kira sekarang nie apa yang SS makan, mesti SS akan bagi dia rasa jugak. Then bila sedap tu memang dia akan cakap
"nak...nak..nak" sambil tunjuk apa yang dia nak!!!..bijak sungguh...tambahan pulak SS berikan dia supliment tambahan Shaklee iaitu Mealshake lagi selera dia makan....Jom SS nak kongsi koleksi gambar yang SS ambil semasa Zakwan Tengah makan. Gelagat dia macam macam peel ada...










Ibu mana tak seronok bila tengok anak dia makan dengan seleranya...ALhamdulillah. So ibu ibu diluarsana cubalah berikan makanan yang anak uolls suka, Mesti seronok tengok gelagat depa makan.
Sekarang nie kalau jenjalan wajib bawak 1 tapaware kecik yang berisi biskut tiger...Bila time makan dia pun menyibuk, SS akan bagi dia pegang biskut dier. So duduk diamlah dia dalam baby chair tu..


Tapi sekarang, benda yang wajib beli tiap kali sebelum balik rumah atau ambil dari rumah mengasuh, Inilah habuan dia..Roti Gardenia 80sen....Perisa mesti Vanilla beli ....
Coklat & Strewberry dia TAK LAYAN!!!




SS memang tak ajar Zakwan makan gula-gula...Bila dia makan pun tak banyak..sikit jer. Tapi kalau bagi biskut memang HANTU!!!!!



Thursday, November 20, 2014

Vitamin Shaklee Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Hamil

Hello Ibu Boyot :)

dah makan ker supliment hari nie??? Jangan lupa makan tau....kalau ibu ibu ada ambil vitamin shaklee...Jangan lupa makan dan ingat check yau vitamin apa yang ibu ibu makan... Jika ada diantara vitamin yang ibu ibu beli tersenarai dalam list yang SS bagi nie...PLEASE STOP tau..jangan makan....sebab ia sangat membahayakan kandungan...






PENTING!!!!

Kenapa ibu hamil tak boleh ambil?

Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vit E, vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran.

Begitu juga dengan alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya.

Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi.

Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Love,
Sue

REZEKI DARI ALLAH s.w.t


Assalammualiakum semua...

Rezeki itu datang dari Allah tau...
Bukan datang dari manusia...
Manusia hanya berusaha mencari rezeki tapi semua rezeki tuhan dah tentukan nak bagi berapa banyak pada hambanya...

Bila bercakap pasal rezeki...semua orang ada pendapat masing-masing...tapi bagi SS sendiri kan. rezeki itu tuhan punya DIA hanya pinjamkan kepada setiap hambanya untuk hambanya bersyukur dengan apa yang dia bagi. Namun masih lagi ada insan yang tidak tahu erti rezeki.. Nak dengki dengan hasil rezeki orang lain...

KENAPA???
KENAPA??
KENAPA??

Itu memang tak boleh nak kata apa....sikit sikit nak dengki...peh tu nak niaga kaw kaw..bila nampak orang lain nega benda yang sama...kata kita nak curi rezeki dia...ISSHHHH tak baik dik ooii!!!!

Setiap orang ada pelanggan dia rezeki masing masing..Selagi dia tak kacau periuk nasi uolls..selagi tu dia tak ganggu sesiapa pun...so uolls tka payah la nak dengki..Peh dha dengki uolls p jampi bagai..berdosa tu dik!!!! Tuhan marah tau....

Apa yang kita perlu buat, berdoa...solat 5 waktu minta dimurahkan rezeki..lagi Tuhan suka dan sayang,,,,lagi banyak ibadat yang kita buat..lagi banyak pahala yang kita dapat..

No dengki dengki tau!!!


Love,
Madam Surianie

Wednesday, November 19, 2014

Zakwan dan gelagat dia


Bila dah besar....macam macam gelagat yang dia dah mula tonjolkan..ada yang lawak..ada yang buat kita nak marah..ada yang buat kita gelak mengekek dan macam macam lagi...Uolls tengoklah sendiri....


SESI PUNGAH MEMUNGGAH


SESI POSING DEPAN CAMERA


SESI MINUM SUSU DENGAN GAYA ANGKAT KAKI


BILA CERMIN MATA IBU JADI MILIK DIA



BILA DIA EKSITED DAPAT BENDA BARU



BILA MAKAN ROTI



BILA DAH TAHU MENGENAL APA ITU BUKU



DALAM KERETA



NAK TOLONG IBU LIPAT KAIN...EEHHH SEMAKKAN KAIN 


Uolls nak tengok lagi macam macam gelagta dier...video dia..meh follow ig SS...cari ja surianiesamsudin kat instagram....atau follow kat butang sebelah kanan belog nie ada...

Surat Jawapan Mah, Isteri Kepada Suami Curang

Bila buka facebook, banyak orang dok share tentang cerita SUAMI CURANG sebab ISTERI TAK CANTIK!!!...So SS pun tergerak hati nak baca..Memang rasa sangat sedih bila si suami bengong tu buat isteri macam nie... Tapi ada tindakan si MAH tu memang SS pun tabiklah...So jika suami boleh buat senang senang macam nie, so kita as isteri tak payah nak bertenggek dah...move out!!!

Kita masih ada jalan dan ada kudrat untuk teruskan hidup...Nak cari duit,,,banyak sumber yang ada boleh bantu...Tak perlu nak harapkan suami dah!!!! Apa yang Si MAh tu buat??? DIA join Shaklee..hahahaha....hebat kot!!!! ...So jadika kisah nie teladan buat anda isteri-isteri diluar sana...

Jika suami anda curang!!!! anda nak berdiam ker??? fikirkan masa depan anda dan anak-anak...bertindak dan jangan diam!!!! Anda punya HAk!!! 

jom kita baca sama-sama surat MAH untuk suaminya




Abang yang dikasihi,

Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Vitamin Kehamilan, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata nanti baby kita besar. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar suplemen dan jamu-jamu. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.

Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.

Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…
Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.

Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.

Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.

Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…

Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?

Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.

Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.
Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.

Bye abang.
yang benar,
Mah.

P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.

Friday, November 14, 2014

Membesarkan Payudara Secara Selamat

Assalammualaikum semua...

Tajuk entry kali nie agak teruja sikit buat sesiapa yang membacanya..hehehhe..kalau sebleum nie SS asyik nak upload cerita tentang kesihatan jer kan..Tapi kali nie SS nak kongsikan dengan uolls antara kelebihan product shaklee untuk proses PEMBESARAN PAYUDARA..

Bila bercakap tentang product nak besarkan "Breast" nie memang agak sensatifkan. Tapi hakikatnya sekarang dah tak heran dah pun. Type jer dalam facebook, instagram atau mana mana laman sosial yang lain tentang product besarkan "Breast" macam macam yang akan keluar. Tapi adakah uolls semua tahu kesan selepas mengambil product tersebut...adakah produk itu diluluskan oleh KKM dan ada tak side effect kalau kita yang memakan atau meminumnya?? Dan bagaimana pulako untuk ibu yang menyusukan anda??? pernah tak uolls terfikir tentang nie?? Jangan asyik fikir nak cantik ja tanpa fikirkan kesihatan anda sendiri...

Hari nie selepas SS mentelaah beberapa sumber dan SS dapati product shaklee juga mempunyai kelebihan dalam proses pembesaran "Breast" asalkan uolls ambil secara konsisten baru nampak hasilnya. Jangan ingat bila baru makan 1 minggu dah nampak perubahan. Itu semua kekadang tipu..


INILAH SET SHAKLEE yang dimaksudkan itu :


Jom kita sama - sama tambah imlu tentang supliment Shaklee ini :

SR Vita-C PlusVitamin ini bukan sahaja membantu dalam kesihatan menyeluruh, tetapi ia juga dapat membantu dalam menghasilkan kolagen. Kolagen adalah salah satu elemen yang meningkatkan saiz payudara.


Vita-E Complex. Sekali lagi , bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan tubuh dan ianya sangat baik untuk payudara kerana ia boleh memastikan payudara kekal tegang dan mengekalkan kulit yang sihat. Seperti juga vitamin A, vitamin ini tidak berkait secara langsung dengan pembesaran saiz payudara , tetapi ia membantu dalam kesihatan payudara, menjadikan kulit lebih anjal dalam persiapan untuk pertumbuhan payudara.
Collagen Powder. Seperti yang diberitahu tadi, kolagen adalah salah satu elemen terpenting dalam meningkatkan saiz payudara. Jadi dah tentu pengambilan kolagen secara terus atau dalam bentuk suplemen sangat membantu 
CarotoMax (Vitamin A). Vitamin ini membantu  kulit dan dapat membantu memelihara kulit payudara untuk kekal lembut. Vitamin ini tidaklah membesarkan payudara secara langsung tetapi membenarkan kulit untuk berkembang atau ‘expand’ ketika proses pembesaran payudara dan masih mengekalkan kelembutan dan ketegangan kulit tersebut. ia juga penting dalam meningkatkan imunisasi, mengelakkan payudara kendur dan kesan ‘stretchmark’ atau regangan sewaktu proses tumbesaran.

Kesan supliment ni pastinya bukanlah seperti ubat tau. hasilnya uolls tak akan nampak secara mendadak, tetapi dengan pengambilan yang berterusan uolls akan dapat size yang uolls inginkan. Kalau nak tahu besar mana kenalah cuba dulu... YANG PENTING Kena sabar TAPI dengan KESABARAN tu memang berbaloi kerana ini adalah cara yang selamat dan natural. Keberkesanan juga berbeza terhadap individu. Ada yang berkesan, ada yang memerlukan lebih dari sekadar vitamin contohnya senaman, herba dan sebagainya. Apa pun ini juga salah satu usaha kan?Kalau kita tak usaha memang kita tak nampak hasilnya. So terpulang pada setiap individulah yang cuba atau tidak..

Mungkin ada dikalangan anda yang nak tahu harga sebenar product ini??? dan mungkin adayang tidak kisah harganya asalkan nampak hasilnya.Bagi anda yang ingin membeli sendiri tanpa berurusan dengan pihak SID shaklee. Uolls boleh terus link ke :


Tapi jika uolls nak dapatkan harga istimewa boleh terus hubungi SS di talian : 0195434377

Monday, November 10, 2014

MASALAH WANITA : KEPUTIHAN


Assalammualaikum uollsss..

Hari nie SS nak cerita pasal MASALAH WANITA yang paling ngeri iaitu MASALAH KEPUTIHAN.. Semua wanita bila ada keputihan nie secara automatik akan rasa diri tu lemah, malu dan self confident tu akan turun 40000%..betul tak???

SEBAB:
1. tak selesa
2. kerap ke toilet nak salin panties liner
3. berbau
4. gatal


So jika tak diubati dan dijaga dengan baik memang amat membahayakan. SO hari nie SS nak kongsi tau info tentang supliement  bagi mereka yang ada hadapi masalah keputihan nie. Bagi wanita yang dah berkahwin, masalah keputihan perlulah diubati dnegan segera kerana keputihan boleh menyebabkan anda tak boleh mengandung dan rasa tidak selesa ketika bersama suami keran ia akan keluarkan bau yang kurang menyenangkan... Tapi adakah anda tahu apa tiu KEPUTIHAN??

Apa itu keputihan?
Keputihan terbahagi kepada dua; keputihan fisiologi dan keputihan patologi.

KEPUTIHAN FISIOLOGI
▪ Terhasil sewaktu masa subur wanita iaitu sebelum dan selepas datang haid.
▪ Ciri-ciri ialah berwarna putih, tidak menyebabkan gatal dan tidak berbau.

KEPUTIHAN PATOLOGI
▪ Dikategorikan sebagai tidak normal dan bahaya kerana mempunyai risiko utk menghidap penyakit.
▪ Merupakan tanda negatif terhadap kesihatan wanita dan disebabkan oleh jangkitan kuman, benda asing, virus dan menopaus
▪ Seandainya wanita hamil mengalami, ia boleh mengundang risiko kelahiran pra matang sekaligus memberi efek negatif kepada bayi. (masalah gangguan pernafasan serta pencernaan)
▪ Ciri-ciri berwarna kuning, berbau dan gatal


So anda sendiri kena tahu anda berada pada katergori yang mana okay. Then kenapa keputihan nie boleh berlaku?? Apakah penyebab masalah nie boleh berlaku ?

1. Kebersihan: Kebersihan di bahagian intim sangat penting, jangan pandang remeh. Berjaga-jaga dengan kelembapan di bahagian itu agar tidak mengundang bakteria patogen.
2.Stres: Perubahan hormon akan menimbulkan masalah keputihan
3.Ubat-ubatan: Penggunaan beberapa jenis ubat terutama antibiotik tidak begitu digalakkan

Apakah jenis jangkitan yang boleh dikenalpasti?
Virus - akibat penyakit-penyakit kelamin seperti herper, condyloma dan HIV/AIDS
▪ PARASIT TRICHOMONAS VAGINALIS - berwana kekuning kuningan atau kehijau-hijauan, turut mengeluarkan bau hanyir yang tidak menyenangkan
▪ Bakteria Gardnelia - rasa gatal, berair, berbuih, dan turut mengeluarkan bau hanyir
▪ Kurap candidas / monila - warna yang putih seperti susu, likat, berbau agak kuat, gatal dan kurang selesa.

 So apakah yang akan anda lakukan untuk mengawal masalah keputihan nie?

1. Pengambilan supliment
2. Pencucian Wanita
3. Panty Liner ( yang bersesuaian )


Bagi SS sendiri, kalau customer SS ada masalah nie, SS akan suggestkan mereka ambil Alfalfa Complex dan Vitamin C


Alfalfa nie didatangi dengan 2 jenis size iaitu : SIZE KECIl 330biji & Size Besar 700biji

Sustained Release Vita-C - 180 biji


Kepada yang nak order sendiri boleh jer klik pada link nie : SET KEPUTIHAN SHAKLEE tapi kalau uolls nak beli dengan harga istimewa boleh jer Whatsapp SS atau isi jer borang kat bawah belog SS nie. nanti SS akan reply okay...

JANGAN BIARKAN MASALAH KEPUTIHAN MENGHANTUI ANDA





Sunday, November 9, 2014

KENAPA ANDA MAIGRAIN??


Assalammualaikum semua..

Maaflah dah 2 minggukan rasanya SS tinggalkan belog nie tak update. bukan apa...minggu nie sibuk dengan 5S kat office.habis seharian buat kerja nak berbelog pun tak sempat..hehehe..okaylah nanti SS ceritakan pasal 5S yang telah dilaksanakan...Okaylah kali nie, SS nak berkongsi cerita tentang Penyakit Maigrain...Kalau cakap pasal maigrain nie memang ramai yang kerap kena sakit nie...kekadang tu sampai kena ambil MC sebab tak boleh nak tahan sangat...Jalan nya telan panadol dan tidur!!! Tapi tahukah uolls bahaya pengambilan panadol akan memberikan kesan yang buruk untuk jangka masa yang panjang??

So sebab itu SS nak sharingkan apa supliment yang SS gunakan. Dipendekkan cerita suami SS adalah pesakit maigrain yang cukup tegar!!!  hahahah....so setiap hari SS akan bekalkan supliment shaklee bagi menjaga kesihatan dier. Tapi kenapa kita nie kerap kena maigrain erk?? Dan tahukan kita bahawa sakit kepala bukan saja sakit maigrain, tapi ada lagi 2 sakit iaitu :

 Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

So antara ketiga-tiga ini, Maigrain memang pegang carta pertama okay... So sesiapa yang ada maigrain nie memang dala beg dier mesti ada panadol untuk ubat tahan sakit. Bagi SS sendiri, sekarang nie SS dan suami dah jarang ambil panadol sebab kami sekarang mengambil supliment shaklee yang memang sangat bagus khasiat dier...Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Tapi masih lagi ada yang tidak tahu akan effect.Semua pakat nak telan ja panadol atau ubat tahan sakit..

TAPI APA RAHSIA SS UNTUK SUAMI??


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) - 120 kapsul

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex  - 120 tablets

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
  • Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kenalah jaga makan. Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya. 
  • Cubalah mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

So sejak suami SS makan nie, memang maigrain tu berkurang bukan cakap baik terus, klu dulu 1 minggu kekadang tu 3 kali datang maigrain..Tapi sekarang tu 1 bulan baru 1 kali ke 2 kali ja. alhamdulillah banyak perubahan yang nampak lepas makan Ostematrix dan B Complex. So kepada uolls yang nak order. boleh jer hubungi SS dan isi jer borang kat bawah belog SS nie...

Atau jika anda anda kredt kad / debit kad, anda boleh jer buat order sendiri, Takpayah nak order dengan agent shaklee :) klik jer link kat bawah nie : SET MAIGRAIN SHAKLEE


Monday, November 3, 2014

Burger RockStarz Penang


Assalammualaikum semua !!!!

Hari nie entry kita bertajuk..makan untuk gemok!!!!hahahhaha.....macam korang tahu kan, Penang nie memang sangat syurga makanan. nak makan apa semua ada , cuma korang kena tahu kat mana tempat yang sedap dan best. Itu ja :)

This time SS na cerita tentang kedai burger yang memang tengah top sekarang nie. GRILL BURGER..pie ja mana-mana semua pakat dok cari burger yang best... So kat PEnang nie jangan cakaplah memang banyak kot burger grill. 

ROCKSTAR BURGER

Namapun mcam havoc kan!!! sedap dan sangat unik burger dier...Lokasi di Sungai Ara,Penang berhadapan dengan flat TNB. So klu korang nak makan boleh singgah kat stall nie. 



Yang best nya, burger dia bukan hanya boleh pilih ikut menu, tapi korang nk minta campur campur pun boleh. Ada yang single, double dan triple...best best buat mereka yang gila makna burger...
Memandangkan malam tu, SS sedang mendukung si Zakwan yang sedang lena dibuai mimpi, so SSorder jer mana yang SS nampak dan bunyi macam sedap...i choose BURGER CARBONARA!!! wow yummy....

ini SS punya..sorry double layer okay :)

Ini Burger ala- ala prosperity sikit..ala ala black paper....

ini burger ala special sikit sebab ada bacon!!!!! nampak sedap..tapi sebabkan burger SS nie banyak so yang nie tak sempat nak rasa sikit...hehehheh.....memang sedap....uolls boleh piliha...harga pun boleh tahan jugak...kiranya mampu beli la....

Yang paling best kat dalam kedai nie, korang boleh snap picture berlatar belakangkan wallpaper hitam gitew...macam gambar bawah nie :)...ruang makan kat stall nie pun best..selesa dan santai uolls....



Okaylah those orang Penang yang nak cuba burger Rockstartz nie boleh ke Sungai Ara. Kalau tak silap stall nie akan tutup jam 1pagi..
Kalau nak lepak lelama korang singgahlah awa sikit, boleh rasa macam macam menu kat sini:)






Sunday, November 2, 2014

Shaklee Month Promo : Omegaguard Shaklee Minyak Ikan Terbaik Dunia

Assalammualaikum semua....

Bulan November seperti biasa SS nak sharing PROMO SHAKLEE untuk bulan nie.. So bulan nie apa yang promo?? jeng jeng jng.....OMEGAGUARD...Mesti pernah dengarkan dengar minyak ikan ??? Shaklee pun ada minyak ikan tau. Jom SS kongsikan info-info ringkas tentang Omegaguard



Kenapa anda perlu beli set promo Shaklee??? Sebab dengan membeli set promo Buy 6 Free 1 nie, anda terus berpeluang untuk dapat FREE MEMBERSHIP dan layak untuk mendapat bonus 5% iaitu dalam anggaran bawah RM30..wahh untungnya....1 botol RM136 beli 6 free 1 lagi untung kan :) boleh sharing 1 family :)


Siapa Perlukan OmegaGuard?
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dalam kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak-kanak (Usia 0-6 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak yang menghidapi asma dan eczema
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yang ingin meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yang mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan banyak lagi
  • Wanita yang mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi)

 Antara set set kembang omega yang paling top :

1. SET SENDI
2. SET KANAK KANAK
3. SET GOUT
4. SET TRIMESTER 3 IBU HAMIL
5. SET ASTHMA
6. SET KURUS

Jika anda ada kad kredit ker / kad debit atrau tak berani nak beli pada orang luar, anda boleh beli terus daripada shaklee dengan klik je link nie : OMEGAGUARD

Atau anda boleh terus hubungi SS seperti dibawah :





Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels