Wednesday, October 29, 2014

#SPONSERSAYA : YTL Family Outting Day

Assalammualaikum !!

Entry kali nie, lain sikit...This time punya entry SS namakan #SPONSERSAYA ...TUDIA...!!!havoc sangatkan nama nie!!!! feeling cam fames fames kot!!!...okay okay..actually this entry bukan berbayar pun..entry nie adalah entry dimana SS akan sharing dan ceritakan pengalaman SS ke tempat baru, shopping ker , hadiah dari orang dan sebagainya untuk korang baca. Mana tau dengan cara SS akan bantu perniagaan orang lain maju dan berjaya :).. dengan niat yang baik tau :).....

Okay seperti anda yang ada tengok Instagram SS pada minggu lepas, SS ada mention yang SS dapat short trip vacation di Vistana Hotel Penang yang fully sponser by YTL Hotel untuk 3 hari 2 malam .. YES!!! ITS FULLY SPONSER..Thanks to YTL GROUP especially To MR.RAYDEN LOW yang telah menghantarkan email dan menjemput SS dan family untuk join their event. Actually Event nie adalah  YTL Family Outting Day. So SS juga dijemput bagi memeriahkan suasana.

Mulanya memang tak tahu menahu tentang event nie, So after berbalas email yang berkali-kali dengan Mr. Rayden, dan SS pun bersetuju untuk join dan kami diberikan bilik khas untuk bermalam disana. Ingatkan dapat bilik biasa jer. Tapi masa Check in kat lobby hotel, nama SS diletakkan di "SUITE WING"...bestnyer....APA itu Suite Wing??? jom kita tengok sikit...lagipun Vistana baru jer selesai proses  renovation so memang cantik gilezzz....




The newly refreshed Suite Wing is an ideal choice of accommodation for business executives and leisure travellers in Penang. The Suite Wing consists of 185 exclusive and stylishly appointed suites that offer generous space along with a range of business and recreational facilities. 

Each two and three bedroom suite is designed with a spacious living and dining room to provide maximum privacy and comfort. Each Suite includes:

  • Free WiFi
  • Access to the Suite Wing Executive Lounge
  • 50" LED television with local and cable channels
  • Signature bathroom essentials by Mangosteen Collection - memang best giler..wangi :)
  • Coffee and tea making facilities
  • Hairdryer
  • IDD telephone with voice mail
  • Secure key-card access
  • Digital safe
  • Iron and ironing board

The Suite Wing is a true sanctuary that is enhanced by the warm and friendly service of the hotel. Whether you are travelling for business or pleasure, this is the one place that has everything you need to make your stay away from home perfect. 


Two Bedroom Suite : RM490 Rate/Day (MYR)
Three Bedroom Suite : RM590 Rate/Day (MYR)











Wah bestkan..Bilik yang SS dapat nie ada 2 bilik, 1 bilik utama dan 1 bilik kecil, tapi klu datang dengan family untuk 6 orang memang lepas pun.Sebab besar dan selesa kot. Nak tidur ramai ramai kat ruang tamu pun boleh..Selesa dan cantik. So happy dapat merasai pengalaman kat sini :)


Tengok tu, mentang dapat tidur atas tilam empuk, lena terus jam 9pm dah tidur sampai ke pagi...Zakwan oh Zakwan...memang sedap la tu tidoknya :)


Pada hari esoknya, kami dibekalkan seperti biasa 4-6 voucher breakfast di Cafe. Bab nie memang best sebab SS nie actually suka gila makan  kat Hotel, sebab ada macam macam pilihan makanan yang kita boleh pilih . Pagi tu pihak hotel ada sediakan lebih 50 menu untuk guest makan antaranya ialah :

omelet egg
bihun goreng
nasi lemak
sausage black paper
salad
dorayaki
cornflakes & milk
sayuran
moi
buah-buahan
ayam goreng
kek
dan macam macam lagi

semua nie memang SS suka makan.. so kalau ada event makan-makan , bawak SS memang tak rugi..nampak ja kurus tapi Ya allah makan banyak!!!!... Sedap..SS bagi 4 star :)





So lepas jer makan, Si tuan besaq tu dibawa mandi kolam, actually this are the 2nd time dier mandi kolam, sebelum nie pernah mandi sekali masa umur dia dalam 7 bulan. Tapi disebabkan masalah teknikal, Zakwan demam panas keesokkan harinya...So lepas tu suami SS tak benarkan Zakwan mandi kolam..hehehhe..tapi yang ini special kes..kasi dier main main air jer...BAru jer masuk kolam tak sampai 5 minit dier dah ketaq...seronok tengok dier happy....



THE FAMILY DAY 

Back to the story.... Event YTL tu bermula jam 12pm sampai 5.30pm. So lepas jer si Zakwan mandi kolam, minum susu, terus dia tidur balik, SS pun siap siap dan turun bawah dulu untuk buat ronda-ronda tengok persiapan event tersebut. Antara acara yanga da ialah:

  • Face Painting
  • Manicure & Pedicure
  • Congkak
  • Playstation
  • Photobooth
  • Golf Challenger 
  • Outdoor & Indoor Game
  • Test Drive With Nissan
  • Zumba Dance
  • Fishing Bottle
  • Cookies Decoration

the entrance





Indoor Games


Photobooth


Cookies Decoration

 So bila dah siap meronda dan snap picture untuk SS sharing dalam blog, baru SS naik ke bilik untuk siapkan Tuan besar tu... once kami dah siap biasalah kita makan dulu...Pada hari event tu, kami juga turut diberikan makan pagi, tengah hari dan makan malam. Duduk kat hotel tu kira macam menambahkan berat badan ja..heheheh.....okay back to story balik.. Lepas dah siap makanm baru boleh nak bawa Zakwan main main....

" ibu nak main apa erk?"


" ermmm nak turun mainlah "


 






Kita kasi Zakwan main golf dengan abah :)..baru feeling macam orang kaya-kaya..konon kan!!! tengok gelagat ZAkwan nie. Memang dia seorang budak berusia 1 tahun yang cukup bijak dan aktif. uolls sendri tengoklah gelagat dier. Ada yang cakap umur dia nak masuk 2 tahun dah...So the whole day tu kira enjoylah bukan untuk SS tapi untuk anak sendiri. Its fun bila kita dapat spend bersama dengan family the whole day....Next time klu SS dapat invatation macam nie memang SS nk join lagi..seronok...

Tepat jam 6.30pm makan malam pun siap di hidangkan, So kmi pun turun ke Cafe untuk bermakan-makan lagi. Kali nie best sebab sedap!!! tak mau cakap banyak, uolls boleh tengok sendiri a few gambar yang SS snap untuk korang yer :) So enjoy the food tau...sedap!!! Kalau nak rasa uolls boleh jer Check in di Vistana Penang kalau nak datang.. Tapi ingat kena buat reservation awal takut FULL HOUSE!!!






sorry gambar blur sikit :)


Apapun sangat enjoy dengan short trip vacation 3 hari 2 malam di VISTANA HOTEL PENANG by YTL Group. Lepas renovation nie, memang Vistana nampak lebih Class, cantik dan lebih menarik serta services yang cukup bagus. Those yang berminat nak stay kat sini bolehlah layari webpage Vistana untuk lihat lebih lanjut dan membuat tempahan :


Atau

PENANG BUKIT JAMBUL
213 Jalan Bukit Gambir, 11950, Bukit Jambul, Penang, Malaysia
Tel: +60 4 646 8000    Fax: +60 4 646 1400    
Email: vispg@ytlhotels.com.my 

GPS: N 05° 33' 62.6" E 100° 29' 15.9" 


Selamat bercuti.

Tuesday, October 28, 2014

Maksud Nama Anak Saya

 Assalammualikum!!!

Entry kali ini agak berunsurkan Islamic sikit tau..Tapi SS tak berniat nak menyinggung hati & perasaan mana-mana pihak berkaitan dengan entry yang SS nak tulis kali ini. Entry kali ini bertajuk :

"MAKSUD NAMA ANAK SAYA"



Sebelum nie memang SS tak pernah nak upload entry ttg sebalik nama pilihan SS dan suami tentang nama anak sulung kami. So selepas kami berbincang, maka pada usia kandungan SS 6 bulan , kami telah bersepakat untuk menamakan anak kami dengan nama 

"Muhammad Zarif Zakwan Bin Mohd Rozainizam"


Yang bermaksud :
MuhammadPraised; the name of the Prophet - pbuh
ZakwanYang cerdik, yang harum
ZarifPeriang, berjenaka


Banyak juga sumber yang SS cari untuk mendapatkan nama dan maksud serta ejaan. Tapi selepas anak sulung kami dilahirkan maka kami terus panggil dier "ZAKWAN" bukan dengan nama yang lain. Sampailah sekarang SS panggil dier ZAKWAN!!! Dalam niat dihati nama Zakwan itu bermaksud Yang Cerdik , yang harum... Tapi setelah 1 tahun Zakwan membesar, baru kini SS dapat banyak info sharing dari kawan kawan tentang nama dan 
maksud disebaliknya..jom kita baca dan kongsi bersama...

Isssshhh...Ya Allah , memang SS sendiri agak terkejut sebab sebelum nie bila SS type jer nama dengan ejaan ZAKWAN memang tak ada dalam list pun. But sekarang nie tetiba boleh ada pulak nama ZAKWAN tersenarai dalam nama nama terlarang dalam Islam. Tapi ejaan tak sama tau. Ejaan yang tertulia ialah ZAKUAN / ZAQUAN / ZAQWAN....tapi nama anak SS ialah ZAKWAN ...So mana yang betul mana yang salah dan mana yang tak elok???


Berikutan dengan masalah yang SS hadapi ini, So SS nak sharing 1 video yang SS dapat daripada youtube berkisah tentang Nama Nama Yang dilarang daripada Ustaz Sharhan
 :) Selamat menonton :)


"Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam"

Apa pendapat anda tentang video ini pulak??...
Dan bagaimana pulak kata-kata oleh  dari ustaz Azhar Idrus ini??
Mari sama sama kita dengarkan :


"Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..

Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam"

Info dari : sumber blog

Antara nama-nama tersenarai terlarang ialah :

1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Macam ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idruz cakap..kalau kita dah letakkan nama nie, tka perlu nak ke tukar nama dia...cuba panggil dengan nama lain.. Ikutkan mungkin ada benarnya disebalik nama tersebut , sebab ikut pada pengalaman SS sendiri, memang Zakwan seorang anak yang periang, lawak dan sentiasa menghiburkan, tapi disebaliknya ada keburukan yang ada dalam diri Zakwan sendiri. :

1. Dia kerap menangis
2. Dia pandai membalas jika orang marah pada dia
3. Dia takut jika ditinggalkan dalam gelap

tapi semua ini tak semestinya kita kena percaya, Mungkin ada betulnya, ustaz yang bagitahu nie, dia ada pengalaman dalam bidang perubatan bersama jin -jin dan mungkin jin pun suka nama nama ini termasuklah nama "zakuan". sebab dalam Al-Quran & hadis pun tak ada. Tapi tak salah jika kita nak percaya atau tidak. Bergantung pada individu itu sendiri.

Insyaallah SS akan mendapatkan lagi pendedehan daripada ustaz ustaz yang SS kenal, dan minta mereka terangkan lebih lanjut lagi supaya orang lain tidak lagi membuat spekulasi pada SS dan suami kerana kami menamakan anak kami dengan nama yang bermaksud "ANAK JIN" sedangkn disebalik nama indahnya ia bermaksud " Yang cerdik, yang harum"....

So mulai hari ini kita boleh panggil dier 

"wawan"
"zack"
"zarif"
" muhammad zarif"
"muhammad"

dan banyak lagi nama manja yang sesuai yang boleh kita panggil. Nak panggil Zakwan pun boleh..tak ada masalah tapi jangalah korang panggil dan mempermainkan nama Zakwan dan panggil dier ANAK JIN..Itu boleh mendatangkan kemarahan..!!!!
Semoga pendedahan melalui video tadi banyak memberikan kita info yang boleh kita sharing bersama :)
Sekali lagi saya dan suami bukanlah berniat untuk menamakan anak kami dengan nama yang tidak baik, malah kami anggap nama yang kami berikan kepada anda kami memberikan maksud yang indah untuk kami dengar...:)


Wallhua’lam........................

KAK JEMAH Vs RATU OPIS

 Assalammualaikum w.b.t....

Terima kasih buat semua yang masih sudi membaca blog SS nie. Terima kasih pada yang memberikan idea best best untuk SS uploadkan dalam belog nie dan semua orang boleh baca sambil kita sharing sebanyak info yang kita ada. Bestkan!!! Okay baru baru nie kan,SS dapat idea dari seorang kawan facebook suruh SS cerita tentang budak budak opis yang suka kepochino itu ini dan mak nenek kat opis...apa yang kita buat depa mengata..apa yang kita pakai depa mengata...kira apa saja yang kita buat mesti ada yang tak kena...AMACAM?? ADA BRAN KA INI TOPIK???!!! oopppsssss best kot topik nie..gilo koooo..memang BEST gila topik !!!!

Biasalah uolls bila kita kerja kat mana-mana pun mesti ada yang perangai cam gin-gini...cam gitew gitew....tapi yang paling tak tahan nak menjadi PENGKRITIK TETAP JURI SETIAP HARI tentang apa yang kita pakai mai opis itu yang paling syok tu..betoi tak??? Contoh macam situasi macam nie

...................................................................................................................................................................
Kak Jemah : Amboi hang nie!!! baju biru,, kain hitam tudung kaler pink!!! hang rasa elok ka??

jeng jeng jeng!!!!
ayat tue berdesum masuk telinga!!! rasa cam nak ja ambik kasut 5 inchi nie balik kat muka terpacak kat hidung kan!!! sabaq sabaq sabaq...dugaan..Tapi apa yang korang mampu nak balas????

RATU OPIS: Ermm...akak kan vouge gitew!!! kau mampu ker jemah ooiii..
tudiaaa...dia pun pereng ja tengok muka kita kan....jeling macam anak mata tu nak terbonjol keluar...hahahha( sat nak gelak sat....)


Kak Jemah : akak tak mampu dek ooii...dah tua nie!!! hang tu elok takpalah..... ( feeling sedih tapi muka dok kerot mengata lebih...) feelingkan kak jemah nie...........

RATU OPIS : tima kasih la Kak Jemah noh!!!!

....................................................................................................................................................................

Adat orang kita uolls...memang macam nie ada ja yang nak dikomen konon ini tak kena itu tak kena, sedangkan dia tu lagi teruk..betul tak!!!..Nak bertegur tu tak salah tapi tengoklah diri tu dulu sebelum nak kutuk orang..nak malukan orang walaupun menggunakan ayat ayat indah menyentuh jiwa raga... nie tak dia pun pakai stoking belang belang tak sama dengan warna baju tetiba nak komen baju kita nie warna tak elok ngan kita!!! ajoooo akak ooiii !!!!


Lain la kalau uolls nie Neelopa ka, Lynda jasmin ka, Dato Ct ka, Che Ta ka...nie kak jemah pie kerja naik kereta kancil ja pun..hahahha...bukan mengutuk yer tapi hakikatnya siapa makan cili terasa pedasnya..

But sometimes kita nie kena be more positif jer. Sebab semua orang yang suka kritik , komen dan mengata sebenarnya depa jelaous dengan diri kita nie, Depa cuba menjadi diri depa tapi tak dapat sebab keyakinan yang ada dalam diri depa tak cukup untuk menjadi diri sendiri, so kitalah jadi mangsa depa nak mengata bagai!!! Apapun korang kena selalu pk positif tau... ala senang jer...pk jer masa nak pie kerja tu, korang imagine ka korang nie macam artis... gitew!!!!!!!..pakai apapun orang suka tengok... bila ada yang berkata bagai cakap jer cam gini...

"TERIMA KASIH KAK, SAYA MEMANG CANTIK TIAP HARI!!! "

Cuba cakap macam tu, confirm depa akan kata lagi kuat...ahhahahahha......zazzzaaazzzzz!!!!!

Macam di opis SS sendiri, memang SS akui kekadang SS sendiri pakai pakaian agak merapu sikit dan not up to date. pakai baju ala-ala baju kurung dah lama bertahun kurun abad...Tudung tak serika, baju koyak tak jahit . Tapi bila kita pakai dengan rasa confident level 10000% cofirm orang tak cakap apapun..hahhaha
Tapi pernah juga orang tegur SS, biasalah SS nie kerja kat Kaunter hadapan jabatan so kena la bercantik bagaikan baru orang cam syok nak jabatan tengok kita!!!! Tapi mungkin ada yang jadi kepo dok kata amboi cantik tudung..entah ikhlas ker tidok kita pun tak sure.....takpa kita pun layan ja...bukan depa tau pun tudung tu beli kat pasar malam RM5 ja...hahahahah...confident level tinggi kan...tudung murah pun nampak mahai macam beli kat FAREEDA...hahhaha...

Tak salah kalau kita nak menegur orang tapi ada cara macam mana nak tegur orang lain dengan cara yang betul tanpa menyingung perasaan orang. Yang penting komunikasi perlu bijak...
Tapi kalau dengan kengkawan uolls sendiri nak komen sampai gelak dan menangis sampai terkencing tu terpulang lah....hahhaha kengkawan lebih faham diri kita..bahasa kita dan cara kita...

So tips yang SS nak kongsi dengan korang bila nak hadapi orang orang macam  gini kat opis 

  1. Confident level kena tinggi
  2. Walaupun orang kutuk, kita nak balas balik dengan ayat yang menyengat tapi menusuk kalbu..konon ayat ayat cinta la....
  3. Jangan sesekali anggap diri anda murah.
  4. Berani untuk bersuara jika anda diperlekehkan.
  5. Jadi diri sendiri
  6. Open Minded
  7. Relax
  8. Dan paling penting kena sentiasa alert jer
okaylah uolls...semoga entry yang singkat tapi padat dengan cerita kak jemah dan ratu opis nie akan sedikit sebanyak bantu uolls yang mempunyai perasaan rendah diri dan tiada keyakinan diri untuk melawan kata-kata pedas macam kak jemah tu. Kalau uolls tak berani cam mana nak maju!!! Itulah pesan dari SS... PEndek kata Biar cantik luar dan dalam...

With Luv,
Madam Surianie



Monday, October 27, 2014

TIPS : SIMPLE MAKE UP TO WEAR


Assalammualaikum readers!!!!!

 Cewah...feeling eksited pulak nak menaip entry kali nie sebab SS dapat idea yang best best dari kawan kawan yang ingin mendapatkan info tentang apa yang ada disekeliling mereka...Bila baca jer komen memang SS teruja dengan semua topik entry. So this time SS akan cuba createkan entry satu-persatu mengikut tertib dan jalan cerita. Mesti bestkan.

Okay this time punya entry, SS pilih entry yang bertajuk :

" SIMPLE MAKE UP TO WEAR " 

Bila bercakap pasal make up nie, mesti ramai yang syok sebab dengan mengapply make up kat muka korang, ia akan menampakkan kelainan pada wajah korang, tul tak??. Tapi ingat bila tersilap langkah, maka lainlah yang akan terjadi. 
Actually SS nie bukanlah seorang make up artis yang ada ijazah atau ada sijil kelulusan untuk make up orang, pergi mana -mana class untuk dapatkan ilmu..NOPE!!!! SS hanya belajar dengan cara "MELIHAT...PREKTIS....APPLY" gitewww jer pun!!!!
Nak dipendekkan cerita , SS ada juga belajar tips tips make up daripada akak SS iaitu 
JUMIE SAMSUDIN ....antara make up artis yang popular gak la kan....siapa kenal??? sila angkat tangan??? atau senyum sendiri!!!!!...masa ikut dier make up so kita belajar la sikit sikit...dan SS follow dalam youtube :)




Okay, back to our entry, SIMPLE MAKE UP TO WEAR.... Sebagai seorang wanita, alat make up memang tak boleh lari kan... kalau dapat gaji mesti nak shopping at least liptik..betul tak?? Tapi adakah liptik yang uolls beli tu kena pada wajah?? dan apakah alat alat make up yang perlu uolls bawak setiap masa???..jom nak share :


  1. Compact Powder
  2. liptik / lip gloss
  3. Maskara
  4. Eyeliner
  5. Blusher
  6. Eyebrow pencil -  lukis kening
  7. lotion ( cuci make up lerrrr)
  8. tisu / wet tissue

Inilah antara benda simple yang wajib uolls simpan dan bawa sentiasa.tak perlu nak bawak segala foundation bagai...kalau yang suka pakailer. Tapi SS tak pakai pun...:) sebab SS makan Set Kulit Shaklee...hehehe { sempat lagi nak promo kan }

So sebelum tu, uolls layan dulu video nie....simple tapi menarik tau :)


Nampak susah??? Mestilah sebab korang baru 1st nak buat kan. Tapi bila dah selalu buat 5 minit jer pun. Tak payah nak hadap cermin lama lama...Nampak tak betapa ringkasnya make up yang korang  boleh apply pada wajah korang. Macam orang cakap less is beautiful. kan..kan..kan
so apa yang anda dapat dalam video tu??


JOM kita godek sikit :)

PEMBAYANG MATA
Bila bercakap tentang eyeshadow nie ramai yang tidak tahu cara dan macam mana nak pakai atau nak pilih warna yang sesuai untuk dipakai ke pejabat.. So my advise is pilih ja warna warna natural, memang korang akan nampak safety walaupun warna tu tersilap mix n match dengan kulit, ia tetap nampak natural.. betul tak??...tak payah nak jadi kak peah okay.. Baju pink, eyeshadow pink!!! baju hijau kuning eyeshadow pun nak mix macam tu!!! OOhHHH PPLLEEAAASSEEE janganlah!!! just pakai 1 warna pun dah okay...atau just pakai eyeliner pun dah memadai... bayangkan kalau anda jadi macam nie??


ATAU MACAM NIE??? hahahhaha

tudia hebatkan!!!!


PEMERAH PIPI
Inilah antara yang penting jugak tau...bila silap apply jadi badut..hehehe if tak blend dengan cara yang betul maka pertompoklah gayanya...Make sure korang sapu dan ratakan blusher dengan betul dan gunakan brush yang sesuai tau, bukan main hentam jer ... tapi kalau korang beli blusher yang ada siap span tu senang la....Contoh cara nak sapukan blusher ikut bentuk muka :


Macam mana nak pilih blusher yang sesuai dengan kulit anda...refer pada gambar nie...hope ia membantu..jika mungkin korang dah tersalah beli!! jangan buang...boleh pakai jugak..tapi jangan sapu terlalu tebal jer..



LUKIS KENING
Sekarang nie trend lukis kening...oppsss itu wajib tau sebab dengan melukis kening korang dan mengemaskan bentuk kening korang, ia akan menaikkan seri muka tau!!! So yang kening serabut tu pun kalau dilukis dengan cara yang betul memang nampak cantik... So kita follow this tutorial nak lukis kening 



TIPS : please use coklat colour untuk lukis kening anda tau..Jangan sesekali pakai warna hitam...tapi depends jugak pada kening anda... :)


MASKARA & BULU MATA
Bagi SS sendiri, pemakaian bulu mata actually tak la perlu sangat...Tak perlu nak pakai setiap hati tapi kalau nak pakai pada sesetengah majlis rasmi atau dinner okaylah...Nie nak pie pasar malam pun nak pakai bulu mata... kalau jadi che Ta tu takpalah dia memang dah biasa pakai. So kita nie tak payahlah nak ikut sangat!!!!. Pakai Maskara pun dah boleh bagi lentik mata kaw kaw. Sekarang nie maskara dah ada macam macam jenis, nak lentik, nak lebat nak jarang, nak panjang semua ada. so korang boleh ja pilih sendiri...Bagi SS sendiri YESS!!! maskara sangat penting untuk SS setiap hari...sebab tu SS wajib pakai maskara setiap hari pie kerja...



LIPSTIK & LIPLINER
Bercakap pulak tentang liptik nie, memang syok sebab sekarang nie ada 1 product yang tengah hot dipasaran iaitu NYX. Apa yang menarik tentang liptik NYX nie, bila pakai dier akan stick dan tak melekat pada gelas yang kita minum dan ia tahan lama...colour pun ada banyak.. So SS sarankan korang belilah liptik nie sebab memang best. Kat mana nak beli?? SEPHORA jer ;)... Pilih warna yang sesuai dengan kulit anda. Macam kulit SS sendiri, SS tak boleh pakai PINK!!! nampak muka sangat horror!!! hahahah....


TIPS : Kalau nak beli lipstik , jangan beli online sebab nanti korang akan tertipu dengan ilusi warna dalam gambar, batter beli secara offline, boleh cuba sendiri :)


 Hope fully semua tips simple nie korang boleh cuba apply pada wajah sendiri..Then kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh jer masuk youtube dan caro TUTORIAL MAKE UP!!! ada macam macam kat you tube tu, kena rajin jer...Sebelum nak ending nie, meha SS nak sharing sikit make up SS setiap hari ke opis :




WAJIB : LUKIS KENING, MASKARA, BLUSHER & LIPTIK JER

No bedak!!!!
No Foundation!!!
No Consiler !!!
Natural skin

Sebab SS amalkan set kulit Shaklee...Ambil basic jer :)

Semoga berjaya buat semua pembaca entry kali nie...hope lepas nie korang taklah rasa stress nak make up ke pejabat, interview, class, presentation dan sebagainya:)
SIMPLE TAPI NAMPAK CLASS..
So lepas nie tak adalah lagi alasan tak tahu nak make up atau tak sempat nak make up. Hari nie SS dah kasi tips paling basic untuk korang... SO korang kena cuba tau...






Friday, October 24, 2014

Kawan kawan Sporting dalam FB


Assalammualaikum semua...

Terima kasih tau buat kengkawan yang cukup prihatin dan bagi feedback kat Facebook SS..LAst 2 days SS ada upload status untuk minta kengkawan sharing kan apa apa idea topik nak SS tulis dalam belog nie...So memang hebat gak dapat idea yang syokkk ooooo..jom kita tengok!!!!


So antara topik yang 2 orang kawan SS suggestkan ialah :

  1. TIPS MAKE UP KE PEJABAT & KELAS
  2. MENU DIET
  3. MENU SIHAT UNTUK BAYI
  4. DO & DONT OUT FIT FOR OFFICE
  5. MUMMY MUDA ZAMAN KINI
  6. SOPAN MUSLIMAH
  7. BFF
  8. ALL HOT MOMMY
DAN PALING BUATKAN SS BACA AYAT NIE 4 KALI IALAH:

"AKAK AKAK VETERAN DI OFFICE TAK KEPOH DENGAN APA YANG KITA PAKAI PIE OPIS"


hahaaha..dengar nie memang SS sendiri teruja nak buat entry kot...hehehhe....thanks to 2 mummy yang hot nie...okay nanti SS cuba dapatkan info dna sharing dengan uolls okay...best gak topik nie...

So sesiapa yang ada suggestion nie boleh komen ker kat kotak bawah tu...ada ....thanks yer sebab support SS yang gila menaip belog nie walaupun sibuk :)

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels