Wednesday, July 30, 2014

Hari Raya


Assalammualaikum & Salam Lebaran buat semua

Hari nie dah pun tiba Raya ke-3...Yang sedihnya hari nie kena mai kerja....bawaklah di bambam kecik Zakwan tu datang opis..beraya diopis..Balik kerja nanti baru boleh nak beraya lagi...sambung lepas balik kerja..hehhehe..takpa raya kan 1 bulan...apa nak risau..

So kepada yang sedang beraya..selamat hari raya...Jangan lupa jaga kesihatan uolls tau..Jangan lupa makan supliment yang uolls dah beli...

Buat mereka yang suka makan rendang & lemang bagai...jangan lupa untuk jaga pemakanan anda juga...Nanti sakit susah pulak kan..


Selamat Hari Raya

Thursday, July 24, 2014

Happy Besday Zakwan



Alhamdulillah genap sudah umur anak ibu nie.... 1 tahun sudah....3 hari sebelum besday Zakwan, dia dah boleh bertatih tanpa pegang tangan sesiapa pun..seronoknya...saat yang paling SS suka..
ANAK SS DAH BOLEH JALAN!!!!
YAHOOOOOO!!!!!

Potret sendiri tangkap muat!!!kami keluarga Shaklee..

Pada 20 Julai 2014 yang lepas, SS dan suami belikan kek kecil untuk Zakwan...Dia punya teruja tengok kek dier sebab ada Minon...Zakwan adalah peminat No.1 Minon...So kalau nampak minion confirm nanti dia jerit suka...


Lepas berbuka sam bil potong kek, SS dan suami bawa Zakwan jalan jalan main di Playground lepas beli barang untuk prepare beberapa barang untuk besday zakwan yang bakal tiba.

Tribute to #MH17


Inilah Wallpaper Besday Zakwan..Wahhh Besarnyer....seronok anak ibu nie....eksited lebih tengok gambar besar bapak nie!!!1


Apa Apapun terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Zakwan...
Ibu & Abah sayang Zakwan Very KEtat-Ketat!!!

nantikan jemputan ke Majlis Hari Jadi Zakwan Yer....

Wednesday, July 23, 2014

Sebelum & Selepas Makan Shaklee


Assalammualikum & Salam Ramadhan ,

Ada yang terkejut bila SS uploadkan 1 status bagaimana SS boleh turunkan berat badan secara mendadak selepas bersalin....Ada yang tak percaya okay..Tapi itulah hakikatnya...So SS tak mau nak bercerita panjang lebar..SS dah cuba dan tak sangka ini hasilnya.....

SEBELUM BERSALIN

>> horman pregnant mmg tak berapa ok...
>> kulit gelap
>> berat badan bertambah secara mendadak sehingga berat terakhir 85kg
>> tidak bertenaga
>> kulit kusam





Uolls tengoklah sendiri kenaikan berat badan SS yang cukup menakutkan..Masa time nie memang dok rasa boleh ka nak kurus balik!!! Sebab family SS mostly semua berbadan besar jugak lepas kawin....Tapi entahlah...

So SS kenal dengan Shaklee..SS makan set basic ja : 

ESP + ALFALFA + ZINC COMPEX + OSTEMATRIX + LECITHIN ( makan 1 bulan ja sebab zakwan cirit)

Ini sahaja set basic yang SS makan selepas bersalin...Dan selepas bersalin..Inilah hasilnya :)


SELEPAS BERSALIN

>> berat back to normal 45kg
>> kulit makin cantik
>> kulit zakwan pun putih gebu
>> lebih bertenaga
>> kurang dijangkiti penyakit
>> susu badan banyak





Alhamdulillah memang Shaklee terbaik....Apa yang SS hajati memang dah terlaksana....sebab itu SS berani nak jual dan galakkan orang ramai terutama wanita diluar sana mencuba dan mengamalkan set shaklee..

Serious SS dulu dah mencuba pelbagai jenis ubat konon nak cantik..nak gebu..nak bertenaga dan paing utama nak kurangkan kerap sakit sakit nie...
Tapi sejak kenal shaklee..memang rasa cukup magik!!!! Ibu ibu diluar sana wajib beli untuk diri sendiri..
Bakal bakal pengantin yang nak naik pelamin..nak gebu gebu..try Shaklee.uolls mesti suka!!!


...............................................................................................

dalam masa 6 bulan sahjaa SS dapat kembalikan berat badan yang ideal serta mencantikkan kulit wajah malah lebih nampak muda macam belum kahwin!!!...

Shaklee memang terbaik!!!


...................................................................................................

Jika uolls nak beli produck shaklee..boleh jer klik pada link disebelah kanan blog SS ada tertulis SHAKLEE ONLINE SHOP..
uolls klik dan terus buat order dna bayar secara terus menggunakan Debit card / credit card sahaja..
atau 
uolls boleh hubungi SS untuk dapatkan secara terus : 0195434377




Friday, July 18, 2014

SHAKLEE VS ISRAEL



SHAKLEE VS ISRAEL???

Sejak GAZA diserang oleh pihak Israel, banyak spikulasi yang telah melibatkan syarikat SHAKLEE  dikatakan ada menyumbangkan sumbangan kepada pihak Israel...!!!!!!!

Oleh itu pihak shaklee telah mengeluarkan kenyataan HITAM PUTIH berkaitan masalah ini.


JIka ada diantara anda terjumpa mana -mana page yang ada logo Shaklee. uolls boleh buka link tu dan tengok siapa yang mengupload FUND tersebut. Selalunya link tersebut akan terus masuk ke laman sosial SID shaklee sendiri bukan terus ke logo syarikat shaklee official???...

So bagi mengelakkan masalah sumbangan ke pihak KI...anda tak payah bersusah payah link ke chart mereka untuk membeli product shaklee.. Anda boleh terus hubungi saya untuk membuat pembelian product shaklee...

Caria Distributor yang betul, jangan anda tersilap pilih..



MH17 kini tinggal kenangan


18 Julai 2014...

Dunia dikejutkan lagi dengan berita yang cukup menyayat hari seluruh rakyat Malaysia diatas bencana yang telah mengorbankan semua penumpang dan anak kapal MH17..

Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terkandas di Ukrine, Russia...

Terkejut bila melihat gambar dan berita tentang peristiwa ini. Ya Allah kau tempatkan mereka yang terkorban di dalam golongan orang orang yang beriman....





Caption ; inilah gambar terakhir kapal MH17 yang sempat diambil oleh salah seorang penumpang MH17 sebelum kapal berlepas. Gambar diupload dalam Facebook.
" jika kapal ini hilang, inilah rupanya"



caption : semua gambar nie SS ambil daripada google..


Jumlah Senarai Nama Penumpang MAS MH17 : 295 orang
  • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
  • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
  • Tidak diketahui : 39 orang
  • Jumlah warga Malaysia 35
  • Jumlah Penumpang : 280 orang
  • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
  • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)

Senarai Penumpang MH17 Malaysia Airlines :  Nama Juruterbang Pramugara, Pramugari MAS & Penumpang

  1. Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
  2. Kapten Choo Jin Leong Eugene
  3. Ahmad Hakimi Bin Hanafi
  4. Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
  5. Mohd Ghafar Bin Abu Bakar
  6. Dora Shahila Bin Kassim
  7. Azrina Binti Yakob
  8. Lee Hui Pin
  9. Mastura Binti Mustapa
  10. Chong Yee Pheng
  11. Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood
  12. Sanjid Singh Sandhu
  13. Hamfazlin Sham
  14. Nur Shazana binti Mohamed Salleh
  15. Angeline Premila Rajandaran
  16. Berita Semasa akan kemaksinikan daripada masa ke semasa senarai nama penumpang MH17 Malaysia Airlines
Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa. Yang cukup menyentuh hati SS lagi..salah seorang Pilot MH17 merupakan kenalan SS. Memang sangat terkejut diatas berita tragis ini. Semoga beliau tenang disana dan SS doakan kawan SS dapat menerima berita ini dengan hati yang tenang..
Amin


AL-FATIHAH

Thursday, July 17, 2014

Tema1st Besday Zakwan


THE THEME HAS BEEN CHOOSEN!!!

ITS MINION PARTY FOR ZAKWAN 1ST BESDAY CELEBRATION


aduhai.....raya nak dekat...nie dah kira last minit punya preparation kot!!!Jangan marah yer...semua ini sebab planing nak buat besar-besaran konon. Tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dihalang so SS dan suami pilih untuk buat secara kecil kecil tapi meriah.

Jemputan pun dalam 100 orang jer..panggilan untuk adik beradik terdekat dan kawan kawan jer...Lagipun masa tu hari raya so mungkin ada yang balik kampung dah..

So uolls...nanti bila free SS akan uploadkan cerita sikit tentang preparation besday zakwan....Ingat senang nak buat..rupanya susah jugak...Yang penting!!!
those tetamu yang datang!!1

WAJIB IKUT TEMA : 

KUNING & BIRU

its MiniON PArty

Monday, July 14, 2014

6 Hari sebelum bergelar BIGBOY


Hanya tinggal 6 hari jer Zakwan nak menjangkau usia 1 tahun. Cepatnya masa berlalu..Rasa macam baru ja SS lahirkan Zakwan nie. Now dia dah besar..dah tumbuh gigi dan boleh bertatih..Kekadang bila tengok gelagat dia memang rasa lawak sampai kadang tu mengalirkan air mata sendiri..Mata taknya daripada dia kecik, SS susukan dier..mandikan dier..tidurkan dier...pakaikan baju sampailah sekarang dah boleh main lari lari dengan zakwan. YA Allah begitu besar ciptaan Mu yang tiada tandingannya...Aminnn...

uolls tengoklah sendiri gelagar comel zakwan tatkala ada dengan SS. pantang nampak camera, confirm dia pun eksited nak selfie okay!!1 siap senyum bagai...meh kita layan jap gambo dier!!! :)






Okaylah..bila cakap bab masuk dapur nie, memanglah orang paling syok nak menyibuk ni ialah zakwan...kita masak dia pun nak masak, So apa yang SS buat bagi dia tak kacau SS masak???


ha itulah bahan bahan masakan zakwan..hahhaha..bukan nka ajar dia ke bidang masakan.tapi nampak dah gaya suka nak masak nie...hehehhe..habis segala bekas bagai dia ambik dan punggah...its normal uollss...dugaan melayan kerenah anak kecil nie...nak marah pun tak sampai hati....kita marah acah-acah..dia pulak marah kita....nak gelak pulak rasanya...


Tapi part yang paling best..siap masuk dalam baldi SS bubuh ikan, dia duduk dalam tu sambil makan biskut!!! alahai Zakwan, dahlah tak puasa..hehehhe..boleh pulak dia buat macam tu!!!


Yang paling latest bila Zakwan seronok ibu sarungkan jersey pasukan Harimau Malaya..Hahahhha...Macam muatkan baju nie!!1 heheheh...apadah....lawak sungguh budak nie...Siapa yang pernah jumpa Zakwan pasti akan kenal gelagat comel dier nie...

Bila rasa penat balik kerja, hadap budak kecik nie, lega jer semua benda, hilang rasa letih..Betul orang cakap, sepenat-penat kerja di opis tapi bila tengok wajah anak yang tersenyum menanti ibu dier balik kerja, mesti hati ibu akan cair macam coklat kena panas...aahhahah

Terima kasih buat semua kawan-kawan, pembaca belog SS yang sentiasa mendoakan kesihatan SS dan keluarga terutama sekali kesihatan Zakwan...Insyaallah lagi 6 hari dia nak mencecah umur 1 Tahun dah...Nak tahu apa perancangan yang SS buat untuk celebrate besday Zakwan?? Tungguuu!!!!!

Love,
Madam Surianie

Thursday, July 10, 2014

PAKEJ RAMADHAN TERHEBAT






Bulan puasa dah 12 hari..Alhamdulillah..

meh kita berkatkan lagi ibadat puasa kita dengan mengamalkan supliment terbaik untuk berikan anda tenaga sepanjang bulan ramadhan

SET MIGHTY 3 GEMS
ESP / MEALSHAKE / PERFORMANCE DRINKS



BAGAIMANA BENTUK ISI POWDER DIER???


Semestinya bila masuk ramadhan nie uolls mesti nak mencari supliment yang boleh bantu untuk bekalkan tenaga sepanjang hari. YEss!!! SS dah jumpa dan SS sendiri mengakuinya memang 3 set supliment banyak membantu SS untuk berpuasa..
cubalah sendiri dan anda akan rasa kelainan yang ada.


FUNGSI NYA??

PERFORMANCE DRINKS  : Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk mencegah penyahidratan. 

ESP : Minuman berprotein tinggi dengan kandngan 14gram protein soyan dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan. Glisemik rendah bantu kekalkan paras gula dalam darah.Mengenyangkan dan memberikan tenaga sepanjang bulan ramadhan

MEALSHAKE : Makanan tambahan yang rendah lemak dan rendah glisemik dengan 19 vitamin dan mineral. Sumber terbaik serat dan protein. Minuman kesukaan anak kecik. 


Kepada yang nak buat order secara online ( sendiri shopping )..Uolls boleh click butang kat bawah nie :

Mana pilihan anda??

PAKEJ Ramadhan Hebat : esp + mealshake + p.drinks
PAKEJ Ramadhan Sempoi : esp + p.drinks
PAKEJ Ramadhan best : esp + mealshake
PAKEJ Ramadhan Indah : mealshake + p.drinks

PAKEJ RAMADHAN 


Hubungi kami untuk order :
Mdmsurianie : 019-5434377
MrZam           : 019-4460466
Email     : surianie_shaklee@yahoo.com
Cod               : Area Penang Island
Postage        : Seluruh Malaysia

Wednesday, July 9, 2014

Jadual Pemakanan Untuk Ibu Pantang


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua...

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 10 hari kita berpuasa. Rasa cepat sungguh masa berlalu..Mungkin tahun nie ada yang dapat puasa penuh dan ada juga separuh jer..takpa dimaafkan tapi hanya untuk mereka yang bersebab ler kenapa tak puasa penuh..hehehhe




Bagi ibu ibu yang berpantang pun uolls mungkin tak dapat berpuasa kan..Tapi jangan rasa sedih tau. nanti uolls kena ganti macam SS jugak. Bila masuk bulan ramadhan nie semestinya ibu ibu yang dalam pantang nie akan rasa stress sebab tak tahu nak makan apa kan... Takpa hari nie SS berbesar hati nak share beberapa menu yang ibu-ibu berpantang nie BOLEH MAKAN dan TAK BOLEH MAKAN


AYAM & DAGING

BOLEH  : 

  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

TAK BOLEH :
  • Ayam biasa (takut gatal)



IKAN
PentingIkan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka. / Ikan yu membanyakkan susu ibu

BOLEH :
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis

TAK BOLEH
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang




ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu.Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

BOLEH 
  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku



SAYUR-SAYURAN 
Penting:  Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu.Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

BOLEH 
  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih

TAK BOLEH
  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN
PentingMakanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

BOLEH

  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

TAK BOLEH
  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai


LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan 

BOLEH
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping

TAK BOLEH
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang

AIR
PentingIbu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah. Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga. Air madu memanaskan badan.

BOLEH
  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu

TAK BOLEH
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Sekadar berkongsi info buat ibu ibu moden yang berpantang secara sendiri. Insyaallah mungkin serba sedikit dapat membantu pembaca belog SS dapat berpantang sebaik mungkin. Info nie memang uolls perlu print dan berikan pada suami sebab kekadang suami bukan tahu sangat bab bab makan benda tajam dan berangin nie.. Okaylah selamat berpantang buat semua ibu-ibu.. 

Ingin mendapatkan supliment tambahan selepas berpantang TERBAIK...KLIK sini...beli secara online :)



Love, 
Madam Surianie

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels