Tuesday, December 31, 2013

Sepetang Di Jeti Pulau Aman

 Assalammualaikum semua...

Sebelum tirai 2013 berlabuh...jom SS nak kongsi cerita dan trips SS bersama keluarga SS ke Jeti Pulau Aman. Jaraknya ambik masa dalam 45 minit daripada jambatan Pulau Pinang. Exit BAtu Kawan. 

Kali nie , trip kami kesana adalah nak menjamu selera di sebuah restoran yang bernama ....ermmm apatah SS pun terlupa nama dia..heheheh tapi kat Jeti tue mamang hanya ada 1 restoran jer. Makan makan yang dibelanja oleh salah seorang kakak SS.

Masa kami sampai situ, ramai jugak orang sebab nak menikmati suasana SUNSET kat anjung Jeti tue. So SS pon sempat merakamkan beberapa gambar kat situ, Tapi yang paling best ambik gambar anak sendiri..hehhehe....Itu wajib sekarang nie...Masa sampai jer bapak SS terus minta nak dukung Babyzakwan...So uolls tengok sendiri rasa sweet sangat picture babyzakwan dengan atok dier...Diam pulak..selalunya kalau cucu-cucu lain memang akan nangis tengok atok depa sebab muka atok depa garang...heheheeh....






gambar nie paling cute kan....

Selain tue, ada jugak mini stall yang buat khidmat sewa kereta mainan kanak-kanak. So sementara nak makan tue, anak anak menakan SS semua bermain main dengan kereta dan motor caj tue. Sorrylah info tak berapa lengkap.


Ini Kimi....anak bongsu abang saya..Muka dia sama macam Babyzakwan.

So ini adalah salah 1 gambar yang sempat SS ambik masa kami lepak di tepi anjung Jeti Pulau Aman.

Ini pulak family kecil akak SS yang no 2. Sanita Samsudin bersama twin comel dier Alia Fareeha & Amirul Farihin....Inilah anak susuan SS jugak :)

So bila masuk bab makan, ini jer yang sempat SS snap picture..intro jer...hehehe nak perangat sikit. Yang lain tue tak sempat...biasalah ada anak.so dahulukan anak dulu...hehhhe...

Okaylah jemput menjamu mata yer....okaylah kita sambung cerita lain pulak :)





Tuesday, December 24, 2013

Tips Untuk Banyakkan Susu Badan



Hello semua...

Mesti ramai yang dah syok membaca belog SS sebab SS makin hari makin mengupload banyak cerita untuk uolls baca...Alhamdulillah semuanya okay,,sekarang nie SS dah boleh nak manage time untuk family, anak dan juga untuk membuat belog..Hehhehe...lega sangat. mana taknya.sekarang babyzakwan pown dah semakin membesar dan membesar..Macam macam karenah dier...Dah pandai nak kenal orang.Sure nangis kalau didukung oleh orang yang dia tak kenai.

Okaylah hari nie SS bukan nak cerita tentang babyzakwan yang berpaha ayam goreng tue..hehehe..tapi SS nak berkongsi cerita yang sangat sesuai ditujukan kepada bakal-bakal ibu dan juga ibu ibu yang sedang menyusukan anak mereka. ITS ALL ABOUT BREASTFEEDING STORY!!!

Untuk pengetahuan anda semua, SS merupakan ibu breastfeeding kepada babyzakwan. Alhamdulillah sekarang dah 5 bulam, dan SS hampir berjaya untuk mencapai 1st Trimester Penyusuan. Amin...dan SS sangat berbangga dengan usaha sendiri uollss..happy gilez...Tapi jika anda juga mengamalkan cara yang betul untuk lakukan proses mengepam. memang susu anda pon akan banyak. Its happy to be breastfeeding mum. So hari nie SS dengan banganya nak share dengan uolls semua cara cara untuk mendapatkan hasil susu yang banyak. Jom kita kongsi :


Sebenarnya ada beberapa faktor yang boleh membantu untuk penghasilan susu yang banyak dan ada juga faktor yang perlu dielakkan. Mungkin ada sesetengah ibu tidak tahu tentang hal nie dan memandang ringan bab penting nie. so hari nie SS nak share tips YES & DONT yang perlu semua ibu ibu menyusu amalkan untuk kebaikan anda dan bayi anda. Jom kita mulakan .


 TIPS utama dalam penghasilan susu:

  1. MINUM AIR YANG SECUKUPNYA ( air jus, susu , air masak). Anda akan menghasilkan dalam 20 hingga 40 oz susu sehari,agak banyakkan? Merasa dahaga adalah tanda utama anda perlukan tambahan cecair dalam badan anda. Cubalah disiplinkan diri anda dengan meminum lebih air.
  2. KERAP MENYUSUKAN ANAK :l Menyusukan anak secara kerap atau pumping secara kerap. Ingatlah bahawa pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada permintaan. Lebih kerap anda menyusu/pump susu, tubuh akan menghantar isyarat bahawa bayi memerlukan lebih susu..seterusnya akan meningkatkan pengeluaran susu ibu.
  3. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT. Amalkan makan makanan yang banyak proteinnya.
  4. REHAT YANG CUKUP.
  5. PENJAGAAN PUTING PAYUDARA- Sentiasa kena jaga putting payudara anda dengan bersih supaya saluran susu tak tersumbat.


Selain daripada mengamalkan tip-tip tadi, anda juga boleh mengamalkan cara pemakanan yang sihat dalam setiap menu yang anda makan . So cubalah makan makanan yang SS senaraikan ini sebab ia membantu dalam penghasilan susu yang banyak.

  1.  Sayur-sayuran Hijau .
  2. Buahan : buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan buahan yang mengandungi vitamin A dan C
  3. Ulam-ulam macam pucuk kaduk, jantung pisang
  4. Lobak Putih- Mengandungi Vitamin C dan serat yang tinggi. ianya membantu dalam penghasilan susu dan meningkatkan sistem imunisasi Ibu dan secara tidak langsung sistem imunisasi bayi atau anak juga dapat ditingkatkan.
  5. Jintan - Jintan Hitam (Habbatus Sauda.) / Jintan Manis 
  6.  Tauge Alfalfa- Tauge alfalfa ini memang mudah untuk diperolehi dan juga harganya sangat2 murah. Alfalfa merupakan agen "Milk Booster" tersangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusu. Bayi dan anak anda memang sentiasa kekenyangan jika mengambilnya bole beli dekat Jaya Jusco 
  7. Kurma- Kurma membekalkan kalori segera kepada badan Untuk ibu-ibu menyusu, kurma wajib ada dirumah masing-masing kerana Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan.
  8. Susu - Susu membekalkan protein, kalsiun, vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan.
  9. Coklat - Membantu dalam mencetuskan hormone kegembiraan
  10. Keju - Berkhasiatnya dari segi kalsium, protein, vitamin dan zat galian. ia mudah diserap oleh badan.
  11. Tempe - tinggi kandungan protein. disamping itu ia juga memekatkan air susu.
  12. Halba - Nama inggerisnya Funegreek. juga popular sebagai agen untuk meningkatkan penghasilan susu tapi mungkin tidak serasi untuk sesetengah ibu dan bayi kerana ia dari herba.

Makanan yang perlu dielakkan

  1. ais (x bgus tuk bby..jg x bagus tuk ibu)
  2. any kekacang (mnmbhkn angin dlm bdn..bby pun leh kembung perut)
  3. air kelapa muda (bisa urat)
  4. jambu batu (kembang urat)
  5. keladi (bisa urat, kurang susu)
  6. labu (kmbang urat, angin)
  7. laksa/mee/bihun (kembang urat)
  8. KACIP FATIMAH (buat susu jd BERTOKSIN)
  9. Kafein (merangsang pengeluaran susu badan namun ia juga merangsang bayi anda. ia akan bercampur dengan susu anda dan akan bertidak balas ke atas bayi anda. Bayi mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti, tidak lena tidur, mengamuk dan sebagainya.)


Insyaallah lepas kita mengamalkan pemakanan yang sihat, susu pon banyak, baby happy ibu yang menyusu lagi happy. Tapi tahukah anda ada juga faktor lain yang boleh membuatkan penghasilan susu yang kurang.antara sebab susu ibu berkurangan adalah:


a) tekanan/stress
- tekanan memang tidak dapat lari dari kehidupan kita. Stress tu perlu sebenarnya dalam kehidupan..baru la kita ni normal..tp kalau terlalu stress..memang tidak baik utk kesihatan. tambah-tambah pula untuk ibu yang menyusukan bayi. untuk menggalakkan pengeluaran susu secara optimum mesti tenangkan fikiran.... cuba bayangkan perkara yang indah2 dan peluk bayi anda dengan penuh kasih sayang...kalau bayi tiada depan mata..pandang gambar pun xpe…insyaallah semunya akan pulih.
TIPS dari SS : masa nak pam susu, SS suka pasang lagu yang berentak romantic sebab baru SS dapat feel nak pam susu. takpun SS akan bukak video babyzakwan or tengok gambar dier.


b) keletihan atau kurang tidur
- siapa yang cakap menjadi seorang ibu itu mudah. nak jadi ibu ni bukan senang tau..hanya wanita yang pernah menjadi ibu aje tahu betapa sukarnya menjadi ibu. Bayangkan kena bangun malam untuk menyusukan bayi / menenangkan bayi yang terjaga disebabkan oleh lampin basah…atau pernah terjadi dekat saya bayi meragam…sepanjang malam saya tak tidur…bila masuk subuh baru dia tidur..ohhh.sangat meletihkan..tp perkara ini tak boleh dijadikan alasan.seelok2nya bila bayi tidur, ibu pun digalakkan utk tidur supaya mendapat rehat yang secukupnya... sebab bila bayi jaga…kita kena beri perhatian pada mereka sepenuhnya…selain itu, system pencernaan juga akan terganggu jika ibu x cukup rehat.


 
c) kurang minum air – untuk orang biasa.. pengambilan air kena sekurang-kurangnya 2 liter (lebih kurang 8 gelas) tetapi ibu perlulah mengambil sekurang2nya 3 liter air sehari baru susu akan banyak. Percayalah!!!!!


d) Pengambilan pil perancang – pengambilan pil perancang akan turut menjejaskan pengeluaran susu ibu.sila dapatkan konsultasi dari Dr anda sebelum mengambil pil perancang jika anda menyusukan bayi anda.


Dalam pada itu juga, haruskah ibu-ibu mengambil supliment tambahan dan cukupkan nutrisi yang kita makan setiap hari cukup untuk disalurkan kepada bayi anda??? Jawapannya ialah WAJIB makan makanan tambahan sebab sekarang nie sebab dalam proses penghasilan sesuatu makanan , segala nutrisi dalam makanan tersebut dah hilang.Actually bukan ibu yang menyusu, malah orang biasa pun sebenarnya perlu ambik supliment tambahan bagi membekalkan nutrisi yang lengkap dalam tubuh badan kita.

Tapi yang pentingnya, uolls semua kena tahu, bukan bermaksud kalau kita makan supliment beribu-ribu ringgit dan makan makanan yang cukup khasiatnya tapi tak tahu cara mengendalikan proses pam susu, ia juga tak Nampak hasil...Apa yang penting, teknik mengepam adalah sangat PENTING...Macam SS sendiri, SS memang mengamaklan teknik mengepam dan juga mengurut. Tapi adakah dengan cara mengepam menggunakan mesin sangat bagus???.Sebenarnya tidak...Cara yang paling penting ialah mengepam menggunakan tangan yang dipanggil MEMET. Sebab bila kita pam pakai tangan memang segala urat sarat dan saluran susu akan berjalan lancer. Tak percaya, anda cuba dalam masa 3 or 1minggu dan anda sendiri akan Nampak hasilnya......

Pernah anda tengok gambar nie, inilah cara untuk memet menggunakan tangan anda, cara urutan yang perlu uolls cuba okay:




Dan pada masa yang sama SS juga mengamalkan pengambilan set susu daripada Shaklee iaitu :


Energizing Soy Protein (ESP) + Alfalfa Complex

Milkmaid Tea Organics (Nursing Tea)
 
 
 
Alhamdulillah sehingga sekarang, susu SS masih banyak dan tak putus lagi susu SS untuk Babyzakwan. Amin..amin dan amin...Bangga menjadi seorang breastfeeding mummy. Hope uolls semua dapat amalkan tips memperbanyakkan susu. Sebab bukan sebab penambahan susu itu bukan berasal dan berpunca daripada supliment yang kita makan. sebenarnya cara kita mengamalkan cara pengendalian payudara kita dan juga pemakanan. itu dan cukup baik untuk anda.
 
Hope entry kali nie banyak yang membantu anda.
Kepada yang ingin mencuba SET MILKBOOSTER SHAKLEE...boleh emailkan pertanyaan anda terus kepada SS di :
atau sms SS
019-5434377
 
 

Monday, December 9, 2013

Jana Pendapatan Bersama Shaklee





Assalammualaikum semua..

Hari nie SS sangat berbesar hati nak kongsi cerita dan pengalaman SS dalam menjalankan perniagaan secara online iaitu BISNES SHAKLEE...
Mungkin ramai yang tahu tentang kehebatan produk nie kan.Sampaikan sekarang nie dah jadi fenomena uolls...SHAKLEE di merata-rata...Mak,ayah,atok,nenek,abang,anak ,semua dah tahu dan semua dah mencuba produk nie.Alhamdulillah banyak feedback yang bagus setelah mencuba produk tersebut.

So hari nie SS nak kongsi dengan uolls semua tentang SHAKLEE!!!
Bagaimana nak mula dan bagai mana anda boleh menjana pendapatan setiap bulan!!!


Bagaimana nak mendaftar?


  1. Yuran pendaftaran RM75.00.  RM65 pendaftaran dan yuran pos bag kit Rm10.
  2. Pendaftaran ahli adalah seumur hidup.
  3. Anda akan diberikan SID ( Shaklee Independent Distributer) sebagai pengesahan anda adalah agent sah Shaklee.
  4. Untuk aktifkan SID anda. Pastikan min 30UV setiap bulan.
  5. Penjualan boleh dibuat secara online mahupun offline.

Bagaimana nak buat promosi ??
  1. Publish dilaman sosial anda : facebook, instagram,twitter, blog dan sebagainya.
  2. Berikan flyers kepada rakan-rakan ketika berjumpa bersama.
  3. Berkongsi pengalaman anda setelah memakan product shaklee atau berkongsi info.

Bagaimana untuk dapatkan stock??
  1. Membeli produk shaklee dengan melayari lamaweb rasmi  : shaklee2u.com
  2. Kunjungi Shaklee Branch yang berdekatan dengan anda.




Mudah dan senangkan!!!!
Semuanya kini dihujung jari. kalau dulu uolls kena beratur panjang..lepak berjam-jam di branch semata-mata nak ambik order. Tapi sekarang dah canggih...Uolls boleh buat order dimana-mana sahaja. Login dan order..then Shaklee akan hantarkan semua barang anda melalui G-DEX. Senang dan cepat.
 
Cuma apa yang penting, uolls kena berdisiplin dan kena lebih dan banyak berusaha untuk mendapatkan habuannya. Kalau sekadar register tapi tak buat kerja cam mana nak masyukkk....heheheh...Tapi jangan isau.kalau uolls nak register bawah SS pown boleh. Sebab SS akan coaching uolls dan guide cara nak menjual dan mempromosi Shaklee nie.
 
..Mungkin ada dikalangan daripada anda takut nak buat bisnes Shaklee nie sebab kononnya mind set depa dah set yangdah ada ramai orang jual produk nie. Tapi jika kita sendiri punya azam nak Berjaya..apa pun kita sanggup buat. Macam SS sendiri, pada mulanya memang SS langsung tak percaya dan SS rasa macam rugi dan susah nak buat bisnes nie. Yelah mana nak promote, mana nak handle butik, lagipun masa tue SS tengah sarat preggy. Tapi Alhamdulillah lepas bulan pertama SS join dan SS belajar dari bawah..SS dapat hasil dan bonusnya..Amin!!!!!
Lepas 3 bulan SS join, sekali lagi SS dapat merasai bonus yang cukup tak disangka sampaikan SS mampu membeli sebentuk cincin emas untuk SS sendiri. Takkah mahal kan???Then pada masa yang sama SS dah naik RANK jadi SUPERVISOR...amin...bulanan pown SS dah dapat income 4 angka sebulan..Amin...
 
KALAU SS BOLEH HANDLE BUTIK PENGANTIN SS, BOLEH JUAL PAKAIAN KANAK-KANAK DAN MENJADI SURI RUMAH DAN MENJUAL PRODUK SHAKLEE DALAM 1 MASA, kenapa anda tak boleh buat???
 
So tak menjadi masalah jugak pada anda untuk buat bisnes nie. bukan susah..Caranya hanya upload, cerita, sharing info , attend customer dan jual. Bila hujung bulan, uolls dah rasa sendiri hasilnya!!!!
Okaylah tak mau cerita banyak. So kepada mereka yang ingin mencuba dan ingin ubah pendapatan dan  ubah gaya hidup anda, boleh call SS untuk join Shaklee..


NAMA : SURIANIE SAMSUDIN
SID : 966421
 











Thursday, December 5, 2013

Majlis Cukur Jambul BabyZakwan


Assalamualaikum...

Hari nie SS berkesempatan nak bercerita tentang Majlis Cukur Jambul Babyzakwan pada September yang lepas. Sorrylah cerita lapok sikit..Hehehe tapi masih fresh dalam ingatan bila kali bertama nak adakan majlis untuk anak sendiri..

Okaylah 1st of all SS nak ucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga SS yang sudi bekerja keras menjayakan majlis tersebut. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. SS bukan buat besar besaran pown. Hanya sekadar mengikut syarat. Lagipown time tue SS masih baru fresh habis pantang. So nak berjalan sana sini memang susah sikit ler...Tapi alhamdulillah SS dapat sediakan segala kelengkapan majlis secara online gitu..heheheh

Actually SS pilih tarikh majlis pada 14 September 2013 adalah sebab ia merupakan tarikh ulangtahun majlis perkahwinan yang pertama...Alhamdulillah dalam sekelip mata SS dah menjalani kehidupan berumah tangga dah hampir 1 tahun. So lepas berbincang dengan En.Suami..Kami pown bersetuju buat majlis pada tarikh tersebut dan berlokasi di rumah mak SS di Kampung Baru Ayer Itam...Jemputan pown tak panggil ramai. Just adik beradik terdekat sahaja dan juga kenalan rapat sahaja.

Majlis pown bermula lepas solat zuhur. Masa time tue memang dah ramai orang yang hadir. Nasiblah si Babyzakwan tak meragam time tue. Dia pown dok ralit ja..hehehe....Lepas tue majlis pow dimulakan dengan marhaban dan berendoi oleh kumpulan Marhaban yang diketuai oleh Mak Cik hajar. Actually kisah nak cari kumpulan marbahan perempuan nie memang tersangat susah. Tapi hasil bantuan FACEBOOK...Alhamdulillah SS dapat contact orang kampong sendiri...ahahhaha cari punya jauh rupanya orang kampong sendiri ada buat marhaban berendoi nie..Alhamdulillah...Takpa yang nie SS tak payah nak cerita panjang lebar kan...

Sepanjang sesi marbahan berlangsung, Alhamdulillah Babyzakwan memang tak menangis apa pown. Dia diam jer..Mungkin disebabkan dia dengar ada orang menyanyi sebab tuw dia pown diam jer. Lagipown masa dalam perut memang SS dah biasakan dia dengar lagu lagu.So sampai sekarang kalau dia nangis SS akan nyanyikan lagu atau SS pasang lagu sure dia diam....nak jadi artis kot!!!!hahhahaha...




Babyzakwan pown syok jer duduk dalam cradle tue...siap tersengeh ja..



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...Walaupun tak berapa meriah tapi kehadiran kaum keluarga dan kawan kawan telah memeriahkan majlis tersebut. Yang bestnya SS nak kongsikan cerita dengan uolls semua tentang pelamin dan juga cenderahati serta dekorasi lain dalam majlis ini yang SS sediakan sepanjang majlis tersebut.Jom SS cerita sikit kat uolls..Mana tau mungkin lepas nie ada yang berkenan bolehlah contact dengan SS untuk order...

Jom kita belek-belek sikit beberapa gambar yang SS upload semasa sesi majlis potong jambul...









PELAMIN

Create by THE HOUSE OF RED GINCU...Semestinya pelamin berendoi babyzakwan nie SS buat special untuk dia. biasalah anak tauke..hehhehe simple tapi Nampak grand..ehehhee....Yang paling istimewa ialah buaian tue SS siap tempah khas untuk dier...hahahhaha...So lepas nie for those yang nak sewa pown boleh jer. tak ada masalah.Just call dan booking jer..Tema yang SS pilih pown adalah tema yang simple dan sweet jer. Warna pun SS main in 2 colour jer sebab for baby tak boleh nak buat warna over sangat. Kang nanti jadi caca merba jer...So uolls tengoklah sendiri..ehhehe





BANNER ( BUNTING)

Bunting nie SS buat memang last minit sebab baru teringat nak buat banner nie. By the way thanks to SEBAGUS TRAVEL a.K.a Kak Weeta yang sudi menerima tempahan last minit SS nie...Tapi akhirnya hasil memang sangat comel..hehehehe....Kepada yang berminat boleh call untuk order, boleh call terus  013-3300344 Kak Weeta  dan buatlah tempahan dengan beliau. Macam macam ada. Pilih dan bayar jer.



CENDERAHATI

Bila bercakap tentang barang cenderahati nie, sejak dari preggy lagi SS memang dah set mind nak buat cenderahati nie masa majlis berendoi anak SS. Apa pun SS dapat idea masa SS buat pelamin berendoi untuk anak customer SS. Dia buatkan CD yang mengandungi surah-surah harian, selawat, asmaul-husna dan juga surah Yasin. Tapi actually semua surah nie kita boleh request nak yang mana satu


so those yang berminat boleh order dengan SS jugak. Memang sangat sesuai kalau kita nak hadiahkan kepada quest kita. So bila depa pasang cd nie..seperti mereka sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan SS dan keluarga. amin



Last sekali SS nak upload gambar SS dan suami bersama Babyzakwan






So ini adalah antara mereka yang datang ke majlis cukur jambul Babyzakwan...jom snap snap sikit...




punya penat melayan orang...akhirnya kecundang juga akhirnya....


BTW..terima kasih juga kepada mereka yang bg hamper buat babyzakwan...siap dapat 2 lagi...




Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis cukur jambul Babyzakwan....insyaallah ada rezeki tahun depan kita jumpa pulak di majlis hari lahir Babyzakwan 1 Tahun...Aminn


Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels