Thursday, August 30, 2012

Pengalaman Bersama Family Ustaz Don



Ramai yang dok tanya..bila nak buat entry pasal Ustaz Don niee..hehehhe.....actually masih lagi ada gambar yang belum dapat daripada beberapa camera lagi. Sebab tue yang lambat sikit nak upload. Tapi u`olls jangan isau SS akan upload n buat entry dengan kadar segera. Nak cerita pengalaman bekerja dengan kelauarga celebrity nie..Memang satu pengalaman yang cukup indah dalam hidup..So u`olls tunggu yer..saya akan cerita semuanya bagaimana saya mendapat tempahan ini :)


Stay tune..........

Gambar Hiasan : Inilah antara hasil yang dibuat oleh The House Of Red Gincu di majlis yang cukup indah itu...



Bride to Be,
~sue~

Monday, August 27, 2012

Saya ada FANPAGES FACEBOOK



Salam Syawal buat semua...Alhamdulillah dah masuk syawal ke-9 kita meraikan.....semuanya dan memulakan kerja yang telah seminggu ditinggalkan. oklaylah u`olls mudahan semuanya selamat...Tapi tahun nie SS tak beraya sakan..Raya pun ala-ala jer...sebab tahun nie nak kawin so tak boleh nak spend duit banyak sangat just ala kadar jer. Tahun nie pun duit raya bagi pada anak-anak menakan yang terdekat dan masih kecil jer...

Back to the story...kali nie SS nak buat sikit pengumuman dengan u`olls semua...mulakan Hari nie 27/8/2012 SS akan membuat 1 page yang baru dalam Facebook.Ini memandangkan friendlist  SS semakin hari semakin ramai yang minta nak jadi kawan. SO rasa serba salah pulak klu tak approvekan...Kekadang tue sampai terpaksa click NOT NOW utk jadi friendlist...Sekarang pun dah 2824 friendlist..ada yang kenai dan ada yang tidak...takpa tak kisah pun...Lagipun FB personal nie nak ada friendlist tue ada limit number jer, so terpaksa SS cari jalan yang lain untuk maintain benda nie..oleh itu SS telah create 1 NEW FAN PAGE dalam FACEBOOK...peh nie tak perlu risauler berapa ramai orang yang boleh jadi kawan...hehehhehehe


So mungkin dalam masa terdekat nie My Personal Facebook tue akan ditutup sepenuhnya :)...tapi digantikan dengan yang baru...So u`olls still boleh chat dengan SS di FanPages Baru saya di :


Jangan lupa..tapi klu ada yang dah terdelete tue minta maaf sangat.bukan sengaja nak buat macam tue..tapi terpaksa..So lepas nie senang u`olls nak coment dan sebagainya :)

Jangan pulak ingat SS buat Fanpages nie nak glamour...tapi sebenarnya nak merapatkan dan mempelbagaikan lagi kengkawan di dalam FB nie...So jangan lupa tau LIKE my new FB Fanpages :)


Bride To Be,
~sue~




Saturday, August 25, 2012

Hukum Mengampu Majikan I Pesanan


Jom baca petikan nie.Mungkin akan menyedarkan kepada sesetengah pihak berkaitan kes ini..heheheh....Bukan bermaksud nak menyindir orang tapi sebenarnya nak memberitahu kepada mereka yang suka berkelakuan sedemikian untuk mengubah diri mereka untuk melakukan perkara yang dilaknati Allah s.w.t..

Mari kita kongsi bersama.....



Bride To Be,
~sue~

Friday, August 24, 2012

Pelamin Cantik I Teringin



Pelamin yang indah ...

Just dok melayan gambar pelamin dalam google nie..Tetiba SS nampak satu pelamin nie...Tak pasti siapa empunya pembuat pelamin ini..heheheh...suka....teringin juga nak buat macam nie kat pelamin saya..tapi boleh ker??



Bride to be,
~sue~

20 days To go



COUNTDOWN


20 Hari menjelang Hari Bahagia
 14 September 2012

Thursday, August 23, 2012

Muhammad Irfan Haziq I New Baby Born



New Baby Born

Welcome To our big family....hehhehe....ucapkan selamat menerima baby boy yang baru buat bakal kakak ipar saya...Kakak kepada En.Tunang saya yang lahirkan seorang baby boy pada Jumaat lepas 17 Ogos 2012 seberat 3.7kg. Alhamdulillah dilahirkan secara normal ;)

Nama dier ialah Muhammad Irfan Haziq....sedapkan nama dia....




Happy raya semua...

Bride To Be,
~sue~

Wednesday, August 22, 2012

Balik Kampung


Hari Raya Ke-2

Tahun nie seperti kebiasaan hari raya, kami sekeluarga akan pulang beraya di Jawi,iaitu umah nenek saya yang masih sihat ;)

Walaupun kampung kami nie berlokasi di Flat jer tapi suasana balik kampung still ada....tersangkut dalam jem di highway dan juga kawasan-kawsan yang sewaktu denganya...tapi kali nie lain sikit sebab kami balik kampung dengan membawa cicit kepada nenek kami yang banyak...alhamdulillah family SS bawak 9 cicit buat nenek saya... sorry tak sempat nak snap picture sebab masa tue SS tak berapa sihat sebab kena cirit-birit dan kencing tak lawas..hahhahaha

tapi u`olls boleh tengok picture yang my unty upload dalam fb dia....sorry noh bik ida, akak grap a feww picture nak kongsi dengan semua orang....

 Gambar 1 : tengoklah ini  adalah family SS.....


 Gambar 2 : Macam biasa En.Manap ( bapak saya) akan duduk di tangga..sebab kaki dia sakit


 Gambar 3 : buruk sungguh muka SS....menahan sakit yang teramat sangat


 Gambar 5 : Pandangan dari tingkat 4 umah nenek saya di Jawi

 Gambar 6 : Ini gambar nenek saya ( tengah) bersama ibu saya ( kanan) dan adik mak saya ( kiri)


Gambar 7 : my sepupu :)


Tahun nie tak dapat nak snap picture banyak sebab sedih...keadaan tak berapa sihat...heheheh..nak beraya pun tak ada mood...apapun alhamdulillah kali nie dapat balik kampung juga...Insyaallah klu umur panjang...tahun depan jumpa lagi..

Bride To Be,
~sue~

Monday, August 20, 2012

Raya Penuh Makna


Assalammualaikum w.b.t

Khas buat semua pembaca belog saya ini, Masih lagi sempat untuk SS nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & BAtin buat semua pembaca, kengkawan, rakyat malaysia dan khususnya kepada mereka yang meraikan hari yang indah ini.

Syukur, tahun nie alhamdulillah tuhan panjangka umur SS untuk menyambut hari raya dengan penuh makna dan keinsafan. Isyaallah jika tuhan masih berikan peluang pada SS untuk menumpang didunia ini, insyaallah tahun depan SS dapat beraya sebagai isteri pulak.:)..aminnn

Sepanjang ramadhan tahun nie, Tuhan dah berikan pelbagai dugaan dan cabaran pada SS dan En.Tunang. Berkat doa dan harapan, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kadang kala kami hampir putus harapan untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang. Allah s.w.t telah berikan kekuatan pada kami khususnya pada SS untuk terima dengan hati yang tenang dan redha dengan segala ketentuan yang telah dikurniakan pada SS.

Alhamdulillah semua ok...

Kepada semua kengkawan, sahabat,pembaca, dan juga sesiapa yang ada membaca entry ini, SS sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, memohon segala kesilapan dan kesalahan yang SS lakukan terhadap anda semua. Mungkin ada yang sengaja dan ada yang tidak disengajakan..Ada yang termaki hamun, tercaci dan tercela, sakit hati atau keras hati terhadap segala perbuatan SS, ingin SS mohon ampun dan halalkan segala makan dan minum SS selama nie. Moga tahun nie memberikan seribu makna buat kita semua..

AMIN

Gambar : dipagi raya...sorry muka agak chom sebab baru habis beraya bersama En.Tunang..

Bride To Be,
~sue~

Wednesday, August 15, 2012

Udang Oat Goreng Butter I Resipi Saya



Ello semua..Hari nie saya nak share dengan u`olls semua resipi masakan air tangan saya sendiri iaitu :
UDANG GORENG OAT BUTTER


Bahan Yang Diperlukan :

  • Udang size sederhana
  • Bawang besar ( yang dicincang)
  • Bawah putih ( dicincing ) 
  • 1/4 butter
  • Helaian Daun Kari
  • 2 biji telur
  • 4 sudu oat
  • Halba Campur
  • minyak
  • Secukup Rasa

Cara memasaknya :

  1. Goreng udang anda terlebih dahulu dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng sehingga nampak kekuning-kuningan dan asingkan.

  1. Masukkan sedikit minyak dan juga butter.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar & bawang putih yang dicincang tadi.Goreng sehingga keluar bau wangi.
  3. Kemudian masukkan daun kari & halba campur. 
  4. Masukkan telur dan goreng sebati.
  5. Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaulkan.
  6. Masukkan oat dan sedikit secukup rasa.
  7. biarkan dalam 2 minit dan siap untuk dihidangkan.

Juadah ini boleh juga dibuat sebagai menu pagi raya..hehehhehe....selamat mencuba..klu tak sedap tue..maksudnya anda tak pndai masak..hehehhehe..lawak jer....



Bride To Be,
~sue~





PERSIAPAN 1 BULAN MENJELANG HARI BAHAGIA






BUNGA TELUR DAH READY?

Bunga telur masih lagi belum selesai. Sebab maish lagi ada yang belum siap packing. Insyaallah sebelum wedding semua siap.Nak tahu aper? tunggu ler nanti masa wedding.


KIRIMKAN KAD KAHWIN KEPADA SAUDARA DAN KAWAN YANG JAUH
Bercakap pulak pasai kad kawin, Alhamdulillah semua dah ok cuma masih lagi ada nama kengkawan yang belum habis dipanggil dan dihantarkan kad. Yang jauh tue, semuanya dah siap dipos :)

PASTIKAN SIZE CINCIN ANDA
Cincin lelaki sahaja belum ditempah, saya punya dah siap :)


BINCANG DENGAN JURUGAMBAR TENTANG KONSEPT
Not done yet :) masih tengah mencari idea utk tema wedding pulak. Klu masa pre-wedding kita buat ala vantage moden. Tapi untuk wedding pulak semestinya lain dari yang lain :)

TEMPAH PAKEJ HONEYMOON
Alhamdulillah utk pakej honeymoon dah siap sepenuhnya dari segi tiket flight dan juga bilik hotel..Lokasi? semestinya dalam Malaysia jer sebab kat Malaysia pun ada tempat yang cantik dan menarik. tunggu nanti saya review. klu cerita sekarang nampak tak suprise jer. 

PASTIKAN KEPERLUAN MAJLIS PERKAHWINAN 
Masih tengah membuat senarai untuk 3 majlis nanti.

PILIHAN MUZIK KETIKA MAJLIS BERLANSUNG
Belum terfikir nak mainkan lagu aper. Mungkin ada mungkin tidak. Yang pastinya en.DJ yang diberikan kepercayaan untuk mengendalikan majlis tersebut bersama My wedding planner :)



Insyaallah mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang nie cuma yang peling penting ialah banyakkan berdoa minta perlindungan dari mala petaka dan juga bencana yang tidak diingini. Insyaallah tuhan akan sentiasa membantu kita..
Amin

Bride To be,
~sue~


30 Days to go


COUNTDOWN



30 Hari menjelang Hari Bahagia
 14 September 2012

Tuesday, August 14, 2012

SETEMKU



Salam ramadhan buat semua. ALhamdulillah kini kita dah berada di 10 terakhir Ramadhan Al-Mubarrak. Dalam sibuk membuat persiapan hari raya. sempat juga saya selitkan sikit persiapan majlis perkahwinan saya ini...Wow pejam celik dah tinggal 30 hari jer nak bergelar raja sehari...Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.
Okaylah this time saya nak share 1 pengalaman bersama B2B untuk membuat setem gambar sendiri. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga yang tidak pernah tahu bahawa wujudnya perkhidmatan ini di POS MALAYSIA.So hari nie saya nak bongkarkan rahsia bersama anda. 

Semoga berjaya......just ikut pada step yang saya tunjukkan sahaja 

STEP 1 : 
Layari webpage www.posonline.com.my



Step 2 :
Kepada pengguna BARU, anda perlu mendaftar. tapi klu yang dah ada akaun terus LOGIN jer :)


STEP 3 :
Lepas dah LOGIN, pilih "PERSONALIZE STAMP" dibahagian kotak di sebelah kiri.


STEP 4 :
Pilih INDIVIDUAL ( Setemku) dan klik ORDER untuk meneruskan pembelian anda




STEP 5 :
Selepas itu, anda akan diminta untuk membuat pilihan design setem yang telah dimuatkan dalam permohonan ini.
Selesai...terus klik ORDER


STEP 6:
Lepas anda dah pilih design, anda perlu muat turun gambar yang anda ingin letakkan di setem tersebut.
KLIK kotak I agree > klik CHOOSE FILE > upload


STEP 7 :
Selesai upload, anda perlu CROP gambar ikut pilihan anda.
refer picture



STEP 8 :
Selesai gambar diupload, sample setem anda akan dipaparkan. Jika anda setuju > NEXT



STEP 9 :
Masukkan kuantiti setem anda. Secara automatik jumlah akan dipaparkan.

STEP 10 :
Diskrin ini, ia akan memaparkan butiran anda dan juga butiran permohonan setem anda.

STEP 11:
Klik pada pilihan penghantaran setem anda :
1. By Poslaju
2. By Pos Biasa



STEP 12:
Jumlah akan dipaparkan > klik PROCEED TO CHECKOUT




STEP 13 :
Disini, makluman pembayaran anda akan dipaparkan. Just follow jer...Then anda kena buat pilihan cara pembayaran anda. 



STEP 14 :
Selepas pembayaran selesai, slip dan juga transaction number akan dipaparkan kepada anda sebagai tanda anda telah berjaya membuat pembayaran.




So lepas bayaran telah diterima oleh pihak poslaju. secara automatik mereka akan proses setem anda. dan ini hasilnya :



Memanh ada yang akan cakap buang-buang duit jer...tapi hakikatnya ini adalah kenangan perkahwinan ada yang mungkin akan anda abadikan bersama nanti. Seriously memang rasa sangat teruja buat benda nie....So kepada B2B yang nak buat macam nie...bolehlah mencuba...

Bride To Be,
~sue~

Tema Majlis Resepsi Saya


Dah tinggal 1 bulan jer lagi majlis perkahwinan saya akan dijalankan..Insyaallah mudahan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah diaturkan....

Okaylah this time nak kongsi dengan u`olls semua tema majlis saya nanti....ramai juga yang bertanya...
"nanti hang kawin buat tema apa?"
So inilah nak bercerita tentang tema majlis persandingan saya nanti..Sangat excited nak bercerita dengan semua....


Tema yang saya pilih untuk majlis saya ialah : 

"WEDDING IN A ORCHID GARDEN "

Tapi warna tema pula ialah kombinasi warna MERAH + PEACH + CREAM

Ini adalah 1 kombinasi yang cukup memberikan kelainan dalam sesebuah dekorasi. Insyaallah. Dekorasi yang banyak berunsurkan bunga orchid oleh sentuhan 3 butik pengantin yang digabungkan dalam 1 acara yang cukup indah untuk meraikan sepasang pengantin baru :)
Terima kasih kepada mereka yang terlibat.....teruja nie...






Untuk setiap bunga yang digunakan. Saya telah memilih bunga utamanya iaitu ORCHID...simple tapi nampak exclusive. So tunggulah hasilnya ..hopefully semuanya berjalan dengan lancar :)




Bride to Be,
~sue~

Sunday, August 12, 2012

Cincin Untuk Lelaki


Membeli cincin sebagai tanda pemberian hadiah perkahwinan ialah salah satu benda yang memang Wajib ada dalam setiap perkahwinan. Tapi ikut juga pada kemampuan si pengantin. Ada yang bagi gelang,rantai,cincin dan sebagainya. 
Dalam since filem OMBAK RINDU pun depa kawin kat Siam...then tak ada hantaran hanya bertukar jam tangan gitu..hahahha....at list ada juga tanda hadiah kahwin....



Tapi sekarang nie nak kawin pun demand macam-macam...nak set tue la nie la...tapi mampukah pasangan kita nak membelinya??? Takpa buat jer mana yang mampu anda buat ok. Macam saya sendiri hanya bagi gelang tangan jer sebab cincin dah dapat 2 bentuk masa tunang n merisik...

Okaylah, sekarang nie aku nak menceritakan 1 bab yang boleh dikatakan menjadi tanda tanya dan kemusykilan diminda berkaitan tentang CINCIN LELAKI...Ha...tajuk nie memang sangat popular time bila nak kawin :

" sayang, nanti cincin u nak beli yang mana satu? suasa ka silver? pening la"

Pernah anda mengalami situasi macam tue?? Dan pernahkah anda mencari jawapannya? Macam aku sendiri..Memang sangat pening. sebab ada yang kata SUASA boleh pakai sebab rasullullah pakai sampai dia wafat...dan ada pulak kata SILVER tak boleh pakai...Emas memangla dah Haram...So macam mana ???Mana satu nak pilih. 
Penah juga bergaduh dengan En.Tunang sebab tak tau yang mana betoi sampailah terbaca belog seorang  blogger nie dan juga belog Ustaz Naim berkaitan tentang 
HUKUM MEMAKAI CINCIN BAGI LELAKI.


Petikan daripada Belog Ustaz Naim


Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin 

perak atau platinum.

itulah jawapannya...sekarang nie memang senang kepala otak nak mencari cincin perak ( silver) atau platinum.Klu Platinum memang mahal kot. Tapi silver dikategorikan dalam range harga yang mampu dimiliki..




ini contoh cincin slver...platinium pun lebih kurang sama jer


 HARAM : cincin emas @ emas putih dipakai oleh lelaki


Cincin Suasa yang menjada pilihan kebanyak lelaki 


Mudahan entry kali nie banyak membantu B2B untuk urusan membeli cincin kepada pasangan anda. Begitu juga kepada saya...Memang sangat senang. So just cari silver paling mudah....dan bajet pun okay jugak....tapi janganlah beli yang RM15 jer. Belila yang mahai sikit...Baru cun...
So good luck dan selamat membeli


Bride To Be,
~sue~



Saturday, August 11, 2012

Terlalu Cinta By Rossa I Karaoke Time


Terlalu Cinta By Rossa



Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
Aku terlalu cinta dia…

Friday, August 10, 2012

Mencari Camera Hatiku I Saya Suka Apa



Salam Ramadhan semua....alahai sekejap masa berlalu tanpa kita sedar...sekejap juga masa berlalu nak meninggalkan Ramadhan ini...Alhamdunillah aku masih lagi bernyawa...heheheheh....baikkan ayat nie..rasa insaf seketika...hehehehhe.....
Okaylah this time nak story sikit pada u`olls semua yang membaca tentang kisah baru yang sedap berbunyi  " Mencari Camera Hatiku"
Alahai..bila cakap jer pasai camera nie..rasa excited jer nak membeli dan mencari manakah camera yang sesuai untuk menjadi sahabat sejati selepas saya berkahwin nanti...Hehehhe Forsure banyak benda yang akan diambil untuk kenangan...Takkan nak pakai DSLR pulak kan..heheheheh...Ninjia nak kena usung besak bapak tue kesana sini...Kalau tak ada anak takpa..Nie nanti klu dah ada anak..Berapa banyak beg nak bawak..hahahhaha

This time aku mengambil peluang nak kongsi keinginan bersama jutaan orang tentang camera comel NIKON yang baru...nama dia NIKON 1 J1....aduh..menusuk ke kalbu...

Inilah dia....ada 5 warna utk jenama ini.tapi yang sangat cantik is MERAH ler.....tapi terpulang juga pada orang yang nak membelinya...


Yang bestnya camera nie...ala-ala DLSR gitu..ninjia boleh pasang lense kat depan dia...haaaaa kau hada macam ni.....serious picture dia memang sangat cantik. 
Harga dia klu nak di bandingkan dengan DSLR lebih kurang sama.Cuma size dia lebih kecil dari DSLR.So memang mudah utk kita letak dalam Handbag.


Tapi yang cukup mengancam dihati ialah camera Nikon yang berwarna merah ini...alahai memang sangat RED GINCU....kalaulah dapat camera nie buat hantaran kan syok....
-_=


Insyaallah klu ada rezeki lebihan tue.Insyaallah boleh nak membeli juga. Tapi confirm lepas kawin...sebab sekarang nie nak utamakan benda yang lebih penting iaitu KAHWIN...klu tak cukup duit..mampus nanti....sapa nak jawabkan..????
So berhati-hati ketika memandu.....haruslah lari tajuk...hahahah
Semoha doa u`olls semua dapat aku membeli camera ini...


Bride To Be,
~sue~

Tuesday, August 7, 2012

Membaca Belog Orang


Satu hari tengah tension kat opis..Dahlah BerokBand aku hilang...jadi gila sat 2 hari....nasib la ada En.Tunang....Kat opis pulak internet ada tapi limited time utk pakai. Sebab ini khas utk kerja jer. So En.Boss jangan marah..sekadar nak lepas tension jer nie..hehehhe....

Masa aku tengah menjalankan jejari menaip dalam google nie...dalam link belog Irinenadia  terjumpa pulak belog baru yang akan menjadi salah satu belog favourite aku untuk membacanya...

 Belog itu bernama :




Sangat simple belog dia. tapi disebabkan banyak gambar dalam entry dia tue yang membuatkan belog dia menjadi peminat ramai orang....Memang best tengok kehidupan dia nie. So nanti nak try tengok cik yuyu nie orang mana..heheheh asal mana..dan sebagainya..hehehehe

Happy beloging..hhehehhehe....

Bride To Be,
~sue~

Monday, August 6, 2012

Saturday, August 4, 2012

Transformer Mengamuk


U`olls semua..Nak bgtau nie...hari tue saya dan En.tunang menjalankan diri kami di Komtar & 1st Avenue...tetiba kami terjumpa TRANSFORMER BUMBLE BEE dok mengamok kat Pasific sebab tak dapat diskaun...

inilah dia...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




hahahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, August 3, 2012

Apa Hadiah Kawin Saya


Assalammualaikum semua dan salam ramadhan buat anda semua...Macam mana puasa ? dah berkurang ker atau masih penuh? hopefully penuh...heheheh...duk tak diam dah masuk puasa ke 14 dah.esok dah ramadhan 15.Memang cepat jer....bila dah mai ramadhan 15 nie rasa sat jer nak raya. Tapi tahun nie nak rasa raya tue tak sangat sebab dok rasa nebes nak kawin nie...alahai....klu dulu akak aku yang sibuk tapi sekarang nie tahun nie, aku pulak yang rasa benda yang sama.

Okaylah back to the topic yang nak diceritakan pada semua ialah...HADIAH PERKAHWINAN....Bagi pasangan pengantin yang baru jer berkahwin, memang ini adalah diantara hadiah yang paling mereka nantikan. Actually bukan terhegeh-hegeh nak minta hadiah. Tapi sebenarnya bila orang hadiahkan kita sesuatu dengan niat yang ikhlas, pahala pada orang yang memberikan :)

Memandangkan hari nak kawin tak lama..Ada juga kengkawan yang  bertanya :

" Sue nak hadiah kawin apa? Nanti aku pie beli hadiah..last last hang dapat rice cooker 5 biji..Apa hang nak buat?"

Betoi tak? So tak salah klu ada mereka yang bertanya dan anda memberitahu apakah hadiah yang anda inginkan. atlist tak sama....meh saya nak kongsi pulak hadiah yang ingin saya dapat untuk hadiah perkahwinan daripada kawan-kawan dan kenalan saya....

BED SHEET
Bedsheet atau orang cakap cadar nie adalah antara pilihan hadiah paling disukai oleh semua orang untuk membeli dan menghadiahkan kepada bakal pengantin. Bukan apa.Bila masuk rumah baru. 2 minggu sekali kena tukar cadar. at list bila ada cadar yang baru...Rasa sedap sikit hati nak tidur sebab sentiasa berbau harum..Tak ada ternampak peta Arfica kat cadar tue. Kalau dapat cadar yang jenis cotton lagi bagus daripada lain. Sebab dia akan rasa lembut dan sejuk jer bila tidur :) warna yang sesuai adalah warna gelap sebab klu wana putih nanti senang nampak kotor...:)




BEKAS REBUS TELUR
Ha,,,ini adalah diantara benda keperluan dapur yang paling saya suka.. Tak sure sapa yang nak hadiahkan kepada saya nanti...hhehehhe bukan mahal pun .Harga dia dalam RM20 kebawah. Kalau ada benda nie sure teringat masa sekolah rendah.Pagi-pagi dah boleh request kat mak nak telur rebus makan dengan roti then air milo panas..hehehehhe...memang kenangan....



BLANDER
ini adalah antara sahabat setia suri rumah :)



FRAME
Boleh gantung gambar kawin :) klu ada baby....gambar baby pulak...



JAM DINDING
nak tengok masa utk tidur :) ngeeengeee



MICROWAVE OVEN
Hadiah mahai oooo..hehehhehe sapala nak bagi kan :)


RICE COOKER
Masak nasi untuk keluarga tercinta.....


SET ALAT BBQ
Duduk flat boleh buat bbq ker? haruslah pie picnic..heehhehe


SET PISAU
Saya suka masak..Memang best klu ada yang ini :).....belikan saya 1 set...



STEAMER POT 
Walaupun tak pandai ada nie. Tapi teringin nak ada 1...boleh masak macam macam nie....



HOT WATER DISPENSER
Saya suka ini...



APRON
Erm..nak yang design cute-cute....nanti bila nak masak. Rasa macam comey jer..heehhe...


CAMERA
nak ini juga.....


MIXER
Walaupun saya nie tak pandai buat kuih atau kek. Tapi klu ada benda nie sure akan praktik nak buat. Sebab bakal suami saya memang suka makan kek...



dan ada lagi beberapa hadiah lain..nak upload tapi web nie tak lepas...dia cakap 

"Harap maaf, permintaan anda over bajet"

ahhahahahahhaha.....sekian terima kasih...jangan lupa yer u`olls..KEpada kengkawan yang nak mai kenduri saya....bolehlah tyn list nie..dah ada yang beli ker belum..Kang membazir jer aku dapat hadiah banyak..

To be Continue..............

Bride To Be,
~sue~

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels