Tuesday, July 31, 2012

Rumah Baru


Bila cakap saja pasai kucing nie...Sure ramai yang suka sebab ia adalah haiwan peliharaan yang paling disukai oleh majoriti manusia kat dunia nie...Sapa tak suka kucing kan? Klu yang tak suka tue mungkin ada yang geli ker...ada yang fobia dengan kisah dulu ker...dan memacam lagi...ehehehhe

Nak cerita juga..Sekarang nie saya dan En.Tunang ada membela 4 ekor kucing..Asalnya 2 Ekor jer tapi lepas kucing betina dah beranak, so tambah 2 ekor tue yang jadi 4 ekor. Sekaranie nie pulak Suzy pulak pregnant, tunggu dia nak beranak lagi....bila??tak sure pulak..sebab nampak dia macam risau semacam..So nak dapat berapa ekor tue tak sure la....

Memandang makin bertambah bilangan kucing kami nie, so kami telah bercadang untuk membelikan mereka rumah baru...yeahh..Rumah raya la kan....Baru depa nie tak over dok main dalam rumah...kotoq jadinya...tak perlu lagi nak marah depa sebab bagi kotor..So semestinya rumah dah cantik sebab mereka dah kena kurung...

Inilah Rumah Raya Mereka...Harganya RM320 jer...kami beli kat TOBYPET kat Ayer Itam,Memang sangat under bajet ok...hehehehhehe

 

Memang sangat besar..siap  3 tingkat okay...saya pun tak mampu nak ada rumah 3 tingkat...Depa dah dapat.....bestkan...ehhehehe



dah macam boleh buat boarding jer...



 Ini Suzy, dia terpaksa diasingkan sebab tunggu masa nak beranak...




Monday, July 30, 2012

Sunday, July 29, 2012

Pre Wedding Story


Hello semua....Hari nie rasa sungguh excited nak buat entry pasai My Pre-wedding punya photoshoot. Happy hingga  tak terkata bila mendapat album dan juga CD daripada my Photographer.
Memang tak dinafikan lagi memang sangat puas hati dengan hasil yang dia berikan dan of cause all the picture memang superb...Alahai memang happy tak terkata okay :)

Sorry saya just upload a few jer sebab tak suprise la nanti..hehhehh klu nak tengok lagi nanti tunggu masa my wedding okay...hehheh...appaun thanks to my photographer yang telah merealisasikan impian saya ini ;)

Banyak yang berkata " cantiknya gambaq, ambik kat mana?

Ha.....kan dah habak kat penang nie masih banyak lagi tempat yang cntik dan mungkin anda tak terpikir nak buat shoot ....Okay tak perlu nak berahsia....its very simple. saya cakap pada my photoman nak konsep santai n romatik bercirikan haritage....so inilah hasilnya..Kami menghabiskan selama 3 jam sahaja untuk senap all the picture yang cantik ini...


  • LEBUH ACEH
  • LEBUH VICTORIA
yang menjadi sasaran kami.....serious memang puas hati dan sangat cantik tempat dia dan orang tak perasan bahawa tempat tue akan hasilkan gambar yang sangat cantik.










Wardrobe adalah hak milik sendiri. Sanggup mencari new outfit untuk digayakan dalam sesi nie..serious..memang happy sebab baju pun meletop...colourful dan sempoi. Ada juga yang cakap kata tak sesuai. Tapi bile tengok okay jer..hhehehehhe

PROP

semua PROP ini adalah dibuat sendiri oleh saya...Haaaa.....excited kot nak shoot..sebab memang teringin gila nak shoot ala-ala cute pegang papan-papan tulisan tue..hehehehhe....tapi yang paling menyiksa adalah mencari GREEN BOARD tue. 1 Penang punya cari tak jumpa. Tapi last jumpa di Gurney....di kedai nama MATERIAL...seriess...itupun dah tinggal 2 unit jer...terus aku kebas..ehhehe....bukan senang nak dapat dah benda tue....alhamdunillah akhirnya memang dapat....nak cakap happy tue macam mana pun tak tahu dah....memang seronok kot...




Tapi pada sesiapa B2B or Photographer yang nak sewa papan nie, boleh hubungi saya.Benda nie dah jadi benda antik memang susah nak dapat dah...
Hope u`olls enjoy mentengok all the picture yang saya upload nie..Nanti ada banyak lagi tpi lepas wedding ler. Sekarang nie kena prepare untuk idea my wedding pulak..haaa....excited kembali menjelma...ehhehehe


Bride To Be,
~sue~

Thursday, July 26, 2012

Borang Kahwin dah siap


Alhamdunillah..pejam celik pejam celik dah tinggal 50 Hari jer lagi saya akan bertukar status pulak. Makin hari makin dekat..Makin nebes pulak rasa dihati nak bergelar isteri orang dan nak memikul 1 tanggungjawab yang cukup besar..Insyaallah mudahan semuanya selamat dan sempurna..Amin...

Okaylah this entry nak kongsi dengan semua pembaca tentang pengalaman nak ambik borang nikah..Actually memang sangat renyah untuk menjalani proses nak kawin nie

  1.  Make up borang diambil 3 bulan sebelum majlis nikah.
  2. Ambik borang di Pejabat agama yang berdekatan dengan anda.
  3. Lengkapkan borang pengantin lelaki & perempuan ( perempuan  yang paling banyak kena isi )
  4. Ujian saringan HIV , telesimia dan yang berkaitan
  5. Dapatkan pengesahan daripada qhariah masjid tempat anda tinggal.
  6. Interview pengantin lelaki bersama tok kadi ( kena buat dulu)
  7. Interview pengantin perempuan bersama tok kadi
  8. serah borang
  9. Baru dapat borang kebenaran nikah
  10. Berjumpa tok kadi untuk proses penetapan tarikh , lokasi , waktu untuk majlis nikah



So once dah dapat borang KEBENARAN KAHWIN nie baru B2B boleh kawin.heheheh klu tak ada borang nie memang tak boleh kawin....

borang warna oren lagi :)

So memandangkan masa saya ke Pejabat agama tok kadi yang nak nikahkan saya tak ada. So kami hanya berbual melalui telefon sahaja .So lepas dah bercakap baru rasa lega sebab dah confirmkan tarikh dan sebagainya.
Tapi tok kadi tue ada juga beritahu tentang perkara-perkara yang perlu WAJIB ada masa hari pernikahan iaitu :

  1. Wali perempuan ( bapa pengantin perempuan )
  2. 2 orang saksi ( beralamat di Pulau Pinang )
  3. Duit Mahar
  4. Hadiah pemberian dari pihak lelaki ( cth : cincin , rantai , gelang etc)
  5. Duit tok kadi
  6. Duit Saksi
  7. Borang nikah dan dokumen yang berkaitan

Alhamdunillah semua dah selesai....hopefully semuanya berjalan lancar...kepada yang selalu membaca story disebalik tabir majlis perkahwinan saya....terima kasih banyak...tunggu nanti saya akan story pada u`olls lagi . sekarang nie hanya tunggu tarikh :


14 SEPTEMBER 2012
10 PAGI
MASJID NEGERI PULAU PINANG




Tuesday, July 24, 2012

Honeymoon Dimana??


Salam Ramadhan buat semua. Alhamdunillah dah 4 hari kita berpuasa :) Macam mana? okay ker? saya pulak tetiba bangun pagi terus dahaga teruk...Nasib tak minum air jer..hehehhe...okaylah tis time saya nak berkongsi dengan u`olls semua terutama sekali kepada semua B2B yang rajin membaca belog saya ;)

Okaylah dalam anda sibuk membuat persiapan perkahwinan anda...Ada tak dalam list u`olls tertera PAKEJ HONEYMOON?? pernah tak anda terfikir nak HONEYMOON? dan dimanakah lokasinya? Bajer?Pakej dan sebagainya?? LUPA KER??...mungkin ada yang terlepas pandang bab nie. So this time saya membantu anda yang masih lagi belum mendapat idea dan pakej HONEYMOON.



Lokasi mana yang anda nak pergi? dalam Malaysia or Luar Malaysia???




Okaylah kali nie saya nak promote 1 syarikat yang telah menyediakan pelbagai pakej perlancongan dan juga honeymoon khas buat raja sehari yang semestinya mereka berikan harga yang cukup berbaloi untuk anda nikmati. Bukan cakap kosong, actually saya memang pernah deal dengan syarikat nie, memang mudah dan anda tak perlu risau sebab semuanya disiapkan oleh pihak mereka..Bukan pakej honeymoon, tapi just pakej bercuti biasa jer...

Jangan risau sebab Pakej yang mereka tawarkan memang sangat berpatutan dan jika anda mempunyai bajet sendiri lagi senang. Mereka boleh sediakan tapi bergantung juga pada musim dan juga harga pasaran. Klu time tue tengah cuti sekolah. for sure mahai. Kalau nak yang murah u`olls boleh pilih tarikh yang sesuai untuk anda dan semestinya bukan hari cuti sekolah.

Kalau nak pergi honeymoon di Luar Malaysia pun depa ada sediakan macam JAKARTA , PHUKET , SINGAPORE , BANDUNG , MEDAN , BALI dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Kalau yang nak pergi honeymoon dalam Malaysia lagilah depa ada pelbagai pakej yang boleh anda dapat melalui laman web mereka atau hubungi terus mereka di :



Pn. Hasneeda Hashnan 
013-4881417 l 
Email : hasneeda@sebagus.com

ATAUPUN

Pn.Hasweeta Hashnan
013- 3300 344
Email : hasweeta@sebagus.com


Depa memang sangat sporting. Tapi kalau anda rasa segan dan silu, boleh juga terus hubungi saya untuk buat tempahan pakej. Saya akan bantu anda untuk deal dan buat tempahan.

Apakah destinasi honeymoon saya dan En.Tunang? erm tunggu...nanti kami cerita...


Selamat berhoneymoon semua :)


Bride To Be,
~sue~

Monday, July 23, 2012

Di Sebalik Tabir : SAVE THE DATE


Ello semua...Salam Ramadhan diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan terutama sekali kepada yang membaca belog saya ini. Dah 3 hari kita berpuasa dan hanya tinggal 27 hari lagi nak sambut Hari Raya...Happy mode ;))
alhamdunillah semakin hari semakin ramai yang membaca belog saya. Thanks kepada semua yang memberi support untuk saya merajinkan diri menulis belog. Tapi bukan menjadi penulis belog tegar macam akak saya JUMIE SAMSUDIN yang memang ramai pembaca dan pengikutnya...

Okaylah bila bercakap tentang persiapan perkahwinan, alhamdunillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Hanya tinggal 53 hari sahaja lgi nak buat preparation sebelum menjelang hari bersejarah itu.
Tapi dalam kesibukan menjalani ibadat puasa , kena juga kuatkan semangat untuk buat video SAVE THE DATE saya..
its my first time nak berlakon nie. Memang agak nebes juga beraksi walaupun tak bercakap tapi bila difikirkan pasai kenangan nanti lepas kawin. terus semangat nak buat dan berlakon konon-konon feeling jadi retis okay...aaahahahhha..memang best..

First off all nak saya dan En.Tunang nak ucap a THOUSAND MILLION THANKS to our beloved videographer MR.HAIRIL yang telah mengsponser video save the date ini. Ucapan tak terhingga buat beliau....Tak tau nak cakap macam mana. Kalau nk dikirakan...harga nak buat video nie boleh mencecah ribuan ringgit bergantung pada kualiti dan idea video..Alhamdunillah dah save kat situ....Lagipun Hairil nie baru jer habis study so ini merupakan project pertama beliau nak buat all out untuk video nie. Insyaallah kalau lepas nie banyak sambutan dan banyak yang suka akan video yang dia hasilkan,insyaallah dia akan memulakan proses membuat video DSLR ini..

Lokasi yang kami pilih adalah disekitar Pulau Pinang jer. mungkin ada yang tengok pic nie tahu dimana kami berana. Lokasi dan flow cerita memang sepenuhnya daripada HAIRIL sendiri. saya cuma tambahkan idea jer ;) Hasilnya memang memuaskan :)

 Jom tengok a few picture yang disnap semasa sesi penggambaran dibuat :)


SCENE 1 : Day 1

dalam scene 1 nie kami  buat story tengah-tengah sebab yang tue part paling lama nak shoot sebab ada banyak tempat nak shoot. so kami pilih masa 1 minggu sebelum puasa. ahamdunillah selesai shoot dalam masa 3 jam . Tapi lewat jugak sebab hujan dan masa hari tue pulak En.Tunang memang tak sihat sebab dia maigrain. Aduhai kesian dia sampai muntah yang sangat teruk...Nasib tak ada video dia. Kalau tak boleh share dengan u`olls semua...memang kesian kat dia sampai lembik. itupun dia semangat juga nak shoot. Thanks sayang :)

Ini pelakon utama




 prop yang digunakan :)


Teddy Bear yang dibeli oleh En.Tunang 2 tahun lepas ...STONE  nama dia :)



SCENE 2 : Day 2

Okaylah disebabkan dah masuk bulan puasa so untuk scene 2 nie kami buat berlokasi di dalam rumah jer..heheheh senang so taklah rasa penat dan panas :) Scene kedua nie kami buat utk opening story dan ending jer. Sebab rinkas dan cepat.Nak tahu?kenalah tunggu :)

 muka orang penat berlakon ;)


 disebalik tabir.............


 Didalam camare ada lagu.....


sesi senap....

Happy sangat dan sangat teruja pasal video nie...Thanks again to Hairil yang sudi bergelak sakan dalam video nie. Tambahan pada scene 2 nie memang banyak cerita lawak yang menjadi..sampaikan pecah perut dibuatnya.hehhehehe..enjoy.....

 inilah HAIRIL :) the mastermind :)

the hottest actress ....

sorrylah..mata tengok tempat lain....hheheheh



Enjoy the day...So for those yang nak tengok teaser video nie..boleh la clik tu link ini 
yang full video nie nanti tunggu ok :)


Bride To Be,
~sue~

Friday, July 20, 2012

Cantik dengan Cathy Magic Cream

NAK PUTIH??

Kalau bercakap pasai nak putih....for sure ramai gila yang teringin dan sanggup berhabisan utk mencantikkan diri sendiri..Ada yang sanggup beli produk pengelupasan untuk memutihkan wajah sedangkan mereka tidak tahu effect yang akan mereka alami.

Mentanglah saya nie bekerja di Jabatan Kimia, tempat mengkaji pelbagai barang..ninjia dok bagi ceramah pulakkan....memang takut jugak bila dengar produk yang boleh membahayakan diri sendiri. Nak tahu? ermm banyak jugaklah...tapi takut nak publish sebab itu adalah P&C :)

Okaylah....meh saya nak kongsi lagi 1 produk yang baru saya cuba dalam masa hampir 1 bulan bersamaan 30 hari. Alhamdulillah sekarang nie kesannya sangat bagus:) tak ada pengelupasan dan ia okay ;) apakah rahsianya?

 CATHY MAGIC CREAM




Mulanya memang rasa takut nak mencuba sebab nampak macam tipu. Then rasa macam mahai jer...Adakah ia berbaloi dan sebagainya. Sebab biasalah saya nie kan takut pada produk yang baru dikeluarkan dalam pasaran. Kalau dulu try lation bagi putih. tapi tak juga putih..Nampak sangat tipu. But bila tengok jer produk ini yang telah di iklankan oleh kawan saya PN.HASNEEDA terus rasa tergerak hati nak bertanya dengan lebih lanjut lagi..heheheh.

After 3 hari berchatting dan bertanya ttg kesan produk ini, saya telah membuat keputusan untuk membeli dna mencuba sendiri kesan yang diberikan oleh produk ini. so pertemuan diaturkan. Dan sesi ujikaji  pown bermula :)
Mulanya memang sangat tak nampak sebab dalam masa 1 minggu cream itu dipakai? pakai dimana? untuk pengetahuan u`olls, cream ini saya pakai pada bahagian permukaan yang selalu terdedah dengan cahaya mahahari macam tangan (bahagian permukaan atas) , kaki dan bahagian celahan lain yang rasa perlu diputihkan....hehehehehhe

HASILNYA??
alhamdulillah memang berkesan tanpa sebarang pengelupasan. memang rasa sangat teruja bila tengok dan alami sendiri hasil yang saya dapat. perrghhh...memang sangat berpuas hati. Tapi sekarang nie still continue. Kalau stop rasa macam tak berbaloi....nanti hitam balik. batter kita teruskan...memang happy bila tengok nampak hasil keputihan yang terserlah...itulah SERI PENGANTIN...gitu...heheheheh
Thanks to Hasneeda yang telah mengiklankan produk ini dalam Facebook anda..Bukanlah dia putihkan kulit kita macam pompuan korea dalam gambar tue. Dia akan sekatakan kulit dan juga melembutkan serta mewangikan kulit kita nie. Lagipun dia ada perlindungan SPF :)

HARGA
Harganya sangat berpatutan 135ml RM45.00 sahaja.


CARA UNTUK MEMBELI?
pada mereka yang berminat nak membeli cream ini, boleh terus hubungi pembekalnyer PN HASNEEDA di lama Facebooknyer. :)


NAK TAHU TENTANG PRODUK INI?

Wanita Korea mempunyai kulit yang lebih cerah, halus bersesuaian dengan keadaan iklim sejuk sederhana negara Korea. Kulit berwarna disebabkan kandungan melanin untuk melindungi dari selaran matahari.Makin tinggi melanin, semakin gelap warna kulit seseorang dan semakin tinggi daya tahan cahaya matahari. Contohnya kulit warga Afrika sesuai dengan sinaran cahaya kuat matahari di benua itu.Cathy Magic Cream khusus untuk wanita tropika dengan kandungan L-Gluthathione 5 kali lebih tinggi khusus untuk mencerahkan dan melindungi kulit dengan SPF 130 pa++ antara tertinggi dipasaran malah ia dapat menjadikan kulit lebih lembut & licin...Fungsi : Menyembunyikan Jeragat & Lingkaran Gelap yg tak sekata... Kesan pencerahan dpt dilihan dlm masa yang sangat singat coz kandungan L-Glthatione pekatan tinggi dan mudah diserap. Cathy magic Cream memberi kesan wangian berpanjangan untuk pemakainya.






Bahan-Bahan :
Aqua, Paraffinum Liquidum, L-Glutathione, Glycerin, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystearate, Polyglyceryl-3 Disostearate, Titanium Dioxide, Hydrogenated Polyisohutene, Dimenthiconol, Cyclomethicone, Methyparaben, Diazolidinyl Urea, Propylparaben, Fragrance, CI:77891, CI:77491, CI:77492

Cara Menggunakannya :
Sapu & ratakan Cathy Magic Cream di bahagian muka & badan selepas mandi (selepas kering)....Sapu di bahagian muka & badan agar dapat melindungi kulit dari sinaran matahari & ianya dapat menghilangkan kedutan....Tak perlu di bilas...
Ianya sangat sesuai bagi menghilangkan jeragat, jerawat, black / white head....







Selamat mencuba :)




Bride To Be,
~sue~

Wednesday, July 18, 2012

My Pengapit


SIAPAKAH PENGAPIT VOUGE SAYA PADA MAJLIS PERKAHWINAN SAYA NANTI?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

INILAH DIA...PENGAPIT SAYA

SHARMIELA SABREE

Punyalah susah nak pujuk dia jadi pengapit saya....last sekali dia bersetuju untuk menjadi pengapit saya...katanya ini first time dia nak jadi pengapit kawan dia sendiri. Sedangkan dulu tak pernah pun dia jadi..heheheheh



KENAPA SAYA PILIH DIA??
Mungkin ada yang bertanya kenapa saya pilih dia ? 
10 sebab saya pilih dia

  1. Saya teringin nak tengok dia pakai dress :) ( eila jangan marah noh )
  2. Teringin nak tengok dia berdandan.
  3. Dia seorang yang sangat agresif , so saya teringin nak tengok dia cover cun..heheheheh
  4. Dia kawan sekolah saya.
  5. Dia cute
  6. Muka dia unik....
  7. Dia lawak
  8. Dia pandai bawa diri dan panda berkomunikasi dengan orang
  9. Saya nak dia jadi pengapit saya sebab, ini pengalaman pertama dia dan ia mungkin sejarah untuk dia...
  10. Sebab dia best

Nantikan kemunculan pengapit saya nanti...Terima kasih Eila sebab jadi dan teirma lamaran saya menjadi pengapit saya nanti :)

Bride To Be,
~sue~


My Dream Wedding....



Hello semua..Hari nie saja nak feeling-feeling kawin dan cerita tentang My DREAM WEDDING..hehehehe...tak salah kalau saya nak feeling juga okay...hheheheh...sebab rasanya kalau kita tanya pada semua B2B memang setiap seorang ada DREAM WEDDING masing-masing dan saya punya apakah ia?

Bukan senang dan bukan mudah nak arrange sesebuah majlis perkahwinan.Mostly semuanya nak kena okay..kalu tak nanti caca merba jadinya. Kena plan cara yang betul baru semua benda boleh berjalan dengan lancar :)

WHAT IS MY DREAM WEDDING

Actually bila ditanya kembali pada diri saya apakah majlis yang diimpikan oleh saya? semestinya saya akan tersenyum sampai ke telinga...tersengeh nak bercerita tentang impian saya nak kawin...Dari dulu lagi masa kecik-kecik saya suka sangat main kawin-kawin sampaikan bila dah besar tercapai impian untuk buka kedai pengantin sendiri :) Happy dan sangat bersyukur dengan semua tue :) berkat usaha dan kesabaran yang ada dalam jiwa....( ikut jiwa mak saya:)

Tapi bila dah ada butik sendiri banyak yang berpendapat bahawa saya boleh buat pelamin yang sempoi untuk majlis saya sendiri...gitu kan!!!!!mampu ker saya??? Ada yang berpendapat saya ada kedai sendiri senang la nak handle majlis sendiri...meh saya nak bgtau sebenarnya

TAK SENANG NAK HANDLE MAJLIS SENDIRI!!1

Banyak Benda yang nak kena buat dari pelbagai aspek :) so bantuan dan kakitangan memang sangat diperlukan....heheheheh..apalah yang aku dok merepek nie...okaylah back to the story. Actually my dream wedding is WEDDING IN A CANDY LAND

gitukan nama tema dia...hehehehe...planing nak sangat bila orang masuk dalam dewan saya tue rasa macam ada dalam taman coklat. Kat pelamin pun banyak coklat,....sangat sweet....

So bila orang masuk dah nampak coklat yang bapak punya banyak..ahhahahaha..haaa pernah ada orang buat macam nie?? berani kah anda???


so bila masuk ke dewan....pakai dress yang dilekat dengan coklat...memang unik gila kot..hehehheh..Hand bouquet pown sama jugak :) coklat...heheheh bila lapar boleh ngap terus..hahahahhaa



 Untuk tetamu pulak...setiap sudut tue nak buat pulak candy buffet..Ha..yang nie memang yang paling akan disukai oleh kanak-kanak...coklat yang sangat banyak....ermm memang best rasa seronok bila kita tengok coklat yang colourful macam nie....ishhh tak sabar rasanya nak buat ` kat my wedding :)


Then untuk para tetamu mesti kena bagi sedikit buah tangan untuk mereka bawa pulang. So pilihan dihati ialah candy stick yang dibalut cantik macam dam pic nie..Tapi kos dia memang sangat tinggi..kalau ada bajet tak apalah..nie bajet jugak..so kena cari yang lain....tapi apa??


Memang kalau nak dibuat survey kat Penang nie tak pernah lagi ada orang yang berani nak buat macam nie. Pernah juga saya propose plan nie kat En.Tunang tapi dia tak bagi sebab renyah nak buat dan perlu ketelitian sebab klu nak pakai pelamin or deco yang nie...on the day yang kena deco...so terpaksa tolak benda nie..heheheh tapi kalau ada customer Red gincu yang nak buat macam nie..Saya sangat alu-alukan kedatangan anda untuk membuat dekorasi yang sedemikian rupa. Tapi ingat BAJET anda jangan sikit. ITs more then 5k :)

So apakah tema pilihan hati majlis bersejarah saya??
tunggu nanti entry bulan august akan saya publish buat anda yang tertanya-tanya apakah tema majlis saya



Bride to Be,
~sue~

Tuesday, July 17, 2012

Wedding Cake Anda ?


Hello all B2B...

ceria selalu okay....Okaylah this time saya nak share link dengan u`olls semua tentang kedai kek yang sangat saya rekemen untuk u`olls buat kek specially yang duduk di kawasan island (Penang)....Masih lagi ada yang tanya pada saya..Kat mana nak order kek yang u buat nie. So untuk memudahkan u`olls order dan nak tanya soalan yang banyak lagi...refer to 

MELTING BITES

So kepada yang berminat boleh terus link pada page cantik mereka. here sue ada buat link disebelah kanan blog saya...
Cari jer gambar kek comel saya ;)



Happy Married...

Bride To Be,
~sue~

Monday, July 16, 2012

Purse Organizer


Hai semua....sekarang nie dah hampir 2 bulan saya nak bertukar status..hehehh nebes dok rasa sampai ke jantung..hahahah gila toi..So far alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma sekarang nie dok risau jugak a fews things yang perlukan ketelitian dan masa untuk menyiapkannya.

tapi sebelum tue, actually saya nak share denga u`olls semua tentang 1 product yang memang best..heheh mungkin ada yang pernah pakai dan ada yang tidak pernah pakai...So klu yang dah tahu so tka perlu nak cerita. Tapi klu yang belum pakai saya nak cerita pada u`olls semua.. we called it :

PURSE ORGANIZER  ( BAG IN BAG)

Apa fungsi dia?
Actually pernah tak u`olls semua rasa tension bila mencari barang, handphone dan sebagainya dalam beg anda yang sangat banyak barang??
Ha...sure pernahkan??ha confirm pernah sebab setiap wanita memang akan mengalami masalah macam nie...hehheehe so dengan adanya benda nie ia akan banyak membantu anda ...


GAMBAR SEBELUM..........
 Gambar : Ini adalah pemandangan dalam beg sebelum diselenggara


Harga?
okaylah mungkin ada juga yang nak tahu harga nya? erm klu tak silap dalam RM15++ macam tue. Then ia depends pada design dan juga kualiti yang anda pilih. Kalau ada sanggup yang nak bayar lebih pun tak ada masalah.

Dimana Nak Beli ?
sekarang nie dah banyak tempat dan pilihan warna yang boleh anda buat. So lokasi yang paling mudah untuk anda beli ialah di Popular Book Store , S&J dan mana-mana kedai yang menjuai beg dan alat tulis. Cuma mungkin harga berbeza.

 Gambar : Ini adalah beg yang saya beli


 Gambar : Dalamnya memang besar so boleh nak bubuh buku nota kecik atau calculator ;)


Lepas anda dah susun barang dalam ruang dia. So senang la anda nak ambik barang...Kan??dah nampak teratur sangat barangan anda. So tak payah risau nak cari benda nie kat mana..Kemas sangat...nampaklah teratur sikit barang anda.tak semak kan???

So selepas saya mengemas dan menyusun barang dalam beg.inilah hasilnya...memang nampak perbezaan. So kalau anda nak ke majlis yang lain dan nak tukar handbag so tak perlu risau nak punggah banyak barang..Just angkat beg yang dalam tue jer dah boleh nak bergaya...Tak percaya..meh tengok video nie :




SELEPAS......

So kepada semua B2B yang kini dok sibuk buat persiapan.Mungkin ini banyak membantu anda untuk memudahkan anda mencari barang yang banyak dalam beg..biasalah sekarang nie bila nak dekat weddign confirm dalam beg tue banyak barang....So selamat mencari..Saya dah ada..awak ada tak?


Bride To Be,
~sue~

Sunday, July 15, 2012

Kad Kahwin Saya


My Kad Kawin

Akhirnya siap juga kad kawin saya yang bakal diedarkan tak lama lagi....Sangat teruja bila tengok sendiri timbunan dan berkotak kad kawin saya nie...aduhai,,,tak sangka..cepat masa berlalu dan sekarang dah nak kawin pun....

AKU NAK KAWIN DAHHHH....

Kali nie saya nak berkongsi cerita dan pengalaman membuat KAD KAWIN saya...Seperti biasa dan seperti yang mungkin banyak orang dah tahu tentang fofularnya 1 kedai kat penang nie yang membuat Kad Kahwin yang sangat cantik...murah dan comel okay....Lagipun kad kat sini semuanya kebanyakkan custome dan pelanggan boleh request nak design..warna dan sebagainya....

Klu dulu akak saya Jumie Samsudin telah membuat tempahan kad kawinnya...anak menakan saya...sepupu dan ada juga kengkawan dan pelanggan saya membuat kaod kawin mereka disini...Nak tengok : TEKAN SINI
Memang u`olls akan berpuas hati dengan hasil mereka. Tak rugi. Lagipun senang nak deal dengan mereka nie. 


Idea Kad Kahwin

Okay bercakap pula pasal tema kad dan design kad pulak. Saya telah membuat pilihan untuk membuat kad yang sangat simple dan cantik.Atas persetujuan bersama En.tunang , Manager Event dan beberapa orang lagi yang telibat semuanya bersetuju utk buat design yang sedemikian rupa.  Senang dibaca dan juga cost yang tak merugikan.,..Kalau dipikirkan balik..Nak buat yang mahal nanti kad tue orang buang juga :)...so batter pilih yang simple dan tak merugikan...Saya pilih design bunga orchid sebab my wedding tema is 
" Wedding In A Orchid Garden '...
kerlessss gitu tema wedding depa kan...Dengan kombinasi warna peach + merah +cream maka terhasil sekeping kad yang cukup comel macam saya :)..Saya nakkan something yang lain dan saya tak pernah lagi tengok orang buat kad macam nie....So saya pilih yang ini :) nak tengok ??


ini kad kahwin saya




So kepada B2B yang masih lagi tercari-cari kedai kad nak buat kad kawin dan sebagainya..Mereka inilah yang saya REKEMEN kan pada u`olls semua...gerenti best...tak nyesal okay...

Link to blog rasmi mereka  : Galeri Kad Kahwin


Bukan saja dia boleh buat card kahwin..tapi goodies tagged thank you card pun dia buat..Macam contoh saya buat utk my goodies.Pada mereka yang datang insyaallah dapat ini :)


excited mode :)......Sekarang nie masih lagi dalam proses menulis nama para tetamu di kad kad kawin. Mungkin dalam minggu depan dah start edar...Lagipun untuk yang ada jauh ada yang dah send...sngat teruja nie...
Yang di Penang...Tunggu yer..saya akan menhantarkan kad kepada anda :)

Bride To Be,
~sue~

Counting The Day



2 Month only.....


Nebes mendatang makin hari makin banyak....Ya Tuhan kau kuatkan imanku..amin....mohon semoga segalanya berjalan dengan lancar ;)

Bride To Be,
~sue~

Saturday, July 14, 2012

Besday Kek yang Paling Cantik



Baru dapat original picture kek besday En.Tunang saya yang lepas....Thanks to beloved Melting bites..the cake memang superbbb.....sampaikan ada orang excited nak order kek  macam nie...tapi tak sure depa pie ker tak kat kedai nie...special kek dedicate to my beloved Fiancee....Satu-satunya kek yang paling cantik pernah saya order :)




For those yang berminat boleh terus hubungi Melting Bites ...Confirm u`olls tk rugi kalau buat kek kat mereka ini...


Bride To Be,
~sue~

Thursday, July 12, 2012

Interview Bersama TOK KADI ....


Salam semua...

Hari nie saya sangat rasa teruja untuk menceritakan pengalaman saya BERINTERVIEW bersama dengan TOK KADI untuk proses nak kawin.
Tudia...proses ini adalah proses yang kedua setelah anda semua selesai mengisi borang nikah yang telah diberikan oleh Jabatan Agama tempat anda. Tapi bagi kami di kawasan Utara ( penang) akan diadakan sesi interview sebelum nak nikah. Dalam proses interview nie,  TOK KADI akan tanya beberapa soalan yang memang dah siap disenaraikan untuk tengok kita nie tahu atau tidak bab-bab agama dan sebagainya..Selalunya tok kadi yang akan nikahkan anda yang akan interview..Tapi klu sekiranya anda tak boleh mungkin anda di interview oleh Tok Kadi yang lain...Tapi sama jer actually :)

Gambar Hiasan : Ini adalah gambar majlis nikah kawan akak saya....Ha..Ustaz nie la yang interview akak


Kalau ikutkan Tok Kadi asal yang akan nikahkan saya dan En.Tunang saya ialah Ustaz Hj. Taquiddin ( Ustaz kawasan ayer itam )...Tapi memandangkan pada hari Khamis beliau tak bertugas, maka kami pun kenalan berinterview bersama dengan Tok Kadi yang lain.....Tanpa diduga..kami telah diinterview oleh tok Kadi Haji Abdullah iaitu ustaz yang telah menikahkan kakak saya Jumie Samsudin....hehehehehhe taksangka...

So lepas tue bermulalah sesi interviewnya..tapi mulanya En.Tunang yang masuk dulu..so saya pun buat la baca-baca di papan kenyataan konon rajin nak baca tapi sebenarnya nak kepo sikit apa yang TK tue tanya kat En,Tunang saya...
Ermmm banyak juga soalan yang ditanya...rasa nebes  jugak....sebab macam susah jer..lagipun bukan dengar secara jelas pown hanya samar-samar..heheheh...Then lepas 5 minit macam tue barulah En.Tunang keluar dan tibalah masa untuk saya diinterview oleh ustaz....

Mulanya dah takut apa soalan yang akan ditanya. Tapi sebelum mulanya sesi itu..ustaz membelek semua dokumen yang telah saya sediakan dan dia pown telah menampakkan kad pengenalan bapak saya..hehehe

" ooo ini bapak ya....saya yang interview kakak kamu "....kata TK tue
" ya ustaz..." jawab aku sambil tersenyum muka kerang sebab nebes..

so lepas tue mulalah sesinya...

Ustaz pun suruh la aku baca surah Al-Fatihah....alhamdunillah..LULUS :)

Then bacaam Tahiyat awal dan akhir.....alhamdulillah..LULUS :)

Then soalan yang bertajuk : waktu diharamkan bersetubuh?

tudia....yang nie memang aku jadi nebes....ermmm then aku pun jawab dengan pantasnya..tetiba bila aku jawab  ustaz geleng kepala...

"salah tue...siapa kata tak boleh bersetubuh diawal dan di akhir bulan?'
" saya baca dalam artical tue ustaz ..." jawab aku selamba
" salah....boleh tak ada ada masalah cumanya masa siang hari dibulan Ramadhan jer yang tak boleh "....


So kepada semua B2b yang ada terbaca entry saya yang bertajuk SOALAN DARI TOK KADI..untuk soalan Waktu-Waktu Haram Bersetubuh ini jawapan yang sebenarnya :)

1. Bersetubuh di Bulan Ramadhan ( siang hari )
2. Ketika isteri datang haid
3. bersetubuh melalui anus
4. bersetubuh guna nama dan ayat suci Al-Quran
5. Bersetubuh di dalam masjid.

NAnti bila u`olls semua ditanya dengan soalan nie..Maka jawablah dengan tenang okay :)

Hehhhhee.....so lepas tue alhamdulillah semuanya dah selesai..hehehehhe lega sangat bila bab interview dah habis. then baru la boleh nak dengan Tok Kadi bagi sesi pemilihan tarikh dan lokasi..

Tunggu pulak Entry yang seterusnya....




Bride To Be,
~sue~

Tuesday, July 10, 2012

Jom Makan : Burger Bakar Kaw Kaw


Last week...merupakan hari jalan-jalan di ibu kota..Key Ell ler..hehehe....just kali nie nak kongsi pengalaman yang saya buat disana. Dan kali nie nak kongsi dengan u`olls semua pasai 1 kedai makan yang dok top kat sana....Bukan dok top tapi dah memang top ok....

Kedai nie diberi nama "

BURGER BAKAR KAW KAW

haaa....klu hari tue tak berkesempatan nak makan tapi my second trip ke KL nie baru berkesempatan nak makan burger yang dikatakan memang sedap...Meh saya nak rasa dan nak kongsi cerita dengan u`olls..

LOKASI

Kedai stall yang comel nie berlokasi di WANGSA MAJU...erm klu tak silap dekat dengan Wangsa MAju Walk , Aeon Wangsa Maju...Kedai dia memang tepi jalan jer.. kalau u`olls lalu memang dah nampak orang ramai tepi jalan...itulah kedai dia....
( sorry tak dapat nak snap full picture of stall nie )

Picture : This are the picture yang sempat aku grab masa tengah beratur.Memang ramai gilerz...


CAM MANA NAK ORDER?

Okaylah...macam biasa klu nak makan mesti nak kena orderkan...So tempat nak order pun unik...simple jer..heheh ada 1 meja di depan stall tue dan akan ada 2 abang macho yang pakai topi koboi akan ambil pesanan anda. 
Sorang ambil pesanan dan sorang lain jadi cashier :)
Bila dah order...No giliran akan diberi oleh abang tue dan terus jer buat bayaran :)
Sangat mudah...So lepas tue tunggu la tukang masak panggil number bertuah anda...


HARGA

Kalau cakap pasal harga pulak....boleh tahan juga sebab ia depends pada jenis dan menu yang anda pilih. Sebab dia ada banyak range harga yang boleh anda pilih. Refer to jadual ini :



Apa yang saya pesan ialah CHEEZY BACONIZER dengan harga RM 11.50 sahaja. Nak tahu macam mana?? nanti u`olls tengok ok


Jom kita tengok a few picture yang sempat aku ambik masa ada di stall itu...Memang sangat teruja.....

 Picture : ini ruang dapur depa :)


 picture : Ini pulak roti kosong yang masih didalam peket sebelum dipotong dan disapu mentega untuk dibakar ;)


INI PULAK MILIK SAYA ;)


Picture : Ini lah burger yang saya makan..memangh sedap tapi sangat banyak..hahahaha

ada 1 slice daging yang dibuat sendiri...di GRILLL okay
1 slice beef bacon ( dalam 3 keping kot)
1 keping cheese
Sayur kubis

Memang sangat besar mulut kena buka untuk dapat 1 gigitan penuh..hahahah....sangat experience memakan burger ini. For those yang nak merasa silalah.....hehehhe...tak rugi :)


Bride To Be,
~sue~

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels