Friday, June 29, 2012

Frame Stand Kayu...



Frame Stand


aduhai...mencari frame stand kayu nie..Memang cukup susah. tak tau la cam mana nak dapat yang murah. Looking ini dah hampir berbulan..adayang cakap mahai....tapi sesiapa ada idea or tahu dimana boleh tempah or beli..plz let me know...






Bride To Be,
~sue~

Thursday, June 28, 2012

Pelukis Henna Yang dicari




Itulah orang cakap..Klu kita handle wedding orang memang kita akan buat yang terbaik. Namun bila tiba hari bahagia aku pulak..mampus pening nak buat pelbagai benda...hahahhaa

Kali nie dok pening nak mencari Henna Artist nie..wah tension nie..heheheh...my henna artist yang selalu pas job kat dia pulak dalam pantang masa my wedding nanti...
so nak cari siapa...??????

hope fully dapat...


Bride To Be,
~sue~

Wednesday, June 27, 2012

Luahan Hati Kecil



# Luahan Hati




Hye u`olls semua. Hari nie sekali lagi saya telah mendapat 1 berita yang cukup menyentuh hati dan perasaan. tak sangka benda macam nie nak jadi dalam diri aku. Mungkin tuhan nak menduga aku untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan lebih bijak dalam menguruskan diri dan persekitaran.


Tanpa aku sedar..sebenarya disekeliling aku nie masih ada orang yang sentiasa tak puas hati dengan apa yang aku buat. Kenapa perlu ada perasaan macam tue??Kenapa mereka nie tak pernah duduk sambil menadah tangan dan berdoa pada  orang yang berjaya?? Kenapa perlu mengutuk....mengata dan juga melemparkan kata-kata yang bisa buatkan hati seseorang itu sakit???tapi hakikatnya mereka hanya berlakon semata-mata sebab nak jaga hati....


Adakah aku nie seorang yang terlalu baik hati...seorang yang terlalu peramah sehinggakan orang senang nak sakitkan hati aku..Bukan nak membangga diri tapi memang itulah hakikatnya yang selalu berlaku pada diri aku...Aku tak pernah lari daripada sakit hati dan perasaan...Sentiasa ada saja benda yang akan jadi pada aku...kenapa???ampa ingat ampa bagus sangat???? umur baru ja nak membesar dah pandai berkata-kata..aku pun tak pernah sampai jadi macam nie...sedihnya....aku tak sangka....


Memang kita tak sempurna.Tapi kita tak boleh nak salahkan atau nak letakkan kesalahan keatasnya tanpa kita tahu punca dan sebab dia jadi macam tue....Aku memang sangat terkilan....aku buat baik pada orang..aku banyak tolong orang..Aku tak pernah harapkan pulangan daripada mereka. Hanya aku nak mereka hormat dan terima aku seadaan ataupun doakan kebahagian dan kesihatan aku. Tapi disebliknya kesilapan yang aku tak perasan aku buat. Menjadi punca orang buat mulut cerita pasai diri aku...rupanya selama aku meminta bantuan..rupanya mereka tidak sebenarnya ikhlas malah mereka ada simpan perasaan marah pada aku dan aku tak pernah tahu....perlukan aku dipersalahkan???




SALAH SIAPA??


Kenapa kalau sesuatu masalah yang berlaku mesti berpunca daripada aku??Kenapa tak salahkan pada pihak lain??aku tak faham...kenapa tak salahkan si pesalah B yang memulakan kisah ini...Tapi akhirnya aku juga yang dipersalahkan sebab TERLALU BAGI MUKA...!!!Kenapa?? aku tak faham..sedangkan aku rasa aku buat itu semua ikhlas. aku tak minta balasan pun. Tapi sampai hati depa cakap aku macam tue. Cakap belakang aku...Mungkin tak elok aku nak cerita dalam nie, Tapi hakikatnya memang aku terasa...sangat terasa...Memang susah untuk aku memaafkan diri aku bila aku senang sangat diperlakukan sedemikian rupa...." surianie pasai apa hang selalu baik dengan orang sampaikan orang pihak hang"


tambahan masa aku excident tue...ia adalah 1 peristiwa yang memang tak dapat aku nak gambarkan betapa sakitnya keadaan aku dan aku terpaksa meminta pihak lain utk mengambil alih tempat aku..menggantikan aku...Tapi akhirnya aku dipersalahkan seperti meletakkan 1 beban yang cukup berat pada orang itu!!!...kenapa perlu cakap macam tue???? ikhlas ka anda membantu saya??atau semata-mata kerna wang ringgit ??


" aku tak minta untuk aku excident teruk macam nie...aku tak pernah minta untuk susahkan orang lain"


tapi hakikatnya seperti aku yang dipersalahkan..sedih sangat....rasa macam aku nak jer buat benda tue sendiri....biak kaki aku sakit...sapa tahu??hanya TUHAN yang tahu betapa sakitnya aku ketika itu....apa orang penah pikir??..senang hati jer naj cakap lepas pada kita??cuba bayangkan anda pulak ada ditempat aku!!!!.... saat itu aku tak mampu nak berkata apa...seperti nak jer mohon doa tuhan ambil nyawa aku.....




Tapi tak boleh nak dinafikan..semua manusia memang tak pernah lari dari kesilapan sendiri...kadangkala kita sedar dan juga tak sedar yang kita buat kesilapan. Tapi macam mana kita nak tegur or memberitahu pada orang tersebut bahawa "KAU SALAH SEBENARNYA!"...?????
actually banyak cara...tapi cara yang paling mudah untuk kita bercakap dengan orang itu ialah melalui pesanan ringkas (SMS) agar hatinya tak terguris...tapi adakalanya dalam SMS nie boleh buatkan kita salah anggap...salah nada bacaan dan sebagainya...


itulah...saya tak mampu nak bercakap apa...apa yang boleh saya cakap " U are very RUDE DEAR"...tak sangka hang nak kata aku macam tue....Aku tak terlintas dalam fikiran yang 1 hari hang cakap kat aku macam tue..Seriously aku sangat tersentap....aku sangat terkejut bila setiap yang diungkapkan sangat menyentuh hati dan membuatkan aku menangis mengenang nasib aku yang telah buatkan orang benci dan tak suka pada aku....aku tak sangka sebenarnya perangai hang macam nie...Wow....sangat tak sangka akhirnya kau membuka dadamu yang selama ini kau pendam tanpa aku sedari....terima kasih sebab buat aku menangis dan terima kasih sebab buat hati aku kecewa....


Its okay...mungkin ada hikmat sebaliknya tuhan turunkan dugaan dan cabaran pada aku...aku hanya mampu berdoa pada tuhan supaya tuhan sentiasa kuatkan hati dan jauhi daripada perkara-perkara yang bisa membuatkan aku bersedih...Apa pun aku berharap agar suatu hari semuanya akan pulih sedia kala...dan moga tahun berikan hidayah pada mereka :)....siapa lagi yang ada dalam hidup aku????


Kepada mereka yang ada membaca luahan ini...aku nak minta maaf jika selama nie aku :



  • BANYAK MEMPERGUNAKAN AMPA..
  • MENGAMBIL KESEMPATAN PADA DIRI ANDA...
  • SAKITKAN HATI AMPA.....
  • KUTUK AMPA......
  • MAKI HAMUN AMPA.....
  • MENGURIS HATI DAN PERASAAN ANDA

dan pelbagai benda yang mungkin tak boleh nak senaraikan.....aku nak minta maaf .....terpulang pada anda untuk memaafkan atau tidak....Mungkin susah untuk saya maafkan diri dan menerima apa yang telah terjadi pada diri aku....


Bride to Be,
~sue~

























Monday, June 25, 2012

Petua Dari Sue : Elakkan Kaki Kering


PETUA DARI SUE


Hari nie nak kongsi petua lagi untuk bakal-bakal pengantin. 
Kali nie nak kongsi pulak berkaitan tentang kaki agar nampak tak kering dan selembut kulit bayi..






Baby Oil (BedTime)


For those yang selalu rasa kulit kering yang teramat sangat walapun kerap pakai lotion macam saya nie..Batter u guys try to do it. Insyaallah berkesan.


Caranya
ebelum u`olls semua masuk tidur...ambil baby oil nie sapu di kaki anda, tangan  & juga tangan..atau mana-mana anggota yang anda rasa kering...buat setiap malam insyallah berkesan. Ia akan membuatkan kaki anda kurang rasa kering.


Kalau yang tak ada baby oil,  minyak zaitun pun okay jugak. sama jer fungsi dia...insyaallah akan berkesan. Tapi pada masa yang sama kena juga banyakkan minum air masak :)


 





Saya dah cuba..anda bagaimana pula?


Bride To Be,
~sue~

Saturday, June 23, 2012

# Teaser wedding Dress



Hello semua.....

Hari nie i`olls nak berkongsi dengan u`olls semua about my wedding dress..taraaaaa........sepatutnya nak buat suprise tapi itsokay...terover excited pulak nak tunjuk sikit cebisan kain baju sanding yang telah disponser itu..heheheh


Haaaaaaaaaa....inilah.....................................tak boleh nak tunjuk lebih..So tunggu ler...








Excited :)


Bride To Be,
~sue~

Thursday, June 21, 2012

2 bulan Sebelum Majlis Perkahwinan


Hello semua,

Wah tak sangka dah hampir dekat Majlis  @ Hari bersejarah saya bersama insan tersayang..cewah....okaylah kali nie saya nak berkongsi dengan semua pembaca berkaitan WEDDING CHECK LIST BRIDE TO BE....Almaklumlah dah tinggal 2 bulan jer. Klu sebelum nie dah bg u`olls persiapan dalam tempoh 1 tahun persiapan perkahwinan...

So sekarang nie kita masuk bab 2 bulan sebelum majlis perkahwinan :




2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN




  • Permohonan Berkahwin
Firstly, ini adalah 1 benda yang WAJIB semua B2B buat utk nak kawin. Klu tak ada ini memang tak boleh nak kawin ler u`olls. Borang nie boleh u`olls dapatkan di Pejabat Agama yang berdekatan dengan kawasan u`olls tinggal. Kalau nak cakap lebih tue takut silap. Batter call pejabat agama kawasan u`olls utk further notice.

Selalunya permohonan hanya boleh bibuat 3 bulan sebelum majlis. Klu pie awai pun pegawai tue tak akan terima.....so just klu dah confirm tarikh nikah. So senang uolls nak buat persiapan yang lain.


Keperluan :
  • Sijil Kursur Pra-Perkahwinan
  • Sijil Nikah ( ibu bapa bagi pemohon perempuan)
  • Kad pengenalan
  • Keputusan HIV test
  • Sesi soal jawab bersama TOK KADI

inilah antara details yang akan anda kena selesaikan :) saya dalam proses untuk buat benda nie :)



  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan



     Untuk design baju pula, sya dah sediakan 3 busana untuk saya gayakan di majlis saya nanti iaitu majlis pernikahan, persandingan & cutting cake ceremony, gitu kan....siapa yang buat baju???
saya telah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada 2 orang designer yang cukup hebat dan juga sangat popular sekarang nie....sapa dia??ha tunggu...saya masih rahsiakan....

Simple itulah yang saya nak..Asalkan saya nampak cun...design pun dah dibincangkan bersama designer tersebut. so sangat excited nak tunggu baju siap.....

Warna apa?? semestinya kombinasi warna PUTIH + MERAH + PEACH PASTEL




Love,
~sue~







Wednesday, June 20, 2012

Soalan Bakal Pengantin


Salam semua,

Hari nie saya sangat berbesar hati nak berkongsi dengan u`olls semua tentang soalan-soalan temubual bersama TOK KADI bagi mereka yang akan ditemuramah masa nak kawin nanti.

Kalau tak salah saya, soalan ni telah siap disenaraikan dalam borang kawin nanti ( pejabat agama timur laut) bagi kawasan yang lainnya, saya tak berapa pasti sama ada sama atau tidak. So saya nak berkongsi dengan anda semua. Sambil kita pelajari sesuatu yang baru dan menambahkan ilmu..Insyaallah


ada 20 soalan uyang disenaraikan dalam borang yang nanti bakal pengantin dapat sama ada lelaki @ perempuan sama jer.





Antara soalan yang wajib kena lulus ialah :




Mengucap 2x kalimah shahadah








Istighfar




Selawat



Rukun Islam

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat





Rukun Iman

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar





Membaca Al-fatihah

Ini tak perlu nak jelaskan sebab semua dah tahu :)



Sebab-sebab berhadas besar
  • Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
  • Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
  • Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
  • Habis masa haid.
  • Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak



________________________________________________________________________________


Ini pulak soalan yang mungkin antara soalan yang akan ditanyakan oleh TOK KADI. So be ready jer..:


Larangan ketika berhadas besar

  1. Membaca , menyentuh Al-Quran
  2. Bersolat
  3. Mengerjakan Haji
  4. Duduk dalam Masjid
  5. Berpuasa
  6. Bersetubuh

Lafaz Niat Dan Cara Mandi Hadas

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.


نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.


Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.


Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.
Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.
Cara mandi 
  1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

  4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

  5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

  6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  7. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.


Jenis dan bahagian Air

  1. Air yang suci lagi menyucikan,tidak makruh menggunakannya,iaitu air mutlak.
  2. Air yang suci lagi menyucikan,makruh menggunakannya iaitu air yang terjemur dipanas matahari.
  3. Air yang suci tidak menyucikan, iaitu air yang mustakmal dan air yang berubah dengan sesuatu yang suci.
  4. Air mutanajis,iaitu yang jatuh ke dalam najis (huraian akan datang).


Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.
1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji
• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.
 
Air Mustakmal
Air mustakmal ialah air kurang dari kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada menghilangkan najis.
Jika dihimpunkan air yang mustakmal sehingga sampai dua kolah maka ia menjadi suci dan menyucikan.

Air yang Berubah:
Air yang berubah yang tidak menyucikan ialah yang berubah dengan sesuatu yang asing yang suci yang bercampur dengannya,seperti kayu gaharu atau cendana,akan sebagai berubah yang hilang nama semata-mata air sehingga berkehendakkan kepada qaid ketika menyebutnya seperti air cendana, air gaharu.
• Tidak mengapa berubah sedikit
• Dan tidak mengapa berubah kerana lama bertakung ,dan berubah dengan sebab tanah dan tumbuh-tumbuhan air.
• Tidak mengapa berubah kerana sesuatu yang berdamping atau berhampiran (mujawir).

Air yang terjemur pada panas matahari
Ialah air yang terjemur pada panas matahari pada negeri yang tersangat panas hawanya, didalam bekas yang lain dari emas dan perak.
Makruh menggunakan air yang terjemur itu pada badan,seperti bersuci ,dan makruh pada makan dan minum.
Tidak makruh pada pembasuh pakaian dan sebagainya,dan tidak makruh jika air itu sudah menjadi sejuk.

Air mutanajis
Air mutanajis ialah air yang jatuh najis ke dalamnya serta berubah rasa atau bau atau warna dan jika sampai kadar dua kolah sekalipun.Ataupun air yang tidak sampai dua kolah yang jatuh ke dalamnya najis dan tidak berubah rasanya atau baunya atau warnanya sekalipun.
• Tidak jadi najis benda yang cair jatuh ke dalamnya bangkai binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir seperti bangkai lalat,semut dan sebagainya.
• Maksud jatuh itu ialah jatuh dengan sendirinya.







Rukun wuduk dan perkara yang berkaitan dengannya




Rukun Wudhu’
1. Niat
2. Membasuh Muka
3. Membasuh kedua tangan hingga siku
4. Menyapu air ke kepala
5. Membasuh kedua kaki
6. Tertib



Perkara-perkara Yang Membatalkan Wudhu’
1. Keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau dari salah satu, sama ada yang keluar itu benda 
    atau angin
2. Hilang akal; hilang akal kerana mabuk atau gila
3. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan dengan syarat keduanya sudah sampai umur dan
    antara keduanya bukan muhrim
4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan perut tapak tangan, sama ada kemaluan sendiri atau 
    kemaluan orang lain, sama ada kemaluan orang dewasa atau kemaluan kanak-kanak.







Solat & Rukun


Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

1. Berdiri Betul, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam 

    keadaan berbaring.
2. Niat, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. Takbiratul Ihram, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. Membaca Al-Fatihah, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. Rukuk dengan Thumakninah, membongkok 90 darjah.
6. Iktidal dengan Thumakninah, berdiri betul selapas rukuk.
7. Sujud dua kali dengan Thumakninah, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. Duduk antara dua sujud dengan thumakninah, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. Duduk bagi tahiyat.
10. Membaca tahiyat awal
11. Membaca selawat, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. Memberi Salam, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. Tertib, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.







Bahagian Najis & Cara Bersuci




Terdapat tiga bahagian najis iaitu:
1. Najis mukhaffafah (najis ringan).
2. Najis mutawassitah (najis pertengahan).
3. Najis mughallazah (najis berat)

1.Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untukmensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencingkanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu danhilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis.
- Lap dengan kain bersih sehingga kering.

2.Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis

3.Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian
.Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya
hendaklah dicampur dengan tanah








Rukun Nikah & perkara yang berkaitan denganya


Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu ;
1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Akad (Ijab & Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi







 Tanggungjawab seorang isteri

  • Tunaikan hak ALLAH S.W.T
  • Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan Syara'.
  • Melayan suami dengan ma'ruf (baik)
  • Menghias diri
  • Memelihara kehormatan diri dan harta suami

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
  • Nafkah
  • Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan meninggalkan perkara mungkar
  • Adil
  • Melayani isteri dengan makruh
  • Memberi perlindungan/keselamatan


HAK DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
  • Kasih sayang
  • Bekerjasama
  • Amanah
  • Istimta' dan hubungan kelamin
  • Menghormati pasangan dan persemendaan
  • Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
  • Perbincangan/Mesyuarat
  • Mendidik anak-anak
  • Urus rumahtangga
  • Hak pesaka mempesakai
  • Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa
  • Menjaga maruah suami isteri




Tanggungjawab terhadap Anak-anak


  • Mendidik akhlak-akhlak anak-anak
  • Melayan anak2 dgn penuh lembut dan ksh syg
  • Melatih anak2 mengerjakan solat
  • Menanam akidah tauhid




Aurat Lelaki & Perempuan




a) Aurat di khalayak awam
- Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.
- Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

b) Aurat dengan ahli keluarga
- Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
- Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

c) Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
- Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
- Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

d) Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
- Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
- Aurat perempuan, antara pusat dan lutut






Waktu-waktu Haram Bersetubuh


  • Dilarang bersetubuh di siang hari Bulan Ramadhan
  • Dilarang bersetubuh Ketika istri datang bulan
  • Jangan bersetubuh Malam awal dan akhir bulan
  • Dilarang Bersetubuh melalui anus
  • Dilarang Bersetubuh membawa ayat suci, nama Allah, Nama Malaikat, Nama Nabi
  • Dilarang bersetubuh di Masjid, saat Haji dan saat siang hari Bulan Ramadhan 




Talaq




PENGERTIAN TALAK (PERCERAIAN)
Dari segi bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan
Dari segi istilah: melepaskan ikatan perkahwinan dengan
menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada
isteri


Jenis-jenis Talaq

LAFAZ SARIH (NYATA)
   Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya 
jatuh walaupun tanpa niat.
Contohnya:

"Saya ceraikan kamu" atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 
atau 3"

LAFAZ KINAYAH (SINDIRAN)

Lafaz yang boleh jadi bermaksud talak dan lain daripadanya, talak
tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.

Contohnya:
"Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu" atau"Saya bebaskan kamu"


CERAI TAKLIK
Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara

Contohnya:
"Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq"
"Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamumaka jatuhlah talaq"
"Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu"


TALAQ KHULU'
Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan
pihak isteri
Contohnya:
"Saya ceraikan awak dengan RM 1000.00 ringgit




Hak-hak selepas penceraian
  • Nafkah eddah
  • Hutang Mas Kahwin
  • Tempat tinggal
  • Harta sepencarian
  • Hak jagaan anak
  • Nafkah Anak


Hopefully semua ini dapat membantu anda....insyaallah...tapi jangan sekadar nak lulus dengan TOK KADI jer..kena juga amalkan selalu...



Love,
~sue~






Sumber daripada :









Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels