Thursday, September 29, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN JUMIE & KHAFI : Part 4 ( Pelamin Nikah )



Hari ini saya nak menceritakan kisah disebalik tabir pembikinan pelamin nikah kakak saya yang dah berlalu pada 3 sept 2011 yang lepas. Kami buat di Puspanita home. 1st time kami berada disitu dan buat majlis disana.
Tempat dia memang besat dan sangat sesuai untuk mereka yang nak buat wedding. Kalau nak buat family day atau homestay pun boleh jugak.sebab memang sangat luas.okaylah back to the topics...Pelamin mini ini direka khas oleh saya. tak penah dibuat lagi design nie.

Kakak saya ada bgtau dia nak pelamin yang simple dan tak mau yang crowded.Nak bunga-bunga...so dari situ saya mendapat idea untuk membuat semua pelamin yang ilhamnya datang daripada idea pelamin-pelamin yang sedang membara design-designnya.

So tetiba terpikat dengan 1 pelamin daripada NAS GREAT IDEA dan dari satu saya mendapat sebuah pelamin yang simple tapi nampak sangat gebu okay....
Inilah pelamin yang sangat saya suka...tapi jangan isau semua, saya tidak pernah ada niat untuk meniru hasil kerja orang yer.....pastinya saya akan make over sendiri ok..

p/s : Abang Nas jangan marah...hanya sumber inspirasi jer...saya tak curi pun :)


So daripada situ saya mendapat idea untuk pelamin nikah kakak saya macam dsign sketch ini :)


Simple tapi sangat cantik...bertemakan semua in cream dan bunga pun in cream jugak. cuma spotlight dia akan menampakkan lagi kecantikan pelamin ini sebenarnya..sebab lampu yang memainkan peranan yang sangat penting..

Okaylah so pada pagi sebelum majlis nikah baru kami dapat masuk kedalam rumah puspanita dan terus saya memulakan sesi membuat pelamin bersama pembantu saya.

krok krek krok krek punya dok buat dan setelah hampie 2 jam membuat dan memasang pelamin. inilah jawapan dan hasilnya.. dan saya namakan TAHAJJUD CINTA sebab??/

SEBAB JUMIE NIE GILAAAAAA TENGOK CERITA TAHAJJUD CINTA KAT TV3...feeling over minah nie....




hope anda menyukai pelamin ini. Tapi klu nak tempah design yang lain pun boleh juga. Just link to blog rasmi butik saya :) anda pasti akan suka :)



with luv,
~sue~

Tudung OH Tudung

alahai budak budak zaman sekarang nie....macam macam patern tudung yang depa pakai...ada yang lilit sana lilit sini..ada yang bubuh sepit sana sini jadi macam rimas ja mata yang memandang.

Memanglah sekarang nie musim glamour tudung HANA TAJIMA atau selendang tue. Tapi ada terma dan kesesuaian la nak memakai tudung tue. takkan tempat yang tak sepatutnya pun nak pakai tudung macam tue.. Kalau nak diikutkan si HANA TAJIMA nie orang dia memang cantik,,,,kurus pulak tue, then muka dia pun panjang. So nak dipendekkan kata memang cantik kalau pakai tudung macam tue. Tapi depa nie dah artis pakai macam pun memang cantik.

inilah si pembawa fesyen nie ..HANA TAJIMA



tudung @ selendang yang dikenakan tue memang cantik..Its satin jer...dan kalau cuaca kat sana memang tak sama macam kita so memang dia pakai cantiklah.Tapi bayangkan kalau kat Malaysia nie cuaca yang sangat panas..Beli ja kain satin pun sat ja dah berpeluh :(...sop sop sop!!!!

Tapi kalau kita kat malaysia nie yang peliknya, pakai tak kena gaya..Adakah patut kat pasar malam dok juai ayam goreng pun boleh sempat nak melilit selendang yang dibeli RM15 sehelai kat kepala dia...adeh!!! adakah ini fesyen nak berniaga??? susahkan nak bayangkan petapa panasnya lilitan maut di tengkok anda!!!hhahah...

macam tudung nie, senang ja..sarung ja atai kepala senang nak pakai...tak serabut pun...


Sepatutnya kalau nak pakai tudung yang sesuai utk pie niaga ka apa ka..pakailah tudung yang simple dan tak panas, tak payah nak pakai selendang ka tudung lilit sana lilit sini..rimas...satg tah tah terbakak padan muka. Buat adik-adik atau kakak-kakak yang suka berfesyen tudung nie ingatlah cara dan gaya yang sesuai.

Ada buku yang dijual dipasaran utk ajarkan tips pemilihan tudung dan meterial contoh macam MAJALAH DARA DAN NUR..sebab dalam majalah tue dia banyak membantu kita gadis muda yang nak mula memakai tudung dan tak tahu cara pemilihan tudung yang sesuai.




Masa aku tak pandai pakai tudung memang majalah nielah yang banyak bantu aku...saya pun sarankan pada gadis yang nak bertudung nie belila majalah nie. Tak pun online jer tgk kat YouTUBE..banyak video.Just main type jer..anda akan dapat macam nie punya video ;)



Okaylah ...nanti kita gosip lagi pasai tudung ok. Cuma kalau boleh sesiapa yang baca entry nie tue...ubahlah cara nak pakai tudung anda tue.. bukan tak boleh tapi berpada-padalah dan ikutlah kesesuaian tempat dan lokasi anda nak tuju.
Jangan pulak nak pie kedai mamak pun kena lilit tudung hana TAJIMA..hehhhe

with luv,
~sue~

Tuesday, September 27, 2011

ILP Kau tetap dihati

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 5 bulan dah aku nie dah berada di Jabatan Kimia Pulau Pinang .tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan cepat sekali. Happy jugak di tempat baru nie..Nampak canggih sikit la jabatan besar :)

Jawatan still sama sebagai pegawai khidmat pelanggan. CUma kat sini tempat dia lebih terbuka pada orang luar la. Apapun memang ada kelainan pada setia jabatan yang kita pindah nie. Namun ILP tetap dihatiku..

dan rasa rindu pulak kat meja kaunter lama saya... :( sop sop sop






sayalah orang pertama yang merasmikan telefon baru nie ;) then past to orang lain sebab kena pindah dah :(



walaupun kecil tpi sukup menghiburkan :)




Happy pun ada sedih pun ada. Namun sekarang nie tak perlu nak rasa takut dan malas..sebab opis nie dekat gilez dengan umah saya..So tak mahula nak bertukar :)



With Luv
~sue~

Sunday, September 25, 2011

Maaf!!! Saya Silap Orang!!!

Pada satu..semasa kami aku di opis sangat sibuk melayan karenah budak-budak pejabat nak buat call...tetiba berlakunya sesuatu kejadian yang sangat menggelakkan hati dan minda ku....Nak tahu apa benda??/Meh aku nak kongsi cerita dengan ampa..

Situasi 1 : BUAT PANGGILAN

1 hari sedang aku sibuk terima call tetiba, boss aku pulak yang call dan minta buat panggilan :

Boss :  Sue, tolong call syarikat yang dok services Mesin Fotostat nama CITITEL sat!
Aku :   CITITEL?? okay Puan.

Tanpa bertanyakan nama sebenar kedai tue, aku pun terus buat panggilan.Nasib baik aku ingat nama syarikat tue.So dengan konfidentnya aku telah mendail no yang telah disimpan.

Aku        :   Elo cik selamat petang, saya nak tanya kalau mesin fotostat jabatan kami rosak, syarikat 
                  cik ka yang  akan send technician ?
Syarikat  : Saya tak faham cik?
Aku        :  Maksud saya ini syarikat mesin fotostat ka?
Syarikat  : Eh bukannnnn ini syarkat air cik
Aku        :  Ha? silap no..maaf yer..

Masyaallah punyalah aku kalut sampai tersalah call pun tak sedak sedangkan no yang betoi dah tulis elok dah...Malunya....hhahahhah..tuelah jangan over konfident nak buat kerja. Lain kali check ok :)Memang malu gila...then tergelak aku kat kaunter....sampai  keluak ayak mata nie..


Situasi 2 : TERKEJUT MAK!!

Hari yang sama...adalah seorang budak opis aku nie...jawatan dia adalah pembantu  am rendah. Kerja dia adalah menghantar surat dan bungkusan yang diterima di kaunter aku. So dia ada pasangan jawatan yang sama iaitu seorang lelaki. Depa nie jarang bercakap sebab di lelaki nie seorang yang pendiam. Then pada satu hari semasa dia sedang mengira banrang yang nak dihantar tetiba :

Akak  :  kak nak bagi terkejut sat kat eton.
Aku    :  ok.

Tetiba dia terdengar ada orang berjalan dan nak membuka pintu..ue..tetibaaaaaaaa....BOO........kononnya nak kejutkan orang lain tapi yang keluak orang lain..hahahhaHAHAHHAHAH punya gelak mampus kami kat kaunter tue....Nak tahu sapa yang keluak??? Sapa lagi kalau bukan budak staff lelaki yang jarang bercakap tue. Buta-buta ja dia terkejut...



cian kat mamat tue menjadi mangsa...Hahahahha....kalau cerita dalam nie memang tak berapa nak mengancam tapi bila anda tengok sendiri. Sure anda akan gelak....



with Luv,
~sue~

Saturday, September 24, 2011

Apa Itu AQIQAH @ MAJLIS BERENDOI??

Helooooo semua pembaca setia blog saya...Yang tak setia atau imbas dan lalu pun nak ucap terima kasih sebab sudi membaca blog saya yang baru dibuat ini.. Kali nie saya nak kongsi la dengan pembaca semua mengenai salah satu istiadat atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya ialah MAJLIS AQIQAH itu dalam bahasa arabnya..Tapi klu bahasa moden di panggil MAJLIS CUKUR JAMBUL atau nama popularnya sekarang nie orang suka panggil MAJLIS BERENDOI.

MAJLIS BERENDOI

Apa itu Majlis Berendoi @ Majlis Cukur Jambul??
Kalau dikutkan cakap orang tua-tua, majlis nie dibuat sebab nak sambut bayi yang baru dilahirkan.Ada pulak yang cakap majlis baby naik buai dan ada macam-macam persepsi berkaitan dengan majlis nie. Tapi yang sebenarnya majlis ini bertujuan adalah untuk menyambut kelahiran bayi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t . Selain tue juga, majlis nie dibuat bertujuan untuk mengelakkan si kecil tue daripada gangguan syaitan dan juga untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

CARA NAK SEMPURNAKAN MAJLIS
Untuk BAYI LELAKI haruslah disembelih 2 ekor KAMBING ( jantan 2 betina) tapi kalai BAYI PEREMPUAN kena sembelih 1 ekor kambing (jantan @ betina ). Bila dah dapat kambing tue, is haruslah disembelih seelok-eloknya ketika si kecil itu berusia 7 hari dan kalau tak sempat nak buat dalam masa 7 hari, boleh dilanjutkan pada hari yang ke 14. Jika masih lagi tak dapat nak buat pada bilangan hari ke 14, anda boleh teruskan dengan hari yang ke-21 atau bila-bila hari yang sesuai dan mampu untuk anda lakukan.
ADA TAPINYA!!!!
Sebelum anda nak buat majlis nie, kenalah pastikan dan disunatkan untuk mencukur dulu rambut bayi dan timbang rambut itu dengan perak. Dan nilainya haruslah disedekahkan kepada fakir miskin.
Setiap sesi dan proses penyembelihan  itu haruslah disebut nama bayi yang ingin di aqiqahkan. dan ia haruslah dibuat sesudah matahari terbit.
Then untuk daging yang telah di aqiqah kan itu haruslah di masak dan dijamu pada tetamu yang hadir.Masaklah masakan itu sedikit manis kalau boleh jangan masak masakan yang pedas.TAK BOLEH memecahkan tulang binatang yang disembelih

Sebab itu sekarang nie dah menjadi trend buat majlis ini secara besar-besaran dan yang pastinya telah menjadi lumrah kaum ibu untuk membuat dekorasi mini pelamin beserta buaian untuk anak kecil yang diraikan itu. Memang chomel sangat. Tapi janganlah buat membazir nanti jadi perbualan mulut orang pulak. 
Jom kita tengok sampel majlis yang pernah dibuat oleh orang ramai...






Pada mereka yang teringin atau mengidapkan sebuah deco yang comel macam nie..Jom rajin-rajin klik dan tengok blog rasmi butik saya nie.. THE HOUSE OF RED GINCU dan kalau nak tengok pakej pun ada jugak.Harga yang berpatutan dan anda pasti akan menyukainya.


With Luv,
~sue~

Karaoke bersama STACY

KARAOKE TIME

Jom sat kita feeling-feeling sedih dengar sambil karaoke lagu Stacy yang tengah top nie..Kalau kat opis aku pasang radio pulau pinang...Tiap hari tue aku dengaq lagu nie ja.....sampai dah hapai dah lirik dia...

Kalau tengok video klip dia memang tersentuh juga...Jom kita layan  :)


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja




so lepas nie jangan lupa untuk nyanyi karaoke lagu nie bila anda ke tempat karaoke :)

with luv,
~sue~

Tuesday, September 20, 2011

Jangan Cakap Tipu,,,DOSA!!!


Yang pastinya kalau kita cakap tipu sure ramai yang tak suka kat kita!!!!BETOI TAK??? sekarang nie cuba anda fikirkan jika orang yang kita percaya tipu kita....Kononya nk jaga hati tapi sebaliknya kita yang terluka? Macam mana kita nak ubati hati yang kecewa tue???
Sebab tipu nie memang susah kita nak perbaiki kelemahannya. 

Tipulah kalau kita sendiri cakap yang kita nie tak pernah kena tipu...Ada macam-macam jenis tipu yang anda semua kena tau. Tapi Sunat...Tipu Muslihat..tipu nak jaga hati..Tipu suka-suka...Dan yang paling best..TIPU sebab sayang..

Bagi saya sendiri...sejauh mana pun hubungan seseorang tue kalau dia asyik tipu memang susah hubungan itu nak bertahan. Saya memang pantang kalau ada orang yang suka menipu...Daripada nak menipu tue..Baik ja jangan buat depan mata. BUat ja di belakang,itu tak sakitkan hati ok...Tapi sekali kalau kena tipu memang oparah la orang tue.

Kenapa nak tipu??Soalan nie selalu akan ditanya bila pesalah tue dah ditangkap. Yang pastinya jawapan itu "SEBAB I SAYANG KAT U"....ish apa pun kes nie..ada ka patut benda nie boleh buat main-main. Nie belum kawin,.tapi kalau dah kawin macam mana nanti???adeh...

Apap pun kita hanya boleh tengok ja. Sebab benda nie memang susah kita nak kontrol melainkan orang dan tuan punya badan sendiri yang kena control. Sayang tue memang la sayang tapi tak payahlah sampai nak kena tipu. Then buat benda tue depan mata kita. cam mana tue??Tolong jap sesiapa explnd kan benda nie...Bukan seklai 2 tapi dah berkali.Mana boleh kita nak tahan? 

well takpa satu hari nanti orang yang menipu nie selalunya akan kena balik balasan...kita tunggu dan lihat..bukan doa tapi hakikatnya..sebab sekarang tuhan bayar CASH!!!

Jangan pulak sampai orang CHOP kita nie KAKI PENIPU!!!itu tak baik tue




with luv,
~sue~

Monday, September 19, 2011

Percutian memang BEST!!!

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan kakak aku di penang dan juga di Tangkak,Johor pada minggu lepas. Memang best gila...walaupun perjalanan memakan masa selama 9 jam tapi perjalanan itu memang best dan pengalaman tue memang tak dapat dilupakan. Bertolak pada jam 9.30pm pada hari khamis dan kami selamat sampai di Johor pada keesokkan paginya jam 6.30am.

Tapi yang paling bestnya, Kami mandi di air terjun GUNUNG LEDANG ok..keles...bak kata orang tua-tua ambik berkat dan ambik seri..hahaha...serious memang best gila...sejuk kot...dah la lama tak mandi air terjun...nie dapat mandi...memang terbaik airr...jom tengok aksi ganas kami...









ha...selesai kami bermandi manda....terus pulak kami dibawa untuk ke pekan tangkak lebih kurang 20 minit untuk kami menikmati jamuan makan tengah hari iaitu mee bandung johor yang sememangnya sedapppp gilesss....Tapi sorry lah lupa nak save...tapi kedai jer yang nampaknya...Dan yang pastinya OTAk-OTAK menjadi menu sampingan kami masa makan tengah hari..memang sedap..hehehehehe....


nielah kedai mee bandung tue...sedap gilezzzz


So selepas tue kami pun terus beredar ke homestay yang terletak tidak jauh daripada  pekan tangkak dalma 15 minit jer. Rehat nak berbaring serta membuat bising kami dalam rumah itu..hahahha

Then bila malam menjelma..Kami pulak bersiap untuk ke sesi makan malam di IKAN BAKAR WAK JOS iaitu kedai milik tok kami....selaku pangkat pakcik mak saya....Semuanya seafood tak ada daging.tapi ayam ada....




Dan aktiviti berkaraoke pun bermula...kami nie kalau tak ada karaoke memang tak sah.....walalupun sikit ja cd dia..sure semua nak nyanyi..hehehe happening gilezz...







syok..memang syok trip kali nie..Penat tue tak rasa sangat sebab semua family enjoy.. Berjalan dan bercuti....dah lama kot tak rasa macam nie. Ini pun sebab kahwin dengan orang jauh.Kalau tak.Tak rasa macam nie. Peh nie spa pulak yang nak kawin dengan orang luak...Tunggu ada sorang lagi...SULIANA..PAHANG oooo....sangat jauh...10jam perjalanan....

takpa asalkan semua happy dan enjoy...Apa-apapun aku mewakili semua ahli keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjayakan majlis perkahwinan kakak aku yang terakhir bermula dari wedding at Penang sampai la kat Johor. Penat lelah anda sangat kami hargai..Anda juga yang telah bersusah payah dan membuat keriuhan dalam majlis ini.

Insyaallah kalau diizinkan Tuhan...tunggu pulak wedding saya pada tahun depan.Pastinya Majlis Perkahwinan yang terakhir buat anak Pn Idamiah & En.Samsudin..




with luv,
~sue~

Sunday, September 11, 2011

Laman Web Baru Red Gincu

Red gincu kini dah bertukar lama web baru..semua nie gara-gara kena virus yang tak diundang..
Jom jadi follower..

ini link baru webpage red gincu ; http://thoredgincu.blogspot.com/





enjoy reading..Nantikan banyak lagi hasil kreativiti kami...

with luv,
~sue~

Friday, September 9, 2011

Mummy Leya dapat baby baru

BABY DAY!!

Yeah..once again my house mate Mummy Leya dah selamat melahirkan anak yang ke-2 pada 2 hari sebelum raya..Kali nie hajat dia dimakbulkan tuhan sebab dia nak anak dia ic perak...Tahniah leya...anak dia sangat chomel...
NAMA???tahler tak diberitahu pun....apa pun nak say congras sebab selamat dapat new baby....

ini pulak picture anak sulung dia KHALISH THAQIF...serious handsome gila anak dia nie..macam ROSSI..heheheh..nasib baik bukan rossa..hahahha

dan ini pulak baby 2nd dia...comel jugak...


syoknya dapat baby....tak sabar pulak..heheheh takpa insyaallah tahun depan dah nak kawin..hehehhe...amboi gediknya aku nie....


with Luv,
~sue~

Thursday, September 8, 2011

Norman & Memey dah mula menonjol


WEDDING OF THE YEAR KER?

Woiii baru sekarang sempat nak bergossip pasai salah 1 wedding yang kononnya kata WEDDING OF THE YEAR nie yang akan berlansung pada 25th Sept nie kat JOHOR dan KL...

Sapa lagi aklau bukan si Norman N Memey tue..Gossip hot depa yang pernah mencetus kontroversi yang memang havok gila.. Chop chop chop dah nak kawin..tuela dulu tak mau ngaku...lani baru tergedik nak mengaku..padan muka....

Okaylah back to the story...masa membelek-belek google dalam internet..aku baru terpikir nak google about the story depa nie yang nak kawin...dengar kata sampai 3000 keping kad kawin dah edar...sure ramai...hhaha

takpalah depa di sponser..Tapi yang tak bestnya..wedding belum lagi tapi dah gak tunjuk baju wedding yang kononnya ada mutiara yang bernilai jutaan ringgit!!!!

Kalau ye pun jangan la tunjuk sekarang.dah jadi tak suprise orang nak tengok..dah nampak design tue macam mana....

Apapun korang nilai la sendiri....

busana rekaan HATTA DOLMAT okay..kelesss...aku pun nak suruh redgincu tempah 1 utk aku lah...

nie pulak design baju untuk nikah....

ini pulak feeling-feeling cinta dalam card kawin...


apa-apa pun nanti kita tengok realnya macam mana ok

with luv,
~sue~

nak beli iPhone ??

Kengkawan yang gila gadget....adakah iPhone best??



banyak juga kengkawan yang pakai Blackberry dan juga iPhone. Tapi setahu saya iPhone memang application dia best dan masalahnya keburukan dia ada juga yang tak boleh diterima... Tapi blackberry best dan dia mesra alam...Tapi dia suka HANG..!!!!

tension...tension....tension...

Sekarang nie nak pakai iPhone nak pk 2-3 kali sebab :
  •  SAYA TAK SUKA PHONE TOUCH SCREEN
  • SUSAH NAK NAK TERIMA MMS.
  • NAK KENA JAGA SCREEN BEBAIK..SAYA NIE SEORANG YANG SUKA BALING HANDPHONE DALAM HANDBAG SESUKA HATI..
Macam mana nie...........tahab jebon dah pakai BB nie...nak tukar pun ada jugak...tapi kengakawan lain banyak pakai BB..Kalau nak dibezakan iPhone n BB nie memang banyak



BLACKBERRY
  1. BOLEH TERIMA MMS
  2. BOLEH CHAT FREE
  3. BANYAK POMPUAN PAKAI
  4. HARGA MURAH SEBAB TUE RAMAI YANG MAMPU MILIK
  5. TAK BOLEH 3G.
  6. MESRA ALAM

IPHONE
  1. HANYA BOLEH MMS DENGAN IPHONE SAJA.
  2. HANYA BOLEH 3G DENGAN IPHONE SAJA
  3. APPLICATION MEMANG BEST.
  4. GAMBAR CLEAR KALAU SNAP

Tapi apa yang best...boleh tolong advise jap...sesiapa yang ada pengalaman sila la tampil untuk membantu saya...

with luv,
~sue~

Wednesday, September 7, 2011

Raya datang Lagi 2011!!!

SELAMAT HARI RAYA semua...

Still in mood raya..ke opis pun pakai baju raya jugak....Biasalah raya kan sebulan.

So apa kenangan anda masa raya?? banyak makan?atau banyak dapat duit raya?

Hahahha...kali nie saya tak sempat nak beraya pun...1st day raya pun after asar dah flattt gilezz...penat pasai apa tak tau...mungkin letih jahit manik kot...Then bila malam tue bangun dan terus ke rumah kawan untuk beraya.Tapi tak boleh pie mana-mana sebab jalan jem..HAmpeh toi..

Tapi yang bestnya tahun nie tunang saya beraya bersama.Pagi raya dah ada kat rumah dan kami beraya bersama..Siap berbaju sedondong bewarna kuning ok...Meraikan tema warna tunang kami..hehheheh...

Dia bersampin..siap bersongkok lagi..dah saya pulak berkebaya dan kain pario...1st time kot pakai kain tue..dah bukan  nak bangga...1st time pakia baju raya paling mahai...sepasang RM140...serioussss.....terharu gila,,,,apa yang diinginkan dapat juga dirasai...



Kali nie juga semua family berkumpul dirumah dan kami bermaaf-maafan seperti tahun-tahun yang sebelumnya..itu wajib...

tapi kali nie banyak family potrait tambah sorang ahli lagi iaitu TUNANG SAYA....tahun depan tambah 1 lagi..abag ipar baru..hehehheh


Bukan tue saya,.Hajat nak bagi sedekah duit raya termakbul.Kali nie sapa yang saya jumpa saya bagi duit raya....nak beramal. Kalau dului modal sikit jer tapi alhamdullillah rezeki...boleh bagi lebih sikit...

Insyaallah...

with luv,
~sue~

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels